Saturday, August 23, 2014

Sentuhan Adelaide Pada Hari Berkabung Malaysia MH17

Long Live The King!!
Salam.

1. Tahukah korang ada dua org budak2 Adelaide telah terlibat di dalm proses pengecaman mayat2 mangsa MH17?

2. Kedua2 mereka adalh graduan PhD, dalam bidang Forensic Dentistry from Dental School Uni Adelaide beberapa tahun yang lepas.

3. Apabila kerajaan Malaysia mendapat pengesahan mayat2 mangsa Mh17 telah di temui, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan satu multidiciplinary taskforce untuk membantu pihak Interpol di dalam process pengecaman mayat2 tersebut.

4. Basically, diaorang kumpul macam2 data pastu masuk dalam software ni pastu hantar kat Interpol. Jadi bila geng2 forensik interpol check mayat sana pastu uploadkan data2 yg mereka temui di dalam computer, dia akan matchingkan the data dgn maklumat2 yg di terima drp Msia so kita tahu lah mayat tu mayat sapa.

5.  Antara data2 yg di kumpul kan adalah DNA, maklumat2 kesihatan, gambar2 terbaru dan off course expertise budak2 Adelaide ni adlah kumpul data2 pergigian.

6. Salah sorang tu kawan aku, Dr Fadhli Khamis aka "King". Dia asal Muar, tapi kini telah di Red Warrior kan dan kita bertugas sebagai timbalan dekan Dental School USM Kubang Kerian.

7. Basically, masa dia buat PhD dulu, dia banyak buat side works tolong supervisor dia dan PoliceSA setiap kali diaorang nak membuat pengecaman mayat yang telah reput berulat2 gitu. Bende2 gini, tak de kene mengena dengan PhD dia pon, tapi dia buat jugak sebab dia nak belajar cemana matsaleh2 ni buat kerja.

8. Jadi masa taskforce Malaysia tu tengah pening2 lalat tak tau apalah yang mat salleh ni nak drp kita, maka kawan aku ni boleh kasi point lah gitu. Plus dia dah familiar dgn software yang Interpol pakai tu.

9. So, what he was seeking masa dia mencapub dgn PoliceSA dulu was knowledge. Of course qualifications will get you jobs, but knowledge will give you wisdom and that in turn will errrr....."please insert your own motivational quotes". Aku bukan Prof Muhaya bro. haha.

10. So kepada semua undergrad dan postgrad di Adelaide ni, please learn as much as you can from whatever sources and angles. What you have in the books and computers, org2 kat Malaysia pon boleh access. Tapi apa yang kita bau, lihat, sentuh dan rasa di Adelaide ini, adalah pengalaman yang hanya kita sorang yang boleh kecapi.

11. Jadi, sebelum terlewat, marilah kita bersama2 mencari awek2 minah salleh yang hot, blonde dan bermata biru utk kita kecapi bau dan usha demi utk menimba pengalaman berharga, Tapi janganlah pergi sentuh dan rasa awek2 tersebut pulak ye. Itu dah laennn!

Sekian Mekasey Wassalam.

Further info:
http://www.adelaide.edu.au/adelaidean/issues/12121/news12135.html


2 comments:

FakirFikir said...

Aku dok tunggu kot2 sapa2 call aku juga...

mangkuk statik said...

FakirFikir: Cukup2 letew masuk TV bro. Kang retis sangat jeles bini kau. Terkejut gak bila aku tengok tetiba rambut kau kemas hensem. Betul ke awang ni? haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails