Orang2 yang tak pernah berkapel always ingat org yg berkapel tu tentunya semuanya bahagia. Nampak cam seghonok slalu. Well I dare u bro, kau tanyalah memana kapel, saat-saat bahagia dan seronok tu mmg la ada. Tapi akan datang period di dalam berkapel ni yg memang sampai pecah kepala sbb tension bergaduh.
Ini tak boleh nak elak. Semua kapel mmg wajib akan bergaduh. Ada yg hidup aman sentosa lama gila, tetiba skali gaduh straight break. Ada yg jenis gaduh yg kronik, kejap2 gaduh, ari2 macam makan nasi. Sampai last2 clash. Kalau belum kawin dah gaduh gila, kalau lepas kawin cemana, kata mereka.
Jadi kenapa ini berlaku? Bukankah diaorang ni saling suka menyukai? Bukankah cinta itu mengatasi segalanya2? Tak boleh ke bertolak ansur? Di manakah silapnya?
_________________________________________________
Default Setting Manusia
Let me bring you one step backward. Pencipta kita adalah Allah. Jadi siapakah yang lebih tahu sebenar2nya apakah sifat semulajadi manusia? The default setting utk manusia? Ataupun istilah arabnya, "fitrah". Tentunya Allah Rabbul Alamin.
Fitrah ini bukannya suatu yang misteri. Allah dengan penuh hikmahnya tidak pernah campak kita ke bumi tanpa menghantar utusanNya silih berganti kpd kita sejak zaman berzaman. Dan semua utusan2 ini telah always repeatedly telling the same messages, firstly about the aqidah kpd yg Satu dan secondly giving us the manual kehidupan. Iaitu panduan cemana nak hidup di muka bumi ini. Manual ini di namakan "syariat".
Macam kita beli barang drpd kedai lah. Kan barang tersebut pengilang telah siap2 set on default setting dan dalam kotak tu ada disertakan manual untuk mengunakan barang tersebut. Begitulah juga kita sebagai manusia ini.
Jadi sekiranya kita tak kacau default setting tersebut dan follow manual kalau ada problem, semua kilang dgn penuh konfident-nya bagi warranty yang barang dia konfem takan rosak punyalah, untuk a certain period of time
Begitulah kehidupan kita sebagai insan. Sekiranya kita tidak melanggar fitrah kita dan sentiasa follow His syariat, maka Allah guarantee....GUARANTEE....yang kita akan tidak akan terpesong dan tidak akan gagal, bukan sahaja di dunia khayalan ini, bahkan di akhirat yg infiniti.
__________________________
Fitrah Percintaan
Manusia tidak di ciptakan utk mengusha awek, pastu ngorat, pastu kapel dan dating 4-5 tahun, pastu bertunang selama setahun pastu berkahwin. Itu hanyalah cliche jualan filem2 dan novel2 romantis khayalan manusia. Script yang di ulang2 hinggakan kita menjadikannya rukuncinta yang di-template-kan untuk kesemua cinta yang kita alami.
Tetapi itu bukan fitrah kita. Bukan default setting kita apabila kita keluar drp perut ibu.
Di dlm manual kehidupan kita, tak kira samada cinta sebelum kahwin ataupun selepas berkahwin, script drp Allah jelas menghadkan batasan2 pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Perjumpaan boleh diaturkan, tetapi terhad dgn kehadiran seorang lagi muhrim sebagai pemantau. Seterusnya perkahwinan di langsungkan dan perkenalan yg lebih lanjut di teruskan selepas itu.
Maka kapel yang dahulunya tiada cinta, sudah mula menanam benih2 cinta. Manakala kapel yang dahulunya baru berputik cinta, kini cinta itu menjadi akar tunjang kukuh berdiri.
Mungkin ada orang akan berkata, "Alahh tak syok la kalau cinta pon nak ikut Islam!".
Well bro, kau paham tak citer aku ni. Allah telah mengfitrahkan kita untuk berkahwin dulu sebelum dating. Dalam bahasa lebih direct, Allah dengan penuh hikmahNya telah mengarahkan kita untuk beromen dahulu, baru pastu dating bagai. Kalau itu tak syok, tak tahu lah aku. Sesunggunya Dia tahu kita adalh makhluknya yang sungguh horny.
______________________________
Apabila Fitrah di Langgar
Jadi sekiranya kita berkapel lama2, berdating, flirting bagai, tapi last2 masing2 balik rumah tanpa buat seks, kita sebenarnya telah melawan arus fitrah kita.
Cinta adalh perasaan sexual attractiveness to the opposite gender, leading to willingness to have sex and having baby together.
Jadi adalah impossible utk seseorang yang berkapel untuk tidak merasai sebarang sexual arousal di dalam pergaulan mereka. Segala sentuhan, perlanggaran, pengeselan, lirikan mata, bau, senyuman, suara, ketawa, etc menyebabkan berlakunya tembakan2 hormon cinta ke dalam salur darah kita untuk meng-readykan tubuh kita untuk membuat hubungan seks.
Jadi apabila berulangkali sexual arousal berlaku, tetapi tiada seks pada penghujungnya, accumulation of hormon2 cinta di dalam badan manusia, akan menyebabkan berlakunya sexual tension di antara pasangan tersebut. Satu perasan celaru keliru misteri yang membebankan kepala otak. Umpama makan yang tidak kenyang, tidur yang tidak lena, berak yang tidak lawas, jerawat yg tidak masak,
Akhirnya sexual tension ini menghasilkan stress dan akhirnya meletup dengan pergaduhan. Tuduh menuduh saling di lontarkan. Cemburu mencemburui mula membelah ikatan cinta. Last2 clash.
Lepas clash, sexual tension hilang, rujuk kembali, sexual tension datang balik, gaduh, clash balik. Wash-rinse-spin repeat cycle yang menjadi barah kepada hati.
Padan muka. Sapa soh langgar fitrah. Degil!
_____________________________________
Fitrah Songsang
Aku tahu, mesti ada antara korang yg terlebih pikap akan cakap, kalau gini baik kita beromen terus lah masa bercinta. Jadi dah takde sexual tension, macam mat salleh gitu. Banyak pandai!
Tapi kau lupa fitrah manusia ini pelbagai. Antara fitrah yang Allah telah set-kan dlm diri kita adalah sense of good and bad. Sebab tu la kalau kita buat salah, kita sendiri tak tentu pasal tetiba trasa bersalah.
Jadi kapel2 yg beromen sebelum berkahwin, juga akan merasai tensi. Tension dosa.
Di tambah lagi perasaan insecure kerana tiada komitment di dalam perhubungan mereka. Tentunya pihak wanita, yang telah menyerahkan passport dara mereka kpd pihak lelaki, akan merasai bagai Noritake di hujung tanduk sepanjang their sinful relationship. Sekiranya pihak lelaki belah, ternganga saja la awek tu.
Jadi, jangan buat!
____________________________________
Alamak! Saya Berkapel Skang Ni Bang. Jadi Apa Yang Patut Saya Buat?
Sekiranya anda seorang awek yang cun, sila add saya dlm Fb dan Ig. Jika di dapati anda mempunyai paras rupa dan tubuh badan yang melepasi piawai saya, maka adalah lebih afdhal untuk anda clash dgn boifren anda dan berkapel dgn saya secara Islamik. Anda sebenarnya memerlukan bimbingan seorang yang lebih dewasa yang arif tentang selok belok percintaan. Adalah fitrah saya, suka membantu insan2 yg memerlukan.
Sebaliknya sekiranya anda seorang awek yg miskin paras rupa, maka di nasihatkan anda forward blogpost ni kepada bf anda, kemudian membuat last confrontation dgn dia, bersama org ketiga of course, untuk memberikan kata dua kepada dia, supaya cepat2 kahwin ataupun korang mulai hari itu akan berpuasa dating buat selama-lamanya.
InsyaAllah, bf anda akan memahaminya dan meminang anda secepat mungkin.
InsyaAllah juga bf anda akan membaca paragraph di atas dan menyedari bahawasanya anda tidak cun sebenarnya dan clash dengan anda. Maka kini anda telah bebas. Tidak lagi berkapel. Problem solved.
Usah di ucapkan terima kasih kpd saya. Please No!
Berterima kasih lah kpd Allah.
Sekian mekasey wassalam.
Ya Allah. Janganlah Engkau bebani hambaMu ni dgn awek yg terlampau ramai.. |
1. Fitrah Dalam Pandangan Islam
2. Konsep Fitrah Di Dalam Al-Quran
3. Sexual tension
4. The Science of Love
5. Neurochemistry of Love
6. Biological basis of Love