Showing posts with label carut. Show all posts
Showing posts with label carut. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

"Babi Jadah"...... Sumpah aku tak carut langsung dalam entry ni.

Salam,

1. Adakah anda perasan kebanyakan ustad2 atau individu2 yang aktif berdakwah suka sangat mencampur adukan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Arab di dalam perbualan harian mereka.

2. Kekadang tu aku rasa mcam tak perlu je sebab perkataan arab tu memang ada je maksud dia dalam bahasa melayu.
"Ya akhi(Bro). Zaujah (Bini) anta (hang) tak pergi Mukhayyam (roadtrip/camping) ker? Camner nak jadi daie (pendakwah) yang mempunyai dzatiyyah (lonjakan dalaman) ni? Akhwat (Awek-awek) semua pergi tau."

3. Adakah mereka2 ini poyo? Ataupun di dalm keasyikan berbahasa Arab mereka telah tersasul spekang Arab. Macam aku dan ramai org2 lain yang cakap rojak English and Kelate?

4. Tapi tak kisahlah. Mungkin mereka nak mengamalkan sunnah dengan cuba bercakap bahasa Arab. Seperti aku yang dengan riak takabur-nya nak mengaku di sini, sedang mengikuti kelas bahasa Arab.

5. Bezanya aku ngan korang ialah, aku belajar ngan Pak Arab betol. Korang belajar ngan Ustad2 Melayu jer. Ptuihhh!.Umpama aku belajar bahasa English ngan Shakespeare dan korang belajar English melalui segment "English Educasyennnn!!" Usop Wilcha kat HOTFM la kan!

6, Jadi berbekalkan dengan ilmu yang penuh di buah dada ini selepas 3 kali pergi kelas, aku nak memperkenalkan dua perkataan Arab yang afdhal(yg cun) untuk kita amalkan harian. Yallah!! (Jom!)
______________________
Babi, بابي

1. Perkataan Babi adalah berasal daripada perkataan "Bab باب " yang di ketahui oleh semua rakyat Malaysia daripada citer Ahmad AL-Bab, bermaksud "pintu".

2. Jadi guru aku bagitau, apabila kita letak hurup Ya di hujung perktaan tersebut, maka ia permaksud "my/saya punya". So jika Bab باب adalah pintu, jadi Babi بابي adalah "pintu saya".

3. Jadi marilah kita bersama2 mengunakan perkataan "Babi" di dalam konteks bahasa Arab ini di dalam perbualan harian kita.

" Apabila anta (hang) sampai rumah ana (aku), jangan lupa kasi salam dan ketuk Babi (pintu saya) kuat2 tau."
" Zaujah (bini) ana (aku) nak Babi (pintu saya) kaler pink anta(hang) tau tak? Giler gross!"
"Gaji ana (saya) tak masuk lagi ni. Makan Babi(pintu saya) jelah nampaknya ana(saya) bulan ni."
"Ehh, zaujah(bini) akhi (bro) mana ada gemuk!! Telus je masuk Babi(pintu saya) tadi aku tengok."
"Hoi Akhwat (Aweks) ! Puas ana (aku) dok phewittt, anta buat dekkk jer? Ana (Aku) baling ngan kepala Babi (pintu saya) kang baru tau!"
_______________________________
Jadah, جده

1. Perkataan Jadah adalh berasal daripapda perkataan "Jad جد " yang bermaksud "datuk".

2. Jadi apabila kita letak hurup taa marbuta di hujung perktaan tersebut, kita mendapat istilah "Jadah جده " yang bermaksud "nenek/opah/grandmother".

3. Jadi marilah kita mengunakan "Jadah", perkataan Arab yang penuh sopan ini di dalam perbualan harian kita.

"Mana Jadah (Mana nenek) ni. Kata nak ikut sekali gi pasar"
"Ape ke Jadah (Ape ke nenek) ni! Dah nyanyuk ker?"
" Haram Jadah (Haram Nenek) ! Harammmm. Jadah (Nenek) tak tahu ke forex telah di fatwakan haram?"
_________________
Soalan Kuiz Bahasa Arab

Sila translate ayat2 di bawah ini ke dalam bahasa Melayu.

1. "Hoi Jadah! Aku hempuk ngan Babi sampai lumat mau??"
2. "Kalau muka tu dah macam Babi, bajet cun macam Jadah la weyyy!"
3. "Mungkin jugak Jadah tu lesbo. Badan dia keras cam Babi siyal"
________________
Jawapan Kuiz Bahasa Arab

1. "Hoi Nenek! Aku hempuk ngan pintu saya sampai lumat mau??"
2. "Kalau muka tu dah macam pintu saya. Bajet cun macam nenek la weyy!"
3. "Mungkin jugak nenek tu lesbo. Badan dia keras cam pintu saya siyal"
________________
Akhir Kalam

Jadi marilah kita bersama2 menerapkan pengunaan bahasa Arab amnya dan perkataan Babi dan Jadah khususnya di dalam perbualan harian kita. Semoga usaha gigih kita akan menjadi teladan untuk seluruh ummat Islam di tanahair kita.
Sila kasi ayat2 contoh di ruangan komen untuk menunjukkan kefahaman anta2 semua...

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails