Showing posts with label crazy horse. Show all posts
Showing posts with label crazy horse. Show all posts

Sunday, February 5, 2012

Crazy Horse Di Hari Maulidur Rasul

Salam.

1. Sempena menyambut hari keputraan baginda Rasulullah S.A.W pada hari ini, aku and frens telah pergi melawat Crazy Horse untuk menghidupkan sunnahnya.


2. Mula2 seriously aku tanak pergi sebab macam2 aku dah pernah dengar pasal Crazy Horse ni kan. Aku tanak lah kan terjebak. Kang kalau aku dah gian, susah lah beb. Siang2 tetiba hilang dari kedai sebab pergi mengkuda. Abisla duit kertas aku nanti.

3. Akan tetapi setelah di goda oleh syaiton2 maka, aku pon follow je lah. Bile lagi nak pergi Crazy Horse kan? Lagipon $50 je bai. Maka dengan hati yang suci murni, aku pon merempitlah ke Adelaide Northern Horse Riding, atas je skit daripada Munno Para on Main North road.

4. Sebagai anak dara gadis sunti di dalam arena mengkuda ini, mula2 kami telah di berikan basic taklimat tentang psychology kuda dan teknik menunggang untuk noobs.








5. Koboi yang mengajar kami bernama John Wayne. Selambe je dia tinggal pistol kat rumah. Kang kalau Red Indian serang, sayur la mamat ni.






6. Kuda yang di berikan kat aku ialah kuda ini. Nama dia Yoshi.




7. Dalam banyak2 kuda kat situ, dialah paling tua, paling serabai dan paling kecik. Tengok tu. Yang hujung sekali.



8. Langsung tak macho macam Pepe yg kat tengah tu. Ni thorougbred. Ex-racer.




9. Kuda awek ni pon lagi cun. Dem.




10. Tapi aku chill je. Sebab aku memang nak kuda mandom. Sebab aku sebenarnya agak cuak skit naik kuda. Banyak sangat dengar citer kat sepital orang patah tengkuk la, lumpuh lah, patah tulang lah, mati pon ada.

11. So mula2 aku ingatkan aku ni agak safelah kan. But, have you ever heard the expression, "Asian can't drive". Well, apparently "Asian horse can't menkuda" as well.

12. Yoshi ni ikut sukati dia je. Nak suruh start jalan lembap giler. Pikap takde. Pastu dua kali dia tetiba stop di tengah2 jalan. Puas aku tendang2 perut dia suruh jalan. Rupa2nya dia dok melepas. Pastu kencing pulak. Nak suruh dia masuk gear dua (trotting) macam haram. Gear box dah karat. Pastu bila lari skit, trus semput dan jalan balik. Hampeh.

13. Budak pompuan yang tarik kuda aku siap mintak maap lagi "I am sorry that you have Yoshi. He is not as active as other horses. Maybe next time you can try another horse". Sori lori. Biar slow asalkan selamat.

14. Pastu dia ni suka giler sondol2 budak mat salleh tu. Berapa kali budak tu libas muka dia. Horny lah kuda ni. Last2 Yoshi gigit budak tu sekali. Terjerit budak tu. Adoyai Yoshi! Kau ni buat malu asian seantaro dunia la.




15. Pastu last kopek, tengah aku chill2 bajet koboi atas kuda tu, tetiba dia bucking!! Terlompat2 buat wekang sambil reverse. Cabut lari budak pompuan yang pegang tali tu. Aku just secara refleks try to maintain jangan jatuh la. Mula2 aku ingatkan dia spooked. John Wayne dah pesan, kalau kuda tetiba gabrak, kita kene rilek je. Slepas beberapa saat, dia pon chill. Tapi whutdeheck just happen.

16. Rupa2nya Yoshi tadi cuba nak tendang kuda kat belakang dia. Kuda kat belakang tu kuda betina nama Tula (pic bawah, kuda kaler putih). Once upon a time, Yoshi ni bajet nak ngorat Tula. Sekali kene rejek. Jadi Yoshi skang ni pantang Tula dekat sikit, trus dia emo. Ape la bro. Kau hitam. Dah lah kau asian. Ada hati nak ngorat kuda putih pulak tuh. Oberbajet la brader. Kau bukan Naqib Zainal Abidin, raja amoi Adelaide.



17. Nasib baik aku tak jatuh. Nasib baik jugak dia tendang tak kene Tula. Tapi kalau dia tendang kena jawa atas Tula tu takpe. Dia dah biase kene penendang kat tulang belikat. Dia mmg suka. Tendang hari2 pon takpe.

18. Yoshi...Yoshi...kau memanglah Crazy Horse!




But thanks for the ride bro...



Sekian, Mekasey, Wassalam.





Wednesday, May 25, 2011

Bukan Semudah Itu Untuk Kaum Lelaki Di Peralatkan Wanita .....

Salam,

1. Semalam, aku kasi Fatin makan free je kat kedai. Aku kasi sebab walaupun dia sebenarnya tak kerje aritu, tapi dia rajin tolong2 masa org tengah ramai waktu lunch hour rush. Sebagai tanda thank you, aku cakap la dia tayah bayar klau dia nak makan ape2.

2. Tapi masalahnya dgn org lawa ni, ramai org dok perati!!! So Bukh tak cakap ape2 lagi pon aku dah tau dia nak bahan aku! Dem U! Muahahahhaha.

3. The night before, Bukh ade post kat fesbuk, article from Guardian "Sexy Girls Have It Easy".(click to read)


Awek ni gi jalan2 mintak bende2 free dgn rupa biasa dan kemudian dgn rupa dan bumper yg mengancam jiwa, raga dan iman.

4. Basically the haweks (Caroline=not chick and Grrlscientist=the writer) cakap lelaki memang tak tahan bila jumpa awek sexy/cun dan akan mula bajet power untuk tunjukkan diaorg hebat. Antaranya ialah kasi bende2 free sebagai "signals of their social power, overall possession of (or access to) resources and their suitability as a mate"

5. Aikk? Kasi bende free pon boleh jadi simbol yang kau nak "mate" ngan awek tu ker? Aku tak sangka awek2 ni senang gitu. Mcam kasi makan kat ayam itik je. Kau kasi makan skang, tapi kau ade niat nak ngapp nanti!

6. Tapi the writer (grrlscientist) juga argue yang bukan rupa semata2 yg boleh menyebabkan lelaki kasi free2 je bende kat awek tu. Awek itu jelas nampak berlipatkali ganda level kegedikannya apabila dressing sexy. Jadi mungkin kegedikan/body language/confidence yg menyebabkan orang lelaki kasi semua tu.

7. What? Arini kau breakfast makan cipan ke grrlscientist?
Kalau gitu, theoretically kalau ade sorang awek rupa jamban retak yang mempunyai kegedikan/body language/confidence taraf Gaban Zek Potong Dua, maka dia akan berkapasiti untuk dapat semua free gak ke?
Yes, I agree dia akan dapat beberapa bende free. Penyepak free, lempang free, gelak free, kentut free dll. Tapi makan free, naik bass free, etc itu namanya Overbudget 2011!

8. So, kau nampak tak mana silapnya Caroline and Grrlscientist di sini tak? They both think like a girl. Self-centred. Oooo...look at me, I am so clever! Men are suckers and easy to manipulate! Sexy skit dan confident skit, trus kene makan!

9. Well, God give men 2 balls. I believe that one of the balls must contain brain matters because
A: Man really need one ball to reproduce
B: Brain in balls will explain a lot why men are superior thinkers than women.

10. What they forgot to consider ialah maybe orang2 lelaki saje je layan awek2 hot gitu, so diaorang akan menten or (lagi best) jadi bertambah gedik. Korang kan tau orang2 pompuan sukakan pujian dan attention. Jadi, bila dpt bende2 free ginih, trus dia nyer lengguk, pehhh ..... seolah2 buntut tu anytime je nak terbang melayang samade ke kiri or ke kanan.

11. Buktinya ialah fenomena stripper. Sekiranya kau pergi Crazy Horse (Sila dengungkan perkataan "sekiranya" di situ kerana hukumnya ialah Idgham Bila Gunnah ), kau akan dapati ramai lelaki2 yang dok berkiblatkan awek2 yg hanyalah berpakaian "yg telah di berikan potongan discount" je.

12. So, kalau ikutkan teori di atas, stripper2 ni hanya perlu cakap "Hoi ! Bak duit" maka orang lelaki akan jadi bangang dan kasi duit free2 je kat stripper tu kan? Sexy dan gedik. Cukup syarat dah tu!

13. Akan tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya orang2 lelaki deliberately kasi sikit2, selit celah2 mana yg boleh mencelah. Jadi stripper tu akan automatik terpaksa berusaha keras untuk melipatgandakan kegedikan mereka untuk dapat more duit. Lengokan mereka akan menjadi bertambah ganaz. Mereka pon akan datang rapat2 dan gesel2, macam kucing mintak makan! Lagi banyak kau kasi duit, lagi lama dan kencang mereka mengedik. Mcam kiddy rides kat supermarket. Berenti jalan je kau boh duit lagi.

14. Jadi my friends, siapa mainkan siapa sebenarnya di sini? Lelaki ataupun perempuan?

15. So berbalik kepada case aku tadi. Bukannya aku kasi Fatin makan free tadi sebab aku mengharapkan lap dance daripada dia. Sebaliknya aku mengharapkan dia menten sudi menolong "free2" di kedai apabila kitaorg under pressure next time. Samada dia nak terima offer aku utk makan free ataupun membuat lap dance kepada aku, itu adalah hak dia. Wa tak paksa........

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails