Friday, December 26, 2008

Melancung ke Malaysia.

1. Post aku yg sebelum ni ader ramai yg blur tak tau hujung pangkal, tapi ader gak yg dapat straight away. Aku dah komen panjang berjela kat situ kalau korang tak de kerje pekdah nak buat boleh lah bacer. Tapi aku nasihatkan, bacer Al-Quran ler lagi baik.

2. Sekarang ni aku tengah melancung ke Malaysia selamer 12 hari. Konfirm 12 ari tu aku makan tak lalu, berak tak puas, kentut tak busuk di sebabkan di landa kecuakan meninggalkan kedai aku di tangan budak2 ingusan tu. Bukan cuak kedai aku tunggang langgang, makanan tak cukup dan servis lembab. Sebab tu memang dah berlaku tiap2 ari maser aku dok jage. Aku gabra kalau dieroang jage kedai jadi cun melecun, masakan kaw-kaw dan servis tip-top , jadi nyusahkan aku nak menten standard nanti la....

3. Bisnes slow sikit sekarang ni, tu yang aku ngelat balik jap antar anak bini. Boleh gak aku buat research sikit cari resepi masakan2 baru dan cari bini2 baru.

4. Speaking of bende2 baru, kedai akan berwajah baru. NAnti aku post gambar. Tertinggal kat adelaide la.

5. Sabtu depan aku dah kene balik ke tanah air tercinta australia darul kangaroo. Alamak husna dok kacau aku. Setakat ni dululah yer
Sekian. Wassalam.

Wednesday, December 17, 2008

Gunalah otak, sebelum melantak!

1. Angkat tangan saper pernah jumpa DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
2. Angkat tangan saper pernah jumpe kedai butcher jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
3. Angkat tangan saper pernah jumpe brader tukang sembelih KANGAROO HALAL di adelaide!
4.Angkat tangan saper pernah jumpe tokey kedai (husband mat salleh or bini melayu siam) yg jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide di mane2 masjid waktu semayang jumaat atau raya!
5. Angkat tanagn saper raser kalau kedai tu boleh jual DAGING KANGAROO HALAL, jadi ayam/lamb/lembu dier pon kiter halal makan tanpa ke-cuak-an maksima!
6. Angkat tangan saper pernah mintak tengok certificate halal di kedai yg jual DAGING KANGAROO HALAL tu, untuk daging kangaroo, daging ayam, lamb atau lembu dan certificate halal untuk kedai itu sendiri!
7. Angkat tangan saper pernah makan DAGING KANGAROO HALAL di mane2 rumah senior, postgrad, local muslim atau kedai aku!
8. Angkat tangan saper takde otak!
9. Angkat kaki saper tak nak angkat tangan sebab penuh bulu ketiak!

Sekian, makaseyy, wassalam.

Sunday, December 7, 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Wednesday, December 3, 2008

Nah amik update engkau.

Bile nak update? Bile nak update? Ni aku update la ni. Ok babai.

Sekian mekaseh wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails