Monday, February 16, 2009

Welkam freshies

Salam,

1. Wellkam to adelaide diucapkan kpd semua budak2 baru. Semoga anda find success di bumi ostolia ni dan masing2 dapat mengislamkan sekor mat salleh cun blonde untuk di peristerikan. Aku bagaimanapun sedang masih mencuba. Saper2 ader spare, boleh passing sini.

2. TQ di ucapkan kepada student2 tua, ops senior yang sudi pimpin tangan kanak2 tadika tersebut untuk ke kedai aku yg cikai ini. Semoga jasa engkorang di bayar Allah di akhirat kelak sebab nak harap aku bagi makan free kat dunia ni, korang boleh belah.

3. Kepada freshies, berjimat lah sikit dgn duit yg ade sekarang ni. Aku tau korang loaded. Tapi tak perlu lah unload duit tu kat kedai aku. Masak sendiri lagi bagus.

4. Abang2 atau kakak2 senior boleh tunjuk ajar camner nak masak bende2 simple cam maggi, laksa atau kek gula hangus. Spy2 aku pon dah report kat aku, sudah ader orang2 dok ngajar budak2 baru camner nak masak. Baik sungguh abang kakak tu yer. Rajin2 lah praktis. Lame2 terrer la.

5. Tapi biaselah kan orang baru belajar masak ni selalu buat simple2 mistakes. Tak kesah nyer, small small mater. Mistake2 yg selalu di buat biasanya boleh mendatangkan sakit2 perut sikit2 jer, cirit birit semalam dua je, pening2 kepala ckit, muntah2 darah semangkuk dua, kecacingan sekor dua, food poisoning elleh tarak mende, koma seminggu dua jer dan KEMATIAN, macam org lain tak mati kan!

6. Sumber rujukan di cini. Jgn cuak tengok kat US 5000 org mati every year. Korang kat australia, hanya 120 je kiok daripada 5.4 juta kes setiap tahun! Kenduri arwah boleh di kater oleh SB, jgn risau. No hall. AKu juga adalah AJK khairat kematian Adelaide. Pengkebumian bisa di atur. InsyaAllah.

7. Jadi, di sebabkan aku ni hari ni baik hati, aku pon nak tunjuk ajar cara menyediakan nasi dengan 2 lauk (ayam masak merah evening star dan taugeh goreng ala zimbabwe)

Bahan2nya
2 ekor ayam dara- (ayam bohsia tak di terima) wei camner nak tau ayam tu ader dara ke tidak?
2 biji lemon - ambil kulit dan jus -(habis isi dier nak buat ape)
1 biji oren - ambil kulit dan jus (jgn lupa cabut sticker sunkist)
50 ml sos HP (bukan hawlett-packard)
50 ml sos L&P (jgn pakai sos M&P plak)
1 cawan gula tebu (mat salleh panggil sugar-sugar cane, ringkasan daddy of sugar or suggar daddy)
2 gm bawang putih
2 sudu kecil kicap pekat (beres)
3 sudu kecil madu (canteek, madu tiga)
10 gm daun parsli - dicincang (sama species ngan daun bruce-lee)
250 gm sos tomato (ehh sape ader penimbang? camner nak sukat 250gm nni.)
1 sudu kecil serbuk cili ( jaga2. Kalau overdose berak bersembur)
3 sudu kecil minyak (tanah)
Garam dan lada sulah secukup rasa (in other words, BELASAH je lah)
Cara menbuatnya
1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali ayam dan minyak. Perap ayam selama 12 jam sebelum dipanggang. Orait.
2. Bila dah ayam dah masak, bubuh dalam tupperware.
3. Naik bas pegi city.
4. Pegi 18, Stephens Plc dan bagi ayam tu aku. Aku nak check aper rasernya
Ayam Dara Berempah Gula Tebu ni. Aku maleh nak try sendiri.
5. Bawak keluar pulus 5 dollar dan order rice with 2 dishes plis. Gimme chilli chiken evening star and beansprout zimbabwe style. Tenkiu.
6. Settle. Kan aku cakap "cara menyediakan", bukan "cara memasak" lah bro.

8. Resepi di cilok dari cini. Di sebabkan hampir kesemua penyumbang resepi2 ni org pompuan, jadi atau tak jadi masakan anda adalh mengikut kitaran bulan. Bolehlah kot kalau nak try2 resepi kat situ atau sajer nak baca sampai gelak pecah perut tengok name merepek2 kakak2 dan makcik2 poyo ni bagik!

9. Selamat mencuba. Jgn lupa baca bismillah dan mengucap sebelum makan yer.

Sekian, Makasey, Wassalam.

10 comments:

Dr. Bentara said...

lu dah apply de cologne kat badan lu sempena kedatangan freshies?

freshies tak dekat, lalat yang dekat nanti.

FakirFikir said...

Sepatutnya hang bagitau juga, kalau nak makan karipap tu boleh call bini aku. Jangan order direct dekat tauke Swinging Bowl, sebab nanti tauke tu akan order dari orang lain juga.

ihsan_huhu said...

n kalau freshies2 wat housewarming jgn lupe kasik tau aku k

mangkuk statik said...

ben: Aku mandi bunga tiap2 hari pon, lepas masak bau "eau de curry" gak. Sudah nasib badan. Nasib baik aku tak kerje indah water!

fakir: Sangat betul! Boleh Order direct kat bini fakir tapi duit bayar kat aku yer!

huhu: kalau freshies buat housewarming, aku tak kan bagitau sekor habuk pon! Nanti saper nak makan kedai aku kalau dah ada mkn pree!

Anonymous said...

ajar le resepi satay.. aku dah nak bukak kedai baru ni.. huahuahua..

Anonymous said...

eau de curry?adoi kelakar habis macam haramm ah korang nih.geli hati i..

isuzu_aizu said...

uuu ckp pasal resipi & ajar memasak, baru teringat last week i ajar freshie yg skang duk kat rumah lama i buat sushi thru webcam. uuu semangat betol. hahhaah

mangkuk statik said...

arshad: kau bukak kedai, aku cucuk biji mata kau ngan lidi satay.

lutfie: eau de curry tu elok lah sikit drpd eau de toilette

intan: webcam? Gilo. Memang kau ni layak jadi cikgu.

ihsan_huhu said...

fuh intan sudah jadik webcam girl skang..

woo~~

ainishamsi said...

intan, padan la budak tuh semangat je tanya sal sushi kat aku.

pengaruh ko ghupenye. ces

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails