Salam,
1. Pekebende la kulit kapla aku ni. Dah bertahun2 dah aku gatal kat spot yg sama. Spot ni adalh spot aku buat pony tail masa rambut aku mengerbang panjang ikal mayang dulu dulu dulu dulu dulu...duluu. So aku bajet sebab rambut aku panjang, maka spot tu tak sempat kering betul2. Itu pasal gatal sebab ada wap2 air yg terperangkap (bodohnye teori).
2. Tapi pastuh, walaupun rambut aku dah berapa puluh kali aku cantas botak macam mamat baru keluar pusat serenti, gatal dia masih tak ilang2. Selama ni aku buat donno je sebab tak teruk sangat. Tapi sebab skang ni kegatalan tersebut semakin bermaharajalela, maka terpaksalah aku ambik tindakan yg drastik.
3. Sumpah, mula2 aku tak tau pekebende la penyebab gatal2 kat blakang kapla aku ni. Teori wap air tu takleh pakai. So, aku inggatkan ada panau ke kurap ke kayap gitu. Tapi oleh kerana kegatalan tersebut sudah masuh ke tahap kronik, maka "terpaksa"lah aku mengadu kasih kat aweks-aweks (dah lah plural, ada kata ganda lagi. Ni maksudnya, "lagi ramai drpd ramai yg biasa2". Pergh!).
4. Diorang cakap ni biasalah ni. Ni adalah angkara kelemumur je. Itu je? Ciss! Tapi camner nak bagik ilang?
5. Last time aku kene kelemumur ialah masa aku Form 3, kira2 dua belas..eh silap "puluh" tahun yg lepas. Masa tu aku pakai syampoo Zaitun anti-kelemumur. Setel. Tapi mana la aku nak cekau kat Adeled skang nih? Lagipun produk Zaitun ada lagi ke kat Malaysia? Tak nampak pon.
6. Tapi takdehal. Fesbuk kan ada. Bila aku letak je dalam status, semua orang sajes (suggest) pakai Head & Shoulders. Aku pon sebat lah satu. Aku pakai seminggu 3-4 kali, siap tonyoh2 baeek punya kat spot tuh. Hasilnya selepas sebulan. Hampehhhhhh! Geram gua.
7. Pastuh aku ternampak iklan Garnier yg kata syampoo dia "anti-dandruff dan reduce hair fall". Pergh! Macam cun. Trus aku pegi supermarket cari Garnier plak. Sekali dah abis la plak. Yg ada hanya conditioner Garnier yg anti-dandruff je. Syampo tarak.
8. Aku pon angkut je lah conditioner tu walaupun aku tak tau apekejadah fungsi "conditioner" ni sebenarnya. Belasah je lah.
9. Maka kedengaranlah suara2 sumbang kat rumah aku yg berbisik ke angin lalu,
"Aik! Apsal Papa engkau makin AYU ni. Bertambah hair produk plak!".
Nasib baek aku ni termasuk ke dalam golongan orang2 yg bersabar.
10. So far baru seminggu aku pakai. Takde pekebende perubahan pon. Itu pasal skang ni plak, aku dok usha2 petua orang tua2 melayu untuk ilangkan kelemumur ni.
11. Mula2 aku ingatkan susah sanggat. Macam ambil darah ayam kampung hitam dan campurkan dengan darah nifas perempuan mati beranak anak sulung di malam tujuh likur, sapukan dengan mengadap kiblat sambil berselawat dan membaca rukun negara dalam bahasa Siam.
12. Rupanya2 mudah sahaja. Daripada, Laman Petua Nenek,
Mula2,
a) "Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus.".Banyaknya! Nak menumis ke hapa ni?
b) "Kemudian sapukan di sekitar payu dara". Okay. Whatever.
c) "Jangan terkena pada putingnya". Baik. Takdehal.
c) "Biarkan selama 15 minit". Cukup ke marinate nih?
e) "Bilas dengan air bersih seperti biasa". Sabun takleh pakai ke. Abis payuteruna I berbau bawang nanti!
13. Ehh silap baca. Itu petua "laen" rupanya. Banyak sanggat petua yg "best2" sampai "tak nampak" petua yg di cari. Okay. Mak nenek kata aku kene pakai limau nipis, serai dan santan atas kapla. Pergh! Terbaek. Akan aku try kalau Garnier ni pon hampeh nanti.
14. Aku harap2, salah satu drpd petua2 ataupun shampoo/conditioner ni akan jalan. Sebab kalau tak jalan gak, hanya satu je kesimpulan yg boleh di buat tentang kegatalan kulit kepala aku ni.
15. Itu petandanya ini sebenarnya bukan kelemumur. Kegatalan yg aku rasa ni bukan "gatal". Sebaliknya, ia adalh "miang" sebenarnya. Miang orang tua yg nak berbini empat.
16. Ubatnya? Ubatnya mudah je. Ubatnya juga best!!!
Sekian. Mekasey. Wasalam.
4 comments:
hahahaha.. apsal silap petua bro! hadoi!
updated selalu ye..
bro petua nak janggut lebat ada?
potong je kepale, setel.
Hapiz; Payah lah nak apdet selalu. Bini dah bising!
Ben: Tiada petua yg boleh menolong dikau. The best solution utk melebatkan janggut ialah kau buat "bulu transplant" dgn mana2 mamak. Nanti aku tanya kat arshad.Mana tau dia sudi menajdi doner utk kau.
huhu: kalau kapla bawah yg gatal, kene potong gak ker?
Post a Comment