1. Sekarang wa sudah ada bini baru bro. Wa sudah main golf sekarang ni broo. Bini lama wa, Sharipah Bolasepak, wa sudah sebulan tak jengok la bro. Gantung tak bertali bro. Gersang la tu bro! Apa nak buat bro. Apa2 yang baru, memanglah lagi errr ...... lazat kan bro? Mana puas kan broo!
2. Ni semua adalah angkara pengaruh buruk kawan aku yg datang lepak sini sebulan aritu. Dia kaki golf. So mula2 aku teman2 je dia main. Sekali, aku pulak naik syok. Dem! Mujur dia bukan kaki kuda gila. Kalau tak, dah sah tiap2 minggu aku mengkuda. Yeeehaaa!!
3. Wa tau! Wa tau! Ngkorang mesti cakap, "Apekes main Golf! Tak kontemporari ranggi la gitu bro!".
4. Wa pon pikir camtu mula2 tu bro. Apeke bodoh punya game. Pukul bola pastu hambat pelan2 or naik buggy (apecer?). Pastu pukul lagi. Peluh kat ketiak nak kuar pon segan. Peluh pon cakap, "Perlu ke aku keluar ni. Mcam tak releven jer?"
5. Tapi lu apa tau? Tak kenal maka tak cinta. Layan siol. Kalau kau nak berpeluh, kau jalanlah 18 hole tu. Turun naik bukit mau tercabut patella. Good praktis untuk sesapa yg belum ada aweks/binis, sebagai persedian untuk teman diaorang pergi shopping! Ya Ampun!!!
6. Kalau kau malas, kau naiklah buggy tu. Rempit boleh, drift boleh, drag pon boleh. Lenjanlah puas2, bukanya ada polis nak saman. Asal jgn buat Demolition Derby main langgar2 sudep.
7. Tapi satu je yg wa frust ngan golf ni. Wa datang padang hensem2, tapi aweks-aweks mana? Tarak nampak sekor buta pon! Semua pakcik2 boroi or macik2 tetek labuh. WTF! Terbazir begitu sahaja kehenseman aku. Ibarat mencurah kehenseman di daun keladi. Sedeh wa gini!
8. Oleh sebab itu, wa terpaksa post gambar2 wa banyak2 kat sini, supaya kehenseman wa dapat di manafaatkan bersama. Tak elok membazir ni. Takkan korang tak pernah dengar
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Sekian, mekasey, wassalam.
6 comments:
penat berjalan satu hal, penat cpukul tak masuk2 satu hal gak
huhu: Benar. Penat mulut carut2 air liur keluar lagi banyak dari air peluh!
fulamak... sudah upgrade. Tahniah!
sawo pun tak balik mesia ke bro?
Ben: Apgred hobi dah. Apgred bini, we will wait and see
Fahmi Flinders: Dia balik. Keje kat UKM orthopedik surgeon. Di datang buat attachment kejap kat sini je.
ok, kalau aku nak bawa famili aku jalan2 kat adelaide aku cari kau la...
Post a Comment