Thursday, October 20, 2011

Pandu Cermat, Telur Selamat

Peraduan teka-bola. Di manakan bola di dalam gambar ini?

Salam,

1. Tebiat aku waktu driving ialah aku suka letak phone aku kat celah kangkang. Bukan apa. Senang sikit la aku nak capai kalau aku nak pakai. Lagipon taim tunggu lampu hijau tu sempat lagi aku nak update fesbuk ke twitter ke gitu.

2. Sekiranya aku drive ngan bini aku, konfem speaker seblah kiri aku akan berbunyi lebih!
" Ehh..Apsal la letak phone kat situ. Kau mana tau radiation ke apa2 dari phone tu nanti caused cancer kat situ ke kang?"
"Anak baru dua. bla..bla ..bla..pot...pet...pot...pet.."


3. Kecoh betol la. Tapi aku tak ambik pot pon sebab bini aku doktor gigi je pon. Sejak bila plak dia jadi expert dalam hal-ehwal penyakit2 telur-menelur lelaki nih? Kalau penyakit celah gigi boleh lah. Penyakit celah kangkang , kita kenelah dengar cakap doktor celah kangkang kan?

4. Tapi bila dah hari2 kau dengar tu, lama2 tu makan dalam lah jugak! Lagipon, aku memang mepunyai rancangan jangka panjang dan pendek untuk menambah "nasi". Jadi sekarang ni, sekiranya aku mempunyai sebarang waktu terluang, memang aku akan check telur aku.

5. Camne aku check telur aku? Jom mari kita menge-check bersama2.
_______________
How to inspect your ball.
Ini bukan gambar zakar aku. Aku nyer tak cukup space kot nak post sini.

1. Testicular cancer is the most common form of cancer untuk lelaki dari 15-39 yo. Oleh itu semua lelaki kene start check telur mereka sejak dari form 3!! Tapi tak perlulah check ari2. Sebulan sekali cukup la.

2. Kaedah terbaik untuk mengecheck telur anda adalah after a warm shower. Sebab taim tu lah scrotum kau akan kendur, so senang kau nak rasa telur kau. Kamon la, common sense kot. Kalau kau mandi air sejuk, kan scorum kau mengecut cam asam boi. Cuba kau pegang asam boi tu. Boleh tak kau rasa bijik dia? Taleh kan. Haa...aku mmg pandai!

3. Pastu kau letak telur kau kat tapak tangan dan gentel telur kau dengan ibujari dan telunjuk. Rasa pelan2. Jangan sampai steam plak!
Ehh...Mane pubic hair dia? Gambar ni salah ni!

4. Telur anda sepatutnya rasa macam bila kau pegang telur rebus yang telah di buang kulitnya (wahaha). Firm but soft. Shape dia oval. Tak ade lekuk2, segi2, lebam2, lump, bump dan sebagainya.

5. Senang citer, kau compare je ngan telur kau sebelah satu lagi le. Sepatutnya dua-duanya sama. Ginilah mangkuk. Lubang idung kau mestilah sama kiri dan kanan kan? Telinga? Mata? Kaki? Tangan? Sebab tu Allah jadikan ada dua, sebagai bekap! Oleh itu, kalau sebelah tu lain je, adalh something wrong tu.

6. Having said that, telur kanan anda mungkin besar sikit daripada yg kiri. Itu normal. Tetek awek-aweks2 pon bukannya ngam2 sama sais pon. Tapi perbezaaan sias tu sikit je hoccay. Kalau sebelah telur kau A-cup dan sebelah lagi C-cup, itu problem lah tu.

7. So anything wrong dari segi shape, sais ataupun kau rasa sakit bila mengentel tu, kau kenelah cepat2 jumpa doktor.
__________________
Kenapa kene jumpa

1. Tak semua lump kat telur anda adalh kanser. Tapi kalau kanser pon, if kau detect awal, the cure rate is 100% kalau ia belum merebak (metastasized). Kalau ia dah merebak pon, dengan chemotheraphy, the cure rate is nearly 80%.

2. So senang citer, kanser telur ni adalah kanser yang paling senang untuk diubati! Tapi kalau kau lengah2, kau kene ingat. The 80% cure rate tu bermaksud, untuk setiap 5 orang yang kene, sorang akan mati. Apa kau nak jadi sorang yang mati tu ke? Oleh itu cepat2 lah jumpa doktor sebelum ia merebak.

3. Aku tanak tipunya. Memang kalau kau jumpa doktor dan di diagnosed dapat kanser, kau akan kene operate dan telur anda akan di buang sebelah. Tapi kau hanya perlukan sebelah telur je bro. Samalah cam buah pinggang, lubang hidung, telinga, mata etc. Satu je dah cukup.

4. Kesuburan anda tetap sama (sebelah yg tinggal tu akan compensate) dan zakar kau akan boleh mengeras cam biasa je. So nanti bila kau dah kawin, kau boleh romen dan dapat anak cam biasa je ..... insyaAllah!

5. Lagipon bukannya bini kau tahu telur kau dah hilang sebelah pon! Mana ada bini yang takde kerje lain selain daripada mengentel telur laki dia! Ginilah. Kalau bini kau sedar yang telur kau dah tinggal sebijik je, kau patut start risau dah. Aik? Camner dia boleh jadi telur-expert ni? Dulu buat part time GRO masa kat uni ke?
____________
Jangan malu

1. Tidak ada doktor lelaki yang bila kau jumpa dan kata "Doktor! Doktor boleh tak tolong check telur saya?", akan marah kau dan tendang kau keluar klinik. TIDAK ADA!

2. Kerana mahasuci Allah telah menjadikan telur kita itu sebagai ikatan persaudaraan sesama kita kaum lelaki. Sebab itulah apabila kita tengok sesapa kene tendang kat telur, kita terus automatik rasa senak telur gak kan?

3. Begitulah juga bila kita tau kawan kita lemah tenaga batin ke, mati pucuk ke, zakar kecik ke, kita akan cepat2 suggest ubat itu dan ubat ini, jumpa mana2 bomoh ke, urutan batin ke dan sebagainya.

4. Jadi Doktor lelaki pon sama je. Tiada yang boleh membuatkan hari-hari mereka lebih ceria selain daripada mengecheck telur anda. Percayalah cakap aku ni!
___________
Jadi nak letak phone kat mana?

1. Jadi bila bini aku dah bising, aku ambil la phone pastu aku letak dalam poket. Fuhh! Lega telinga aku.

2. Kecoh la lu. Kalau kau kene breast cancer nanti, aku nak gelak kat kau dan kata,
"Itu la pasal. Kau letak phone dalam hand bag pastu kepit kat ketiak sebelah tetek. Kan dah kene Breast Cancer. Wahahhaha! Lain kali letak lah dalam poket"

3. Tapi......err.. kalau aku letak kat kangkang, radiasi dari phone tu kene tembus, udara/space--> seluarr jeans--> spender-->scrotum-->telur. Tapi bila aku letak kat dlm poket, phone tu melekat rapat trus kat zakar tanpa sebarang ruang udara yang memisahkan di antara mereka. Dah lah kain poket tu tu nipis lagi dari jeans! Opppss...Gulp! Okay, aku nak gi mandi hot shower. Bye.....

Sekian, mekasey, wassalam.

4 comments:

JAIRO said...

kalau gitu nanti aku letak henpon aku kat rumah jer la... takder la kena kanser hahahahaha

mangkuk statik said...

Kalau kau tinggal henpon kat rumah, boleh kene laser ngan bini/aweks, kau boleh kene kanser telinga kau tau tak?

JAIRO said...

alamak tu lagik kronik la bro hahahaha

Akim Iqbal said...

hahahahahaahahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails