Sunday, October 2, 2011

Panduan Untuk Mengalahkan Team Ole ....

...aku tulis cincai2. Harap paham.


....and 2011.

Ade orang kata kitaorang "training". Aku dah seminggu lebih tak main. Bebeh dah sebulan kot sebab hamstring. Yus injured. Naim entah? So sehari sebelum tournament aku gi court SQ utk practice sorang2 sejam..haha. Kebetulan Mat Yus dok jogging!(pic) Ajaib! Kita org main passing sikit2. Discus taktik sikit2, pastu Mat Yus main tennis. Yes, tennis! So training? Training kentut ada la.


Habit aku, untuk psyche diri sendiri before main, aku dengar lagu2 tertentu. Kasi ada mood untuk main. Last tournament aku dengar lagu Devine Masters "Di sampingku" sebab lagu tu lah yang aku dengar masa Melben Cup aritu. Kali ni aku dengar lagu Dear God. Tapi next time aku dah jumpa lagu lain....Chop Suey -System of a Down!

Aku bangun awal nak masak utk kedai before gi main. So aku lapar ,awal2 dah bantai dulu makanan yg diaorg supply ni. Tapi simpan sikit. Kang kalau makan banyak kang, jadi semput!

Nostalgia silam. Lokasi berdarah.

Abis je game final, trus muntakedarah. Wow! Ramai sungguh orang tengok majlis penyampaian pingat!

Member baru team ni ialah Jimmy. Sop keluar (Sorry Bro!). Harap2 Jimmy ada chemistry main ngan kitaorang, so bila ada "orang tu" gi main ragbi tahun depan, takde lah kami terkalut2 mencari penganti.

Terkejut aku bila aku dapat medal "player of the tournament". Aku tak skor langsung, sepak "belekar" (tak on target), tak de impak kpd gameplay, in short main cam haram. Ada flaw dalam sistem penganugerahan markah utk that award. Malas citer panjang. But for me, player of the tournament adalah Mat Yus. Dia top scorer kot, plus dia organizer dan dia berjaya menenangkan darah2 orang muda yang panas pada hari itu dengan coolnya. So syabas bro. Mu hebak!

Salam,

1. Rabu lepas Team Ole menang lagi. Ni adalah kali ke empat berturut2 kami menang kot. ISMA Cup in 2010 pastu tahun ni UMNO, MASCA dan ISMA semua kami sapu. Nasib baik last year hanya ada satu tournament kot iaitu ISMA. Kalau tak, silap2, kami dah menang 6 tournament kot berturut2 dlm masa 2 tahun!

2. Okay! Melampau sangat ni! Bukan setakat menang the cup. Kalau kau tengok score game2 final tu, semuanya kami menang dengn sangat selesa. Itu pon kitaorang dah masukkan sub masa second half.

3. Jadi apecer? Kenapa jadi gini? Tak best lah kalau kami je asyik menang. Korang bosan, kami pon bosan. Kami nak celebret menang pon jadi macam segan2 tahi kucing.

4. Seriously, apa yang aku concerned hanyalah the standard of bolasepak (padang dan futsal) untuk kita semua budak Adelaide. Aku nak kita mempertahankan Melbourne Cup, pastu sapu NCG bola dan futsal next year. Jadi kita nak tanak, kenalah up-kan level kita supaya kita ready next year.

5. Untuk bola padang at least kita dah ada plan, ada comittee untuk memastikan kita semua maintain focus to our targets. Tetapi, untuk futsal, kita agak celaru carca-merba sikit. Semua pakai kepala hotak sendiri. Ini tak boleh jadi. Kita kene ingat, team Melben, Sydney dan ACT semuanya tinggalkan kita jaauuhhhhhhhhh dalam standard futsal diaorang! So kalau nak menang, kita taleh main2.

6. Mungkin kita kene meeting dan committee Kelab Bolasepak Adeled akan keluarkan "fatwa" macam FIFA untuk form satu team lagi yg boleh rival team Ole.

7. Anyway, mari sini aku tolong skit, point to faktor2 kekuatan team aku dan kaedah2 untuk mengalah kan team aku.
________________
Faktor Kekuatan Team Ole.

1. Chemistry.
-Ini tayah cakap pon korang tau. The key player is Yuh, Bebeh dan Naim. KMS teamates. Naim dan Bebeh pulak dah main sekali daripada sekolah rendah! Mampos! Keeper aku pulak Mock, juga KMS.
-Aku hanyalah sekadar tukang pass bola kepada salah seorang drpd diaorang, pastu aku let diaorang "do the magic"! Haha.

2. Defensive.
-Semua orang boleh defend. Memang majoriti drpd kami defender pon. So bila kene attack, semua orang tau positioning dan boleh tackle.
-Yus yg main striker pon adalh salah sorang "pencuri bola" yang paling terer aku pernah nampak.
-So senang2 je korang hilang bola dan kitaorang counter balik.

3. Pschological.
-Few days before tournament, aku dan Mat Yus dah mula dah bising2 saiko engkorang! Haha.
-Pastu korang perasan tak everytime before game, lagi 7-8 minit, aku dah suruh semua orang warm-up, stretch dan switch-on mentally! Korang just tak boleh bangun dari duduk bersila dan trus main! U r not ready to play!
-Satu lagi, semua orang dalam team ni dah banyak pengalaman main game high pressure. Jadi kami tak panik dan always try to maintain game kitaorang (kecuali aku ...haha).
-Satu lagi yang aku respect kat teamates aku adalah diorang ni memang tough mentally. Walaupun dah menang banyak, tapi the hunger is always there to win some more. Or walaupun dah leading, kami still maintain focus. Walaupun aku dan Mat Yus always cakap besar (haha..sorry), tapi aku tau, Mat Yus dan aku always berpijak di bumi nyata masa game.

4. Kami "Main" Futsal
- Iaitu bermaksud, gelecek bila perlu dan dengan tujuan. Find space. Passing.
- Bukan asyik gelecek jer sampai tak boleh gelecek dan under pressure baru passing. High pressure passing leads to error.
- Kami jarang main "high percentage of error" passing ( passing merepek2 fancy terlajak) So bola lekat kat kaki. Maintain possession. Aku sorang je kot yg asyik hantar speculative ball! haha.
________________
Kaedah Untuk Mengalahkan Team Ole

1. Jangan Respect Kami Terlebih2
- Banyak kali dalm game, aku tengok team2 main hati2 gile babi bila lawan kitaorang. Terlalu takut untuk challange Naim, Bebeh or Yus. Takut kene makan! Sedaplah korang kene ayam.
- Korang dah terlalu saiko takut kat kitaorang. Camne nak main? Main je je game natural engkorang. Jgn ada mental block.

2. Semua Player Kene Mantap
- Semua player engkorang kenelah boleh main futsal. Jangan lah ada lubuk. Member or not! Kalau kau nak menang, kau kene buang lubuk tu!
- Player kenalah balance skill diaorang. Janganlah semuanya striker or semuanya defender. Tak jalan.

4. Defend!!!
- Aku believe semua orang dalam futsal kene boleh defend. Tekel, positioning dan man-marking!
- Bila kau perlukan sampai 3 player untuk tekel Bebeh, itu sudah masalah besar! Player kau dah out of position, so line-clear utk player2 aku yg lain untuk score. Setel.

5. Study
- So, korang kene study camner kitaorang main. Korang kene study camner Bebeh/Naim/Yus gelecek. Pastu experiment petang2 camner nak tekel diaorang.
- Kalau kau tak boleh tekel, kau kenalah at least hold dia supaya dia taleh gi mana2 so kene pass the ball. Rilek je bro. Take your time.

6. Jangan Respek Aku Terlebih
- Aku adalh always the last man. Aku memang tak kasi chan nyer lah kat sesapa. By hook or by crook, aku akan stop engkau!
-Jadi engkorang janganlah baik hati sangat ngan aku! Jangan cuak. Makan je aku. Langgar, sepak, tarik baju, ramas telur, offer adik perempuan. Buat je apa saja utk beat aku!
- Ni banyak kali sangat aku tengok korang main cuak2 je bile ngan aku. Jangan risau. Ni bola, aku paham. Aku tak marahnya................insyaAllah...ehem..ehem!
______________
Kami bukannya Unbeatable

1. Bola ini adlah nasib hokay. Semuanya takdir illahi. Tak kira camner terrer pon engkau, kalau Allah kata tidak, takkan menangnya.

2. Oleh itu marilah kita semuanya join ISMA. Enam drp lapan player kat sini ada usrah. Kami tutup aurat. Siap jadi organizer lagi for ISMA Cup ni! Korang2 kenelah mencontohi kami. Kamon la. Baru berkat! Haha.

3. Tapi seriously, kalau korang perati betul2, dah berapa kali team kita orang dah nyaris2 nak kene eliminate dah. ISMA cup 2010 kitaorang kene menang last game of the group untuk masuk semi. Kalau seri, kami out. Pastu, kat semi jumpa team PokChek, end-up ngan penalti shoot-out. Nasib menang. Dan ISMA Cup tahun ni, last game of the group juga, kiatorang kene at least seri ngan Kikers. Kalau kalah, kami out.

4. Belum kira lagi game yang kami seri, yang kami come from behind, dll.

5. Kami mungkin manusia yang sedikit terrer daripada engkorang. Sedikit hensem daripada engkorang. Sedikit alim daripada engkorang. Sedikit "ada luck" daripada engkorang. Tapi kami still manusia.

Dan manusia boleh di kalahkan....

Sekian. mekasey, wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

haha,best player tu kapten2 pasukn lawan yg calonkan n kau dpt pncalonan paling banyak..

Anonymous said...

ala, kalau nk kalah senang je, kau main utk team postgrad. kan dh selalu kalah?hahaha.

astro

ihsan_huhu said...

ah yus tuh aku mark sorg dh ckop. bahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails