Thursday, October 23, 2014

TAWARAN GEGAR ALAM.

*Tawaran Kedua Paling Gempak Di Dalam Sejarah Pasar Online Adelaide*

Salam, Bros sekelian.

Adakah anda mempunyai masalah utk memandu? Masalah dengan kereta anda? Gagal membawa isteri anda ke destinasi kerana kereta anda tak boleh start atu selalu rosak on the way? Kereta anda kereta baru tetapi minyak cepat abis? Ataupun kereta anda kereta lama, so pikap dah slow?

Kereta anda mungkin bermasalah bro.

Mungkin kereta anda perlu di servis?

Jangan menafikannya. Kajian menunjukkan 1 drpd 10 kereta akan mempunyai masalah engine. Lagi tua kereta anda, lagi meningkat masalahnya. By the time kereta anda berusia 40 tahun, macam saya, 1 drp 5 kereta akan rosak. Tapi kereta saya still okay. Rasa2nya. Lama tak bawak.

Jadi bagaimana untuk anda tahu samada servis boleh membantu kereta anda?

Di sini saya ingin menawarkan PERCUMA, ya PERCUMA beberapa engine turbo untuk anda pasangkan kepada engine kereta anda. Tetapi ini hanyalah sample okay.

Pakcik kayo. Kayo turbo! Muahaha
Sekiranya anda mendapati bahawa sample ni membantu, saya cadangkan anda pergi jumpa doktor ...eh silap...pomen, dan kasi dia check dan buat overhaul baek punya. Mungkin anda memerlukan bekalan2 turbo yang berterusan, mana tau kan.

Tawaran ini saya berikan kepada brader2 semua kerana saya tak pakai pon sejak dapat 2 tahun lepas. Test power sekali dua pastu simpan. Skang ni terkebil2 tengok memalam, sebab kereta takde. Road tax mati. Jadi seblum turbo2 ni expired, baiklah saya sedekah je. Saya mmg berhati murni gitu.

Beberapa syarat di kenakan.
1. Ini utk kereta org2 kawin sahaja.
2. Kereta mestilah berumur 30 ke atas. Kalau kereta anda belum cukup umur, pergi keluar jogging ke main bola ke exercise sikit la. Baru kereta sehat.
3. Tidak pernah kene stroke ke heart attack bagai.
4. Engine anda tiada NOS. Anda tidak mengambil nitrite medication utk angina/chest pain.

Disclaimers
1. Turbo ini tidak akan menyebab kan kereta anda menjadi bertambah besar ataupun tetiba upgrade jadi Lambo kay. Ia hanyalah membantu kereta anda supaya tak mati sewaktu di dalm perjalanan.
2. Sesetengah orang mengalami masalah kereta tu bila dah start dia tanak mati2. Cabut kunci pon still jalan. Sudah! Sila pergi ke hospital ehh...bengkel sekiranya ianya berlaku. Err...dan jgn sebut nama aku kpd mereka kay. Aku belah dua kereta kau nanti!

Jadi kepada sesiapa yang berminat, sila comment di bawah ehh...PM inbox fb saya ataupun sms saya, Tabib Batin 0402342684. SMS sahaja kay.

Rahsia anda, rahsia saya......

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Tabib dah power, tak perlu pill bagai. Hambeklah kat ngkorang


Info berguna

1 comment:

Budak jasin said...

Wakakaa .. Ur best yet ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails