Showing posts with label carnival. Show all posts
Showing posts with label carnival. Show all posts

Sunday, September 12, 2010

Pekerja-Pekerja Aku Yang Cun


Salam,

1. .............1145pm. Aku masih tengah high. Adrenaline membuak2. Baru lepas niaga kat Malaysian Carnival.

2. Aku tak lah rasa letih sangat. Biasa lah ni.

3. Bagi aku letih ni ada 2 kategori. Letih badan dan letih otak.

4. Letih otak lagi sakit bagi aku. Kalau otak letih, satu badan letih. Kalau otak tak letih, agak mustahil utk aku letih badan. Sebab bila otak lapang, buat kerje pon trasa ringan.

5. Sebab tu aku suka buat kerja sengsorang sebenarnya. Biar semua aku buat. Pakai satu kepala. Kepala aku saje. Betul ke salah ke, aku yg tanggung. Asalkan aku tak pening kepala bila banyak2 kepala ni!

6. Antara bende yang paling aku benci ialah bila "orang lain membuang masa aku."
Biarla kalau aku buang masa aku dgn kerje2 yg tak pekdah. Asalkan jgn org lain! Mcm, bila org bayar kat cashier pakai credit card ke, org lambat tukar gear kat traffic light ke, org yg terkedek2 masa buat konvoi kereta ke mana2 or org byk songel masa nak membeli kat kedai ke!

7. Itu pasal aku benci nak serve org kat kedai. Aku geram je nak lempang2 sekor2 yg terhegeh2 mengorder. So drpd aku buat dajal, baik aku suruh org lain serve!

8. Tapi sebab aku suka buat kerje sorang2 ni lah yg menyebabkan aku selalu injured. Overdose kerje sampai lengan dan tangan nak tercabut!

Lengan aku yang dah bengkak! Gambar bersama fakirfikir yg nampak muda sebab misai dan janggut dah gondol! (Nahh bro! Kau mintak sangat aku post!)

9. Itu pasal character/skill yg aku paling perati, tekankan dan hargai di kalangan pekerje2 SBowl ialah speed. Pantas, pantas, pantas.........

10. Cara aku kerje ialah, aku lead the way, and diaorang kene catch-up. Aku tak kisah je pon klau diorang takleh catch-up sebab mmg mustahil diorang nak melawan aku. Aku kerje tiap2 ari dari pagi ke ptg dah dekat 3 tahun. Diaorang just kerje 1-2 kali seminggu sebanyak 2-5 jam. Mmg tak dapek challange aku la kan!

11. Semua orang yg start kerje kat SB akan gabrak dan rasa macam nak mampos kot mula2 tuh. Tapi lama2 aku perati, sekor2 jadi cool dan methodical dlm kerja2 diaorang, walaupun under constant pressure. Stamina kerja diaorang pon meningkat. Funnily, most of them aku tengok macam jadi addicted nak berkerja!

13. Macam masa event tadi, jelas nampak lain staf2 aku compare to pekerja2 gerai lain. Kitaorang sikit je, tapi non-stop, fit and fast. Orang lain mcam nak tercabut kepala lutut je aku tgk bila dah petang2 tuh.

14. I am sure that everybody yg bukak gerai tadi, masih dok mencuci sampai pukul 10 malam ni or later. Takpon, paling common, balik tidor dulu, basuh besok pagi! Tapi, kitaorang pukul 6pm dah setel semua kat kedai. Besok boleh niaga back to normal.

15. So, itulah characteristic pekerja2 yg aku pilih utk kerja ngan aku. Pekerja2 yg tidak akan meletihkan "otak" aku. Kuat, kelakar, multitasker, PR power, bijak, sengal or chun, hanyalah bonus.

16. Alhamdullilah, so far, I am proud of each and every single one of them.

17. ........Except for Chika!! Aduhai! Nasib baik la kau kelakar! Woii.....kerja tu laju2 la skit!

Kau tengok la muka ni. Sampai ati ke kau nak buang keje?

Sekian, mekasey kpd sapa yg sapot aku tadi dan wassalam.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Kaya Raya.........

Salam,

....Smakin aku letih smakin tak leh tido.

Bila aku sampai rumah pukul 11pm tadi, semua org dah tido. Sorri berlori diucapkan kpd isteri pertama dan anak2 kerana aku tak beraya dgn dioarg langsung pada hari ini.

Mengapakah aku kejam sebegitu....?
___________________________________________

1. Selaku kapitalis tegar, ari ini bersamaan 1 Syawal tahun ke err....brapa hijrah ntah, aku tak tutup kedai. Business as usual.

2. Hari bermula pada pukul 610am. Aku bangun melompat. Lambat! 630am aku dah beriktiqaf di kedai, aku mengdalca utk 2 open houses. 8am, aku dah balik rumah. 815am pegi Al-Khalil.

..gambar kitar semula.. catering dalca dulu2

3. Bergambar bersama rakan2 sebaya.. Chronik Bloggerz yg dulunya bertiga, skang tinggal 2. Ni gambar kat kubur Al-Khalil. Aku mungkin parking kat sini juga satu hari nanti. Tapi klau parking kat Pelestin ke Afganistan ke, lagi best kot.
...kantoi...mata tgh ushar aweks yg melawat kubur.

4. Abis semayang aku pegi hantar dalca, pastu trus merempit kekedai. Sampai pukul 10am. Maka bermulalah iktiqaf aku yg kedua.

5. Terlambat lagi! Pulun masak ala-kadar sebab bajet org tak ramai. Sekali tuu dia ramainyer orang! Keching Keching! Duit masyuk!

6. Trimakacih di ucapkan kpd losers2 yg takde kerja lain di pagi raya tadi, so sanggup kerje!

Yang ni mcam takde perasaan. Robot besut!

Ala anak emak cayang buschuk makan pon kene berdiri sebab tak sempat.....

...ololololololo....mcam laki mati bini

7. Trimakasih juga di ucapkan kpd semua pekerja2 yg datang beraya kedai tadi. Semua macha-machi aku datang kot kecuali Arifah yg pergi membalak.

Chika dok mengayat pakcik parking inspector. Naseb baek ayat dia power, pakcik tu tak jadi saman.
Takpon mat salleh tu ingat ni budak cacat, so kasi chan la sebab dia handicap!

Bajet ayu la lu! Pandang sini la bila orang amik gambar!...

8. Dan tq gak kpd orang2 lain yg datang beraya di kedai tadi. Sapa yg datang lambat tadi dan tak dapek meraso, den mohon hampun maaf...seblum den maki hamun..
"Woi! Bukankah aku dah tulis kat febuk, sebelum datang SMS aku dulu, so aku boleh prepare. Ni main terjah je, susah lah aku nak bajet kan. Sorri la yer sapa yg tak makan tadi".

9. Pukul 4pm, sales objective for the day was achieved. Awal gila. Lauk nazak. Solution=TUTUP.

10. Aku dah trasa macam nak tergolek dog dah taim tuh. Aku trus pegi bank dan on the way balik aku singgah CIBO beli ice coffee. Tak jalan. So lepas smayang asar je pkul 4:50pm, aku trus pengsan dekat sejam.

11. Celik2 je sambung projek ngan Bukh. Projek yg aku dok kalut2 ni sampai lupa anak bini danraya ni ialah Malaysian Carnival this Sunday, 2 hari lagi. Aku tengah pulun buat satay la skang ni. Bukh potong ayam dan daging, aku marinate pastu aku pasing kat armada cikaro-cikaroses aku utk di cocok.

12. PETUA MEMASAK: Aphal pulak ni kan? Bila bahan2 marinate satay ni di gaul skali, ada exothermic chemical reaction yg menyebabkan keluar gas kaw2 sampai pedih berair2 mata.
Kalau buat 3-4 kilo takpe la. Tapi kalau buat samapi berpuluh2 kilo cam aku, boleh pengsan woooo!
The magical solution is cover your idung, NOT the eyes. Sebab punca pedih mata itu ialah pedih idung sebenarnya!

The same with bila hiris bawang. Kalau kau tahan nafas or cover idung, gerenti tak pedih mata. Kalau kau tahan nafas lagi lama-lama lagi bagus. Boleh mati trus. Org mati tak pedih mata bila hiris bawang.


13. Berdentam berdentum sampai pukul 1030pm baru belah dari kedai. Iktiqaf selesai akhirnya. Pastuh aku dan Bukh pegi deliver satay2 utk di cocok kpd haweks. Pkul 11pm baru sampai rumah.

14. Tetiba kat rumah aku trasa lapar. Mana taknya. Satu ari ni, aku makan "proper" skali je. Satay goreng kat kedai pukul 3pm tadi. No breakfast, no supper. Sebab ari ni ni bini aku beraya sakan, kat rumah take makanan. So terpaksalah aku bermaggian tomyam.

My energy sources taim keje. Air mineral utk menghilangkan dahaga. V utk mencelikan mata. Snikers utk bagi glucose boost. Red Rock Deli Chilli utk kasi pedas lidah. Baldi untuk kencing. No taim to waste. Time is money. Money gets you honey. Honey will get your mani. ...Pergh! Rapping tu! .....aku dah sewel.

15. Pukul 12am aku dok depan computer. Pastu entah pukul brapa aku pengsan dekat sejam sambil duduk depan screen. Pukul 4:00am aku mandi, sebab satu badan bau satay. Pastu smayang Isyak! Muahahhaha.

16. Sakang ni tengah tunggu masuk Subuh.

..nak kasi celik aku layan lagu ni. Dino iki ku'e toko guyu..muahhaha layann~

17. Well, thats my life for the last 24 hours lebih kurang. Terlepas raya. Not the first time! Ntah sebab apa ntah, banyak kali kalau aku join food carnival, timing dia mesti tak cun. 3 tahun lepas, Food & wine carnival, memang betul2 di Hari Raya. Pastu carnival apa ntah, kene taim sehari selepas bini aku beranak. Terpaksa aku tinggal bini aku dan baby kat sepital sengsorang.

Aku memang kejam!


18. Besok...eh silap dah pukul 5:17am skang, aku kene bangun awal nak pergi beraya. Pastu petang main bola. Malam ni, sambung balik beriktiqaf.

19. Di harapkan hari Ahad ni chun utk semua yg terlibat. InsyaAllah.

20. Skang pukul 545am. Post this entry.

5:51 am...aku laparrrrrrrrrrrr!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails