Thursday, July 16, 2009

Amar Makruf Nahi Mungkar

Salam,
1. Aku dah lama nak tulis post pasal agama, tapi ilmu cetek, iman lemah dan aku suka ikut logik akal sendiri, jadi takut aku nak tulis. Tapi dalm bab ni aku trasa macam terpanggil untuk tulih. Jadi kalau ade salah silap tu, jgn sesegan hentam aku yerk!

2. Sesape org islam yag tak tau pasal istilah "amar maaruf, nahi mungkar" ni memang la patut di sidekick tulang rusuknya. Org kan slalu pakai di khutbah2, ceramah2, bahkan Lim Guan Eng pon pakai istilah ni. Basically, yg aku paham ialah kita org islam hendaklah menyeru kearah kebaikan (dekat kepada Alllah) dan juga mencegah keburukan (jauh drp Allah seperti maksiat, kejahatan etc).

3. Dalilnya ada selonggok dalam al-Quran, contohnya disenaraikan di sini. Aku amik satu je
Al-Imran:104. Let there arise out of you a band of people inviting to all that is good, enjoining what is right, and forbidding what is wrong: They are the ones to attain felicity.
Pergh!! felicity? Slalu dengar, tapi tak pernah check diksenari plak. Kebahagian rupanya.

4. Cakap pasal amar maaruf (mengalakan kebaikan) ni, kita tak boleh mencari contoh yg lagi baik drpd Jemaah tabligh (JT). Memang ramai org yg prejudis terhadap JT ni, termasuklah aku at one stage. Tapi belum cuba belum tau. So mase aku di MRSM di zaman Samy Vellu masih berambut original dulu, aku pernah lah keluar 2 hari dengan JT. Bahkan budaya JT memang di amalkan di MRSM aku dan aku pon join sekaki tazkirah, ziarah bilik ke bilik, terorize junior etc.

5. So drpd pengalaman aku, memang JT ni ikhlas tanpa sebarang kemuskilan lagi dan selambe rock saje dalam mendakwah sesape saje yg depa jumpe. Senyuman mereka cukup mengtraumakan aku, kalau teringat terus terngiang2 di kepala hotak aku "3 hari inysaAllah", "ilmu dan amal" etc.

6. Kaedah mereka simple je. Jom join 3 hari, observe camner senior pegi approach org, ape ayat dier pakai, tengok camner dier ulang skrip yg lebih kurang sama kat semua org, adjust bila perlu, bila dah lancar, keluar cair je, macam penjual obat di tepi jalan atau agen direct selling. Bila buat banyak2 kali, lama2 sesapa pon boleh hilang malu atau gabrak, dan boleh menjadi seoarang pendakwah yang efficient dan bermuka tembok (penting ni!!). Off course, di waktu selain drpd ziarah, mereka dok iktikaf di masjid dan menambahkan amal masing2 mengikut sunnah yg di pelajari. Cukup cun dan simple.

7. Baru aritu depa buat ijtimak sedunia di malaysia dengan estimate org 200, 000 dtg. Ni kalau buat kat india atau pakistan ni, mau cecah setengah juta kot, sebab org2 sana miskin, takde duit nak gi mesia. Silap2 kena tangkap , bungkus hantar balik oleh immegresen malaya. Gambar di bawah di cilok dari sini (halal ye bro) dan kisah lebih lanjut sila ke krenmaut.
Dengarnya ader 1500 org tukang masak cakap lu. Gilos. Harap2, ginilah dapur SBowl by next year!!

8.Jadi singakatan story nyer, JT ni adalh contoh terbaik pergerakan yg mengalakkan amar maruf.

9. Tapii, alangkah baiknya sekiranya kita ummat islam mempunyai pihak yang mengpraktiskan "nahi mungkar"/ mencegah kemungkaran jugak, kerana ia adalah the other half of ayat di atas tadi. Ia adalah tuntutan fardhu kifayah ke atas kita (betul kan ni?) dan kita sewajarnya menyambut seruan tersebut.

10. But warning! Nahi mungkar is not as easy as amar maaruf. Apabila kita mengajak ke arah kebaikan, majoriti org tak kisah kat kita, Pandangan org adalah
"Mamat ni mengajak aku buat baik. Dia TAK KATA aku ni jahat pon".

Nak ikut, ikut la. Kalau nak tolak, kita buat2 dengar je, pastu bile dia chow, kau sambung la cam biasa. Lagi pon naluri manusia ni suka kepada org2 yang buat baik dan org2 cam tu akan di respek.

11. Tapi bila kita menbuat nahi mungkar, pandangan orang ialah,
"Dia kata kat aku jgn buat bende tak elok ni. Jadi dia MESTI INGAT aku jahat!"
Jadi manusia ni mempunyai nafsu/ego dan apabila ia di bakar oleh setan, maka meluap-luaplah kemarahan mereka. Itu pasal banyak manusia, cukup marah bila kita cuba untuk mencegah kejahatan. Especially org2 jahat la kan. Dah kompirm depa emo nya.

12. Kalau tak percaya, cuba kau pegi jumpa org2 yang selalu gomol GRO (pinjam istilah metro) kat rumah dia dan ajak dia pegi masjid ke contohnya. Mesti dia okay jer. Tapi cuba kau pakai kopiah atau songkok, dan BERDIRI SAMBIL TERSENYUM SAHAJA di tepi pintu masuk rumah urut,pusat kraoke ke manejadah di mana GRO bersinggahsana. Aku gerenti bukan setakat mamat tu maki hamun engkau depan2 atau belakang2, bahkan cukup satu hari, tokey rumah urut etc tu sendiri pegi tibai engkau sebab kastemer smua lari, inggatkan Majlis Agama Islam buat raid kat situ!!

13. Senang cerita, nak buat nahi mungkar ni sakit. Jangan harap boleh kumpul 200, 000 org la. Jangan harap boleh dapat permit buat ijtimak. Jgn harap datang agung, najib, muhyiddin, MB NS, atris2, VIP2 lain la. Kalau la tabligh kene prejudis by masyrakat, pengerak nahi mungkar plak akan di layan sadis macam kudis by masyarakat dan pihak polis.
Najib bagi tazkirah. Keluar 100 hari iA sempena 100 hari saya jadi PM! Kamon La !! Kamoooooon!!

14. The best solution, kalau ikut akal aku yg cetek ni, ialah kau belajar ilmu untuk menjadi seorang dai/pemdakwah yg baik, banyakkan amalan untuk mengkukuhkan iman dan kene praktis berdakwah macam join grp tabligh ni ke. Biler dah mantap, step up to the next level la.

15. Jadi korang sedarlah! Jgn jadi cam aku. Aku terus terang cakap, aku ni biasanya kalau ikut hadis glamer ni ..........
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya (kekuasaanynya), sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim

Dah konpirm golongan yg last. Jadi tolonglah korang, insaflah! Moga2 bile korang sedar dan mengamalkan ape yg aku cakap ni, pahala korang dapat gak free2 kat aku iA. Bestnyer. Tenkiu!!

Wallahualam.

Wassalam.

9 comments:

Abang Ben said...

bro, banyak benda mungkar ni yang kita tak mampu buat sebab memang bukan kerja kita, tapi kerja pihak berkuasa etc. Contohnya nak tutup kilang arak, pub etc

Yang kita boleh halang ialah orang di bawah kita macam pekerja, anakbini, keluarga etc so jangan jadi alasan pulak tak boleh laksana nahi munkar ni.

Dalam ma'ruf juga banyak munkar musnah. Apabila bilik gelap, kita tak halau gelap tu tapi kita pasang lampu. Maka teranglah bilik tu.

Teringat masa kat Malaysia tengah buat ziarah kelompok kat kawasan perumahan aku tu ada group mat motor tengah lepak2, nampak kami terus lari. Yang couple2 pun terus bersurai. Tak sempat nak bagi salam pun. Nahi munkar tu kadang2 bukan nak kena berkeras memanjang.

Nak muzakarah lagi jom keluar 3 hari heheh...

ihsan_huhu said...

memule 200,000

agong datang 200,100 org

PM datang 300,000 org tros, kroni2 n ketua2 UMNO belia 4B area nilai, salak tinggi, banting, sijangkang, teluk panglima garang, klang sume turun.

tuh bos SB dh kasik hint nk amik pekerja pakistan taun dpn. tandoori satu!

baru nak stat said...

wah merata-rata karkun rupenye...aii kene tmbh mase ni...x ckup 2 jam setgh....mula2 aku igt mustahil bole dpt 200 000..sekali 2 jam setgh....seketul2 jumpa....ramai rupenye harimau tido....harap2 jgn laa smpi aku tertidooo...doakan aku ye...

maer wan said...

Stuju giler dengan pendapat Abang Ben (boleh panggil gitu, dok?).

Sebab pada pendapat aku, gelap tuh bukan sebab gelap, tapi sebab takde cahaya. (Just like sejuk tuh bukan sebab sejuk, but sebab takde haba. Ukuran temperature pun ada minimum kesejukan, but takde maksimum kepanasan. Tak caya, check wikipedia).

So, bila diperbanyakkan orang yang berkonsep amar ma'ruf, insya-Allah le cahaya yang datang akan menghilangkan kegelapan.

Just nak kongsi cerita la, ada satu malam nih, a few years ago, aku gi Uptown (kat Klang Valley, Malaysia la). Tengah aku and member2 layan citer pasal bola dan tukar2 rokok sesama sendiri, tetiba, semua member2 aku perasan, apasal meja2 yang ada couple (baik yang sexy, maupun pakaian sopan) terus cepat2 bangun dan chiao??

Bila kitaorg semua toleh2 sekeliling, rupa2nya, ada sorang pakcik nih, dgn penuh senyuman, duduk atas ada satu tembok nearby, berjubah, berserban tengah syok berzikir.

Moralnya? Adakah dia kecoh2 atau marah2? Takde pulak.. Tidak pula dia berkata: "Saya JAIS. Anda beraksi/berpakaian kurang sopan, meh sini IC check agama apa. Dah nikah?". Dia tegur secara indirect dengan penuh hemah, cukup dengan hanya dia menunjukkan apa benda yang lebih baik yang kitaorg semua boley buat (ie. berzikir, muhasabah, berdakwah).

Up point untuk pakcik tu! Nanti, kalau aku jumpa lagi orang macam tuh, aku nak ajak belanja makan untuk congratulate his effort and keberanian!

Arituh, aku jumpa JT kat KLIA masa aku nak balik, aku tabik spring betul la kat diaorg. Moga2, makin subur la gerakan tuh..

p/s #1: 'karkun' tuh apa?
p/s #2: ihsan, aku dah letak komen kat blog aku selepas komen kau. respek ah kat opinion kau

mangkuk statik said...

ben: Keluar 3 hari? alamak..Hmm. mase aku mrsm dulu aku keluar 2 hari je sebab dapat outing 2 hari jer..sabtu ahad. Jadi aku ade utang 1 hari lagi muhahaha.Simpan simpan..Masuk buku dulu...Niat dapat satu pahala kan?

huhu: Muahahha. Betul gak kau kate tu, jumlah bertambah bila ade VIP. Taun depan arsyad dan usin dah belah. Baguslah. Aku memang nak membersihkan kedai aku dari sebarang imej mamak!! Muahahhaha gile racist!! Tapi kalau ader awek industan taraf frida printo tu datang berguling2 depan mata mintak keja, takkan aku nak nnolak kan?

baru nakstat: sapa la kau ni. Ape kau kata tu? AKu pon nak tau karkun tu amende. Aku slalu gak jumpa istilah tu bag ben dan konco2 tabligh dia pkai. Tak pernah tanya plak.

maer: kalau tak silap aku, kat indon ader grp "mat2 dakwah" yang pegi attack pusat2 maksiat dan pegi runtuh atau bakar tempat gitu. Extreme gile. Tu "mob mentality" org kate. Sorang start, semua terikut. MAcam bile penyokong bola kelantan bakar trak polis culu tu. Sekor cua je yang taiko. Yg lain tukang sapport je.
But my point is, the effect is short term. Pastu depa buat balik. SO tak pekdah pon.

maer wan said...

bro, sependapat la kita.. :) but pengalaman tgk pakcik tuh muncul kat tgh2 tempat lepak Uptown memang spesel, tak mampu dilupakan!

bro, bila dah tau apa makna 'karkun' bagitau aku, k?

thanks

Anonymous said...

kalau u nak nahi mungkar, i suggest u pergi sound Dr.Zaki.Tahun 2006, i tanye dia, bila nak balik Malaysia, dia kata hujung tahun ni. Tahun 2007, i tanya dia lagi dia jawab hujugn tahun ni. Tahun 2008 I tanye lagi dia jawab benda yang sama. Ketahuilah mungkir janji itu mungkar. Di kala rakyat Malaysia kekurangan doktor, memerlukan doktor, dia boleh kumpul harta pula di sini. Cerita pasal Islam macam bagus but acting like munafik.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Riwayat Ahmad

-outsiders

mangkuk statik said...

anonymous outsiders:
1. I can see your point but he is definately NOT a munafik. Bace balik hadith yg kau post tu baik2. Mungkir janji tu SALAH SATU dari sifat munafik saja.Hanya kalau kau buat ke-empat2 tu baru kompirm munafik betul.

2. Kalau SATU je dah boleh di label munafik, habis ummat islam satu dunia ni dari zaman Nabi Adam ke akhir zaman, dah jadi munafik. Sapa dalam dunia ni tak pernah mungkir janji atau berdusta? Kau sendiri tak pernah menipu atau mungkir janji ke?

3. Tentang Zaki kata nak balik malaysia tu, hanya kawan2 dia je yg tau cerita sebenar. Mungkin anda belum masuk kategori tersebut. Aku cadangkan kau masuk usrah dia, baru tau inside stori, baru best bergossip.

4. Maybe elok kalau kau pegi komen kat blog dia ke, tak pon cakap kat dia sendiri. Zaki tak kisah sedikit habuk pon kalau kau pegi sound direct kat dia. Aku dah pernah buat dah. Tak caya tanya dia. Tak elok ngumpat dia kat sini.

wassalam.

maer wan said...

apa blog dr zaki?

nak jugak aku jenguk2.. dulu, aku rasa, dia le antara yg plan nak ambush umah aku dulu.. (dah kata, dulu zaman jahiliyah aku.. haha)

but aku tak marah pun.. apa dia nak buat memang betol.. but dia tak dapat track aku je.. :) nanti la, Ramadhan nih, kalau bebudak MISSA buat sessi macam tahun lepas, aku nak borak jap dgn dr zaki..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails