Tuesday, July 28, 2009

PPSMI WTF SOB.......RIP

Salam,

Muhammad: Papa papa...Kenape papa jual chicken curi papa?
Papa Ensem: Sejak bile plak papa jual ayam curi? Papa beli ape ayam tu.
Muhammad: Tu papa tulis kat ayam tu, "chicken curi"

aku pon check la apekejadah yg anak aku dok baca tu.

Papa Ensem Lagi Kacak: Woi Bahlul!! Tu chicken CURRY la. Bukan chicken CURI.
Muhammad: Jadi papa spell salah la tu. Papa kene eja gini...chicken K.A.R.Y...
Papa Ensem Lagi Kacak dan Macho: Aku tau la kau tu produk pi pi es em ay (PPSMI), ape kate aku pi pi meh I lempang U!!!


1. Aku ni bila ligat buat kerje, otak pon ligat dok pikir nak tulis amende lam blog pasni. Tapi kekadang idea yg macam kaw2 lam otak bila aku buat draft, mcam hampeh jer. So aku biar je save as draft. Dah belambak gila draft aku ni dan yg pastinya 99% takkan aku bukak dah lah. Project terbengkalai indefinitely.

2. Samalah mcam malam ni. Dah dekat 4 jam dah aku dok terconggok kat sini tulis pasal PPSMI, tapi hasilnya cokia giler...tak layak untuk di postkan. Daripada nak tulis sempoi2, jadi tertulis terlampau ilmiah la plak. Malangnya kepandaian dan tahap ilmu aku ini adakalanya terlalu tinggi untuk di gapai oleh kalian semua, jadi baik toksah post. Nanti kau kate aku ni riak plak....walaupun ia adalh benda yg hakiki.

3. Cukuplah kalau aku bagi sinopsis je kat sini. Kesimpulannya drp thesis PPSMI aku tu, PPSMI gagal sebab ianya di buat terburu2 dan membabi buta. Semuanya berpunca dari Dr M yg emo sebab malu org dia tk reti nak explain kat omputih mase rombongan ke obersea. So dia terburu2 mengarahkan PPSMI dilaksanakan dan org yg kene laksanakan perintah tu, buat polisi/silibus PPSMI pakai belasah je, tanpa pikir logik keberkesanannya.

4. Meh sini aku nak ngajar Dr Madey dan org2 kementerian pelajaran tu skit. Bagi aku kalau nak ajar sekolah in English orait je, tapi kenalah realistik bro. Masalah utama kita adalh cikgu2 kita sendiri yg jakun nak cakap Ingelis. So camne nak ngajar. So nak tak nak kita kenalah kecik kan scope perlaksanaan dia.

5. Buat sekolah dua aliran, aliran BI untuk sesape mak pak yg nak anak dia belajar in Inglis dan aliran BM untuk sesape yg nak anak dia jadi kerani dan opis boi org2 yg belajar di sekolah ingelis. Ala, macam tak biasa. Kan zaman omputih dulu kan dah ada. Everybody happy.

6. Kalau buat camni, aku bagik masa paling cepat setahun dan paling lambat 20 tahun, sekolah BM akan lingkup punya. Semua mak pak yang rational akan enrolled anak lam sekolah ingelis sebab better job prospek. As budak2 ni grad, depa akan mengantikan tempat2 cikgu otai yg dah pencen tu plak. So as the quality of the teachers improve with time, the results will definitely follow suits. Mission accomplished.

7. Cara lain gerenti tarak boley pakai nye. So sebab aku yg suggest bende ni, aku chop nak bagik nama dia. PPSMI tu name ntah sapekejadah yg buat. Org yg dengar pon tak teruja untuk tau ape maksud PPSMI ni. "Pelajar Pakat Sodom Murid Itu" ke "Pembelajaran dan Pengajaran bla bla bla Inglis".

8. Jadi name untuk polisi sekolah dua aliran ni, aku nak panggil
" Huyyo Engkau Nak Speaking English Manjang? Good I Like English. Aku Zealously Akan Menyokongnya"
atau singkatannya "H.E.N.S.E.M G.I.L.E A.Z.A.M" ( Ada kene mengene dengan orang yg masih hidup dan belum mati).

9. Tapi ingat! Jgn Jadi Bodoh! Kau pakai PPSMI ke, HENSEM GILE AKU..ehh silap AZAM ke, student2 produk ni tak kan lagi better dari student2 kita yg ade sekarang ni. Cakap omputih berabuk tak semestinya kita akan jadi pandai cam omputih jugak. Ini subjek diskusi post lain hari.....


Sekian, mekasih, wassalam.

7 comments:

n said...

x valiidddd..!!!

ihsan_huhu said...

pedulik ape aku.. aku dh abes skola..

wahahahaha

Abang Ben said...

bosan aaaa bro balik2 hal malaysia je. Oleh kerana lu pun paling kurang pun nak stay 10 tahun lagi kat sini, lu kasi komen la sikit isu-isu di Australia ni...

mangkuk statik said...

n: manede. Student kad kau tu yg dah tak valid....no student diskaun kat kedai aku.

huhu: 2 soalan. Pertama adakah anda akan tinggal di malaysia leaps grad? Kedua, adakh anda mandul? Sekiranya jawapan pertama anda Ya dan yg kedua Tidak, maka most likely kau akan dpt "anak". Anak kau akn masuk sekolah di m'sia. So, ape2 isu pasal sekolah, mesti akan kene tempiasnya. COntohnya anak aku dan. PPSMI.

Ben:Bosan? SYhh...pegi chow balik ke lu punya blog yg balik2 ulas album ntah manekejadah datang yg kekadang aku rasa macamkau buat2 je namer album/group2 tu.
Ulas la album britney spears "britney" atau SM salim "perjalanan seni" ke, baru gua semangat skit nak baca.....

ihsan_huhu said...

anak aku mmg ckp omputih dr kecik sbbb bini aku blonde

hahahah

noor.shaheeza said...

perasan nye huhu.. hahaha.. yakin je dapat isteri rambut blonde..

abg azam.. ape kes hoki? haha.. gi la buat review, preview sket.. mungkin sbb tak pekena nasi kat mangkuk ayun, terus down? haha~

mangkuk statik said...

huhu: impian anda untuk berbini blonde itu aku yakin boleh tercapai. Memang bersepah awek2 melayu, indon, vietnam, laos ,hatta trinidad & tobago yang berambut blonde. Tapi aku kurang sure plak samada rambut di ketiak kanan, ketiak kiri dan di lokasi2 sensitif mereka, pon blonde atau tidak. Jadi moral of the story, bini blonde tak semestinye tau cakp omputih.

ayie: alamak. Kalau aku tulis punca hoki down, mestim aku kene ISA nya...sebab kene cuit2 skit pasal sultan...Kang aku masuk ISA sapa susah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails