Monday, July 26, 2010

Kantoi Phone Part 3: Kaedah2 Ngelat Yang Pandai, Bijak Dan Genius

Salam,
ni adalh sambungan drpd part 1. The Legend of Suci dan part 2: Babilah henfon ni
___________________________________
Lelaki Yg Pandai

1. Lelaki Yg Pandai akan kata the best way utk caber line drpd kantoi kat bini ialah dgn sorok nama awek tu dgn nama lelaki dan delete trus setiap jejak langkah. So untuk bini mengkantoikan kita ialah umpama "looking for a needle in a haystack".

2. Bunyi macam impossible, tapi kau jgn underestimate ketekunan dan kegigihan org2 pompuan nih! Lagipon Mythbuster dah proved that it is very possible to look for a needle in haystack.


__________________________________
Lelaki Yg Bijak

1. Lelaki Yg Bijak akan kata, the best way untuk caber line ialah jangan carik pasal langsung. No kekasih gelap. So tiada line untuk di caber.

2. Jadi there is "No needle in the haystack". So kalau paranoid camner pon bini engkau menge-check setiap calls, SMS, email, Fesbuk etc, dia takkan jumpa sebijik habuk pon kesilapan engkau.
________________________________________
Lelaki Yg Genius

1. Lelaki Yg Genius akan kata, the best way untuk caber line ialah dengan TIDAK CABER LINE LANGSUNG! ......What? Biar betik?

2. Lelaki yg genius akan selambe rock "expose" the line/aweks. Tapi dalam masa yg sama Lelaki2 Yg Genius akan create banyak line2/awek-aweks "fake/tipu" untuk camouflage awek yg sebenar.

3. Pening? Muahhahaha. Ginilah. Apa yg aku nak cakap ialah, biar je awek kita...eh silap..awek engkau ada dalam phone tuh. Pastuh, kau tukar SEMUA org/contacts dalam phone tu kepada nama aweks.

4. So tetiba semua calls dan SMS kau akan jadi gini! muahahhahahhaha
Fuyoo! Banyak giler awek2 nak dating ngan aku nih. Semua org berebut2 bagi taim bila diaorg free. Okay semua org sila ambil no giliran masing2 . Nanti wa kontek satu2...!

5. Semuanya akan nampak very2 suspicious. Pastu apalaga! Kau lancarkan "perang saraf" kat bini kau lah! Tunjukanlah phone kau kat dia secara sengaja ataupun buat2 tak sengaja. Dia mungkin pengsan. Tapi kemungkinan besar dia akan tergelak.

Suci? Apsal kene censored nih? Mesti ada skandal betul2 nih!

PERHATIAN: Kepada semua orang2 yg contact name dia aku ubah di atas, nama2 merapu tu tidak ada kene mengene LANGSUNG dgn engkorang2 ye! Aku belasah je ikut sedap hati boh nama tuh. So jgn terasa.Sapa nak check boleh pegi kat phone aku dan try miss-called fon aku. Nescaya tahulah engkau yg mana satu nama merapu engkau.

6. Percayalah cakap aku. Segigih mana pon wife anda mengstalking or meng-CSI kau pon, konfirm tak lama pastu lebam2 lah dia sebab sekarang ni dia kene baca setiap satu SMS. Dan kene tanya kat kau setiap calls recorded!

7. Ini adalh umpama "Looking for a one particular needle in stacks and stacks of needles". Mampuih! Camnor nak buek ni Jang?

8. Lama2, dia konfirm akan pasrah. Dia akan angkat bendera putih nyer! Dan dia akan bosan dan stop check phone kau dah! Maka dengan ini, kau telah MERDEKA!!

9. So pasnih bini kau akan langsung tak heran dan tak amik kisah WALAUPUN phone kau berdering2 depan mata dia dan yg tertulis di Incoming Calls ialah .............

Sekian. mekasih, wassalam.

.....errr Suci Yg Ehem2

Tunggu sampai awek ni start nyanyi .....

3 comments:

Anonymous said...

terbaek!!

ihsan_huhu said...

wtf sape pompuan tuh

mangkuk statik said...

huhu: entah gua. Rasa mcam sabah serawak gitu kot. Ntah2 indon! Apsal kau tanya? Nak masuk minang? muahhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails