Saturday, December 4, 2010

Kita Semua Adalah Orang-Orang Yang Berniat Baik.

Salam,
...sebahagian daripada Siri Usrah/Agama...

1. Sebagaimana aku benar2 yakin bahawa aku ni kacak, begitulah juga aku benar2 yakin bahawa kebanyakan manusia di atas muka bumi ini adalh orang yang baik-baik. Buktinya yg paling simple, lebih ramai org dok luar jel drp yg dok kat dalam kan?

2. Begitulah kita di Adelaide ini. Aku benar2 yakin bahwa Dr Zaki Ibrahim dan ISMA(Australia) adalh benar2 berniat baik dan ikhlas di dalm usaha dakwah mereka. Mereka cintakan Islam. Mereka cintakan Malaysia. Dan mereka nampak masalah ummah di dunia umumnya dan di Malaysia spesifiknya, dan mereka enggan berpeluk tubuh.

3. Apakah yang Dr Zaki boleh dapat drpd pergerakan ISMA (Australia)? Glamer? Duit? Kereta? Kolam renang? Bini muda? Rambut? Undi politik? Dia boleh sahaja untuk dok diam2 macam doktor2 lain yang bermastautin di sini. Tetapi dia telah sengaja memilih jalan yang beronak duri kerana dia merasakan itu adalah benar.

4. On the other hand, geng2 Dr Kamarul Ariffin dan MyPSA (SA) juga bagi aku benar2 berniat baik dan ikhlas dalam menjalankan aktiviti pertubuhan mereka. Segala aktiviti2 mereka, pertolongan yg di berikan kepada student post-grad baru, nasihat2 yang seringkali di berikan kepada student bodies di sini dan lain2 amal jariah mereka, semuanya itu di buat tanpa mengharapkan sebarang balasan pon.

5. Perselisihan dengan ISMA pon bagi aku berlaku dengan niat yang baik daripada pihak MyPSA. Geng2 Dr Kamarul benar2 yakin bahawa Dr Zaki dan lain2 individu di dalm ISMA (Australia), tidak layak untuk menyampaikan message Islam kerana mereka tiada sebarang tauliah agama. The fact yang message yg di bawakan oleh Dr Zaki dan ISMApula adalh agak panas untuk di dengari oleh penyokong2 kerajaan, menghangatkan lagi perhubungan mereka.

6. Let me set the record straight here. Dr Zaki bukan ahli PAS. Bukan penyokong PAS. Maybe ada sikit2 dia setuju ngan PAS. Tapi lebih banyak yang dia bangkang PAS daripada sokong, seperti dari aspect polisi, political strategy, pentarbiyahan etc. Jadi jangan salah anggap Dr Zaki ataupun ISMA sebagai proxy-PAS di sini. TIDAK! Jauh sama sekali, ibarat kehenseman aku dari A.R Tompel.

7. Begitulah juga dengan geng2 Bukhari Ramli, "Godfather" MASCA dan UMNO South Australia. Golongan ini benar2 berniat baik dan ikhlas di dalam mempersoalkan tindak-tanduk ISMA seperti aktiviti2 ISMA yang di jalankan yg tidak mesra student (for selected few je), clash dengan aktiviti2 MASCA/UMNO, duit MISSA yg di passing ke ISMA dan yang paling kontroversi iaitu penyingkiran ramai individu2 daripada ISMA tanpa sebarang sebab di berikan secara jelas.

8. Kebanyakan daripada individu2 yg di sisihkan oleh ISMA (SA) itu masih sayangkan dakwah. Masih dahagakan tarbiyyah. Mereka tidak quit. Mereka di pencenkan. Dan tiada sebarang dakwah alternatif di berikan ataupun jalan taubat utk kembali ke pangkuan ISMA di tunjukan kepada mereka. Mana mereka tak bengang? So, kritikan2 mereka terhadap ISMA selepas itu, adalh wajar dan aku percaya di lakukan dengan niat yg ikhlas dan baik.

9. Kelompok yang ke-empat pula di Adelaide ini adalah Aliph Al-Turkistani. Beliau ada ilmu, suka berhujjah dan orang lama di dlam dakwah JI/JIM/Al Qaeda kot. Jadi aku benar2 yakin beliau berniat baik dan ikhlas bila seringkali menegur pihak ISMA secara berdepan mahupun di alam internet. Teguran beliau admittedly agak panas kerana beliau sindir straight to the point dan sarat dengan hujjah2 agama. Beliau mungkin adakalanya nampak agak kasar, tapi nak wat camner. Dia bukan melayu lembik. Dia kan org Turkistan ....... celup!

10. Golongan yang kelima dan juga golongan yang majoriti pula ialah geng2 neutral. Mereka ni pon berniat baik gak. Mereka benar2 jujur dan ikhlas apabila dont give a shit about all this mess. Sapa jemput makan, diorang pergi. Kau nak cakap ke berceramah ke, lantakla.

11. Begitulah juga dengan aku. Aku tulis siri Usrah ni pon dengan niat yg baik dan ikhlas. Aku mahukan peace antara pihak2 yg bertelagah ini. Awek usrah ke tak usrah ke, dua2 aku bedal.
_________________________
Kisah Barsisa

1. Pada zaman Bani Israel, ada seorang yang bernama Barsisa. Dia adalh seorang yg menumpukan sepenuh masanya beribadat. Dia adalh Mat-Church (Mat Surau-dia beragama Nabi Isa a.s). Suatu hari datang 3 orang brothers kpd Barsisa minta tolong kepadanya utk jaga adik perempuan mereka kerana diaorang nak pergi bermusafir. Mereka percayakan Barsisa kerana dia terkenal sebagai seorang yang sangat alim.

2. Mula2 Barsisa menolak mentah2 kerana dia tahu bahaya wanita ni. Lagipon dia pon belum kawin lagi. Lantas syaitan membisikkan kepadanya, kalau awek tu di amanahkan kepada orang lain yg tidak bertanggungjawap dan berlaku sesuatu, kamulah yg bertanggungjawap nanti. Kau letak je dia kat rumah, pastu kau lepak kat church pon kan, so kau tak payah jumpa/bersemuka dgn awek tu pon. Pehh!

3. Jadi Barsisa pon termakan dengan bisikan syaitan tersebut lalu bersetuju utk menjaga cikaro tersebut dengan niat yg baik dan tulus ikhlas.

4. So tiap ari Barsisa letak makanan kat depan church, so awek tu boleh datang ambik sendiri. Pastu datang syaitan lagi dan berbisik kepadanya tentang bahayanya awek tu kene jalan dari rumah ke church ari2. Kalau jadi apa2 on the way camner? So Barsia pon termakan. Dia letak makanan depan pintu rumah pulak.

5. Syaitan dtg lagi dan berkata, bahaya tiap2 hari awek tu kene bukak pintu rumah, kalau org jahat nampak dia camner? So Barsisa letak dalm rumah pulak. Pastu syaitan pujuk Barsisa untuk bercakap ngan awek tu pulak. Tanya kabar, tanya ada apa2 masalah ke, siling bocor ke, jamban block ke, Stayfree cukup ke gitu.

6. Dari mula2 bercakap di balik tabir je, kepada berbual bersemuka, kepada masuk ke bilik dan last2 mereka beromen. Sekali awek tu pregnant. Lantas syaitan berbisik kpd Barsisa supaya bunuh perempuan itu dan baby dia sebab kalau orang tahu, abislah status Barsisa. So dia pon bunuh awek tu dan baby dia dan tanam dalam rumah dia sebab takut orang luar nampak.

7. One day, abang2 awek tu datang nak collect adik diaorang. Barsisa cakap kat diorang bahawa awek tu jatuh sakit dan sudah mati. Dia pon tunjuk kubur olok2 awek tu yang dia dah buat siap2 kat diaorang. Abang2 budak prempuan tu pon redhalah dgn pemergian adik mereka.

8. Sekali malam tu, syaitan muncul dalam mimpi2 diaorang dan citer kisah sebenar dan tunjukkan kubur sebenar adik mereka. Besoknya diaorang pegi gali kubur olok2 tu dan off-course tak jumpa apa2. Pastu diaorg pegi rumah Barsisa dan korek exactly kat spot syaitan tunjuk kat diaorg, so jumpalah mayat adik mereka dan babynya.

9. Maka Barsisa pon di tangkap dan di jatuhkan hukuman bunuh oleh pihak berkuasa. Sewaktu Barsisa hendak di hukum, munculah Syaitan dan ngaku kat Barsisa bahawa dialah yang berbisik kepadanya selama ini. Lantas syaitan pon offer untuk menyelamatkan Barsisa dengan syarat Barsisa harus sujud kepadanya. Barsisa yang desperate trus sujud kepada syaitan. Lantas syaitan berkata
"Sesungguhnya aku berlepas dari kamu, Sesungguhnya aku takutkan Allah, Tuhan sekelian Allah"
(Al-Hashr 59:16)
dan di kala itu Barsisa di bunuh.
________________________
Pengajaran

1. Barsisa, yang pada mulanya seorang yang baik dan beramal soleh, akhirnya mati dalam keadan kafir. Segalanya bermula dari niat dia yang baik dan ikhlas.

2. Dr Zaki/ISMA, Dr Kamarul/MyPSA/postgrad students, Bukhari Ramli/MASCA/UMNO/Usrah-rejects, Aliph al-Turkistani, geng2 neutral dan Aku, Azam Mangkuk wal-Hensemi, semuanya berniat baik dan ikhlas di dalam hal ini.

3. Akan tetapi, siapakah yang pada kesudahanya akan berada di jalan yang benar dan siapakah, nauzubillah, akan mendapati diri mereka di landasan yang salah kelak?

Sekian, mekasey, Wassalam

References
1. Kisah Barsisa, satu, dua
2. Surah Al-Hashr 59:16
3. Bro Hani, khutbah jumaat Uni Adelaide 3 Dec 2010

12 comments:

Abang Ben said...

Masing-masing nak pengaruh, tu pasal jadi huru hara.

Kalau pengaruh tu serah pada Allah s.w.t., habis cerita.

"Kuasa", "glamer" dalam pergerakan keagamaan tu ada. Apatah lagi bila bercakap/mengajak kepada organisasi.

Paling tak best - PAS ke, UMNO ke, JIM ke, ISMA ke, MASCA ke... tak habis2 bab Melayu hahaha... walaupun dok kat Australia. Masalah umat kat Australia bukan pasal Melayu je weh...

Hampeh... dakwah dalam English tak berapa betul sebutan saya - maksud tak sampai. Ni perkataan dari seorang daie ka?

PAS kata UMNO assobiyah... padahal 2x5 je.

Masalah biasa bila Islam diorganisasikan. Bertambah masalah bila organisasi tu scope of work mati kat perkataan MELAYU!

best bro ini artikel. Sila buat lagi, makin suka aku komen ;)

Abang Ben said...

Saya tak akan ke majlis Tuan kerana saya tidak akan belot kepada jemaah saya...

MUAHAHAHA!!! FTW!

ihsan_huhu said...

fuh nasib baik name aku xnaik. nampak sangat aku hidup didalam masyarakat majmuk dan x membenci mana2 pihak

wahahahahahah!

mangkuk statik said...

Ben: Ni aku nak masukkan kau dlm golongan ke ... entah brapa.."kelompok alumni adeled berkenangan pahit".
Ada sebabnya peel mereka sebegitu. Nanti wa stori pelan2 iAllah.

huhu: aku rasa engkau di dalm masyarakat majmuk Adeled ini, bertindak sebagai syaitan. Oleh itu nama kau tak boleh di masukkan ke mana2 kelompok manusia2 yg bertelagah.

Abang Ben said...

ihsan... imam wandana je target ko... ada ke tengah khusyuk solat tarawih ko boleh baca al-Quran kat belakang kuat2 hahaha...

isuzu_aizu said...

i like no 10 :P

boleh gak nak join "kelompok alumni adeled berkenangan pahit" hehe

tp takpe, semua dah berlalu. no more nightmares.

Abang Ben said...

bukan kenangan pahit... macam2 kenangan manis contohnya dapat nengok Megadeth, Slayer, Airbourne, Dream Theater etc kat Adelaide tu hahaha... tu tak kira strawberry picking lagi tu.

Bab kelompok organisasi Melayu ni je prob. Macam bagus ;)

Dengan individu, no problem. Once depa pakai uniform organisasi, terus jadi hampeh.

Anonymous said...

kaedah yang paling mudah dalam hal ikhlas ni adalah "niat tidak menghalalkan cara.."

soal keikhlasan bukan manusia yang nilai. hatta, sabit dalam beberapa hadis, malaikat pun tidak dapat mengetahui keikhlasan manusia, tapi hanya Allah saja yg mengetahui keikhlasan manusia..

jika nilai keihklasan dinilai oleh manusia, maka wajarlah tok2 sami yg berjiwa suci dan ikhlas adalah pemenangnya.

sebab itu kata Imam Ahmad, 2 perkara untuk kita tahu amal kita akan diterima Allah adalah 1. niat yang betul 2. amal yang mengikut sunnah menepati tauladan dari sahabat dan salafussoleh.

demi Allah, aku tidak pernah menyuruh sesiapa pun keluar dari jemaah atau gerakan yang mereka ikuti. TAPI, aku menyeru kepada keluasan Islam yg bukan sekadar b'Melayu, ilmu hanya pada nota usrah, kebodohan dan kejumudan yang ditanam oleh naqib2 senior kepada anak2 buah. Sehingga menghasilkan generasi Islam yang bodoh sombong, jumud, taksub, cakap tak serupa bikin, bacol dan hanya mewarisi kebodohan yang diwariskan oleh "orang" di atas tanpa berfikir.

Ya, aku mengakui Dr. Zaki orang yang baik. Tiada masalah dengan usrah yang dia bawa. Tapi ketaksuban dia terhadap jemaah yang dia pimpini memberi kesan buruk.

Dia sepatutnya pulang ke tanah air menunaikan amanah yang sepatutnya dia tunaikan bersama isterinya, tetapi dia enggan. Ketepikan soal dia sudah bayar balik atau tidak. Tujuan dia dihantar adalah untuk berkhidmat kepada negara yang sudah kita ketahui sangat memerlukan doktor dan dentist. Student dihantar bukan untuk mereka membayar balik. Nilai sudah tidak sama. Masa yang perlu ditunggu, nilai wang pada waktu dulu tidak sama pada waktu sekarang. Lebih2 lagi mereka ini mengaku bahawa wang kerajaan adalam wang rakyat.

Alasan dakwah untuk terus berada di sini adalah alasan yang sangat dangkal dan sempit dalam Islam. Walhal beliau menghabiskan 8-10jam sehari untuk karier beliau. Adakah ini dakwah?

Teringat aku, kata2 Sheikh Mukhtaz," Niat, tujuan dan matlamat kita adalah berdasarkan berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk sesuatu perkara."

Masalah lain adalah beliau selalu mengajak "anak2 buahnya" yang mempunyai peluang untuk tinggal di sini untuk bersama2 menyertainya untuk menjadi "pengkhianat negara" atas nama dakwah.

Sejujurnya, aku sangat menghormati kehenseman Mangkok Hayun kerana sanggup berjauhan dengan isterinya selama +/- 10thn. Tidak menyuruh isterinya menjadi pengkhianat negara adalah satu kemuliaan.

Dr Kamarul pula, beliau seorang nasionalis. Beliau juga berpeluang untuk menjadi kaya seperti Dr. Zaki jika beliau mahu. Beliau sangat bijak dan komited dalam semua benda yang beliau lakukan. Jika beliau dan MyPSA menolak usrah, beliau kena fikirkan bagaimana untuk memartabatkan Islam dalam organisasi MyPSA khususnya, dan semua muslim di Adelaide amnya. Supaya bukan sekadar majlis baca yasin, makan2 dan happy2 saja.

Aku pernah terkilan sekali, bila seorang ustaz datang, MyPSA membuat majlis tazkirah di Masjid City, tetapi hanya menjemput Posgrad (aku undergrad time tu)

Begitu juga dengan MASCA dan UMNO, bila mereka menolak usrah atau dibuang usrah. Apakah stand mereka dalam beragama? cukup sekadar majlis baca yasin dan solat hajat? selebihnya parti, joget dan nyanyian yang dihidangkan.

Bro, memang dalam perlembagaan bertulis grup2 proxy Ikhwanul Muslimin tidak kata mereka menyokong PAS secara bertulis. Tetapi secara lisan mereka mengaku menyokong PAS. Itu yang pernah disebut oleh Presiden PAS semasa di Adelaide dan yang aku pernah dengar dan paham selama dalam Istitusi Usrah.

FYI, aku takda kelompok. Aku kalau boleh nak masuk ISMA, aku dah apply banyak kali. Tapi tak dilayan. Diorang pun tak pernah menjemput/mengajak aku. Famcy pulak, senyap je. Biasala tak ramai member, dah ramai nanti tengoklah dia besar kepala camna.haha.

Bro, sorry ek. Aku tolong syarah kitab ko ni..=p

-aL-Turkistani

mangkuk statik said...

Salam e.body.
Kawanku, Bro turkistani,
1. Tenkiu tulis komen panjang2. Wa tak de hal.
2. Suprisingly, hujjah kau nampak "jelas" dan jitu.Nampaknya skill menulis kau sudah improve. Apalaga. Buat la blog. Boleh aku nyamar jadi anonymous dan hentam kau puas!
3. Pasal kenapa budak2 usrah act like that, sebagaimana aku dah britau Bro Ben di atas, itu aku akan citer lain hari. Apa2 hal pon, point kau tu, aku terpaksa setuju.
4. Pasal ayat Dr Zaki sebagai "pengkhianat negara" dan mengajak org lain menyertainya melepak sini, ayat ni aku pernah dengar dari Dr Kamarul jugak.
5. Well....jap. Aku rasa aku tak payah jawap kat sini dulu. Aku rasa lebih baik aku tulis satu post trus pasal bende ni.
6. Sebabnya, bende ni akan du ulang2 sampai keakhir hayat aku. Buang karan je kalau aku tulis kat ruang komen kan? Nanti ade bladigol2 yg sebok2 tanya lagi soalan ni, ada yg kene hempuk tak pepasal.
7.Pasal group usrah merupakan proxy PAS. Well, group2 usrah akan sokong mana2 parti politik yang benar2 ingin menegakan syariat. Kalau DAP ke, MIC ke ,KuKluxKlan di anggotai oleh orang2 yg beriman dan bersungguh2 utk membuat negara Islam, maka grp usrah terpaksa sokong parti tersebut.
8.Kenapa grp2 usrah "biasanya" secara fitrahnya tidak menyokong UMNO, itu jawapan aku mudah sahaja. Are u motherfucking blind? UMNO mmg ada support Islam, tapi TIADA siapa boleh deny lagi banyak bende2 hancus yg di buat oleh UMNO.
9. Truskan usaha anda meng-apply masuk mana2 group usrah. Usaha tangga kejayaan. Tenggok aku. Kasih ku pada Rozita masih utuh walaupun tidak diterima sebagai fren fesbuk dia lagi! Dem.

Anonymous said...

nah blog aku! http://alturkistani.blogspot.com/
dah lama nak tulis, tapi takda masa dan takda idea..

-aL-turkistiano

ihsan_huhu said...

abg ben: tuh r pasal. tp xpe r, masuk tempat orang ikut je la.

Anonymous said...

Aku setuju dengan Tn Al Turkistani

Disclaimer: di bawah ni semua adalah pandangan Personal aku. boleh jadi ape aku cakap benar dan boleh jugak jadi salah.

Pada pandangan aku la, ISMA ni kononnye nak sebarkan DAKWAH.
Tapi diorang ni target Mat2 Usrah, Surau, Alim, Warak je. Bile ada member2 yang rebellious sikit, teros campak keluar. Dakwah ape ni. Budak2 lain yang bukan Mat2 alim, surau, warak tak perlu nak didakwah ke?

Dakwah ISMA ni pada pandangan aku tak berhikmah. Nak dakwah kena la seiring dengan 'Jalan Hikmah'.

Satu lagi. Niat memang baik nak sebarkan ilmu2 agama. Tapi konsep berguru dalam ISMA ni tak betul (or kurang betul). Nak sebar ilmu biarlah ada Guru yang membimbing. Senior2 & Naqib2 dalam ISMA tu hebat sangat ke? Diorang layak ke nak tafsir2 (tafsir tak sama dgn terjemah) hadis & ayat2 Al Quran?

Nak dapat ilmu biarlah dari Guru bertauliah, atau lebih tepat lagi, GURU MURSYID yang benar2 layak mengajar ilmu2 fardu ain. Fardu ain yang paling penting ilmu usuluddin (tauhid)& akidah. Ni perkara pokok. Ilmu fekah penting jugak tapi feqah ni perkara furu' (ranting).

Aku ni dah melalok pulak. Kalau tak betul silalah bangkang.

- Si Bodoh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails