Sunday, May 22, 2011

Apakah Yang Berlaku Di Rumah Kimie Pada Pukul 5 Pagi Sebelum AGM Kelab UMNO SA Last Weekend

Salam,
...sambung citer from last post ... Konspirasi Aku?

Ini adlah citer yang hanya di ketahui first hand oleh Aku, Afiq dan Kimie

WATAK2:
UMNO di sini maksudnya UCSA (Umno Club South Australia)
Afiq Asjay adalah Afiq Safwan Johari. Current Pres of UCSA 2011/12
Kimie adalah Mohd Shafiq Hakimie. Mantan Vice Pres UCSA 2010/11
Buuk adalah Bukhari Ramli. Mantan Pres MASCA 08/09 dan Vice Pres UMNO 07/08.
Syamil adalah Syamil Jalil Mantan Pres UCSA 2009/10 dan 2010/11. Gile kuasa!
Naqib adalah Mr Biceps, Bekas Vice Pres UCSA 2009/2010
Betew adalah seseorang yg mirip Saleem dari segi rupa dan ehem2.
Paan adalah roomate Betew dan rakan se-ehem2 ....kot!
Aku ialah seorang jejaka yg kacak giler ......sungguh.
_____________
Tersebutlah kisaahhh~...

1. Around pukul 2 pagi, aku dapat call. Tengok nama, "Afiq Asjay". Mula2 aku ingatkan SMS. tapi bila, fon aku menten berdering, call rupa2nye. So...

Option A: Buat donno sambung tidor. Balak je pon, bukannya haweks yg call.
Option B: Kejut bini aku utuk senaman malam.
Option C:
Angkat je la fon tu. Kalau tak emergency, takkan Afiq call aku malam2 buta kan? Entah2 eksiden ke, kene tangkap polis ke, pintu masjid terkunci so Afiq taleh qiamulail di masjid ke. Manatau?

2. Suara Afiq dlm fon tu aku dengar dah lain macam. Dia cakap dia saspek budak2 UMNO macam dah tanak dia jadi Vice-President besok sebabAfiq dengar2 diaorng nak calonkan orang lain. So dia rasa macam dah kene main. So dia nak jumpa Kimie malam ni gak. But dia nak aku gi sekali sebab tanak jadi apa2. So dia nak datang jumpa aku skang gak di rumah aku.

Option A: Just cakap "Ex-squeeze me my friend! Aku PAS! Sebarang pergaduhan di dalm UMNO adalh umpama nikmat yg dianugerahkan Allah. Itulah ngkorang. Pakai duit rakyat. Bala ni semuanya...Balaa!!"
Option B: Carik C4 dan search google map location yang best utk bomb Kimie!
Option C: Cakap kat Afiq, baik aku jumpa kat rumah dia sebab kalau aku dah boring aku boleh belah trus. Kalau Afiq yg dtg rumah aku, takkan aku nak halau dia kalau aku dah boring. Pandai tak aku? Pandai kan kan kan?

3. Aku sampai2 je ke rumah Afiq, dia cepat2 mintak maaf sebab terpaksa libatkan aku. Dia kata, "Aku anggap kau ni Azam, mcam bapak aku kat Adelaide ni". What?

Option A: Terus on the spot menangis meratap sendu terguling2 atas lantai kerana di timpa realiti bahawa aku ni sebenarnya dah tua bangka.
Option B:
Panggil Afiq datang depan2 aku dan lempang dia dua tiga belas das sebab bahasakan diri aku-engkau dengan "bapak sendiri". Pastu isap rokok depan "bapak" plak tuh! Hish hish hish!
Option C: Buat2 tak dengar, control macho dan buat2 muka penuh prihatin seorang bapa yg penyayang. Teruskan anak ku...Teruskannn bercerita...


4. Dia pon citer gini-gini ape yang dia dengar berlaku. So aku try call Kimie nak tau his side of the story, but tak dapat. SMS pon tak jawap. But understandable lah kan sebab Kimie dari Jumaat lagi dia sibok jadi best-man Puloh nikoh, pastu Sabtu BitchDay satu hari dan malam plak masak untuk AGM Umno besok ni. Dah pukul 2 pagi. Konfem Kimie dah tido mati dah ni. So aku try SMS Buuk. Pon tak jawap.

5. So, aku try lah to convince Afiq yang semua ni takde apa2 sebenarnya. Mana ada konspirasi apa2. Normal lah orang nak calonkan sesape dlm AGM. Nama pon demokrasi. Lagipon aku kenal personally Kimie, Syamil dan Buuk. Semuanya orang baik2 yg aku trust. Yang jahat kat rumah tu Naqib sorang je. But Afiq still ragu2. Dia insist untuk jumpa Kimie gak dan dengar sendiri dari bibir manis Kimie. So...

Option A: Simbah Afiq dengan air bacaan Yasin untuk menenangkan hatinya.
Option B: Belanja Afiq pergi Crazy Horse untuk menenangkan hatinya .... dan hatiku..
Option C: Kalau nak pergi jumpa Kimie, baik pergi sekarang. Dah pukul 230am. Dah setengah jam berdiskas. Borak lama2 tak guna. Jom! Kite setel awal pastu bole balik sambung tido.

6. Dalam pukul 2:35 am kitaorang dah sampai rumah Kimie. Paan bukakan pintu. Afiq tunggu kat luar ... alah... kat dalam store/gym/jamming studio/tempat Betew terbang tinggi. Aku masuk sorang je ke dalam rumah untuk kejutkan Kimie. Mujur dia ni light sleeper. Ketuk pintu kejap je dia dah dengar dan suruh masuk. Aku tengok Kimie tengah baring dalam selimut dengan Al-Quran terbuka di atas dada dia. Pehh!! Ni bakal president UMNO ke bakal Mursyidul Am PAS?

7. Off course Kimie terkejut beruk bila nampak aku celik2 mata je, umpama awek2 terkejut bila jumpa aku di dalm mimpi2 mereka. Whatdeheck? Aku pon royak ko dio koho2 apekah yg tengah berlaku. Pastu kitaorang gelak je. Kimie pon bangun dari katil untuk gi jumpa Afiq dan bila dia kuar2 je dari selimut, bende yang first aku pastikan ialah dia pakai seluar. Sebab manatau kan kalau tetiba kene berkungfu malam ni susah lah kan. Hang Tuah pon handicapped kalau kene bersilat pkai kain pelikat.

8. Kimie senyum je masa jumpa Afiq. Afiq pon dah cool down taim tu. Diaorang dok sebelah nyeblah kat dalam store/bla2/Betew high tuh. Aku dok depan ngadap betul2 diaorang. Kita orang pon berdiskas. Semua cerita citer masing2 dengan sub-zero cool nyer. Takde jerit2. Takde marah2. Takde ancaman2. Diskas sesama member.

9. Basically, Afiq nak tau adakah benar Kimie tamau dia jadi Vice-President. Kalau benar, dia akan tarik diri, senang citer. Jawapan Kimie pula adalah bukannya dia tamau jawap adakah dia nak Afiq jadi VP dia ataupun tidak. Tapi hakikatnya, dia sendiri pon tak tau nak run for president ke tidak skarang ni.

10. Sebenarnya Kimie baru je lepas kantoi dia komitee UMNO dengan kakak dia. Famili dia pro-PAS. So sedikit konflik di situ. Walaupun famili dia tak kata apa2, tapi dia rasa tak syok la gitu.

11. So, Kimie cakap kat Afiq, kalau dia tak jadi President, Afiq lah "mungkin" kene naik! BOOOOOMMM !!!

12. Tercengang jap Afiq. Pastu Afiq pon mulalah plan dia nak tarik orang ni dan orang itu masuk komitee dia. Takdehal semuanya. Lantak dia lah kan? Besok lawan, sapa menang, akan dilantik senang citer. Demokrasi. Kalau DemoKasi, Ambo Sudi.

13. Tapi still ini semuanya hanya spekulasi lagi taim tu. Semuanya bergantung kepda keputusan Kimie samada to run or not beberapa jam lagi ni. So,

Option A: Ketuk kepala Kimie ngan botol budu untuk paksa dia buat keputusan taim tu jugak.
Option B: Insert anything funny.
Option C: Dah pukul 3:05am. Dah setengah jam berbincang. Cakap banyak sampai ke pagi pon tak guna. Kitaorang balik dan Kimie pikirlah sendiri dan buat keputusan.

14. Kimie cakap dia akan tidur dan SMS jawpan dia kpd Afiq pukul 630 pagi kang. Setel.

15. Dalam pukul 3:10 am aku drop Afiq kat rumah dia. Pukul 3:40 am gitu aku tidor.

16. Besok paginya waktu AGM ......... meletup. Its silent but deadly.
___________________
So.....


1. Tiada sebarang demand untuk kerusi president oleh Afiq pada malam itu.
2. Tiada sebarang promise yang di berikan oleh Kimie kpd Afiq pada malam itu except dia akan SMS besok pagi.
3. Tiada pergaduhan, meninggikan suara, kata2 kesat or ancaman di lontarkan di malam itu. Semua org chill sungguh pada malam tu.
4. Tiada konspirasi oleh aku untuk letak budak2 bola dalam UMNO.
5. Tiada sebarang sokongan yang aku berikan kepada either of them. Aku neutral.
6. Tiada sebarang offer kopi ke, biskut raya ke apa yg patut, untuk tetamu oleh Kimie. Frust sungguh aku!
______________________
Moral of the story.

1. JANGAN DENGAR CAKAP2 ORANG!
2. Kalau kene tuduh macam2, kita kenalah chill je. The truth will come out eventually.
3. Mulut orang kita taleh control. Tapi mulut sendiri kita boleh.

Aku ni cakap lebih, tapi aku pon buat the same mistakes time and time again.
_______________
Konklusi.....

It was a bad start for UCSA, but the ending is not written yet. So, Good luck UCSA.

So, "Apakah Yang Berlaku Di Rumah Kimie Pada Pukul 5 Pagi Sebelum AGM Kelab UMNO SA Last Weekend"?
Entah! Mana aku tau. Aku balik pukul 3:05am kan.

Sekian, mekasey, wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails