Thursday, July 14, 2011

The Origin Of My Psycho

Salam
_____________
First ever lie.....

1. Tiap kali citer pasal menipu ni, selain drp firasat songsang Nawi from the last post, aku akan teringat the first time ever aku menipu dalam hidup ni.

2. Aku berumur dlm 4 tahun masa tu. Mak dan ayah aku lagi 15 minit nak balik kerja. So, orang gaji aku tengah panik sebab dia tak kasi aku makan lagi, so dia takut kantoi. Jadi dia pon suaplah aku dengan terkocoh2. Pastu adalah makanan terjatuh atas lantai. Dia pon suruh aku pegi ambik kain nak lap. Bila aku nak pegi je, dia sengaja tahan kaki dia, aku terlanggar dan jatuh straight face first atas lantai.

3. Kenapa dia sengaja tahan pakai kaki? Sebab orang gaji aku tu pukimak haram. We get back to that later.

4. So luka lah bibir aku. Lagilah bertambah2 gabrak orang gaji aku. Mak bapak aku dah nak sampai rumah dah nih! So dia sound aku, jangan bagitau mak bapak aku luka ni disebabkan dia. Instead dia suruh aku cakap yang aku terjatuh masa main lompat2 sorang2 atas sofa rumah aku. Dia siap tunjuk sofa yang mana dan demo camner aku jatuh.

5. So bila mak aku masuk je dalam rumah dia terus perasan bibir aku yang luka tu. Bila dia tanya je ape jadi, aku trus automatik cerita seperti yg telah di ajar oleh org gaji aku tadi. Siap demo buat re-enactment lagi.

6. Mak aku kata, "Itulah, nakal sangat! Lain kali main elok2 ye". Aku just angguk je dan toleh kat orang gaji aku yang dari tadi dok sebelah tu. Dia menghembuskan lafas lega. That motherfucker!
_____________________
Pahit.....

1. Masa tu aku dok JB. Both parents aku kerja, so diaorang terpaksa pakai org gaji utk jaga aku dan abang aku. Aku rasa aku ade tukar2 beberapa org gaji kot masa kat situ, aku tak berapa ingat. Tapi yang satu ni lah yang meninggalkan kesan kepada aku dan abang aku sampai sekarang.

2. Walaupun aku kecik lagi taim tu, tapi memori itu masih vivid. Masih jelas seperti yesterday. I guess abang aku ingat lebih kot sebab dia one year older than me. Lagipon dia yang yang kene bantai lebih teruk dari aku.

3. Aku pasti aku berumur less than 5 tahun taim tu sebab aku ingat aku masuk tadika kat Tanah Merah, Kelantan masa aku 5 yo okay. So I must be younger than 5 masa kat JB tuh.

4. So this young bitch came into aku dan abang aku's life and fucked us up. Mulut dia tu toksah citer. Ntah ape dia carut tak abis2 kat kitaorang pon aku tak ingat. Tangan dia ringan je nak cubit tampar tarik telinga dan mana2 dia sempat capai. Tapi itu aku tak kisah sangat. Aku dah lupa dah.

5. Tapi yang aku benar2 ingat ialah the psycho part. The "non-physical" abuse part.

a) Macamana mana dia ajar aku menipu macam kat atas tadi.
b) Macamana dia biar je aku sorang2 dalam jamban yag kelam dengan taik tak berbasuh dan aku kene tunggu sampai dia ade mood untuk basuh entah bila. Kekadang dia basuh aku pakai kaki je.
c) Macamana dia selalu kurung aku dan abang aku dalam bilik kecik ni berjam2 sebab dia nak pegi monteng ke mana ntah. Aku tak ingat kita org makan apa kat situ. Tapi aku ingat camner kitaorg tergolek2 terpaksa tahan kecing dan berak sebab kalau kitaorg berak dalam seluar dah konfem kene bantai seround dua. Trick utk tahan berak/kencing yng kitaorg temui ialah jalan/lari in circle dlm bilik tuh sampai the urge utk berak tu ilang.
d) Macamana dia paksa kitaorg tidur petang2, regardless kitaorg lapar ke, nak terberak kencing ke. Aku ingat lagi aku nak terberak sebelum tidur, tapi dia bolayan. Pastu aku terberak dlm seluar dan aku tunggu je terbaring busuk2 atas katil tu sampailah dia datang "kejut" kitaorg before parents aku balik. Dah sah kene cubit.
(Notice common theme =kencing/berak abuse)
e) Macamana dia selambe pau makanan kitaorang di belakang2 mak pak aku.
f) Macamana dia sengaja laga2kan aku dan abang aku. Abang aku sebenarnya dah berkali2 repot kat parents aku pasal pukimak haram tu. Tapi diaorang tak percaya sebab org gaji tu sumpah baik macam malaikat depan parents aku. So that bitch always hentam abang aku. Bila physical abuse tak jalan, dia guna psycho. Dia buat baik ngan aku dan pinggirkan abang aku. Dia siap beli hadiah kereta mainan untuk aku je at one stage sebab dia nak kasi abang aku jeles.

6. Lagi satu, parents aku susah nak percaya sebab kitaorang mmg nakal kot. But naturally, kalau korang perasan, budak2, lagi kau pukul or abuse, lagilah bertambah liar. Public canning kat sekolah, balik2 muka sama je. Budak2 jahat kat kampung, mak pak dia bantai pakai rod besi, rantai basikal or paling koman tali pinggang, tanpa sebarang therapeutic effect pon. Banduan2 dan penagih2 dadah di pusat serenti, konfem majoritinya penah kene bantai kecik2 dulu.

7. So the abuse continue on until the day yang minah tu belikan aku kereta mainan tu. Aku ingat lagi aku tengah main syok2, sambil abang aku tengok dgn jelesnya. Sekali dia snap dan pergi ke dapur di mana mak aku dan org gaji tu tengah dok memasak. Abang aku terus repot kat mak aku bla bla bla apa yang terjadi buat kali yang ke berapa kot. Mak aku baik. Dia mana buruk sangka. Dia still tak percaya.

8. Sekali, aku ingat lagi, aku capai kereta mainan kuning tu, pastu aku pergi gak ke dapur dan join abang aku mengadu pasal pukimak haram tuh. Kecoh lah dapur tu. But mak aku still macam tak caya. Tetiba, from my recollection, setan tu tetiba crack. Dia terus menangis dan lari ke bilik dia. Pum pam pum pam...., dia keluar dari bilik dia nangis2 teresak2 dengan suitcase dan nak belah dari rumah kitaorang.

9. Kelam kabut mak aku tahan dia sebab nak pujuk kot. Pastu aku ingat lagi mak aku kasi duit. Dan just like that dia berambus dari hidup kitaorang. Pergi jahanam!

10. Mak aku pernah cerita yang pada hari tu abang aku lah yang paling galak. Dia bersorak "Pergilah kau. Toksah balik2 sini lagi la" cam gitu kot. Hahahhahahahaha. He must be 5 years old time tu. My hero!
______________
Impak...........

1. Like I said, abused kids, turn violent. Apabila babi tu telah belah, tetiba aku dan abang aku turned to each other. Tangan dan kaki kita orang ringan je nak bantai membantai sesama sendiri. Mulut pon lancar je berbalas2 makian. Aku dan abang aku jadi macam kucing dan anjing. Setiap hari gerenti gaduh berpuluh2 kali. Dah sah aku yang selalu kalah sebab aku lagi kecik. Mak dan bapak aku gerenti pening kepala. Sorry!

2. Bila kitaorang dapat adik2 yang lain (semua lelaki), diaorang lah pulak jadi mangsa kitaorang. Bila abang aku masuk asrama masa form 1, aku lah yang jadi taiko besar dlm rumah tu. Semua kerje, adik2 aku lah yang kene buat. Kalau diaorang melawan , aku bantai sampai nangis. Aku masa tu plak belajar Tae Kwon Do. Memang syok la ade dua punching bag hidup!

3. Aku bantai diaorang so often that at one stage diaorang dah tak nangis dah bila di bantai. Biar tersungkur, biar tergolek senak or biar lebam, tapi setitis air mata pon takan keluar dari mata diaorang.

4. I guess, aku dan abang aku jadi baran. Cepat naik angin. Sampai skang ni aku cepat hot. Aku kekadang tu marah sampai ketar2 tangan dok tahan.

5. But deep inside aku tahu apa yang aku buat ni salah. Ayah dan (adelah sekali dua) mak aku mmg pernah pukul kitaorang. Tapi kami dipukul bila membuat kesalahan yang sangat2 besar. Seperti terjun bangunan sampai terpeleot kaki, pergi mengail sampai adik2 aku jatuh dalam tali air dan bakar rumah sendiri. So fair lah kan. Understandable.

6. Tapi pukulan2 yang aku buat kpd adik2 aku itu unfair. Itu adalah bullying. Itu sebenarnya adalah abuse. From a victim myself, now I am the perpetrator.

7. Tetiba bila abang aku masuk form 1, dia jadi matang dan stop bertumbuk ngan aku. Aku slow skit. Aku rasa sampai aku form 3 kot, baru aku tobat! During that tobat proses, few times selepas aku punya anger rage dan bantai2 diaorang, aku akan datang balik kat adik2 aku dan cakap "Abang mintak maaf. Sorry katok(pukul) mu tadi!".

8. Often adik2 aku paham dan angguk2 maafkan aku sambil nangis terharu lagi siap! Laa...aku bantai, kau tak nangis. Aku mintak maaf kau nangis plak! Kalau gitu baik aku mintak maap tiap kali aku angin kat korang! Muauhahahahah!

9. Anyway, sorry guys, Sorry Ridha dan Sorry Ili! Kpd Pok-Kay, aku rasa aku tak pernah bantai dia sebab dia paling bongsu! Lu punya kes, Ridha dan Ili yang bantai! Klaim sorry ngan diaorang la!
______________
Persepsi Aku Terhadap Wanita .................

1. Walaupun semua orang2 gaji aku slepas setan tu baik2 belaka. Tetapi the damage has been done.

2. Aku treat wanita dengan penuh cautious. Kalu kau baik, aku baik. Kalau kau sial, aku got no hal lah nak sial ngan kau gak.

3. One thing yang aku sangat2 perasan ialah manusia yang paling cepat membuatkan darah aku tersirap adalah perempuan yang cuba kerek nak tunjuk kuasa ke atas lelaki. Keyword di situ ialah "lelaki", maksudnya bukan ke atas aku sahaja.

4. Paling aku tak tahan, QUEEN CONTROL. Sumpah DENGAN NAMA ALLAH, aku kalau jumpa sesiapa yang bini dia jenis pukimak cam tuh, aku terpaksa control pernafasan dan denyut jantung aku supaya tak naik! Tangan aku sampai ketar2 siap. Allah sahaja yg boleh tahan aku drp terlompat dari sofa tu dan lempang jepun bini dia sampai dia sedar yang dia ada kelentit je bukanya peler!

5. Of course la aku tak pernah buat......... lagi. Alhamdulillah, aku bukan jenis pukul2 perempuan. The closest yang aku pernah buat ialah aku bangun dan tengking bini orang ni depan laki dia dan semua tetamu kat rumah that bitch. That bitch trus belah dgn cuak pegi dapur. Fuck off la! Laki dia ...... senyap.

6. Sekarang ni pulak aku ade kedai kan. Aku perasan, kastemer yang paling cepat buat aku snap ialah makcik2 housewife yang mempunyai nada suara jenis memerintah or berleter. Kalau dia siap tarik muka, lagilah mendidih aku nih!

7. Berapa ramai kastemer dah kene emo aku dulu2. Last2 aku give up serving kat depan sebab aku rasa aku tak boleh control dah. In fact, aku abandon bukak kedai hari Sabtu dan Ahad, sebab taim weekend lah "sea of bitches" from all over Adelaide datang menderu kekedai, mintak order yang komplicated pastu komplen seribu macam hal.

8. Well.....Fuck the bitches! Fuck the money! I want my peace.
__________
Kalaulah Aku Jumpa Balik.........

Aku tak ingat camne rupa babi tu. Aku tak tau ape nama pukimak itu. Tapi aku always terpikir kalau aku jumpa dia ape aku nak buat?

Adakah aku akan renovate muka dia? Tapi aku tak sampai hati nak pukul perempuan.

Ataupun aku sembur dia? Tapi that won't heal my pain.

Most likely, I will just walk away. Because. Bitch like that, won't find happiness in her life. Ever.

May Allah selamatkan mangsa2 abused all over the world. Amin....

Sekian, mekasey, wassalam.

4 comments:

nobody said...

Aduh...

otak rasa penuh
darah tetibe naik menyerbu
tak suka bace kisah ni
tak suke tak suke tak suke
stop child abuse !

:(
:(
:(

nobody said...

eh teremo pulak ...
maaf2


*lari masuk bilik*

mangkuk statik said...

nobodi: hahaha... tak suka, jgn baca. Bca yg lain. Bca yg lain!

Anonymous said...

pergh, mu anok oghe kayo ni..ade kuli kt umah.. hahaha..

teringat aku kt org gaji makcik aku, mase kami dtg umah makcik aku.. dia xde umah.. anak dia dgn bibik dia je.. time tu budak tu still menyusu lagi..

bibik tu sembang dgn bibik seblah, smbl bagi kaki dia kt budak tu.. budak tu isap ibu jari kaki dia..

bila mak aku nmpk, mak aku backhand bibik tu.. trus dia lari.. tinggal semua brg2 dia, bra dia, spender, passport semua..

-alturkistani

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails