Sunday, July 17, 2011

Wanita Malaysia Yang Paling Berat Timbangan Pahalanya Di Akhirat Nanti

Salam,

1. Hypothetically, sekiranya kiamat berlaku hari ni, wanita Malaysia yang paling banyak timbangan pahalanya di akhirat nanti ialah Datin Seri 1Rosmah Mansur. Kalau Sukma ni, kira dah menang pinggat emas dah ni.

2. Tidak. Timbangan 1Rosmah Mansur bukan berat kerana rambutnya. Bukan juga berat dengan cincin 73 juta dan gelang 1.6 juta. Akan tetapi timbangan 1Rosmah akan berat kerana pahalanya2 yang berlimpah ruah.

3. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
(Sumber: aku copy paste. malas nak tukar font. Adakah ini hadith ke tidak? Entah lah.)

4. Aku rasa konfem2 1Rosmah terkejut beruk bila tengok pahala dia nanti dowh. Kau imagine pahala2 tok guru2, ustad2 dan penyokong PAS banyak mana? Pahala orang2 awam lagi plak. Pahala anak2 cucu kita yang akan mengumpat bila baca sejarah in the future lagi. Pehhhh! Bukan setakat kaya harta dunia. Ni dah kaya pahala pulak dah! Tahniah Kak 1Mah!

5. Pahala org UMNO ade gak la yg sampai ke Rosmah. Tapi adelah sesudu dua kot!

6. Jadi adakah ini bermaksud 1Rosmah dah konfem2 ahli Syurga, so tak yah sembahyang, boleh bom orang dan tak perlu tutup aurat? Err.... not really.

7. Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim) (sumber)

8. Ada kisah seorang hamba Allah yang dok beribadat di satu pulau selama 500 tahun lamanya. Di akhirat kelak, orang itu akan di bawa ke hadapan Allah, dan Allah akan mengatakan kpd dia,
"Masukkanlah hambaKu itu kedalam syurga dangan rahmatKu.".
Maka berkata orang itu:
"Dengan amalku."
Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikat supaya menghitung semua amalnya (selama 500 tahun tu) dan compare dgn satu je nikmat Allah, iaitu nikmat penglihatan. Ternyata nikmat penglihatan itu jauh lebih besar drp segala amalan brader tadi.
Maka Allah s.w.t. berfirman: "Masukkan ia kedalam neraka."
Dan ketika ditarik menuju keneraka, ia berkata: "Masukkanlah aku kedalam syurga dengan rahmatMu." (Sumber dan hadith ini dgn lebih detail)

9. Itu la. Jangan kerek sangat.

10. Jadi agak2 Kak 1RosMah akan termasuk ke dalam golongan yang di rahmati Allah kelak? ......... InshyaAllah!

11. Aku sendiri pon dah kompem tak lepas lagi sebab setengah pahala aku telah di cilok oleh Kak 1Mah. Dem! Astaghfirullahalazim.

Wallualam.
Sekian, Mekasey, Wassalam.

5 comments:

Dr. Bentara said...

ni kira entry tobat ke apa bro?

mangkuk statik said...

Ni kira sempene nisfu syaaban la ni. Mulakan kitab baru ngan amalan yg soleh. Tapi apa akan jadi ujung2 tu kita saksikan bersama dgn penuh debaran!

ihsan_huhu said...

mahmahmahmahmahahahahahah

nobody said...

Salam encek comel :)

maaflah, jangan amik hati pulak tau
bukan tak suke bace blog encek
tapi kisah tu sedih amat
tu je
tak suke :(

saye sayang budak2
demo comel2 belaka ^^

k, maaf sekali lagi

p/s - maaf takde kaitan dgn entry ni

mangkuk statik said...

nobody: Peh... tak pernah org panggil aku comel! Biasanya hensem jer. Muahhaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails