..... kisah bersambung daripada My "Aaron Aziz" Moments PART 1
___________________
Ketiga: Seth Tan
Gua pakai baju kemeja putih sejak 1981 masa wa darjah satu lagi bro. Lu baru nak follow pakai tahun 2011. Bosan lah mat singapore nih! Tak ori langsung!
1. Tak kenal? Camne kau tak kenal sape Seth Tan? Err...aku pon tak kenal gak (haha), kerana aku adalh macho dan orang2 macho mana layan citer mat bunga macam Nora Elena tu.
2. Apa2 hal pon, kita selaku orang lelaki kene tahu, di mata gadis2 dan bakal "emak-emak mertua" anda, ikon lelaki romantis pada tahun hijrah 1432 ini ialah Seth Tan. Benar. Astaghfirullahalazim kan?
3. So, pada petang 3hb Ramadhan itu, aku belah pegi beli barang2 supply kedai. Kedai aku tinggal kat sorang awek ni je utk jaga sebab taim tu tak bizi. Sekali bila aku balik aku tengok awek tu dok duduk atas kerusi dengan muka yang pucat dan kepala terlentok ke dinding. Aik? Apehal? Takkan pancit sebab posa kot? Ke dia dtg haid? Senggugut?
4. Bila aku tanya apekes, dia kata dia trasa macam nak pitam. Tadi masa tengah layan kastemer, tetiba dia mcam blackout dan bila sedar2 kastemer tu dah pegi belakang counter dan dok sebelah dia dah. Tak jatuh tergolek dog, tapi nyaris kot.
5. So kastemer tu siap tanya okay ke tidak, nak minum air ke tak, duduk dulu la, nak panggil ambulance ke tidak, etc. Pehhhh! Over betol la!
6. So aku nasihatkan awek tu, pegi lah baring2 dulu kat bilik smayang kat kedai tu. Chill kejap. Kang kalau jatuh pengsan, aku jugaklah yang terpaksa "susah2" buat bantuan pernapasan dari mulut ke mulut. Tak pepasal batal wuduk aku nanti.
7. Tapi minah ni degil! Tanak rest. Nak gedik kerje lagi. So bila pastu kastemer datang lagi, dia nak pergi serve gak. Woooo.... Aku suruh dia rilek2 sudah. Jaga cash register je, so tayah gerak banyak2. Aku yang pegi senduk lauk, nasi etc.
8. Sekali bila kastemer tu abis bayar, awek tu tetiba terduduk kat atas lantai dapur aku yg kotor tu, betul2 depan2, kat kaki aku !!! Tak larat nak berdiri dah kot. Aku tengok kat batang hidung penyek dia, dah keluar bintik2 peluh. Muka pucat gila , putih mcam putihnya muka aku.
9. Alamak! Alamak! Ala mamak! Ape nak buat ni? Awek in distress ni! Kat kaki aku je! Takde orang lain pon!
10. Ni kalau Seth Tan ni komfem dah trus dukung sambil berkumandang kat background lagu Asfan "Terhenti Di Sini". Sedang ku membaca wajahmu...senyuman mu mengambarkan sesuatu. ..lalalalalala. Hahahhaha. Jamban sungguh!
11. Tapi nasib baik akal lojik aku masih berfungsi lagi taim tu. Ni kalau aku dukung awek ni, silap aribulan patah pinggang aku nih. Bukan sebabnya awek tu lagi berat drp guni beras (Fakta: seguni=25 kg)............... Tetapi sebab kene flying sidekick kat rusuk aku malam karang oleh bini aku. Hadoi aiii~!
12. So aku tunggu je sebelah tu. Lu jatuh sendiri lu bangun sendiri lah awek! Mujur aku mmg as romantik as mangkuk jamban. Langsung takde belas ihsan. Pegang tangan pon tidak. Pelan2 awek tu bangun, pastu terhoyong-hayang (exxagerate la ni skit!) pergi ke bilik smayang dan rest.
13. Sumpah, tak sampai 5 minit pastu, tetiba dia keluar je dari bilik tu dengan wajah ceria dan dah okay dah! Pastu sambung keje sampai shift dia abis dan pastu extend sampai ke taim bukak posa lagi. Okay je pulak.
14. Jadi aku pon pelik. Adakah semuanya tadi hanyalah satu lakonan semata2 untuk menagih dukungan daripada aku ? Marilah kita sama2 renung-renungkan............
____________________
KONKLUSI NYA
1. Jadi kesemua "Aaron Aziz Moments" ni berlaku dalam hidup aku hanyalah pada satu hari sahaja, iaitu pada Rabu 3hd Ramadhan 1432, sedangkan ia di alami oleh Aaron dalam jangka masa 2-3 tahun kot dan hanyalah di dalam dunia lakonan! Bukan real life pon!
2. Ini aku belum citer moment-moment hari2 aku yang lain lagi tu!
3. Kesimpulannya. Aku lagi Aaron Aziz daripada Aaron Aziz. Maka dengan ini konfem aku lagi awsome.
Sekian, Mekasey, Wassalam
5 comments:
hahahahaha xtahan bca 2 3x pn dok tgelak ja...ayat lg aaron dri aaron tu xtahan...
dlm bilik semayang tuh ko ade jumpe x plastik2 keropok n botol air sirap ke
kenapa mesti aaron aziz? why? wae? limaza?
azam, aaron aziz tak 'cool' mcm ko kot. hahaha
kem salam kak yanti ngn husna ngn mamat. selamat berpose
hahahahahah ko mmg taknak kalah kan. ;p
yenny: Kurus posa...kurus posa
huhu: Aku pon terpikir bende yg sama gak. Karang aku akan buat lawatan CSI ke bilik tersebut utk buat re-enactment sambil membawa bungkusan2 keropok dan air sirap
aini: Tak baik nipu bulan2 posa ni aini. Takkan aku "cool" je kot. Aku juga turut di kenali sebagai hensem, macho dan taff, tapi kau tanak sebut plak!
Albek: Sapa tanak menang? err.. team bolasepak Selangor je kot!
Post a Comment