Salam,
Untuk sape yang tak kenal sape Aaron Aziz, pegi gugel.
Untuk sape yg tak kenal aku, nak gugel pon boleh. Tapi untuk memudahkan kerje ngkorang dan aku tau korang bizi beramal ibadat di bulan posa ni kan, so meh sini aku tolong describekan diri aku. Aku hensem. Nokhtah.
Selain drp mempunyai persamaan "level" ketampanan, kami berdua adalah celebriti hokay. Dia celebriti tempatan. Aku pula celebriti international.
So apabila berlaku detik2 di dalm kehidupan aku yang menyamai Aaron Aziz pada 3hd Ramadhan 1432 Hijrah yg lepas, aku langsung tak heran.
____________
Pertama: Aaron Aziz
Wartawan2 hawt datang mengedik itu adalah salah satu cabaran terbesar di dalam profession kami.
1. Selaku seorang celebriti glamor, wartawan memang selalu dok mintak nak buat interview. So apabila aku tetiba mendapat last minute permintaan di pagi 3 Ramadhan itu untuk di interview on camera lagi sejam, gua takdehal lah.
2. Aaron dan gua paham, fans kita kene kipas....
3. So aku pon di interbiu pada pukul 12 aritu di kedai oleh Dr "Zack" Ibrahim dan friend daripada IICSA (Islamic Information Centre South Australia). Diaorang dok interview orang2 glamer satu Adeled untuk di masukkan dalam program TV Islamic information hapa ntah.
4. So jangan lupa saksikan program tersebut yang akan di siarkan di Community Channel 44, setiap hari dari 19-30 Ogos a.k.a sepuluh malam terakhir Ramadhan dari pukul 5-530pm.
5. Tolong record dan uplod wajah hensem aku dlm youtube yer, utk tatapan peminat2 aku yang ternanti2 dari luar Australia hokay. Sharing is caring bebeh!
_______________
Kedua: Malek
Fuhh. Dah lah aku memang pakai baju sebijik camni hari tu. Wa pakai baju gini sejak 2009 okay bro. Tetiba 2011 ni Aaron copy fesyen wa. Bosan btol.
1. Lu takkan tak tau. Ini watak Aaron dlm KL Gangster la bro. Bajet gangster la konon.
2. So, antara cabaran jadi tokey kedai makan ni di bulan Ramadhan ialah apa nak buat bila orang2 tak puasa datang makan!
3. Ni bukannya Malaysia, kau boleh call polis ke, JAIS ke gitu. Kat sini nothing I can do to stop diaorg drp melantak selambe rock kat kedai aku. Duit tu duit jugak. Tapi kalau org dok melantak di bulan posa kat kedai aku, yang menangung tu aku jugak! Brengset!
4. Yang bangsatnya, diaorang ni tak pernah2 nampak muka kat kedai, tapi bila tiba bulan posa je, tetiba gedik nak makan kat kedai aku. What the hell!
5. Pada 2 Ramadhan aritu datang mamat Albanian non-practising Muslim ni. Dia datang kedai every 3-4 bulan sekali jer. Last year pon sama bulan posa datang melantak ngan bini dia. Aku sound stret je.
" HOI! TAK PUASA KA! You are very very notty!".
Dia boleh cakap melayu sebab dia dulu dok Malaysia lama. Dia gelak2 dan cakap
"Alaaa.....sorri bang.....sorri! Siot!
6. So pada 3 Ramadhan tu, mula2 datang minah Afrika tudung labuh datang makan. Wa tak de hal. Datang haid kot. Pastu datang minah melayu yang couple ngan mat salleh pulak datang makan. Wa agak hangat sikit ngan awek ni sebab dia asyik gedik2 tukar2 "partner" lepas sorang, sorang, mat salleh. Tapi still mungkin dia datang haid, so aku ingat nak tegur je dia biasa2. Tapi tak sempat plak sebab aku bizi plak taim tuh. Dem.
7. Pastu datang lah sorang brader Melayu ni. Umur dah 40han tapi rockers hardcore bukan main2. Datang migrate sini dah brapa tahun dah kot. Dia masuk2 je dia trus cakap
"Wa ingat ngkorang tutup. Orait!".
Pastu selamba nak makan. WTF!
8. Aku trus la sound.
"Bro! Lu tak puasa ka?".
Dia macam terkejut, pastu geleng2 kepala. Lepas beberapa saat dia cakap.
"Sakkiitt!" sambil buat muka yg layak di pelempang.
Aku pon sound balik "Rockers, rockers jugak bro, tapi puasa tetap puasa. Kau makan sini aku yang tanggung dosa tau".
Dia sengeh2 je, dia peduli hapa, order selambe rock je.
9. Jadi manalah aku tak angin! Nasib baik ni Ozzy, kalau kat Msia, wa dah gegar dah mamat ni. Ketar2 aku tahan marah. Last2 aku sound dia dgn suara yg tinggi sikit...
"Bro. Kali ni wa kasi chan. Lain kali kalau bulan posa lu jangan datang sini lagi. Lu pegi makan tempat lain la bro!"
10. Di angguk. Dia makan. Dia belah. Setel.
_______________
....to be continued, part 2 .....
Sekian, mekasey, wassalam.
3 comments:
kl gangster hero singaporean mane r xkalah bola camnih
huhu: Itu la pasal. Org singapore mmg gangster! Tak caya tengok lah muka samir! buahhahaha!
boleh buat drama ni
Post a Comment