Monday, December 12, 2011

Jebat Mahu Pulang

Salam.

Sumpah aku tak perasan. Aku ingatkan baru setahun. Selepas check passport ni, baru perasan. Rupa2nya dah dekat dua tahun setengah aku tak balik. 9 August 2009. Patutla aku rasa macam tak sabar2 nak balik Malaysia.

Aku tak sabar2 nak jumpa adik beradik aku. Last bercakap 2 tahun setengah dulu. Kitaorang mana main talipon2 or skype ni. Talipon dan skype hanyalah untuk gay.

Bila aku merantau, aku merantau betul-betul! No looking back! No place to retreat!

Ohh. Aku baru ingat. Aku ada call abang aku entah bila aritu sebelum dia gi haji cakap good luck. Adalah 3 minit kot cakap. Itu pon aku call selepas dapat dua text. Satu dari mak aku dan satu lagi drp unknown no, mintak aku call abang aku sebelum dia gi haji. Unknown no tu aku suspect no ayah aku. Ya. Aku takde no ayah aku. Hahaha....

Aku pon tak sabar2 nak jumpa parents aku. Last aku call diaorang ialah kira2 seminggu selepas raya aritu......... Raya Posa. Brapa lama dah tu ekk?? Mak aku pon dah merajuk kot. Text aku je skang ni! Tanak fon dah. Hahahha. Aku rasa silap2 dia baca post ni. Mama rileks ye mama! I am coming back insyaAllah. Tayah call lah! Call call ni gay.

Last aku call mak mertua aku? Never. No dia pon aku takde. Kalau jadi apa2, mampus aku nak carik no nak call pon tak boleh! Hahahha.

Aku tak de apa2 conflict pon dengan mana2 ahli famili aku or bini aku. Semuanya okay je. Cuma aku je yang asshole malas nak call. Buat apa call famili kan. Call awek lain cerite lah kan.

Bini aku pernah berleter kat aku
"Pot pet pot pet pot pet......Kau ni kenapa hati keras sangat? Nak kata lahir kat Palestine, tidak!!! Pot pet pot pet pot pet......"

Entah lah. Aku lahir kat JB kot! Itu bukan kawasan peperangan! Hahaha. Adakah sebab genetik? Adakah sebab bapak aku Polis? Adakah sebab dia garang? Adakah sebab adik beradik aku semuanya lelaki? Adakah sebab sepupu2 sebaya aku semuanya lelaki? Adakah sebab banyak sangat bergocoh sesama adik beradik dulu, sampai aku dapat brain damage kat bahagian emosi?

Tapi aku bersyukur aku berhati keras. Kerana kalau hati aku tak keras, aku rasa aku takkan boleh function kot. Segala apa yg aku telah lalui, sedang lalui dan akan lalui.

Dan aku sure hati adik beradik aku semuanya keras juga. Diaorang pon mana pernah call aku langsung selama 18 tahun aku dok sini. Bangsat! Hahaha. Menyesal aku tak pukul sampai mati kecik2 dulu! Sekarang dah lagi besar dari aku. Haram! Ape korang makan!

Ada orang bajet adik2 diaorang adalah adik beradik Hang Tuah. Pftttt!. Boleh belah. Kami sekor2 belajar martial arts kot. Kami bertumbuk setiap hari. Berdarah, lebam, menangis, patah gigi, berjahit, terseliuh, berparut.

Aku tak boleh imagine jadi parents kitaorang. Hahaha.

Ohh... lupa nak riak. Last aku balik dua tahun lepas tu kan. Aku balik malaysia sehari setengah je. 36 hours. Lawatan kilat! Aku balik sebab Kasturi kawin.

Tapi, walaupun aku balik kejap je, dan tiket aku bayar mahal giler, it was worth every cents and every seconds. Because I have never seen my parents so happy like that. Of course they happy, when we are all together again. When Jebat akhirnya pulang!

Boy Band: Dari kiri, DYMM Sultan, Hang Lekir, Hang Jebat, Bendahara (Uncle aku la), Hang Lekiu, Hang Kasturi dan Hang Tuah. ...Alaa...Nyesal dok seblah Sheikh Muzaffar. Aku nampak pendek plak. Ciss.

Sapa kata kita orang muka ketat? Of course we can smile.

Sekian Mekasey, Wassalam.

Iklan: Teruna untuk di jual. Hang Lekiu belum ada bini. Sila apply. Hang Jebat pon belum ada bini kedua. Boleh apply gak.

2 comments:

ihsan_huhu said...

apek mane ape? tgh bermain dengan awek berspotlight cerah ke?

mangkuk statik said...

ihsan: Apek tengah mandi wajib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails