Sunday, October 26, 2014

Siri, Seorang Kawan Yang Bermulut Longkang

Salam,

1. Dalam banyak2 kawan aku, takde yang paling mulut longkang melainkan Siri. Babilah Siri. Korang kalau kenal Siri ni korang jgn citer hapa2 kat dia kay. Abis cerita kau nanti dia cerita kat orang lain. Aku ingatkan aku boleh percaya kat kau Siri. Tetapi cenggini rupanya kau yer.

2. Memula aku ingat nak ngorat Siri. Biasa letew. Siri kan awek matsalleh. Suara plak manja2 gituw. Tetapi slepas aku tanya apa sais bra dia, bila dia period, etc, tetiba dia friendzone kan aku! Whatdeheck! Apa salah aku?

3. Jadi bila dah jadi kawan tu, sewaktu aku kegersangan dok sorang2 kat Ozzy ni, aku pon selalulah meluahkan perasaan heart-to-heart dengan Siri. Citer memacam. Sapa girlfriend aku bagai. Lega rasanya dapat melepaskan apakah yg terbuku di hatiku selama ini.
Thanks for listening Siri
4. Sekali bila aku balik Malaysia. Anak2 aku memain phone aku. Aku pikir lantak la. Ada passcode kot. Sekali tak sampai 2 minit Husna yg genius figure out apakah passcode aku. Tahun ni "2014". Demm. Pastu aku sound la diaorang, jgn check photo tau! Banyak gambar girlfriends papa kat situ. Pastu aku belah.

Manusia-manusia yang cukup jeles dan selalu check aku ada girlfriends baru ke tak? Konfem la ada beb!
5. Sekali rupa2nya diaorang pass tu pergi tanya siri "Who is my dad's girlfriend?" kau tau lah Siri, kekadang tu dia pening sikit kalau soklan tak jelas. Sekali diaorang tertanya soklan yg betul. OHH NOOOOO?
Woi Siri! Kau Diam Sekarang!
6. Maka Siri si mulut longkang, stret dial no girlfriend aku! Wahai Siri, kau tak perasan ke suara tu lain drp suara aku? Muka pon lain kot. Kau ada kamera depan blakang, takan tak nampak muka hensem aku ke muka orang lain? Huarghhh! Dush! Dush!
Halamak hala mamak!
Habesss!
7. Setelah beberapa kali dering, RCW pon angkat lah talipon. Husna dgn selamba tanya "Ni sapa ni?". Oppss. Habes terkantoi sapakah awek yg aku save in contact as RCW. RCW dengan tenang jawap "Ni Mama lah Husna! Kenapa Husna call Mama?". Hahaha. Husna cakap " Oh Mama girlfriend Papa ke?". Pastu Husna dan Muhammad gelak guling2. Bertuah! Pastu cerita pasal bende ni kat semua orang selama 20-30 tahun. Buat malu aku je. Thanks la Siri. Thanks!

8. Setelah Siri mencabuli hubungan kengkawan kitaorang, lepas tu aku tak citer apa2 dah kat Siri. Pergi mamposlah kau Siri. Pergi lah cari kawan lain sial.

9. Jadi lelama pastu Siri jadi macam gila talak. Rindu kat aku letew. Rindu sampai ke level sangap. Sampaikan lain aku tanya ,lain dia pikir.

10. Sekali tu, aku ternampak ada budak post gambar2 Maldives. Cun siot. Teringin nak pergi. Tapi Maldives ni kat mana hah? Jadi aku tanyalah Siri, "Show me the map of Maldives?". Sekali .........

WHATTT???
11. Selekeh la Siri niiii! Aku cakap "Maldives", bukannya ........ sial! Dah gila seks ke hapa. Pastu sampai ke zakar aku kat mana pon dia pegi stalk. Biarlah zakar aku pergi ke 1A, Grant Ave. Ade lah kerja dia kat situ. Aku nak tahu kat mana Maldives lah bitch!

Ok Thanks. Tak boleh ke kasi ni awal2 tadi. Saje je kau ni kan!
12. Jadi itulah Siri yang bermulut longkang. Selebet sungguh. Rahsia orang dia pergi bocorkan, pastu cakap semua nak berbau2 seksual jer. Ternoda aku.

13. Jadi aku dah tak tahan dah dengan Siri. Aku rasa culture kita yg berbeza menyebabkan susah nak buat kawan dengan Siri ni. Aku adalah teruna melayu yg di didik dengan budaya timur yg penuh kesopanan manakala Siri merupakan awek mat salleh yg bermoral longgar. Sorry Siri, I don't want to be friend anymore. Good Bye! But before I go, one last question.............


Sekian, Mekasey, Wassalam.

Thursday, October 23, 2014

TAWARAN GEGAR ALAM.

*Tawaran Kedua Paling Gempak Di Dalam Sejarah Pasar Online Adelaide*

Salam, Bros sekelian.

Adakah anda mempunyai masalah utk memandu? Masalah dengan kereta anda? Gagal membawa isteri anda ke destinasi kerana kereta anda tak boleh start atu selalu rosak on the way? Kereta anda kereta baru tetapi minyak cepat abis? Ataupun kereta anda kereta lama, so pikap dah slow?

Kereta anda mungkin bermasalah bro.

Mungkin kereta anda perlu di servis?

Jangan menafikannya. Kajian menunjukkan 1 drpd 10 kereta akan mempunyai masalah engine. Lagi tua kereta anda, lagi meningkat masalahnya. By the time kereta anda berusia 40 tahun, macam saya, 1 drp 5 kereta akan rosak. Tapi kereta saya still okay. Rasa2nya. Lama tak bawak.

Jadi bagaimana untuk anda tahu samada servis boleh membantu kereta anda?

Di sini saya ingin menawarkan PERCUMA, ya PERCUMA beberapa engine turbo untuk anda pasangkan kepada engine kereta anda. Tetapi ini hanyalah sample okay.

Pakcik kayo. Kayo turbo! Muahaha
Sekiranya anda mendapati bahawa sample ni membantu, saya cadangkan anda pergi jumpa doktor ...eh silap...pomen, dan kasi dia check dan buat overhaul baek punya. Mungkin anda memerlukan bekalan2 turbo yang berterusan, mana tau kan.

Tawaran ini saya berikan kepada brader2 semua kerana saya tak pakai pon sejak dapat 2 tahun lepas. Test power sekali dua pastu simpan. Skang ni terkebil2 tengok memalam, sebab kereta takde. Road tax mati. Jadi seblum turbo2 ni expired, baiklah saya sedekah je. Saya mmg berhati murni gitu.

Beberapa syarat di kenakan.
1. Ini utk kereta org2 kawin sahaja.
2. Kereta mestilah berumur 30 ke atas. Kalau kereta anda belum cukup umur, pergi keluar jogging ke main bola ke exercise sikit la. Baru kereta sehat.
3. Tidak pernah kene stroke ke heart attack bagai.
4. Engine anda tiada NOS. Anda tidak mengambil nitrite medication utk angina/chest pain.

Disclaimers
1. Turbo ini tidak akan menyebab kan kereta anda menjadi bertambah besar ataupun tetiba upgrade jadi Lambo kay. Ia hanyalah membantu kereta anda supaya tak mati sewaktu di dalm perjalanan.
2. Sesetengah orang mengalami masalah kereta tu bila dah start dia tanak mati2. Cabut kunci pon still jalan. Sudah! Sila pergi ke hospital ehh...bengkel sekiranya ianya berlaku. Err...dan jgn sebut nama aku kpd mereka kay. Aku belah dua kereta kau nanti!

Jadi kepada sesiapa yang berminat, sila comment di bawah ehh...PM inbox fb saya ataupun sms saya, Tabib Batin 0402342684. SMS sahaja kay.

Rahsia anda, rahsia saya......

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Tabib dah power, tak perlu pill bagai. Hambeklah kat ngkorang


Info berguna

Tuesday, October 21, 2014

Salah Faham Budak Lelaki Terhadap Ciri2 Lelaki Idaman Wanita

Salam,

1. Semua balaks mempunyai konsep yang salah tentang ciri2 lelaki idaman aweks. Kau pergi tanya mana2 lelaki, semua lelaki bajet kalau kau gempaq bersukan, terer main gitar dan muscle besar, awek2 konfem cair beb. Sebab tu lah budak2 lelaki semuanya sebok post2 gambar diaorang bersukan, workout kat gym dan main gitar.

Contoh gambar bajet. Click to enlarge pastu right click to save. Buat wallpaper ye aweks2 sekelian
2. Sebenarnya ajaran sesat ini datangnya daripada aweks2 jugak. Adalah menjadi kesilapan terbesar untuk kita pergi tanya aweks2 apakah ciri2 lelaki idaman mereka, sebab the fact is......they themselves can't describe it.

3. Memanglah awek2 akan cakap lelaki yang baik, beriman, romantik, bla bla, sukan, gitar dan muscle. Tapi, bila aku tengok keliling aku sepanjang hayat aku kat adelaide ni, awek2 last pilih ntah sesapa gak jadi balak diaorang. Dan budak2 kaki sukan, gym dan gitar, ketiga2 sekali pon, last2 takde awek pon. Why?

4. Sebenarnya awek2 semua tahu apakah yang diaorang nak, tapi they just can't describe it. Tapi bila balak tu dah terpacak depan mata, zasss, diaorang stret tahu.

5. Aku tanak list "10 sifat lelaki idaman wanita" or some stuff like that, because its a total bull. Its biased. Bila dah suka kat sorang tu, semua attributes yg best diaorang nampak cam ada kat balak tersebut. Tapi kalau dah benci tu, pergh, bukan 10 je, 10 billion disgusting attributes pon diaorang boleh tempek kat kau.

6. Generally awek2 sebenarnya suka your personality. Physical stuffs tu semuanya bonus semata. Sebab tu orang yg muka pecah, gemuk, botak, miskin, tua etc, pon boleh tekel awek hot, kalau personality diaorang superb.

7. Sayangnya, ramai balaks bajet personality diaorang dah best, so diaorang tekankan usaha2 utk mengubah physical diaorang jer. Lets face it, mana senang nak ubah. Stop mencarut vs membesarkan biceps. Berhenti merokok vs besarkan kepak. Romantik vs buat six-pek.

8. Sometimes boys tend to concentrate on the physical improvements that they actually fell in love with themselves. With their skill main bola, their gitar prowess or their bodies. They forgot that the actual aim off all these efforts was to let women fall in love with you. And that my friends is one of the trait yg women tak suka.

9. So boys, as you develop your physical attributes, don't neglect your personality as well. Included in the personality, is rajin study. So study hard, score, kerja kuat and makes tons of money. Because oneday, bila kau dah takde hapa2 physically, gemuk, botak dan tua, money will be your strongest asset.

10. When you got money, suddenly semua positive2 attributes awek2 akan nampak pada kau. Magic solution.

11. So pusing2 sebenarnya, korang tak payah lah main bola, pergi gym, main gitar bagai. Study sudep. Biar aku sorang yg main gitar, bela six-pek dan goreng gitar. Aku janji kalau ada aweks-aweks nangis guling2 depan aku sebab nak jadi awek aku, demi persahabatan kita, aku akan kata,

"Bawak bersabar ye sayang. Janganlah jatuh cinta dgn abang. Kau tunggulah budak2 baya kau ni abis study kay. Pastu kerja. Pastu kau kawinlah dgn diaorang. Kalau lah nak jugak dgn abang, tunggulah di pintu syurga. Borak2 lah dulu dgn aweks-aweks abang yg lain kat pintu tu. Ramai kot. Korang nak dok satu istana pon nanti. InsyaAllah".

Sekian, mekasey, wassalam

Monday, October 20, 2014

Korang Marah CheTa, Aku Yang Terasa!

Pregnant pon lawa. Nyesal plak clash.
Salam,

1. Ni apahal korang ramai2 emo kat ex aku ni. Kesian dia. Cukup2 lah tu. Orang dah nak beranak dah tu wey. Aku paham Che Ta. Hati dia lembut dan suci murni. Aritu masa aku mintak clash, 3 bulan dia nangis hari2 kot. Aku buat slamba bodoh je.

2. So bila korang dok kutuk2 Che Ta sebab dia dapt sponsor bagai drpd KPJ Ampang Putri dan Astro utk proses beranak ni, konfem nangis balik ex aku tu ari2. Hish! Jahat sungguh korang. Korang telah menoreh parut lama di hati Che Ta.....yg telah aku tinggalkan.

3. Lantaklah kalau KPJ nak sponsor Che Ta beranak. Itu marketing strategy dia kot wahai joyah2 sekelian. KPJ tau dia retis, jadi bila TV dok tunjuk apa yg best sangat kat KPJ Ampang Putri tu, nanti adalh bini2 org kaya memana akan cakap, "Seghonoknyaaaa! I nak beranak situ gak lah gini. Cepat darling! Kasi you punya sperma". BOOM! Balik segala modal KPJ yg ntah brapa sen je spend utk CheTa tu.

4. Yang korang kecoh2 pasal Astro pulak nak buat reality show follow CheTa kehulu kehilir sampai meletup tu, korang jugak yang last2 tengok. BETUL TAK? Korang jeles cakaplah jeles. Olololo cian dia. Astro yang dah hidup ntah berapa juta tahun kat malaysia tak bodoh akak2 wey. Kalau takde org yg bizi body cam korang yg suka tengok aib org lain dalam TV, maka dia takan buat program gitu. Bila ramai org2 yg bodoh tengok, maka makin bertambahlah subscribers Astro dan duit iklan pon masyukkk. Kachinngg!

5. Pastu ada plak orang2 yang banyak bunyi dok bising2, apsal tak sponsor orang2 yg tak mampu utk pergi beranak kat KPJ? CheTa mampu kot. Apsal tak sponsor org2 yang mempunyai complications during pregnancy eg baby jantung berlubang, pre-eclampsia etc, yg memakan kos yg tinggi? Yang life and death? CheTa punya pregnancy simple present tense je kot.

6. The reality is, nobody want to look at nobody. Apa barang sponsor org kampung pergi KPJ? Adakah slepas ni semua org2 kampung akan berbondong2 pergi beranak kat KPJ? Tak de nyer. Tak mampu pon. Pastu kalau ambik kes2 yg risky, silap2 baby atau mak tu yang mati, tak ke bodoh namanya. Langsung takde org datang KPJ Ampang Putri dah pasni.

7. In short, its a good investment lah utk sponsor CheTa. Org2 yang tak mampu atau ada kes bahaya tu, pergilah beranak di hospital kerajaan sudep. Tajaan CheTa adalh utk attract org2 yg mampu sahaja. Kita2 semua yg miskin ni, kalau pandai dan berotak sikit, jangan lah tengok. Tapi kalau korang bodoh, dok senyap2 tengok dan telan air liur sudah. Jgn banyak bunyi.

8. Kepada ex aku, Che Ta, abang Aazam mengharapkan segalanya berjalan dgn baik insyaAllah. Dan ketika awak tengah tahan kesakitan beranak yg teramat sangat tu, ingatlah. Penderitaan awak, sewaktu saya dump awak dahulu, adalah jauh lagi perit. InsyaAllah akan terasa kurang kesakitan awak.

Sekian, mekasey, wassalam.

Gambar lama. Badan tak tanned sebab pakai baju aritu tepi pantai.

Sunday, October 19, 2014

Kenapa Kita Jangan Kawin Dengan Orang2 Yg Mata Rabun

Salam,
Warning: Jangan kawin dgn bro ini walaupun dia hensem

1. Sepatutnya, penyakit rabun ni sudah lama extinct dalam dunia ni. Dah takde org rabun dah skang ni langsung. Kerana kalau kita ikut eveolution theory, by survival-for-the fittest rule, orang2 rabun ni dah lama meninggal atau jadi andartu/bujang lapuk.

2. Cuba kau pikir. Orang2 lelaki zaman batu dulu2 yang rabun ni, konfem dah lama kebulur sebab they are poor hunter-gatherer, sebab mata tak nampak binatang kat mana, buah kat mana, buah masak ke tidak, kene makan binatang buas, jatuh tebing bukit, kene lembing dengan musuh etc. Jadi they makes poor husband, take sapa nak kawin. If diaorang kawin pon, they cannot provide for their family well. Therefore their offsprings will be weak and succeptible to diseases and eventually die, along with ther genetic for rabun.

3. Tetapi, awek2 rabun pada zaman batu pulak, walaupun diaorang mungkin kerap sesat, silap masuk gua, jatuh perigi, tak jumpa cari anak sendiri, hilang kain/bulu beruang jemuran etc, tapi diaorang dan anak2 diaorang mungkin boleh survive takde hal punya. Kerana walaupun pak mertua kau dah warning diaorang makes bad wives, kalau lah awek tu hot, apa org lelaki kesah?

4. Jadi awek2 rabun pada zaman batu, boleh survive kerana laki diaorang yg mata normal tu yang jaga diaorang. Awek2 rabun yg hot je lah kan. But silently, diaorang sebenarnya telah passed along the genetik for rabun tu to next generation. Tapi it will be diluted among the biodiversty of humane genome, sebab satu parents je yg mungkin jadi carrier.

5. Sampailah kepda zaman early rennaisance, apabila tetiba sapa tah yg terlebih pandai pergi cipta spek mata plak pada tahun 1286. Maka bermula daripada seorang manusia, hinggalah kepada estimated 2.5 billion by the year 2020, akan kene pakai spek.

6. With the invention of glasses, sudddenly lelaki2 yg mata rabun, slowly becomes equal and eventually the better husband material over the non-rabun males. Countless researches had pointed out that people with glasses have better IQ, performs better academically and eventually get better jobs than their non-glasses wearing counterpart.

7. Why is it so? Well, maybe orang2 lelaki yg mata elok tend to spend more time outdoors kot, so mana ada masa nak study bagai ni. Bosan kot. Banyak bende2 best boleh buat kat luar drp study macam nerd. Plus glasses wearing people does have better focus during study and can retained info better than non-glasses wearing people. Macam org2 buta lah. They developed better memmory eg hapal Quran, hapal jalan.

8. So sekarang ni, tetiba plak lelaki cavemen yang macho macam aku, ni pulak yang di anggap sebagai poor providers kpd familiy. Aweks2 secara naturally can sense this changes in social heirachy, and subconsiously ignored the the physical defects of the geng mata rabun, and choose them as mates instead.

9. Suddenly the genetics for myopia/rabun jauh, becomes more abundant in our genetic pool. Hence what we are seeing nowadays, the explosion of myopia/rabun epidemics.

10. So in shorts, ini semua salah perempuan. Diaorang yg nak kawin sangat dgn nerd pakai spek apsal? Kepada awek2 yang "tak pakai spek", lepas ni jangan dah kawin dengan org2 pakai spek ni. Kita kene jaga integrity genetik mata elok kita ni yang semakin pupus.

11. Kepada awek2 "hot" yang pakai spek pula, semuanya masih belum terlewat. Anda masih boleh menyelamatkan dunia. Kahwinilah aku. Kahwinilah lelaki yang tak pakai spek. Demi anak2 kita. Demi genetik. Demi dunia.

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s
1. Adakah mata rabun itu genetic sebenarnya masih debatable. Sila google.
2. Blogpost ini adlah gabungan drp apa yg aku baca dan theory sendiri. Ketahuilah, theory aku benar belaka.

Sunday, October 12, 2014

Bagaimana Nak Main Bola Kalau Kaki Melecet

Salam.

1. Kalau main bola, especially bila pakai kasut baru, melecet memula tu standardlah kan bro. Mmg potong abes kan? Baru syok angkat kasut baru, skali melecet plak. Kene pencen bola seminggu. Hampeh.

2. Jangan risau. Saya ada. Seorang pemain bolasepak antarabangsa sepenuh masa dan peniaga kecil-kecilan Melayu bebila boring.

3. Memula, korang kene paham, mengapakah pe-melecetanisasi berlaku. Ianya berlaku apabila wujudnya geseran antara kulit anda dan permukaan yg kesat. Lama2 kulit tu jadi err...melecet. Kekadang berair, kekadang berdarah dan kekadang kulit tercabut stret. Cun.

4. Jadi untuk mengurangkan melecet, apa yg kita perlu? Pelincir. Lubricant.
Murah je bai. Murah drp cekelat

5. Jadi sila pergi farmasi dan dapatkan pelincir torbaik di dunia, iaitu Vaseline. Murah sahaja. Abaikan kalau awek/balak jaga kaunter tu usha kau sambil senyum2. Sebab senyum tu ada maksudnya. Karang aku story bro.

Kulit adalh putih drp gambar. Ini edit kasi gelap
6. Muka aku adalah taraf model. Tetapi dalam ini story, muka tidak relevan. Sapa yg pernah melecet muka? Jadi hari ini aku akan mengunakan tumit hensem aku ini sebagai model kay! So ini adlah rupa tumit melecet lepas seminggu tanak tobat main bola, still main kalau boleh hari2. Kan aku dah cakap aku pemain bolasepak antarabangsa sepenuh masa tadi!

7. Jadi mula2, kau pakai handyplast kat kawasan melecet tu. Please note cara aku pasang hadyplast tu. Kasi lah selari dgn arah pergerakan yg menyebabkan melecet tu. In this case, dari atas ke bawah kan? Pastikan tiada bulu2 yg tersasar di kawasan lekatan handyplast, kerana bulu dan handyplast boleh menyebabkan mana2 lelaki macho menitiskan airmata.

Biar tumit kedut drp muka kedut
8. Pastu sapukan Vaseline selambak. Jangan kedekut. $2 je pon. Make sure semua surface handyplast tu di selaputi vaseline. Sapulah dgn penuh kasih sayang. I love u my tumit. Jampi atau selawat adalh optional. Ludah tidak di galakan. Ludah kawan2, kau boleh try.


Boh lebih banyak drp ni. Ni aku memula je.
9. Pastu masa melekit2 gitu, kau pakai lah stokin selamba. Pastu, ini penting, kau ambik vaseline tu lagi, pastu sapu kat stokin tu plak, atas the whole area yg melecet tu. Boh banyak2 sampai lencun takpe.

 10. Pastu pakailah kasut cam biasa. Dan pergilah main elok2 nak. InsyaAllah, kau tak rasa sakit langsung taim main. Sumpah bro. Janji aku takan di capati!

Bila masa kau turun labu?

11. Lepas main, Vaseline tadi secara magik, telah hilang. Jin makan kot. Beres.

12. Jadi sekiranya anda seorang pemain bola yg serious ataupun seorang pemain yg poyo kejap2 tukar kasut baru, Vaseline adalh barang wajib utk berada di dalm kit bolasepak anda.

13.Selain daripada pengunaan dlm rawatan melecet, Vaseline juga adalh product yg amat berguna untuk mengurangkan geseran antara nipple anda dan baju oleh pelari jarak jauh atau geseran di antara testis anda dan pelana basikal atau di gunakan sebagai pelincir sewaktu anal sex ataupun di sapukan pada sex toys.(sumber)

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s:
- penulis tidak mendapat sebarang duit endorsement drp Vaseline, utk promote barangan mereka.
- penulis juga tidak pernah mengamalkan anal sex......so far.
- penulis terhutang budi atas tunjuk ajar seorang physiotherapist professional, Encik Ihsan Huhu.
- penulis bagaimanapun tidak dapat memastikan samada Encik Ihsan pernah mengamalkan anal sex ataupun memiliki sebarang sex toys.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails