Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Korang Marah CheTa, Aku Yang Terasa!

Pregnant pon lawa. Nyesal plak clash.
Salam,

1. Ni apahal korang ramai2 emo kat ex aku ni. Kesian dia. Cukup2 lah tu. Orang dah nak beranak dah tu wey. Aku paham Che Ta. Hati dia lembut dan suci murni. Aritu masa aku mintak clash, 3 bulan dia nangis hari2 kot. Aku buat slamba bodoh je.

2. So bila korang dok kutuk2 Che Ta sebab dia dapt sponsor bagai drpd KPJ Ampang Putri dan Astro utk proses beranak ni, konfem nangis balik ex aku tu ari2. Hish! Jahat sungguh korang. Korang telah menoreh parut lama di hati Che Ta.....yg telah aku tinggalkan.

3. Lantaklah kalau KPJ nak sponsor Che Ta beranak. Itu marketing strategy dia kot wahai joyah2 sekelian. KPJ tau dia retis, jadi bila TV dok tunjuk apa yg best sangat kat KPJ Ampang Putri tu, nanti adalh bini2 org kaya memana akan cakap, "Seghonoknyaaaa! I nak beranak situ gak lah gini. Cepat darling! Kasi you punya sperma". BOOM! Balik segala modal KPJ yg ntah brapa sen je spend utk CheTa tu.

4. Yang korang kecoh2 pasal Astro pulak nak buat reality show follow CheTa kehulu kehilir sampai meletup tu, korang jugak yang last2 tengok. BETUL TAK? Korang jeles cakaplah jeles. Olololo cian dia. Astro yang dah hidup ntah berapa juta tahun kat malaysia tak bodoh akak2 wey. Kalau takde org yg bizi body cam korang yg suka tengok aib org lain dalam TV, maka dia takan buat program gitu. Bila ramai org2 yg bodoh tengok, maka makin bertambahlah subscribers Astro dan duit iklan pon masyukkk. Kachinngg!

5. Pastu ada plak orang2 yang banyak bunyi dok bising2, apsal tak sponsor orang2 yg tak mampu utk pergi beranak kat KPJ? CheTa mampu kot. Apsal tak sponsor org2 yang mempunyai complications during pregnancy eg baby jantung berlubang, pre-eclampsia etc, yg memakan kos yg tinggi? Yang life and death? CheTa punya pregnancy simple present tense je kot.

6. The reality is, nobody want to look at nobody. Apa barang sponsor org kampung pergi KPJ? Adakah slepas ni semua org2 kampung akan berbondong2 pergi beranak kat KPJ? Tak de nyer. Tak mampu pon. Pastu kalau ambik kes2 yg risky, silap2 baby atau mak tu yang mati, tak ke bodoh namanya. Langsung takde org datang KPJ Ampang Putri dah pasni.

7. In short, its a good investment lah utk sponsor CheTa. Org2 yang tak mampu atau ada kes bahaya tu, pergilah beranak di hospital kerajaan sudep. Tajaan CheTa adalh utk attract org2 yg mampu sahaja. Kita2 semua yg miskin ni, kalau pandai dan berotak sikit, jangan lah tengok. Tapi kalau korang bodoh, dok senyap2 tengok dan telan air liur sudah. Jgn banyak bunyi.

8. Kepada ex aku, Che Ta, abang Aazam mengharapkan segalanya berjalan dgn baik insyaAllah. Dan ketika awak tengah tahan kesakitan beranak yg teramat sangat tu, ingatlah. Penderitaan awak, sewaktu saya dump awak dahulu, adalah jauh lagi perit. InsyaAllah akan terasa kurang kesakitan awak.

Sekian, mekasey, wassalam.

Gambar lama. Badan tak tanned sebab pakai baju aritu tepi pantai.

Sunday, February 14, 2010

Valentine Kurapsi

Salam,
...ni adalah sebahagian drpd siri "My Valentine suck ass", 1-intro, 2-balak

layan lirik lagu ni di bahagian "more info" utiub tuh. Mmg ngam ngan citer aku. Kalau kau bukan kaki jiwang, try tunggu sampai 1:49........kau akan kata wtf??

1. Tersebutlah satu kisah benar.
Sorang brader telah di dump oleh aweknya dalam tepon. Ketika itu brader itu telah siap2 nak antar mak dia pegi minang dah. Trus, brader tu pegi rumah awek dia utk face-to-face. Tapi di bolayan slama sejam. SMS/fon tak di jawap.
Maka barder tu balik rumah dgn hati yg hancur. Tengah meratap nasib malangnya di dalam biliknya, tetiba brader tu nampak ubat kurap di depan matanya.
Maka, dengan hati yg nekad, brader tu minum ubat kurap tu. Mungkin maut lagi indah dari hidup agaknya.
No surprise, beberapa minit lepas tuh, dia tergolek-dog pengsan dan di bawa ke hospital oleh familinya.

2. Aku tak tau....................
Aku tak tau.... samada brader tu hidup atau mati.
Aku tak tau ......apakah reaksi dari ex dia.
Aku tak tau ......nak kata, ex dia tuh kejam ataupun tidak. Mungkin brader tu je yg perasan lebih2.


3. Tapi aku tau
Tapi aku tau......., ini perbuatan haram. Kalau mampus, masuk neraka forever n ever. No vagina is worth the tiket to hell. Kamon la!
Tapi aku tau......., bodoh sungguh mamat ni. Memang patut kena dump.
Tapi aku tau......., cinta mamat ni sungguh mendalam. Ni level, "lautan api lagi kan ku renangi". Jadi setakat minum sebotol ubat kurap tak de hal lah.
Tapi aku tau......., sudah tiada harapan lagi utk dia dpt balik ex dia. Bongok la ex dia kalau amik balik mamat ni.

4. Tapi aku nak tau,
Tapi aku nak tau......., kenape ada botol ubat kurap dalam bilik dia?
Tapi aku nak tau......., adakah dia pengedar tunggal ubat kurap di kawasan Lembah Klang?
Tapi aku nak tau......., adakah selepas ini akan berlaku kekurangan stock ubat kurap di pasaran kerana pengedarnya berada di sepital/mati kot?
Tapi aku nak tau......., adakah awek nya dump dia kerana tidak tahan dgn tohmahan dan stigma org terhadap penjual ubat2 kurap ini.
Tapi aku nak tau......., adakah dia sendiri berkurap?
Tapi aku nak tau......., mungkinkah awek dia tinggalkan dia kerana kurapnya?

5. Jadi sekarang aku tahu,
Jadi sekarang aku tahu......... ,kalau minum ubat kurap, kesannya agak sadis.
Jadi sekarang aku tahu........., kalau minum ubat kurap, kau takkan jadi spiderman, batman, superman ataupun Azman kerana ubat kurap tidak ber-radioaktif.
Jadi sekarang aku tahu........., kalau aku minum ubat kurap, aku boleh masuk Metro.
Jadi sekarang aku tahu........., mulut mamat tu gerenti takkan tumbuh kurap forever n ever.

6. Jadi sekarang aku harap korang tahu,
Jadi sekarang aku harap korang tahu......love is profound
Jadi sekarang aku harap korang tahu...... love is gonna hurt......a lot......and a lot of times.
Jadi sekarang aku harap korang tahu......, suicide or self harm, will only gonna make everything worse.

Seperti Romeo yg minum racun kerana dia ingatkan Juliet dah mati. Dan apabila Juliet bangun dari tidurnya, dia plak yg bunuh diri selepas mendapati Romeo sudah tiada. (utube)

"For never was a story of more woe, than this of Juliet and her Romeo"

Cuma dalam kes brader kurap ni, ex dia sehat wal afiat. Buduss.

Stay chill. Lots of girls for u out there.

Sekian. Mekasey. Wassalam.

p/s: source aku adalh dari Harian Metro. Brader tu sihat dah. Jom pegi melawat dia beramai2 dan sepak kepala dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails