Showing posts with label cintan. Show all posts
Showing posts with label cintan. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Kenapa Semua Orang Bajet Anak Dialah Paling Cun Dalam Dunia.

Salam,

1. Semua orang yang dah ada anak, termasuklah aku, telah membuat the same mistake. Post gambar anak dalam fesbuk pastu harap2 or "demand" ramai orang like. Pastu sengeh sorang2 perasan anak dia lah paling comel dalam dunia.

2. Lagi kronik adalah mak bapak yang apabila muka sendiri telah pecah disebabkan kegemukan or usia, tetiba letak gambar anak2 sebagai profile pic. Errr....contohnya profile pic aku kat tweeter. Haha. Walaupun muka aku tak pecah. Tapi aku saje je. Bajet konon2 muka pecah, so awex tak tekel aku. Back-off girls...Back-offf!!!

3. Tapi memang gambar budak2 akan automatik attract banyak giler like di fesbuk. Like ni datangnya dari dua punca.
a) Anak2 dara dan teruna yang belum mendapat anak yang like pic budak2 disebabkan naluri keibuan/bapa mereka tersentuh. Diorang pon dah teringin nak dapat anak letew. Its a natural process. So bagi diaorang ni SEMUA budak2 is chomel. Tak kira muka budak tu senget camner pon.
b) Ibu2 yang like pic anak org dengan tidak ikhlas. Mereka like pic anak orang tu supaya bila diaorang pulak upload pic kat fesbuk, mak budak tu pulak like their children's pic.

4. So kalau korang tanak nangis, tolonglah jangan tanya aku samada anak kau cun or tidak. Sebab secara ikhlas aku nak bagitau ngkorang di sini, generally, bagi aku, hampir KESEMUA anak2 engkorang adalah huduh giler. Of kors la ada budak2 yang cute bagi aku, tapi amatlah jarang2 aku jumpa.

5. Aku ni bila aku tengok anak2 org, aku akan trus tgk mak bapak diaorang dan buat projection, camner rupa budak ni bila dia besar nanti. Contohnya, budak ni konfem hitam, gigi senget, pendek, mata rabun, kene asthma, boroi, botak, etc macam mak pak diaorang skang ni.

6. Tapi of kors, ini sebenarnya adalh kurang tepat. Genetik hanyalah provide the template, tetapi the final outcome of your kids di tentukan oleh Allah melalui environment, diet, kesihatan, intervention (braces, kosmetik surgery) etc. Berapa ramai awek2/model2/artis2 yang cun2, tapi mak bapak muka macam jamban pecah. Or vice-versa, mak pak artis, tapi anak macam rupa cam hepatitis.

7. Aku ni pon macam ngkorang je. Bagi aku, anak2 akulah paling cun dalam dunia. Walaupun aku tau anak2 aku memang hitam, rongak dan comot. Takpe Muhammad dan Husna. Besar2 nanti Muhammad akan ada 6 peks dan Husna akan ada gigi. InsyaAllah Baru diaorang jeles hokay. Yeaaaa!!



8. So, why actually kita rasa anak kitalah paling cun dalam dunia? Sebenarnya subconsciosly, kita semua merasakan kitalah manusia paling "bagus" di dalam dunia ini. Its our ego/self-esteem. So tak kiralah kau muka cam kangaroo pon, tapi bagi engkau, kau lah manusia paling perfect dalam dunia.

9. Oleh itu bila kau tgk physical atrributes engkau pada orang lain, kau akan rasa stret away yang org tu adalah attractive gila bagi ngkau. Contohnya bila aku tgk ada org lain yang ada tahi lalat esp kat bawah dagu cam aku, aku akan otomatik rasa attracted giler!! Eg: Latifah Omar.



......latifah omar pakai kemban, pehhhh...cair...caierrrr..

10. I guess, ini adalah penyakit minda kita sebab kita tengok muka kita hari2 kat cermin kot. So lama2 kita cuba "menipu diri sendiri" dengan membajet cun everytime kau dok sikat rambut, betul2 tudung, try baju baru etc. Ini namanya self-brainwashed. This explain naper ramai sangat camwhore dalam fesbuk tu.

11. So of kors apabila kau ada anak, anak kau akan rupa macam engkau. Therefore secara automatik kau akan rasa anak kau tu cute giler babi, sebagaimana kau juga ... adalah supposedly "cun giler babi". I guess, this is Allah's method untk menimbulkan rasa kasih sayang kita terhadap anak2 kita. Subhanallah.

12. This bias towards our own attributes extend to our partner's selection process as well. Studies upon studies have shown that similarity attracts. It could be physical attributes or behavioral attributes. So balak2 yang kurus akan pilih awek yang kurus. Yang gemuk dgn yg gemuk. Yang perangai gila2 akan cari yg gila2 juga. Yang senyap dgn yang senyap. Yang kaki gaduh dgn yang kaki baran. Yang romantik dgn yg romantik.

13. So kalau kau jumpa couple yg macam miss-matched tu, kau tahulah that its either diaorang ni telah tersilap pilih, di arranged marriage or kau tunggulah. Eventually they will be matched. They will try to copy each other because of empathy. So if sorang is kurus dan sorang gemuk, the kurus one will be gemuk or the gemuk one will be kurus. If sorang cun dan sorang huduh, eventually dua2 akan jadi huduh. Tapi special case if sorang bising dan sorang senyap. Eventually they will either be bising, senyap or one bising one senyap to compensate the noise level in the house.

14. But sometimes people project their apsiration to others as well. Eg: Lelaki boroi nak jadi kurus, so dia pilih awek yg kurus kering. Yang hitam legam pulak akan pilih awek yang putih melepak-lepak. So tak lojik la utk jadi matched physically la kan. Takkan kulit tetiba jadi putih kan? But I am sure there are similarities between them kalau kau korek2.

15. Over the years, these things will be intensified. To some extend, ada scientist buat hypothesis yang people that grow old together will develop similiar faces. Sebabnya bila lama2 masing2 copy each other's cara gelak, smile, sedih etc, eventually "pattern kedut " di muka mereka akan jadi sama giler.


...errrr...yang bawah tu, "kau tunggulah!"

16. Maka, sebab itu lah aku suka berkawan dengan orang2 muda so that muka aku dan badan aku akan sentiasa nampak muda dan taff macam sekarang. Dan sebab itu jugalah aku suka mengadis dgn awek2 yang cun sahaja, so that aku akan sub-consciously mengcopy ke-cun-nan wajah mereka lantas menyebabkan aku boleh menten cun seperti sekarang forever and everrrrrr.........

Sekian,mekaseh, wassalam.

References
1. Wiki.
Interpersonal Attraction
2. PsyBlog. Facial similarity between couples increased over time.

Wednesday, June 29, 2011

Salahkan Kalau Aku Layan Lagu Jiwang?


Salam,

1. Fakta: Aku memang benar2 macho dan taff seperti yang selalu di perkatakan rakyat jelata. Baru dua hari lepas Lisa Surihani cakap kat fesbuk, dan aku copy paste directly di sini "Abang Mangkuk mmg nampak macho. ...". Fulamek!! Terbang sebentar!

2. Jadi aku tahu apabila awek2 usha aku, mereka akan membayangkan aku ini ganas dalam kesemua perkara.
Cakap pantang nak menengking, pandang org slack, bantai kaki orang masa main bola, pantang jumpa awek semua nak di tapau, makan dengan kaki, basuh berak dengan berus jamban, kentut bunyi bom dan mengoyakan selapu2t dara setiap kali terbersin.

3. Jadi apabila mereka dengar playlist yang aku pasang kat kedai, semua balak2, awek2 dan lelaki yg macam awek, jadi pelik!! Ni silap stesen radio ke nih? Diaorang dok bajet Sepultura, Megadeath, Iron Maiden dan Langsuyr. Sekali keluar Exist, Ukays, Spring dan Aris Ariwatan. Whatdeheck!

4. Pastu bising2 tak puas hati. "Knape layan lagu ni?", "Apsal jiwang sangat ni?" , "Kau downlod semua soundtrack Nora Elena ke?" dan lain2 ayat2 yang saje nak mintak kene sepuk!

5. Kamon la people! Exist kot! Sape yang tak layan. At least aku tak layan Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Jay Jay ataupun Francesca Peters!
___________________________
Kenapa Aku Suka Lagu Jiwang.

1 . Teori aku simple je. Kita akan suka genre sesuatu lagu tu sebab kita layan lagu tu masa mula2 kita "appreciate music". Most likely time tu ialah masa kita tengah nak baligh. Kerana di ketika itulah hormon bergelora dan kita mula mengenal apakah itu cinta, tetek dan pubic hair.

2. So ketika kita bercelaru itu, manusia always revert kepada lagu untuk menenangkan perasaan or melayan perasaan. Kembali ke "default setting" or "Reset to zero" or "Go to happy zone". So apabila mereka dah besar, mereka akan forever associate lagu itu kepada perasaan tersebut.

3. Jadi, sekiranya masa kau teenagers tu, lagu yang kau layan sewaktu jiwa kacau itu adalh Francesca Peters, Ramlah Ram dan Hail Amir, kau akan jadi seperti Mohd Fitri Zuberi. Kalau kau layan Search, Wings, May, Bon Jovi dan KRU, kau jadi macam aku. Dan kalau kau layan Cromok, Iron Maiden, Kreator dan band patah tengkuk yg lain, kau jadi macam Dr Ben dan Muhammad Lutfie.

4. Samalah juga untuk orang2 yang kecik2 layan Hindustan macam bapak aku, or orang2 Kelantan yang layan lagu2 dikir barat. They will for the rest of their life finds comfort bila dengar lagu2 hindustan or dikir barat.
_________________
Hakikatnya

1. Jadi, janganlah risau wahai aweks2 sekelian. Aku masih tetap macho dan taff walaupun aku jiwangs.

2. Akan tetapi ingatlah!!! Yang terbaik ialah remaja2 yang layan Al-Quran time tu. So apabila mereka bercelaru hidupnya di the future, the first thing yg dia akan capai untuk menenangkan perasaannya adalah Al-Quran

3. Ya, aku macho, taff, lucah dan Islamic. Patut aweks-aweks tak menahan ..... maafkan daku!

Sekian, mekasey, wassalam.

Monday, June 27, 2011

Propaganda Halus Yang Di Sampaikan Di Dalam Drama Nora Elena

Salam,

1. Hokay...Hokay! Aku tau la drama Nora Elena dah tamat. Aku pon tau ramai org yg tak layan ataupun buat2 tak layan Nora Eelena sebab tak macho la kan tengok cerita cintan. Lagipon drama Melayu ape kelas.

2. Tapi walau sekayu macam mana pon drama Nora Elena ni, kau tak boleh nafikan dia popular. Paling bahaya, Nora Elena ni popular di kalangan sub-group populasi Malaysia that matter bagi kita. Iaitu sub-group "Aweks-Aweks".

3. Jadi apabila aku mendapati drama Nora Elena ini mempunyai propaganda yang kesat, maka aku tak boleh tahan lagi. Aku kene emo. Aku kene sound semua orang supaya semua aweks-aweks sedar dan kembali ke pangkal jalan. Kerana kalau tidak, punahlah harapan kami untuk menekel mereka2 kesemuanya serentak.

4. Propaganda yang aku maksudkan di sini ialah.
"Lelaki bukan-Melayu adalh lebih romantik berbanding dengan lelaki Melayu".

5. Korang nampak tak? Ke kau dah buta dan rabun warna bila nampak Aaron Aziz pakai polo shirt pada setiap episode sampai kau tak sedar yg drama ni tengah mind-fuck engkau.

6. Untuk yg jahil pasal drama Nora Elena, hero citer ini ialah Seth Tan iaitu Cina muallaf yang di gambarkan sebagai sungguh "shhweet" dalam mengayat bini dia, iaitu Nora Elena. Nora elena pula "terpaksa" kawin ngan Seth kerana ex dia, Eid, jeng...jeng...jeng...iaitu Melayu (surprise...suprizee!), telah putuskan pertunangan mereka lagi 2 minggu nak kawin, kerana dia jeles dan marah2 bila tengok Seth cuba nak rembat tunang dia.

7. See..... Cina = romantik, baik, sweet. vs Melayu = emo, kuat jeles, possessive, controlling

8. Okay. Untuk org yg cuba memandai kata kat aku "Ehh, Eid dlm citer tu Pan-Asian lah". Whatdefak! Eid dalm novel itu adalh melayu. Lagipon definasi melayu adalh tiga je, iaitu Islam, cakap Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. So Pan-Asian macam Eid dan juga aku, adalah Melayu hokayy!. Dan, jangan lupa! Siti Saleha/Nora Elena tu pon Pan-Asian hokay! Tengok kabushh dia la hokay. Terlalu cemerlang sebagai gadis melayu tu..

9. So adakah benar Non-Malays are more romantic compare to Malays? Entah. Ada proper academic study ke that proves this correlation? But, I don't give a fuck!

10. Aku dah tulis dlm blog ni before kan? Aku dah cakap, adalah lebih baik awek2 pilih lelaki yang tidak romantik kerana lelaki romantik ni dalh mat romeo yang akan romantik dengan semua wanita2 lain gak.

11. Kalaulah Non-Malays tu romantik dan respek wanita sangat, sapekah yang own rumah2 urut kat Malaysia tu? Sape plak pelanggan2 pelacur2 dan pondan2 yang bersepah tu? Pengunjung tiger show? Pengedar dvd lucah? Of course Melayu pon layan sekali, but overwhelmingly represented percentage wise compare to general population racial percentage adalah kaum Non-Malays.

12. Mari bukak minda sikit dan keluar dari kepompong Malaysia. Tengok Jepun. Bapak porno seantaro dunia. Segala macam fetish dari romen budak ke makan taik dan kencing awek pon ada. Katun pon ada sex! Tengok mat salleh dengan strip clubnya, legalize prostitution, sex-film industries, majalah2 bogelnya dan lain2. Tengok Siam dan Filipina di mana pelacuran berleluasa, pelanggan diaorang adalh rata2 mat2 salleh yang sanggup terbang beribu2 kilometer ke situ semata2 untuk pergi layan pelacur murah dan muda (awek2 bawah umur!) di situ untuk beberapa minggu. So, romantik sangat ke kaum mereka macam tu?

13. Kalau kau kata hanya small percentage je dari kaum mereka yg layan bende2 cenggitu, so please jgn generalised. So kenapa kau galak sangat nak generalised yg semua lelaki melayu adalh tidak romantik sedangkan banyak je lelaki2 melayu romantik yg aku kenal?

14. What is romantik? The art untuk mengayat awek untuk beromen.

15. Kerana let's faced it, bila engkorang awek2 di layan romantik gila ape yang korang rasa? Bila korang dapat bunga? Bila dapat cincin/necklace? Bila di belanja holiday? Bila makan di kedai high-class? Bila dapat ifon-4 yang gempak cam aku? Kau rasa seronok dan suka sangat2 sampai nak terkam balak tu dan peluk2 dia kan? Then, you are one step closer sebelum di kendurikan...

16. So everybody, tolonglah jangan termakan sangat dengan propaganda sesat NoraElena itu. Takde bezanya antara lelaki Melayu or Non-Malays dari segi romantiknya. Akan tetapi adalh lebih baik memilih lelaki yg tidak romantik langsung, kerana dia pastinya tidak akan berjaya memikat awek2 lain selain drpd anda. Oleh itu pilih lah aku.

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Putus Cintan

Salam,
Asalnya aku nak citer panjang pasal ni. Tapi di sebabkan tidak bersesuaian dgn kehadiran hari raya, maka aku post pjg ni cukup. Nanti lepas raya baru aku ulas sampai hangit!

CEASEFIRE.....


1. Drp CNN, Reuters dan BBC, aku mendapat berita bahawa pihak Palestin dan Israel telah akhirnya bersetuju untuk melakukan gencatan senjata beberapa hari yg lalu.

2. Melihat kpd sejarah silam hubungan Palestin-Israel, aku yakin dan percaya, perdamaian di antara pihak2 yg berseteru ini akan berkekalan. Di harapkan, usaha murni pihak Palestin dan Israel ini akan membawa kpd kestabilan politik di Timur Tengah dan seterusnya mengundang kembali "pelabur2 asing" ke kawasan tersebut.

3. Aku pon sudah sekian lama dok tertunggu2 kehadiran "pelabur-pelabur-pelabur asing" ke kawasan aku. Akan tetapi visa2 mereka telah di sekat oleh Kementerian Dalam Negeri dan Seluar Dalam. Damn politician!

4. Walaupun berita ini mengembirakan kesemua pihak, malangnya sebaliknya buat aku. Aku terpaksa mengaku, jauh di sudut sanubariku ada perasaan frust. Frust sebab diorg berdamai sebelum aku post this entry. Kalau dak, aku dah boleh claim penulisan blog aku inilah tyg telah mencetuskan keharmonian sejagat.

5. Dam U!!

6. Untuk yg masih blur, ini bukannya citer pasal KENTUT mahupun Kurap
.
Wassalam.

Sunday, February 14, 2010

Valentine Kurapsi

Salam,
...ni adalah sebahagian drpd siri "My Valentine suck ass", 1-intro, 2-balak

layan lirik lagu ni di bahagian "more info" utiub tuh. Mmg ngam ngan citer aku. Kalau kau bukan kaki jiwang, try tunggu sampai 1:49........kau akan kata wtf??

1. Tersebutlah satu kisah benar.
Sorang brader telah di dump oleh aweknya dalam tepon. Ketika itu brader itu telah siap2 nak antar mak dia pegi minang dah. Trus, brader tu pegi rumah awek dia utk face-to-face. Tapi di bolayan slama sejam. SMS/fon tak di jawap.
Maka barder tu balik rumah dgn hati yg hancur. Tengah meratap nasib malangnya di dalam biliknya, tetiba brader tu nampak ubat kurap di depan matanya.
Maka, dengan hati yg nekad, brader tu minum ubat kurap tu. Mungkin maut lagi indah dari hidup agaknya.
No surprise, beberapa minit lepas tuh, dia tergolek-dog pengsan dan di bawa ke hospital oleh familinya.

2. Aku tak tau....................
Aku tak tau.... samada brader tu hidup atau mati.
Aku tak tau ......apakah reaksi dari ex dia.
Aku tak tau ......nak kata, ex dia tuh kejam ataupun tidak. Mungkin brader tu je yg perasan lebih2.


3. Tapi aku tau
Tapi aku tau......., ini perbuatan haram. Kalau mampus, masuk neraka forever n ever. No vagina is worth the tiket to hell. Kamon la!
Tapi aku tau......., bodoh sungguh mamat ni. Memang patut kena dump.
Tapi aku tau......., cinta mamat ni sungguh mendalam. Ni level, "lautan api lagi kan ku renangi". Jadi setakat minum sebotol ubat kurap tak de hal lah.
Tapi aku tau......., sudah tiada harapan lagi utk dia dpt balik ex dia. Bongok la ex dia kalau amik balik mamat ni.

4. Tapi aku nak tau,
Tapi aku nak tau......., kenape ada botol ubat kurap dalam bilik dia?
Tapi aku nak tau......., adakah dia pengedar tunggal ubat kurap di kawasan Lembah Klang?
Tapi aku nak tau......., adakah selepas ini akan berlaku kekurangan stock ubat kurap di pasaran kerana pengedarnya berada di sepital/mati kot?
Tapi aku nak tau......., adakah awek nya dump dia kerana tidak tahan dgn tohmahan dan stigma org terhadap penjual ubat2 kurap ini.
Tapi aku nak tau......., adakah dia sendiri berkurap?
Tapi aku nak tau......., mungkinkah awek dia tinggalkan dia kerana kurapnya?

5. Jadi sekarang aku tahu,
Jadi sekarang aku tahu......... ,kalau minum ubat kurap, kesannya agak sadis.
Jadi sekarang aku tahu........., kalau minum ubat kurap, kau takkan jadi spiderman, batman, superman ataupun Azman kerana ubat kurap tidak ber-radioaktif.
Jadi sekarang aku tahu........., kalau aku minum ubat kurap, aku boleh masuk Metro.
Jadi sekarang aku tahu........., mulut mamat tu gerenti takkan tumbuh kurap forever n ever.

6. Jadi sekarang aku harap korang tahu,
Jadi sekarang aku harap korang tahu......love is profound
Jadi sekarang aku harap korang tahu...... love is gonna hurt......a lot......and a lot of times.
Jadi sekarang aku harap korang tahu......, suicide or self harm, will only gonna make everything worse.

Seperti Romeo yg minum racun kerana dia ingatkan Juliet dah mati. Dan apabila Juliet bangun dari tidurnya, dia plak yg bunuh diri selepas mendapati Romeo sudah tiada. (utube)

"For never was a story of more woe, than this of Juliet and her Romeo"

Cuma dalam kes brader kurap ni, ex dia sehat wal afiat. Buduss.

Stay chill. Lots of girls for u out there.

Sekian. Mekasey. Wassalam.

p/s: source aku adalh dari Harian Metro. Brader tu sihat dah. Jom pegi melawat dia beramai2 dan sepak kepala dia.

Sunday, May 31, 2009

part 3: Tika cintaku bersemi ...Membendung cinta di hati.

gamba cilok mane ntah. Ayat bodoh giler. Abis kalau nak terberak, mesti kene let go kan. Buduss
Salam,
part 1
part 2
Pemberitahuan: Post panjang giler ini di tujukan untuk budak laki sahaja dan tidak relevan langsung dgn budak pompuan. Sekiranya ader budak pompuan pengkid atau lesbian yang mengunakan ilmu yg aku turunkan kat sini, ketahuilah, aku tak halalkan ilmu tersebut. Sekian. Harap maklum.(pergh...macam cikgu garang plak rasenyer)

1. Selepas roswita, aku dah jatuh cinta, in chronological order,kat nuraini, juli, wan zaleha radzi, awek melayu lam gambar bapak aku kat UK, rosnah, azimah, zurin, secratary badan perwakilan pelajar(BWP) mrsm aku, awek junior luper namer, awek sabah jeans koyak, pamela anderson, cikgu jawa, shafnie zainuddin, nurul izzah, normala shamsudin, rozita chek wan...

2. Ehh..macam ader patern plak kan. Daripada budak2 sekolah, kepada orang-orang tua...apekah maksudnyer? (kau dah tua bangka la...) dan daripada manusia di alam realiti, kepada manusia di alam fantasi....apakah sebabnyer? (aku dah giler dan nyanyuk). Aku sedar, biler one day aku dah start jatuh cinta kat datin sri jeane abdullah atau datin seri rosmah mansur, itu maksudnyer, aku dah "tak lame dah tuh".....

3. Tapi, walaupun aku jatuh cinta kat dieorang, sekor pon aku tak pernah bagitau. Aku usha2 dan jiwang sorang2 jer. Mereka hanyalah menjadi kekasih gelap jauh di sudut sanubariku. Aku tak ler jadi stalker plak taim tuh.
Jadi, kenape aku tak bagitau awek2 tuh?


i. aku penakut. Takut di reject

ii. aku tak reti nak ayat..Aku maner kenal org pompuan masa tuh. Kan adik bradik aku laki dan kawan2 aku pon laki gak. Jadi aku cakap ngan org pompuan cam aku cakap ngan org laki. Nak ngorat bapuk aku tau la...Bila ngorat awek cun, ayat aku rase mcam banyak kesilapan tajwid jer biler bertutur.

iii. aku belum "perasan' yg aku ni ensem dan macho lagik. Bodi aku kecik jer maser taim sekolah, jadi tak gagah perkasa lah. Tapi lepas form 5 , bila aku akil baligh...muahhahah cam sial . Bukanlah...Aku baligh awal lagi, tapi growth sprur delayed skit. Peak lambat, tu yg walaupun aku sudah tua tapi masih perkasa main bola...muahahha poyo.

iv. aku seorang yg pandai. Org pandai tak terjerumus di dalm aktiviti2 yg mengsia-siakan masa dan effort macam bercintan contohnya....muahahhahahha. Terime lah kenyataannya korang....

4. Ginilah senang citer, aku biler bab awek ni aku selalu pikir pakai logik. Aku pakai otak bukan hati. Kalau ikut hati, aku dah kawin ngan pamela anderson dan dok di malibu sekarang dan tidur tak pakai bantal biase dah sebab dah ader bantal "natural". Pada hati ader nafsu dan nafsu boleh membutakan kita (giler jiwang ayat! Phewittt!). Kita tak nampak maner salah silap kita. Kita ikut syok kemaruk bercinta jer. So dari situlah boleh timbul masalah suatu hari nanti. Oleh itu gunakanlah akal kalau kau nak bercinta sanggat.

So, aku tak berawek maser muda2 sebab secara logiknye..


i. ape kejadah yg kau dok tergopoh2 nak berawek tuh? Sebab org lain ader awek? Lepas berkenalan terus berawek. Cinta monyet org kater. Ginilah. Macam kau memasak la. Kalau api besar, cepat lah hangitnyer. Gitulah cinta kot. Ramai kawan2 aku bercintan bagai nak rak di sekolah menengah, matriks dan di ozzy ni.. Sampai dah tau brape aribulan nak kawin, baju kaler aper nak pakai maser bersandingan, nama anak2 sampai anak ke 10 org dah siap, etc. Last2 awek dier kawin ngan ntah maner2 badak sumbu bermisai tebal umur 35 tahun. Ape kes. Ehh..35 muda lagi. Tukar ke 47 tahun la. Ape kes (ulang tayang)

ii. ader org kater, "She is the one. Kalau aku telepas, merana lah aku for the rest of my life". Maner kau tau she is the one? Mrs Rights? Impossible!! Especially maser tingkatan. Apekah mathematical probability kalau dari darjah 6 atau sekolah menengah bercintan boleh membawa ke ranjang malam pertama. Belief me, the answer start with number zero...0% kalau dari darjah 6, 0.01% gitu kalau dari sekolah menengah.

Masalah utamanya ialah kau tak tau camner awek tu akan turn out to be, lagi 4-5 tahun lagik, maser kau bajet2 akan kawin nanti. Awek yg badan langsing mcam model maser form 5, mungkin akan membesar bagai johan dan mewakili malaysia dalam sukan sumo hanya 2 tahun lepas SPM. Awek yg jalan gedik, lengangan buntut tonggeknyer menjadi igauan malam mu, mungkin akan eksiden maser matrik dan kene potong kaki takat peha, so jalan pon dah tempang-tempang sebab pakai kaki palsu (giler contoh yg kejam!). Dan yang "paling biase" awek kau yg ayu, lemah lembut biler bertutur, pijak semut dia plak yg pengsan seminggu dan perfectlah senang citer pada arini, mungkin akan menjadi psycho bitch selepas kawin nanti. Perghhh..serammmm.

iii. awek ni bersepah2 ader di malaysia nih. Ketahuilah, budak cun yg kau ader crush maser form 4 tuh, hanya lah seorang drpd berjuta2 awek di malaysia. Kalau kau open to interatial relationship, lagilah berbillion2 possibility is waiting for you. Aku selalu pikir, kalau katakan aku dah start becintan ngan sorang awek nih, camner kalau tetibe aku jumpe awek lain yg lagi perfect? Clash? Pasang dua? Woo...aku bukan jenis camtuh, jenis pasang awek keliling pinggang. Awek hanyalah sorang at a time. Tapi biler berbini, itu different stori lah. Itu kalau 4 in one night pon takkan ader sekelumit sesalan di hatiku.......

iv. Berawek-awek ni, walaupun rase syiokk, tapi sebenarnyer high maintainance. Tak wujud lam dunia nih awek low maintainance senang ceriter. Semuer awek start ngan kategori high maintainance dan kategorinyer meningkat keatas sampai ader yg super duper ultra maintainance. Kenaper aku cakap tak de awek yg cam rumah kos rendah? Sebab "kos" bukanlah duit semata2. Kos itu meliputi,

a)MASA
-yang kita luangkan bersama /dating/ kualiti time,
-masa berjiwang sorang2 lam bilik, atas bas, kat kawasan berpemandangan indah,
-masa melayan lagu jiwang. Lagu itu plak nak kene spend maser download plak dan silap2 kene beli singles lagik, beli mp3player/radio lagi, letrik lagi.
-mase pikir masalah jiwang

b)KESIHATAN
- kepala pening stress bercinta sampai kene beli penadol,
- suara serak sebab cakap lamer sanggat lam phone/skype kene beli strepsil dan simpan stock gula2 hacks banyak2
- jerawat yg nampak maser webcam kenelah di caber pakai makeup,
- mata merah sebab banyak nangis kenalah beli spek mate besar penumbuk takut kantoi org lain tau, tu tak kira kos tisu paper lagi tuh

c)PSYCHOLOGY
- otak sasau sebab giler frust menungging, kenelah jumpe doktor mintak ubat sakit otak.
- otak mereng sebab asyik terbayang muke awek yg tak nak kat kita, kenelah jumpe bomoh mintak ubat pengasih/senyonyong/minyak dagu , kenalah bawak penggerasnya yg ntah hape-hape
- hati berkecai sebab jeles gile tahap gaban kat awek sampai tak percaya langsung kat dia, suruh pakai purdah, mintak phone bill dia sejak dari tadika sebab nak scan balak maner yg dier dok gayut dan kalau dier tegur budak laki lembut pon kau dah melenting ajak betumbuk. Kalau dah level ni, tak lamer lagi akan jadi stalker sepenuh maser lah plak. Tu dah buang maser nak kene gi stalking, gi google dan buang duit nak kene beli telescope besar dan peralatan nyamar. Silap2 nak kene upah org siam tolong "ajar" sikit balak yg kaco awek kau. Gilo wey...Giler.

Ginilah senang cerite. Kalaulah kau rase aku SALAH, kau rase awek kau tu memang low maintainance, itu maksudnya hanya boleh jatuh kepada 2 kategori sahaja,
1. awek kau dok pasang sorang lagi. Tu maksudnyer dier dok chat/sms/gayut/dating/etc ngan org lain la. So org lain dok tabur duit untuk dier, bukan kau la. Uwaaaaaaaaaa.....
2. awek kau tuh huduh macam jamban pecah. Orang lain tak berselera nak kacau. Kau sorang jer yg nak. Kuah kuah kuah kuah...karii.

5. So soalan cepumas nyer sekarang adalah, "Jadi, camner kami nak tau biler masernyer yg sesuai untuk berawek bang mangkuk hayun?". Soalan ini mudah jer. Hakikatnya, tak de sorang pon yg tau melainkan Allah. Kau hanya boleh berusaha dengan mengunakan kepala hotak hengkau untuk pikir kebaikan dan keburukan bercintan pada situasi korang sekarang ni.

Ingat!! Prioriti utama korang adalah stadi, dan yg lain2 tuh hanyalah secondary.
Ingat!! Aku ada di sini dan sedia membantu engkorang anytime. Sekiranya korang masih ragu2 untuk berawek atau tidak, aku sudi untuk menjadi bahan eksperimen untuk mengtest-drive kan awek tersebut dan menganugerahkan ISO9000 kepada calon2 awek yg berkelayakan.
Lihatlah betapa baiknya hati ku. Alhamdullilah!

Sekian, timokacih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails