Saturday, March 10, 2012

Kenapa Semua Orang Bajet Anak Dialah Paling Cun Dalam Dunia.

Salam,

1. Semua orang yang dah ada anak, termasuklah aku, telah membuat the same mistake. Post gambar anak dalam fesbuk pastu harap2 or "demand" ramai orang like. Pastu sengeh sorang2 perasan anak dia lah paling comel dalam dunia.

2. Lagi kronik adalah mak bapak yang apabila muka sendiri telah pecah disebabkan kegemukan or usia, tetiba letak gambar anak2 sebagai profile pic. Errr....contohnya profile pic aku kat tweeter. Haha. Walaupun muka aku tak pecah. Tapi aku saje je. Bajet konon2 muka pecah, so awex tak tekel aku. Back-off girls...Back-offf!!!

3. Tapi memang gambar budak2 akan automatik attract banyak giler like di fesbuk. Like ni datangnya dari dua punca.
a) Anak2 dara dan teruna yang belum mendapat anak yang like pic budak2 disebabkan naluri keibuan/bapa mereka tersentuh. Diorang pon dah teringin nak dapat anak letew. Its a natural process. So bagi diaorang ni SEMUA budak2 is chomel. Tak kira muka budak tu senget camner pon.
b) Ibu2 yang like pic anak org dengan tidak ikhlas. Mereka like pic anak orang tu supaya bila diaorang pulak upload pic kat fesbuk, mak budak tu pulak like their children's pic.

4. So kalau korang tanak nangis, tolonglah jangan tanya aku samada anak kau cun or tidak. Sebab secara ikhlas aku nak bagitau ngkorang di sini, generally, bagi aku, hampir KESEMUA anak2 engkorang adalah huduh giler. Of kors la ada budak2 yang cute bagi aku, tapi amatlah jarang2 aku jumpa.

5. Aku ni bila aku tengok anak2 org, aku akan trus tgk mak bapak diaorang dan buat projection, camner rupa budak ni bila dia besar nanti. Contohnya, budak ni konfem hitam, gigi senget, pendek, mata rabun, kene asthma, boroi, botak, etc macam mak pak diaorang skang ni.

6. Tapi of kors, ini sebenarnya adalh kurang tepat. Genetik hanyalah provide the template, tetapi the final outcome of your kids di tentukan oleh Allah melalui environment, diet, kesihatan, intervention (braces, kosmetik surgery) etc. Berapa ramai awek2/model2/artis2 yang cun2, tapi mak bapak muka macam jamban pecah. Or vice-versa, mak pak artis, tapi anak macam rupa cam hepatitis.

7. Aku ni pon macam ngkorang je. Bagi aku, anak2 akulah paling cun dalam dunia. Walaupun aku tau anak2 aku memang hitam, rongak dan comot. Takpe Muhammad dan Husna. Besar2 nanti Muhammad akan ada 6 peks dan Husna akan ada gigi. InsyaAllah Baru diaorang jeles hokay. Yeaaaa!!



8. So, why actually kita rasa anak kitalah paling cun dalam dunia? Sebenarnya subconsciosly, kita semua merasakan kitalah manusia paling "bagus" di dalam dunia ini. Its our ego/self-esteem. So tak kiralah kau muka cam kangaroo pon, tapi bagi engkau, kau lah manusia paling perfect dalam dunia.

9. Oleh itu bila kau tgk physical atrributes engkau pada orang lain, kau akan rasa stret away yang org tu adalah attractive gila bagi ngkau. Contohnya bila aku tgk ada org lain yang ada tahi lalat esp kat bawah dagu cam aku, aku akan otomatik rasa attracted giler!! Eg: Latifah Omar.



......latifah omar pakai kemban, pehhhh...cair...caierrrr..

10. I guess, ini adalah penyakit minda kita sebab kita tengok muka kita hari2 kat cermin kot. So lama2 kita cuba "menipu diri sendiri" dengan membajet cun everytime kau dok sikat rambut, betul2 tudung, try baju baru etc. Ini namanya self-brainwashed. This explain naper ramai sangat camwhore dalam fesbuk tu.

11. So of kors apabila kau ada anak, anak kau akan rupa macam engkau. Therefore secara automatik kau akan rasa anak kau tu cute giler babi, sebagaimana kau juga ... adalah supposedly "cun giler babi". I guess, this is Allah's method untk menimbulkan rasa kasih sayang kita terhadap anak2 kita. Subhanallah.

12. This bias towards our own attributes extend to our partner's selection process as well. Studies upon studies have shown that similarity attracts. It could be physical attributes or behavioral attributes. So balak2 yang kurus akan pilih awek yang kurus. Yang gemuk dgn yg gemuk. Yang perangai gila2 akan cari yg gila2 juga. Yang senyap dgn yang senyap. Yang kaki gaduh dgn yang kaki baran. Yang romantik dgn yg romantik.

13. So kalau kau jumpa couple yg macam miss-matched tu, kau tahulah that its either diaorang ni telah tersilap pilih, di arranged marriage or kau tunggulah. Eventually they will be matched. They will try to copy each other because of empathy. So if sorang is kurus dan sorang gemuk, the kurus one will be gemuk or the gemuk one will be kurus. If sorang cun dan sorang huduh, eventually dua2 akan jadi huduh. Tapi special case if sorang bising dan sorang senyap. Eventually they will either be bising, senyap or one bising one senyap to compensate the noise level in the house.

14. But sometimes people project their apsiration to others as well. Eg: Lelaki boroi nak jadi kurus, so dia pilih awek yg kurus kering. Yang hitam legam pulak akan pilih awek yang putih melepak-lepak. So tak lojik la utk jadi matched physically la kan. Takkan kulit tetiba jadi putih kan? But I am sure there are similarities between them kalau kau korek2.

15. Over the years, these things will be intensified. To some extend, ada scientist buat hypothesis yang people that grow old together will develop similiar faces. Sebabnya bila lama2 masing2 copy each other's cara gelak, smile, sedih etc, eventually "pattern kedut " di muka mereka akan jadi sama giler.


...errrr...yang bawah tu, "kau tunggulah!"

16. Maka, sebab itu lah aku suka berkawan dengan orang2 muda so that muka aku dan badan aku akan sentiasa nampak muda dan taff macam sekarang. Dan sebab itu jugalah aku suka mengadis dgn awek2 yang cun sahaja, so that aku akan sub-consciously mengcopy ke-cun-nan wajah mereka lantas menyebabkan aku boleh menten cun seperti sekarang forever and everrrrrr.........

Sekian,mekaseh, wassalam.

References
1. Wiki.
Interpersonal Attraction
2. PsyBlog. Facial similarity between couples increased over time.

8 comments:

M said...

Budak2 sumer ada cuteness..sort of their defense system la..no 16 tu its all abt perception..being wt young ppl create tht perception to others and to urself too..and with my kinda work..im surrounded wt many of them..so wa sentiasa muda beb..teori tawas u tu salah..i dpt petua tu dr my late grandma..n im much younger than 38 bro ;) btw muhammad do looks like he's gonna hv 6 packs n nice hairstyle n husna wt sweet smile

JAIRO said...

betul bro... aku pun upload gambar anak aku utk halang ciki dari kacau aku sepertimana yang ngko bentangkan di point number dua....

Jemz said...

gua abis baca point #1 je gua rasa terus nk komen.

gua x rasa anak gua paling comel, pasal kalo tgk gamba gua time baby..lagik comel!..tapi, gua sayang anak gua lebih dr anak2 comel lain didonia ini.

mangkuk statik said...

Marissa: Tq for the kind words regarding my kids. I also hope that your kids gonna have healthy sexual apetite as yours.

Jairo: Itu yang pakai ski mask tu anak kau ker? Ape kerek sangat dia. Tolong lempang dia dua tiga belas das utk aku.

Jemz: Benar. Semua mak bapak rasa gitu. Aku pon kalau kapal nak tenggelam, aku save anak aku dulu. Anak org2 lain sekend round.

Dr. Bentara said...

apa ada pada rupa bro kalau perangai macam setan.

JAIRO said...

aku pakai ski mask pasal tak nak mempamerkan kekacakkanku... nanti terRIAK la plak... apa2 pun SAYANGILAH ANAK ANDA!!!

Anonymous said...

aiii...gambar senget mcm perli aku plak....apapun biasalah mestilah rasa bangga ngan ank kita..sapa lagi nak proud..hehe...bini blik msia x jumpa pun

Anonymous said...

apapun anak2 tanggungjawab kita untuk mencoraknya.... yg penting kat dalam kubur doa dorang insyaalah sampai kat kita.... tak kira lah cun dan senget camnapun....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails