Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Aku Dah Letih Mempoyo.....

Salam,

1. Minggu ni rekod! Selama Empat hari berturut2, empat org yg berlainan, yang tak pernah baca blog aku, kata aku ni nampak masih muda, masih steady, nampak cam sebaya je ngan budak2 dlam gambar team bola yg tergantung kat dinding kedai tu. Ari jumaat aritu jer, aku maleh nak cukur janggut, baru takde org kata aku muda. Uwaaaa..!!

2. Mula2 tu, aku gelak jer. Poyo seharian. Tapi bila dah masuk ari ke tiga tu, ia dah jadi agak disturbing. Pergh! Bahaya nih. Boleh menimbulkan perassan riak dan ujub di hatiku.

3. Hensem ataupun muda, yg aku selalu dok bising2 kat blog ni, adalah anugerah Allah yg aku amat syukuri. Tapi anugerah ini, bukan ibarat anugerah Mr Universe ataupun Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera/Vigor 2010 (usha1, usha2), yg kalau sekali dapat, title tu lekat selama2nya.


4. Sebaliknya, kehenseman, kekacakan, ke-taff-fan dan kemudaan pada diri aku ini.....opss..lupa plak satu lagi, kemachoan....,ini semua adalah ibarat anugerah Datuk ataupun Tan Sri. Bila2 masa je boleh kene tarik balik by Allah. Anytime je kuah kari boleh tumpah atas muka hensem aku ni, baju terbakar masa masak abis melecur muka aku jadi senget, kurap tumbuh atas batang idung ke, panau kat pipi ke, etc. Anytime je juga, aku boleh kene penyakit kronik macam kanser ke gitu dan terus accelerate my aging proces.

5. Jadi aku selaku seorang insan yg merendah diri, ingin keluar dari lembah kepoyoaanku.

6. Aku sedar kehenseman dan kemudaan aku ni merupakan satu "amanah". Ia di anugerahkan kepada aku untuk aku gunakan sebaiknya dan dlm masa yg sama tidak harus di persalahgunakan. Allah mengamanahkan aku untuk menjadi salah satu bukti kebesaran penciptaanNya yg indah. Jadi jangan la plak aku gunakan anugerah ini untuk simpan berlonggok2 awek-awek yg "indah-indah" plak. Aduss....terasa aku!

7. Allah juga barangkali mengamanahkan kemudaan kepada aku, supaya aku terus kuat bertenaga menunaikan fardhu kifayahnya di bumi Adeled ni, iaitu bukak kedai makan halal. Manyak sakit woo!! Tapi jangan la plak aku salah gunakan kemudaan aku ini dengan memperisterikan salah satu drpd berpuluh2 awek yg minat kat aku disini kerana diaorang ingat aku ni masih muda. Sepatutnya, selaku penjaga amanah, aku harus memperisterikan salah EMPAT drpd awek2 tersebut! Aminnnn!


8. Kehenseman dan kemudaan ini juga merupakan satu "ujian" bagiku. Bila hensem sepertiku, ramai awek2 yg datang bergolek2 di depan kakiku. Itu merupakan ujian yg berat dan kadang2 tu aku jadi macam ilang akal untuk melawannya. Maklumlah, syahwat ku mega, iman ku micro.

9. Ujian untuk umur yg muda ataupun physical yg bajet muda sepertiku ini pula adalah straight forward.
Sabda Rasullulah (usha sini) diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma
Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin.


Jadi masa yg di pinjamkan Allah kepada aku ini, aku kene mengmanafaatkan sepenuhnya untuk ke syurga. Aku kene cuba berusaha keras ke arahnya. Kaya di dunia, bila mati hampeh. Kaya di akhirat, kekalnya everlasting. Cikaroz di dunia bukannya boleh bawak beromen. Cikaroz di mahligai2 syurga, perghh......satu istana tu beb! Apa stail lu mau? Brapa org skali lu larat layan?

10. Imam Ghazali pernah bernah berteka-teki ngan anak2 murid dia.(usha source)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI
Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini?
MASA YG BERLALU
Apakah yg paling besar di dunia ini?
HAWA NAFSU
Apakah yg paling berat di dunia ini?
MENJAGA AMANAH
Apakah yg paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yg paling tajam di dunia ni?
LIDAH MANUSIA

11. Jadi untuk menjaga amanah kehenseman dan kemudaan ini adalah BERAT kerana nafsu ku adalah BESAR. Apabila manusia2 memuji2 aku, ia makan dalam kerana ia adalah TAJAM. Hinggakan aku lupakan kematian yg semakin DEKAT dan masa terbazir yg telah pergi JAUH.

12. So, udah2 lah kata aku ni muda ataupun hensem. Saja je engkorang nak bagik aku poyo, riak dan ujub. Iblis! Aku sepak kang! Macam la aku tak tau aku ni memang hensem dan nampak muda.
Tapi kalau dah terlampau gatal mulut tu boleh je cakap. Tapi bukan kat aku ler. Cakap ler kat kawan2 engkorang yg muda2, chomey2, gojes2, hawt2 tuh. Aku halalkan engkorang ngumpat aku dalam bab itu.
Takdehal!

Sekian, mekasey, wassalam.

Friday, March 26, 2010

Tiga Gadis, Tapi Aku Masih Belum Puas

Pheeewitt! Hai pekabar? Tumpang tanya skit bley dak? Kalau I isap tetek U, I kena amik wuduk lain ke tidak? Kita kan same jantina?

Salam,

1. Ari Kamis lepas telah di plan utk menjadi hari untuk aku mengadis dikedai dari pagi sampai ke petang.

2. Apakah itu "Hari Mengadis"? Hari dimana only cikaro2 je yg keje arituh. Balakaro hanya aku sowang! Yeaaaaaaa..!!!!!! Boleh lah aku bermaharajalela mengadis tanpa batas!

3. Unfortunately, ketiadaan balakaro bermaksud aku sorang ler yg kene buat kerje2 berat. Nasib baik aku taff. Dont be mistaken. Although I am stunningly sexy, I am also a sexist.
Takkan la aku nak kasi org2 pompuan buat kerje berat, kotor or merbahaya. Kang anak2 dara ni injured kang, tak pepasal aku kene bertanggungjawap dan mengahwini mereka. Susahlah hidup aku nanti kalau dipaksarela beristeri 2, 3 atau 4. Bolehkah aku hidup bahagia berpoligami? Adakah aku akan happy? Adakah aku akan lena tidur malam? ........ ... ........... ?

4. So aku biasanya akan siap2 the day before/Rabu potong2 ayam, kupas2 bawang etc. So besok pagi kejap je siap aku masak. So aku ade xtra taim for the xtra jobs and xtra taim to mengadis.

5. Tapi alih-alih, ari Rabu tu tenaga batinku lemah. Aku mati pucuk ntah brape jam ntah kat "space tidur" aku katblakang kedai tuh. Sedar2 dah nak malam taim tutup kedai.

6. So aku bajet nak dtg awal pagi besok/Kamis tu. Sekali alih2 pada pagi tu aku buat overtime plak. Overtime tido! Berterabur aku mandi, mekap, semayang, mekap, check fesbuk dan mekap last round di pagi hari bergadis-gadisan tu. Sarap pon tak sempat, kang aku jamak la ngan lunch ke dinner ke.

7. Sesampai je kat kedai, aku still chillex. Sekali bile aku nak start masak jer, tuu dia! Banyak giler barang2 short kat kedai. Kurma, cabbage, togeh, carrot, celery dan capsicum. Terpaksa aku plan camner nak "buat magic" dgn sayur-sayuran arituh. Nak kasi bagik nampak selonggok walaupun sebenarnya ciput je.

8. Tapi capsium is vital so aku trus SMS "gadis bajet ayu" yg akan keje tghari nanti. Mintak tolong belikan. Ayat aku power. Dan aku ensem. Off-kors dia kata okay. Mana ada gadis yg mampu kata tidak padaku.
Settel masalah masak-masak.

9. Seperti biasa, di hari mengadis, aku akan turn aircond power abis tinggi. Bagik beku telur aku. Maklumlah, aku kan "menduda" skang nih. Pantang nampak cikaro jer, trus trasa mcm nak flying tekel jer. Biler sejuk2 ni, harap2 nafsu kebinatangan aku akan berhibernasi.

10. Ayat kursi pon aku baca. Biaselah. Gadis-gadis dan Iblis ni datang satu package! Ermm......bunyi cam evil plak!

11. Pagi tu, macam biasa, aku berkaraoke sambil masak. Sekali tgh syok-syok memekak, ade call. Ader org nak booking tabel for 17 at 1230. Peak hour tu. Dan aku tau group booking ni biasanye banyak songel. So aku pon pikir, can I handle it?

12. Cikaro pertama, "gadis bajet chomel" memangla fulamek cun ...kerjenye, tapi dia kene belah 1245. Cikaro kedua, "gergasi bajet cun" oopps silap .... "gadis bajet cun" rajin giler tapi dia still noobs. Cikaro ketiga plak, "gadis bajet ayu" tadi la. Gadis capsicum. Dia boleh di harap sebab dia otai. Macik tertua......opss lama di SB.

13. So aku ada TIGA GADIS TAPI AKU MASIH BELUM PUAS hati. Worse case scenario, if 17 org tu datang after 1245, takkan la aku nak biarkan gadis "bajet ayu" dan "bajet cun" je yg handle.
I need more manpower. Yes. A man that is power.
Gamba Bukh aku pau dari fesbuk nakib.

14. Maka dengan hati yg gundah gulana, aku terpaksa meng-SMS Bukh untuk bekap aku. Maka ternodalah Hari Mengadis aku dengan kehadiran seorang lagi balakaro di samping aku.

15. Bukh boleh caber banyak kerje aku. Dia cekap dan organize. Seperti Arshad dan Usin, Bukh juga banyak mepermudahkan kerja aku. Adakah Bukh juga berbulu dada macam padang AstroTurf Arshad dan Usin? Aku tak tau, sebab aku belum menelanjangi Bukh lagi.

16. So the game is ON that day. Aku dok harap2, jgnla ramai org dtg seblum 1230 sebab suku dari kedai aku dah aku reserve-kan. Sekali taim ni la tetiba ramai muka2 noobs datang kedai. Aprika la, Mat Salelh la. Sampai tempat reserved aku pon diaorg blasah duduk. Takdehal. Rezeki semuanya tuh.

17. Dlm pkul 1235, the group sampai. Jem kejap kedai aku. Aku tgk "gadis bajet chomel" nye pipi tembam, dah jadi kaler pink nyala2 la plak. Panik kot. "Gadis bajet ayu", aku mmg tau dia selambe-kodok je. "Gadis gergasi bajet cun" plak , aku sure dia tak prasan pon org ramai ke tidak. Lalok!

18. So everything went smoothly. Alhamdullilah. Sayur "magik" aku pon jadik. Ptg tu baru aku sempat makan. Baru prasan dari pagi sampai ptg aritu, aku hanya minum secawan nescafe. Ptg tu jugak baru aku teringat aku trasa nak berak pukul 10 pagi tadi. Tapi terbantut lepas dapat booking call tadik. Taik tu ada lagi, aku pausekan kat rectum aku.

19. So aku qadha makan, minum dan berak aku. Pastu semayang zohor. Pukul 4 ptg, bila last cikaro, "gadis bajet ayu" dah belah, maka berakhirlah Hari Mengadis aku officially. Nazirah (balakaro) takeover sampai tutup. Maka aku pon pegi ke blakang kedai dan terus tergolek-dog sampai pkul 6.

20. So, Pengajaran yg kita boleh amik daripada Hari Mengadis ini ialah.
PERTAMA: Jgn buat jahat! Kan banyak petanda2 warning tu.
KEDUA: Najis boleh dikepam sampai ke petang. Elok je kuar ptg tuh. Tak semelit pon.
KETIGA: Aircond aku tak cukup power. Nafsu kebinatangan aku masih gagal dibendung.
KEEMPAT: Kenapelah aku BODOH! Lain kali bila dapat TIGA GADIS TAPI AKU MASIH BELUM PUAS, buat ape la aku panggil balakaro? Aku tambah je lah lagi satu gadis KAN? Tak puas lagi, tambah lagi 5,6,7,8,9, satu van, satu bas, satu asrama, satu kampung, satu stadium, satu......Ehh!! Udah-udah la tu!

Bile la bini aku nak balik nih?

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Budget Swinging Bowl 2010 Di Dedahkan

Salam,

Inilah bajet-bajet Swinging Bowl 2009. (Gua tunjuk sikit2 sudess)

Bajet KOREA !!!


Bajet muda ...ataupun bajet nak kawin muda?.....atau dua2 skali?

Topek dok bajet agak2 pisau tu cukup power ke nak tembus bulu dada Arshad.


Bajet tepon awek, tapi handphone takde bateri......Nak sepak masuk laut tak sampai hati.

Bajet Playboy, tapi awek habuk tarrak!

Bajet peluk Rozita Chek Wan........Aku rasa kalau Rozita nampak gambar ni, dia pon bajet jadi punching bag tu gak..

Bajet hero tamil sebelah tong sampah sarap kedai aku. Lokasi hancus, tapi posing dan muka tip top mcam biasa.

Bajet ayu.....Woi..tudung mana bro?

Ringgo bajet putih....Aku dah boh "ultra power" setting kat flash, tapi tak nampak2 gak muka dia. Pasrah je lah bro..

Bajet Akhil Hayy......tapi terOver bajet. Lagi hensem la plak dari Ustad Akhil!!

Lari Bajet...!!!!

Terima kasey kpd Ringgo, Topek (bro ni bagik original idea) dan Arshad sebab "takdehal" gambar masuk sini. Spotting abes.

Terima kaseh jugak kpd Abg Hensem Swinging Bowl kerena sudi meminjamkan kehenseman dia barang seketika untuk entry blog kali ni. Biasanya top model macam dia charge maut punya.

Bagaimanapun, ada gak gambar yg tak boleh masuk sini sebab "orangnya" tak bagik permission. Poodaah!!. Jadi untuk gambar Gadis Bajet Hot, aku terpaksa gantikan dgn awek yg betul2 hot!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails