Showing posts with label swine. Show all posts
Showing posts with label swine. Show all posts

Friday, August 14, 2009

Selsema Gila Babi


Salam,

Definasi bodoh aku = org yg tak pandai
Definasi jahil aku = org yg pandai tapi tak cukup ilmu ttg sesuatu perkara.


Siapakah anda?

1. Apa ke jadah yg orang malaysia dok kalut2 sangat pasal selsema babi ni. Aku baru balik dari malaysia last weekend dan aku boleh tenggok manusia2 jahil dok cakap lam TV dan manusia2 jahil dok report dalm paper pasal selsema babi itulah inilah. Kat airport pon bersepah2 manusia2 jakun yg dok pakai face mask kehulu kehilir.


2. Aku tau kat malaysia org panggil H1N1, tapi semua org tau tu hanyalah nama POLITIK sebab menteri kesihatan tu takut kalau pkai istilah "selsema babi" atau "swine flu", org2 melayu pakat2 hunus keris dan pergi serbu tempat ternakan babi untuk mengethnic cleansingkan babi dari bumi malaya. Aku paham. Tapi nama tu tak rock la bro. Dan jgn risau, org melayu sejati takkan brani gi dekat kandang babi la

3. Tapi bila media malaysia guna istilah H1N1, kita pon turut terikut pakai. Dan bila media dok sebok2 cerita pasal sorang-sorang meninggal pasal selama babi ni, maka kita pon turut terpengaruh dan terpedaya denagn dakyah2 palsu ttg selsema babi ini.

4. At the moment of this writing, dah 59 org malaysia yang kene selsema babi telah gol dan org2 yg jahil akan berkata
" eh bang ensem, selsema biasa tak bunuh org pon, tapi selsema ni boleh membunuh. Jadi TAK hensem lah abang ni bila abang tulis dlm blog seolah2 selsema ni tak bahaya"


5. Ketahuilah (check it out here and here), selsema "BIASA" adalah one of the leading cause of death in the world. SETIAP TAHUN 5-15% drpd manusia di atas dunia ni kene selsema biasa dan 3-5 juta drpd mereka akan kene jangkitan yg teruk. Out of that, 250, 000-500, 000 akan kembali ke rahmatullah EVERY YEAR.

6. Sekarang ni (at the moment of writing from Wiki), selsema BABI telah membunuh 2229 org je di seluruh dunia. Jadi rileks la bro. Apa mau kecoh2. Tengok Ostolia dah 109 org gol, takde heboh pon. Infected no is 28 987 org versus Malaysian cinonet 2253 ketul. Lebih dari 10 kali ganda. Ozzy ni ranking no dua, "countries with most confirmed cases per capita in the world". Ada kes face mask naik harga atau habis di kedai kat sini ke? Satu haram tak de.

Balak ni memang la bodoh dan jahil!! Kalaulah aku, aku dah bagi awek tu topeng mulut aku tu. Gentleman la cikit. Pastu aku mintak no phone jadi senang la aku nak call ke SMS ke britau bila stock topeng baru dah sampai. Tapi lagi la sempoi kalau awek tu bagik adress dia dan emak dia , so senang untuk aku deliver anytaim dan sambil2 tu boleh lah kenal jalan ke rumah mak pak dia buatnya kalau aku nak hantar rombongan meminang nanti. Bukan setakat penutup mulut je aku boleh bagi, bantuan pernafasan mulut ke mulut pon aku boleh bagi, sekiranya di perlukan. Maklumlah, ikut semangat 1malaysia dari PM kita yg tercinta no 1224 juta perenggan C, , kita hendaklah prihatin terhadap kesejahteraan hidup sesama warganegara kita. We lap U najip!!

7. Ozzy tak kepoh sebab depa tak jahil. Mat salleh membaca dan berfikir, bukannya mcam kita...eh silap engkorang! Depa tau selsema babi tu macam selsema biasa je. Both can kill but only kalau ada faktor2 merbahaya seperti kanak2, penyakit2 kronik mcam asma, sweet urine and tall blood. Kalau kau sehat wal ketupat liat, korang tak payah lah risau2.

8. Untuk org2 yg lembap, ginilah senang citer. Selsema babi ni ibarat "memandu kereta laju gila babi" la. Adakah ia boleh membunuh kita? TIDAK!! Buktinya tengok Shumacher, Alex Yong dan sapa entah yg bawak keta 120 masa kabus tebal visibility 5 metre di malam hari sewaktu pegi melben cup aritu, tak mati pon. Tapi kalau kau bawak keta laju gila babi DAN cium buntut lori, bantai rusuk kangaroo, sauk tiang lampu, makan jalan sebelah sampai badan terbelah dua, perut bocor terkeluar usus berjela-jela atau kepala terpenggal sebab putus bila kena cermin kereta sewaktu kau tercampak keluar dari kereta sebab tak pakai seat belt......Yes itu baru bole mati.

9. Jadi...ehh apa point aku yer..alamak, baca balik no 7 tu la senang citer. So kene ade faktor lain2 baru boleh mati okay! Jadi kalau kau memang dah tak sihat dan berpenyakit, bawak2 la ngucap dan tobat banyak2 kalau kena selsema babi atau tidak babi. Untuk org yg sihat pon, tak rugi seposen pon untuk betobat dan ngucap banyak2 gak.

10. Jadi korang rakyat malaysia toksah la kalut2 nak tau kat maner hotspot infection la (stupid shit!), suruh kerajaan kontrol harga penutup mulut la, nak tutup sekolah atau uni dan order beribu2 studemt balik hanya di sebabkan dua tiga kerat infected (suruh budak tu la yg balik bahlul!), kansel travel ke obersea untuk interbiu student2 petronas sebab org2 petronas takut kene swine flu kat ostolia dan mati sedangkan di malaysia pon boleh kene swine flu la bro...lu tak baca paper ke...Aku inggatkan org petronas ni pandai2??

11. Apa yg org malaysia sepatutnya concerned ialah 59 org yang akan mati tiap minggu pada bulan depan masa org balik raya nanti. Inilaj masalah kronik negara kita year after year yang sepatutnya diberikan perhatian.

12. Itulah sahaja kemerepakan aku pada kali ini. Tapi satu soaln untuk korang budak bijak pandai pikir sket. Mengapakah ozzy nyer case dekat 10 kali ganda drpd malaysia (check no 9) tapi mortality rate/kadar kematian hanyalah 1 kali ganda malaysia sahaja (59 vs 109......hmm...
Cuak tak..muahhahahhaha.....uhuk uhuk.....

sekian, makasaih, wassalam

p/s: tenkiu Utsman MadMike for ponting to me the "hotspot" on fesbuk....baru gua prasan lekuknya.

Wednesday, August 5, 2009

Balik Kawin!!

Salam,
1. Besok iA aku balik malaysia untuk gi kawin adik aku. Aku tak balik masa abang dan adik aku kawin aritu. Jadi Mak aku telah menghint2kan supaya aku balik, so aku pon selaku anak mak, terpaksa lah balik.

2. Lagipon inilah chan untuk aku jumpa balik sanak saudara aku yg telah lama ku abaikan. Aku rasa dah dekat 10 tahun kot aku tak jumpa nenek aku. Last tepon dia pon mungkin setahun setengah yg lepas, itupon setelah di paksa oleh mak dan bini aku. Gile aku ni cucu yg kejam!!

3. Lagi baeek, ada sepupu2 aku yg aku tak pernah jumpe lebih dari 15 tahun dah. Ntah camne la rupenya diaorng ni. Penting sebenarnya bende ni. Ntah2 silap aribulan, diaorang datang stadi sini dan aku "termengurat" kang, sapa yg susah?

4. Aku tau mesti ada di antara korang budak2 kocik yg baca bende ni dok terpikirr, biar benar dah berbelas-belas taun tak jumpe sedara mara? Berapa sebenarnya umur abang mangkuk ni? Saya tenggok abang mangkuk masih tetap macho, hensem dan bergetah je sekarang ni?

5. Cakap pasal masih bergetah ni, aku balik kali ni solo. Jadi ini sudah chan baik. Line clear.

6. Untuk awek2 yg rindukan aku, jgn khuwatir. Kepulangan ku hanya untuk 2 hari sahaja. Kerana pada ahad ni, aku ada urusan yg lagi penting drpd keluarga. Aku akan mengembeleng tenaga bertornament futsal di Adeled. Yeaaa..

7. Tapi..one thing. Aku sekarang ni tetiba plak sakit tekak! Jadi silap aribulan aku boleh kene kuarantin di sepital melaysia. Alamak. Camne ni.

8. Ahh!! Persetan itu semua. Aku nak balik gak. Kalaulah aku kene kuarantin, aku akan bajet2 dekat ngan taim flight aku balik sini dan aku akan menyelinap keluar dari sepital untuk ke airport dan fly balik sinni. What is the worst thing that can happen? Mesti masuk metro

"Pengusaha restoran swinging bowl dari australia telah meloloskan diri sewaktu di kuarantin di sepital sungai buloh pagi tadi. Usaha mengesan beliau sedang giat di lakukan oleh pihak berkuasa. Pesakit di katakan seorang yang macho, hensem dan bergetah. Sesiapa yang melihat beliau, silalah hubungi saya, Cik Rozita Che Wan di talian bernombor 012345678, kerana saya ingin melutut merayu kpd beliau untuk segera mengperisterikan saya. Sekian, terima kasih dan wassalam"

Saturday, July 11, 2009

Sikit-cikit Swine Flu

Salam,

UPDATE

1. Macamane aku nak hapdate blog? Asyik ade distraktion jer sejak dua menjak ni. Anak la, bini la. Aku ni kalau nak tulis blog proper, kene pikir elok2 dulu, buat research for content and relevant pictures, tulis draft, pastu tulis betul, proof read, post, pastu proof read after post plak, tido, besok pagi proof read lagi sekali plak. Jadi kalau terbantut di mane2 stage, aku rase tak puas hati dan abandon the post.

2. Kenapa aku bengong mengkomplikatedkan proses blogging ni pon aku tak tau. Bukan dapat duit pon. Puas hati sengsorang je la.

3. Tapi kalau tak post lame2 ni, karang org lari la plak kan. So nak tak nak kene lah jugak post something kengkadang tu.

4. So to keep it simple and quick, aper kata aku post bende2 merapu yg kecik2 tapi cikit2 jer.

SWINE FLU

1. By all accounts, it is spreading rapidly. So it will come to no surprise that sooner or later, someone we know will get it, ie: budak malaysia kat sini (dah ada yg kena dah!)

2. Takde masalah kalau sesape kene swine flu pon. Bukannya penyakit tu kesan drpd makan babi atau berkawan dengan babi atau mengawan dengan babi pon. Ia adalah macam penyakit flu/selsema biase, cuma brutal lagi lah sakitnya, selsemanya, lenguh2nya etc.

3. Untuk sesape yg sihat, iA tak mati. Tapi sesape yg dah memang kurang sihat, kalau kene, bole gol. Jadi kalau sesape agak2 kena selsema pass ni, jgn segan2, malu2 atau malas2 gi jumpa doktor ASAP.

4. Satu lagi, kalau agak2 korang demam , kurangkanlah pergi ke tempat public, macam pegi pasar ke, Woolies ke, Uni ke gitu. Jadi taklah menjangkiti org lain. Dok rumah, kuarantin diri sendiri la, tengok movie ke, main game ke, layan nurkasih ke, baca al-quran ke, mentelaah buku teks ke, macam2 korang bole buat.

5. Yang paling pentingnya, kalau korang demam, jgn la datang kedai aku plak!! Muahaha. Anda di BANNED!! Ketahuilah! Aku ni berada di dalm posisi yg merbahaya. Ntah sesapa la keluar masuk kedai tu. Dah kompirm salah sekor mesti ader kontak dengan org yg kene swine flu. Alamak! Takutnyee..

6. Kalau korang kene swine, best jer aku rasa. Dapat lesen besar mmonteng kelas atau monteng kerje. Tapi kalaulah aku yang kene swine flu, tak ke naye. Tak pepasal aku kene tutup kedai seminggu dua sebab kene kuarantin. Habis bangkrupt aku! Uwaaaa...

sekain, makasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails