Friday, August 14, 2009

Selsema Gila Babi


Salam,

Definasi bodoh aku = org yg tak pandai
Definasi jahil aku = org yg pandai tapi tak cukup ilmu ttg sesuatu perkara.


Siapakah anda?

1. Apa ke jadah yg orang malaysia dok kalut2 sangat pasal selsema babi ni. Aku baru balik dari malaysia last weekend dan aku boleh tenggok manusia2 jahil dok cakap lam TV dan manusia2 jahil dok report dalm paper pasal selsema babi itulah inilah. Kat airport pon bersepah2 manusia2 jakun yg dok pakai face mask kehulu kehilir.


2. Aku tau kat malaysia org panggil H1N1, tapi semua org tau tu hanyalah nama POLITIK sebab menteri kesihatan tu takut kalau pkai istilah "selsema babi" atau "swine flu", org2 melayu pakat2 hunus keris dan pergi serbu tempat ternakan babi untuk mengethnic cleansingkan babi dari bumi malaya. Aku paham. Tapi nama tu tak rock la bro. Dan jgn risau, org melayu sejati takkan brani gi dekat kandang babi la

3. Tapi bila media malaysia guna istilah H1N1, kita pon turut terikut pakai. Dan bila media dok sebok2 cerita pasal sorang-sorang meninggal pasal selama babi ni, maka kita pon turut terpengaruh dan terpedaya denagn dakyah2 palsu ttg selsema babi ini.

4. At the moment of this writing, dah 59 org malaysia yang kene selsema babi telah gol dan org2 yg jahil akan berkata
" eh bang ensem, selsema biasa tak bunuh org pon, tapi selsema ni boleh membunuh. Jadi TAK hensem lah abang ni bila abang tulis dlm blog seolah2 selsema ni tak bahaya"


5. Ketahuilah (check it out here and here), selsema "BIASA" adalah one of the leading cause of death in the world. SETIAP TAHUN 5-15% drpd manusia di atas dunia ni kene selsema biasa dan 3-5 juta drpd mereka akan kene jangkitan yg teruk. Out of that, 250, 000-500, 000 akan kembali ke rahmatullah EVERY YEAR.

6. Sekarang ni (at the moment of writing from Wiki), selsema BABI telah membunuh 2229 org je di seluruh dunia. Jadi rileks la bro. Apa mau kecoh2. Tengok Ostolia dah 109 org gol, takde heboh pon. Infected no is 28 987 org versus Malaysian cinonet 2253 ketul. Lebih dari 10 kali ganda. Ozzy ni ranking no dua, "countries with most confirmed cases per capita in the world". Ada kes face mask naik harga atau habis di kedai kat sini ke? Satu haram tak de.

Balak ni memang la bodoh dan jahil!! Kalaulah aku, aku dah bagi awek tu topeng mulut aku tu. Gentleman la cikit. Pastu aku mintak no phone jadi senang la aku nak call ke SMS ke britau bila stock topeng baru dah sampai. Tapi lagi la sempoi kalau awek tu bagik adress dia dan emak dia , so senang untuk aku deliver anytaim dan sambil2 tu boleh lah kenal jalan ke rumah mak pak dia buatnya kalau aku nak hantar rombongan meminang nanti. Bukan setakat penutup mulut je aku boleh bagi, bantuan pernafasan mulut ke mulut pon aku boleh bagi, sekiranya di perlukan. Maklumlah, ikut semangat 1malaysia dari PM kita yg tercinta no 1224 juta perenggan C, , kita hendaklah prihatin terhadap kesejahteraan hidup sesama warganegara kita. We lap U najip!!

7. Ozzy tak kepoh sebab depa tak jahil. Mat salleh membaca dan berfikir, bukannya mcam kita...eh silap engkorang! Depa tau selsema babi tu macam selsema biasa je. Both can kill but only kalau ada faktor2 merbahaya seperti kanak2, penyakit2 kronik mcam asma, sweet urine and tall blood. Kalau kau sehat wal ketupat liat, korang tak payah lah risau2.

8. Untuk org2 yg lembap, ginilah senang citer. Selsema babi ni ibarat "memandu kereta laju gila babi" la. Adakah ia boleh membunuh kita? TIDAK!! Buktinya tengok Shumacher, Alex Yong dan sapa entah yg bawak keta 120 masa kabus tebal visibility 5 metre di malam hari sewaktu pegi melben cup aritu, tak mati pon. Tapi kalau kau bawak keta laju gila babi DAN cium buntut lori, bantai rusuk kangaroo, sauk tiang lampu, makan jalan sebelah sampai badan terbelah dua, perut bocor terkeluar usus berjela-jela atau kepala terpenggal sebab putus bila kena cermin kereta sewaktu kau tercampak keluar dari kereta sebab tak pakai seat belt......Yes itu baru bole mati.

9. Jadi...ehh apa point aku yer..alamak, baca balik no 7 tu la senang citer. So kene ade faktor lain2 baru boleh mati okay! Jadi kalau kau memang dah tak sihat dan berpenyakit, bawak2 la ngucap dan tobat banyak2 kalau kena selsema babi atau tidak babi. Untuk org yg sihat pon, tak rugi seposen pon untuk betobat dan ngucap banyak2 gak.

10. Jadi korang rakyat malaysia toksah la kalut2 nak tau kat maner hotspot infection la (stupid shit!), suruh kerajaan kontrol harga penutup mulut la, nak tutup sekolah atau uni dan order beribu2 studemt balik hanya di sebabkan dua tiga kerat infected (suruh budak tu la yg balik bahlul!), kansel travel ke obersea untuk interbiu student2 petronas sebab org2 petronas takut kene swine flu kat ostolia dan mati sedangkan di malaysia pon boleh kene swine flu la bro...lu tak baca paper ke...Aku inggatkan org petronas ni pandai2??

11. Apa yg org malaysia sepatutnya concerned ialah 59 org yang akan mati tiap minggu pada bulan depan masa org balik raya nanti. Inilaj masalah kronik negara kita year after year yang sepatutnya diberikan perhatian.

12. Itulah sahaja kemerepakan aku pada kali ini. Tapi satu soaln untuk korang budak bijak pandai pikir sket. Mengapakah ozzy nyer case dekat 10 kali ganda drpd malaysia (check no 9) tapi mortality rate/kadar kematian hanyalah 1 kali ganda malaysia sahaja (59 vs 109......hmm...
Cuak tak..muahhahahhaha.....uhuk uhuk.....

sekian, makasaih, wassalam

p/s: tenkiu Utsman MadMike for ponting to me the "hotspot" on fesbuk....baru gua prasan lekuknya.

9 comments:

n said...

femili aku masuk oz tader scan2 kat epot.

aku balik mesia setiap epot kene scan.

ihsan_huhu said...

tuh r, org melayu asal ade nm babi je tros nk cuak lebey2

bknnye kuar ingus kaler ungu pon

lotus said...

slm,
jgn lupa org mesia yg ko kutuk2 tu termasuk ayah mak ko,adik bradik, datuk nenek, sanak saudara, anak2 korang yg umur rata2 dlm golongan kanak2 atau org tua2.
Memang kesedaran diorg kurang atau xde langsung,apa taknya, media dok sibuk pasal politik, PRK, 1msia, TEO, etc.

Info pasal swine flu pun bercelaru dan tak tepat.rakyat ada hak nak bimbang keselamatan diorg tapi diburukkan lagi dgn sistem utk kenalpasti swine flu dan rawatan yg tidak efisyen mcm kat oz tu.

so apa yg ko dah sumbangkan utk tingkatkan kesedaran diorg ni?
apa faedahnya duduk kat bumi oz dan bangga dgn sistem kesihatan diaorg yg sah2 lebih mantop kalau xde usaha korang nak tingkatkan ksedaran rakyat msia yg masih xstandard mcm rakyat oz?

mangkuk statik said...

n: depa scan awek je tu...

huhu: biasalah tuh..melayu ni denagn arak orait...tapi babi tidakk..Babi ni mcam kryptonite la bagi melayu

lotus: Memang aku kutuk semua. Mak pak aku pon aku dah marah PERSONALLY sebab kalut tak tentu pasal pasal swine flu sebab depa cuak aku bawak swine dari ozzy sebab depa nak pegi umrah minggu ni!!
Apa sumbanagan aku??? BUta ke hang!! Ni aku dok tulis blog ni sumbangan aku la untuk menyedarkan org2 yg belum sedar...Kau inggat org ozzy je ker yg baca blog ni?? Buka mata tu cik adik!!

Lutfie said...

LOL Lotus

Anonymous said...

kesedaran dan keprihatinan rakyat malaysia mmg kurang. tgk kedai makan pon dah tau. kotor nak mampos. tikus besa babi. babi tgk pon cuak aku rasa. pulak tu govt tk bagi lesen kt private hospital utk handle h1n1. utk treatment ok, itu pon kalau dah confirm ada simptom h1n1. kalau nak test kena pegi gp atau hospital sg. buloh.aduhai malaysia, sedihnya.

ps: orang melayu ramai yang lupa, arak adalah ibu segala dosa. tp mereka igtkan. semua ni propaganda pembangkang. (haha..tak pasal2)

astro

maer wan said...

sebab apa fatality rate malaysia lagi tinggi?

1. kurang info yg tepat.
2. uncontrollable panic. Panic can make things worse.
3. too much time spent nak bincangkan nama apa yg politically correct. nak decide panggil babi flu or influenza A pun sampai terpaksa pak menteri keluar arahan kat mesia. aku cadangkan panggil "babi punya selesema!"
4. takut bebenor nak keluarkan arahan untuk suruh org malaysia kurangkan aktiviti sosial yang tak penting! kenapa? takut owner shopping complex, owner niteclubs, owner cinema dan owner kedai makan utk kenduri pangkah pembangkang next GE ke?
5. atau adakah kerana takde lagi sesiapa yang tak perasan utk amek kesempatan utk marketkan sabun/face-mask etc keluaran diaorg? kalau aku ada bussiness tuh kat mesia, sure aku dah kowtim suruh org panic dan beli dari syarikat aku.. haha

Dr. Bentara said...

swine flu ni pebende? tak paham ;)

rakuban said...

aku paham mksd ni ape "Dan jgn risau, org melayu sejati takkan brani gi dekat kandang babi la"

mnum arak berkodi2 xkn mmbuktikn yg someone tu westernized,or mlayu sgt moden selagi xmkn babi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails