Monday, August 31, 2009

Merdeka Taik Kucing Hapa !!!!


Salam,

1. MERDEEKK......Ehh dah lepas ke? Alahai.

2. Angkat tangan sapa sini dah bohsan dengar crita pasal merdeka, apa itu merdeka, kenapakah kita merdeka, apakah erti kermerdekaan dll persoalan merepek lagi.

3. Aku bohsan gak. Bahkan aku bohsan dengan merdeka tu sendiri. Best sanggat ke merdeka ni? Tak trasa pon? Pernahkah korang terpikir, mungkin kita lagi baik kalau kita masih di jajah. Mungkin Tunku, Dr Burhanudin, etc semuanya telah memperbodohkan kita semua.

4. Dok bawah british lah best. Dia orang bangsa maju. Bila diaorang marah, kita dengar. Tenggok bila Kartika nak kene sebat. Diaorang berdehem skit je , kita dah kalut2 delay hukuman dah. (lama2 kansel lah hukuman ni. Tenggoklah nanti!)

5. Dok bawah bristish lah syok. Kita jadi warga british lah bro. Boleh gi UK macam pi Taiping. Tak payah passport atau visa. Nak dok England sampai mampos pon boleh.

6. Yang paling best nak tau apa? Boleh kawin minah salleh tanpa pening2 pikir pasal ilang kewarganegaraan lah atau camner nak explain kat mak pak kenape engkau kawin minah salleh. Sekiranya kita masih di jajah, kawin ngan hot blonde dari Liverpool sama jer macam kawin ngan hot amoi dari Ipoh. Asalkan convert, dah settle!!

7. Jadi one day, rakyat malaysia di bawah jajahan British empire, majoritinya akan jadi pan asia gitu sebab mix-marriage. So yg pompuannya akan jadi cun, tinggi, putih, mata biru dan tetek 34C keatas. Manakala yg lelakinya akan jadi ensem, tinggi, slim, tanned, rambut pacak2, ada tahi lalat seblah kiri, pernah kene bursitis, bini pernah misscariage gittu (ada kene mengena dgn yg masih hidup dan blum mati lagi)

8. Untuk pemain bola handalan macam aku nih pula, kalau aku main ngan Kelantan FC, silap aribulan boleh masuk English FA. Main liga bawah2 lah dulu kan. Bila dah makin power, naik divisyen atas sikit la. Lama2 Kelantan FC masuk English Premier League. Cewahhh!! Masa tu jgn la korang terhegeh2 mintak autograph atau nak "add aku as fren" kat fesbuk. Kalu nak, mintak sekarang sebab taim aku femes nanti aku bo-layan.

9. Bola UK lah best. Tenggok lah org2 sekarang. Lagi ramai pakai baju Man U dari pakai baju melayu aku rasa. Yang pakai jersey England pon berlonggok. Sapa pakai jersey Melaka, Negeri Sembilan, Sabah? Aku tak pernah tenggok pon?

10. Kita semua patut sedar. Kita dah bukan macam org2 Melayu zaman Hang Tuah dah. Org Cina dan org India dah bukan mcam Yap Ah Loi yg keja lombong timah atau Sammy Vellu yg kerje estete dah. Sepatutnya, sebagai penduduk sebuah negara yg merdeka, rakyatnya mestilah menjadi semakin kuat ciri2 nationalistik dan kebudayaan timurnya. Tapi kita ni semakin maju, semakin kita bertambah cintakan kebudayaan western plak, mcam British tu. Tak caya ke?

11 Pakaian kita dah macam mat salleh. Masa kerje kita selesa berCoat, tie dan seluar slack. Biaq pi Malaysia tu panas berdengung, bukannya sejuk cam London. Masa melepak, kita tak pakai kain pelikat, kurta atau cheong sam bile pegi pasar beli ikan. Kita pakai jeans dan tshirt. Baju melayu plak dah jadi macam kain kapan. Dipakai hanya untuk special occasion. Bezanya kain kapan nyer occasion hanya berlaku sekali jer seumur hidup. Kalu dak, sudah tentu pemakaian kain kapan akan lebih berluasa di dalam kehidupan kita.

12. Dari segi perangai plak, rata2 org malaysia plak dah tak tahu malu. Ringan2 depan2 khalayak ramai, beromen, dapat anak haram, minum arak, pakai seksi etc. Sapa tak pernah dengar org beromen sambil berembun di celah2 belukar taman tasik titiwangsa atau di balik2 pasu bunga dataran merdeka? Dah macam mat salleh dah kita ni. Kita ada banyak undang2 yg cuba mencegah bende2 ginni. Tapi semuanya hampes bila tidak di gunakan sepenuhnya. Tapi kalau undang2 jalan pon, mangkuk2 ni dapat hukuman ringgan je. Besok buat balik. Tak de hal. So baik buang je undang2 tuh. Baik kita ikut undang2 british lah gitu yg menghalalkan terus bende2 gini.

13. Dari segi makanan, kita makan Mek D, kfc etc. Dari segi entertainment, sales lagu dan filem mat salleh, always higher than local. Dalam TV pon, citer melayu ader subtitle mat salleh. Lagu Negaraku, cilok "mamula moon". Bendera malaysia, pon cilok mat salleh punye, dari sebuah negara yang kecik and insignificant bergelar U. S bloody A. . Cukuplah contoh2 tu...

14. Jadi buat apa kita merdeka sekiranya kemerdekaan tu tak mambawa perubahan positive pon kpd kita. Kemajuan yg kita kecapi sekarang, secara logiknya, bukannya hasil kebijaksanaan pemerintahan BN. It is just a normal process that we called progress. Tak kisah sape berkuasa, it will happen naturally. I bet you, if we are under British, we will be at thousand times better now.

15. Pikirlah! Dulu sebelum kita merdeka, org2 melayu mungkin own dalam 10% drpd Malaya/Tanah Melayu. The rest is British. Sekarang ni, org melayu hanya menguasai 10% je drpd asset-asset di bandar2 (source=ilang) dan 18.9% drp equity negara (static for the last 19 years). Lagi 90% dan 80% respectively, kaum lain dah rembat.

16. Renunglah!! Sebelum merdeka, kita di "divide and conquer" oleh British. Kini selepas merdeka, kita masih lagi divided among ourselves. Dan bukan sahaja tanah kita, malah budaya, minda dan paling sensitif agama kita, slowly but surely di conquer oleh bangsa asing.

17. Jadi buat apa kita menipu diri sendiri. Jom lah kita dok bawah British balik. Kau nak merdeka buat hapa kalau merdeka tu macam lahanat. Merdeka?? Merdeka taik kucing engkau!!


Hapa? Tak nak merdeka?? Aku penerajang batang tengkuk engkau kang!! Anjing Britishhh...!!!!

sekian, makasey, wassalam.

8 comments:

Jimi Teratas said...

Assalamualaikum.

Membaca entri Abg. Azam kali ini tanpa memakai kaca mata 'tenang' boleh mengakibatkan darah mereka yang cintakan Malaysia panas menggelegak!!!

Apa-apapun, aku setuju. Merdeka daripada dijajah tanah air sahaja, tanpa kebebasan jiwa daripada sebarang ikatan dengan kerosakan dan kemungkaran Timur dan Barat, bukan merdeka yang sebenarnya.

Kalau dahulu, ketika dijajah tanah air, penduduknya ibarat kerbau dicucuk hidung. Sekarang, ibarat kerbau di'remote control'. Kerbau masih lagi kerbau, cuma dikawal dengan cara yang berlainan!!!

GheySA said...

yeahhh. hidup hot blonde liverpool. ooppss.

ihsan_huhu said...

oi poms dark haired la

mangkuk statik said...

jimi: saja bagik gelegak skit. Bagik korang pikir skit.
ghey: aku pilih hot ipoh malli!!
huhu: dark hair kat atas je..,

Anonymous said...

huaarrrghhhh(yawning)
isu merdeka tak best
isu pak jib dan konco tabik spring ala nazi masa perarakan tu menarik. ada ulasan lanjut tak?

mangkuk statik said...

anon: wei bro/sis. Aku dok mana? Aku bukan dok malaysia. Jadi manela aku tengok siaran langsung perarakan tuh.

Pr0diGy said...

Bro, entry blog ni lawak tapi isi2 memang sungguh bernas. Respect aa idea2 kau walaupun mungkin sesetengahnya adalah "satire". Haha. I still don't understand apa sbnrnye erti merdeka. Memang aku adalah generasi muda awal 20an yang x dpt menghayati erti merdeka sebenar. Salah ke kalo x dpt menghayati erti merdeka.

Merdeka tu mcm lapuk je. Memang aku hargai usaha pejuang2 tanah melayu dulu (masa bljr sejarah) tapi masih releven ke di alaf baru ni? Kalo nak promote racial unity and harmony takleh ke namakan Hari 1Malaysia since itu '1Malaysia' adalah the nation's buzzword nowadays.


Merdeka celebration artis2 nyanyi2, countdown then for some, ada "after party" kat bar2 or club2..what the hell do these have to do with mengenang jasa wira2 negara dulu?

Anonymous said...

ProDigy,

Kalau kita tak reti hargai jasa org yg memerdekakan kita, samalah kita mcm tak hargai jasa ibubapa kita.

Mmenag bila BACA sejarah sahaja tnapa ALAMI sendiri sejarah tersbeut memang tk mungkin kita dpt hayati sebenar-benarnya.

AKu pun sama gak mcm tu..tapi aku terbaca sejarah Kemboja dimana berjuta2 rakyatnya dibunuh oleh kaumnya sendiri dek fahaman komunis, tapi sekarang generasi mudanya tak merasai kerelvanan peristiwa tersbeut...buat aku makin percaya apa TUn Mahathir cakap...Melayu mudah lupa... atau lebih am.. Manusia mudah lupa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails