Tuesday, September 27, 2011

Duda vs Janda

Salam,
________________
DUDA
ehh...ehhh

1. Di mata lelaki, kami takde perasaan apa2 pon terhadap mana2 lelaki yang berstatus duda. First thing yang comes to out mind is "Bini dia mati kot".
So baik aku toksah tanya apa2. Kang dia sedih nangis guling2 kang, sapa nak pujuk. Buruk kalau orang lelaki nangis nih!

2. Dan kalau dia duda sebab bercerai, kami pikir "Aku pon sedih kalau hilang awek".
Kira macam break-up lah gitu. Lagipon entah2 bini dia ambik hak penjagaan anak2 lagi. Lagilah sedih. So baik toksah tanya.

3. Akan tetapi di mata orang perempuan, kalau kau cakap kau ni "Duda", akan secara automatik, "TING! TING ! TING! WARNING! WARNING" alarm bell akan berbunyi dalam kepala hotak mereka.

4. Kalau kau "Duda kematian isteri", diaorang akan tengok kau ada anak ke tidak. Kalau ada anak, diorang akan pikir, "Sorri lah der aku nak jaga anak lu". Kalau kau duda takde anak, diaorg akan pikir "Mandul kot mamat nih!" pulak.

5. Dan kalau kau duda sebab bercerai, hulaweyyy! Parah bro...parah!

6. Okay ni rahsia terbesar wanita hokay! Diaorang takkan britau kitanyer. Tapi meh sini wa britau lu.

7. Semua wanita , retrospectively (bila pandang belakang in the future) akan lebih rela berpoligami daripada kawin dengan duda. Sebab kalau bermadu, diaoarang akan pikir, "Somewhere in this world there is another women that love this guy despite him marrying me. So mesti I can love this guy as well, tambah2 lagi aku kan bini muda"
Tapi kalau kau menduda, diaorang akan pikir "Somewhere in this world, there is a woman that hates him. So maybe someday I will hate him too."

8. Memang benar, secara refleks, kalau mana2 lelaki nak berpoligami, bini akan mintak cerai dan bakal bini baru pulak akan mintak kau ceraikan bini lama, so kau jadi "duda-in-transit" kejap pastu baru kahwin ngan dia. Itu adalh natural. Perempuan kan sell-fish. (hambek!!!)

9. Tapi kau jgn dengar bro. Jadi gile nanti. Sebab kalau kau ceraikan bini lama pastu kawin baru, aku GERENTI bini muda kau takkan hidup aman SEUMUR HIDUP! Sebab kalau kau sanggup ceraikan bini lama kau semata2 sebab kau nak kat dia, apakah yang boleh menghalang kau untuk ceraikan bini baru kau tu pulak untuk kawin ngan bini yg laaaaaaaagi muda!

10. Mampos lah ngkau dia akan stalk ngkau everyday, check phone, tepon setiap 5 minit, kasi nasi kangkang Pehhh! Nauzubillah!

11. Sebab itulah, aku cakap, semua wanita, bila pandang belakang, akan lebih rela untuk berpoligami drpd kahwin duda or "duda-in-transit". Malangnya perempuan di ciptakan Allah tanpa rear-view mirror and inability to reverse park.

11. Pandai tak aku.....pandai tak? Kaannnnn~
________________________

JANDA
Gulpp...telan air liur sebaldi dua dah ni!

1. Di mata wanita, kalau kau cakap kau ni Janda jer, "TING! TING ! TING! WARNING! WARNING" alarm bell akan bunyi jugak!

2. Bagi mereka Janda is always gedik dan gatal nak carik payung untuk berlindung. So diaorang pikir, "Silap aribulan payung aku pulak yg kene rembat kang!".

3. Ginilah kan. Janda biasanya dah berumur 30han gitu kan. So takkan nak kawin org muda. Adeke yang nak? Mampukah mereka "menandingi" suami lama mereka sewaktu bertempur? So biasanya diaorang akan cari laki baru yang sebaya ataupun lagi tua drpd mereka. So pusing2, most likely, Janda akan "ter"rembat laki orang!

4. Di mata lelaki pula, Janda is always HOTTTTTTT!! Grrrrrrrrrr! Biar lah huduh camner, gemuk, tetek labuh ke lutut, aku GERENTI, akan ade je lelaki yang berkenan nyer.

5. Dan kalau Janda tu memang lah dah cun, body berlekuk, packaged, jalan berlenggang, lemah lembut, suara mengoda, pehhhhh... Aku cakap tak tipu nyer hokay. Anak dara kami nak tengok pon tak berselera. Nampak macam budak2 tadika jer gitu.

6. Ini adalh natural bagi kami. Kerana kami kaum lelaki mmg di lantik Allah sebagai khalifah di atas muka bumi. Jadi kami kenalah prihatin terhadap insan2 yang malang. Maka mana2 insan yang hot, kami payunginya. Apabila dia kekeringan, kami siraminya. Apabila kegersangan, kami tanaminya. Apabila kedinginan, kami hangati. Apabila keseorangan, kami duainya.

7. Seks bukan isunya di sini. Isunya di sini adalah isu kemanusian.


Ololololo....sie-nye dio. Janghe gituh. Ambo ado.

Sekain , mekasey, wassalam.

Sunday, September 25, 2011

Bapa Tunggal Di Aidilfitri.....

Salam,

1. Jadi bapa tunggal sebentar aku tadi. Bini aku tanak gi open house Raya UMNO/MASCA. Dia letih, nak rest dok rumah je Ahad tu. Al-maklumlah, dia sudah berumur. Tapi aku dan Muhammad lapar gila dah kot sebab kitaorang swim dari pagi tadi. So aku nak tanak pergi lah jugak ngan Muhammad dan Husna jer.

2. Takkan aku nak gi sengsorang kan. Aku ni hensem giler kot. Nanti tak pepasal aku kene tekel rebah ngan aweks2 seantaro Adelaide, susahlah aku nak makan nasi nanti kat situ. Jadi anak2 aku ni kira macam body guard aku lah.

3. Tapi selaku seorang yang hensem juga, fitnah itu menjadi lumrah alam. Adela org2 yg pandang pelik dan mengata aku sengaja tanak bawak bini lah, mengadislah etc. Lantak kau lah. Aku datang, aku makan dan aku belah kan? Pasrah je lah!

4. Mana ade aku gi dok sebelah awek ataupun awek2 dok atas riba aku kan?

Errr.. sebelah ade awek, atas riba pon ade awek...Ehh!..Ni photoshop nih! Macam video Anwar Ibrahim tu. Chopp! Tengok tu, aku pandang tempat lain!(credit gambar: Mad Ridhwan)
_________
Museum

1. Sebab petang masih panjang, aku bawak lah bebudak ni gi SA Museum. Aku mmg Mat Museum. Kecik2 dulu aku selalu naik beskal hujung minggu pergi ke semua museum di bandar KB dgn geng2 nerd aku.

2. Besar2 ni pula, aku memang rajin pergi ke Museum....untuk dating.....dulu-dulu....kot! Ehm...ehem. Sejuk dan gelap...opss! Hahahaha.

3. Mula2 aku gi Modern Arts Museum (kot), ade Saatchi Gallery exhibition, kene bayar $20, tapi aku redah je. Tak sampai 10 minit kene halau! Kah kah kah! Mampos kau lah. Tah natang ape contemporary arty smarty bull-shit entah.

4. Pastu apalaga, aku gi tempat favourite Muhammad. Stuffed animal section kat Adelaide Museum. Mula2 aku ingat nak lepak jap, pastu belah sebab Husna tengah tidor. Sekali dia terjaga. Maka tour pon bermula........

Letih beraya. Bila dia terjaga, dia macam terkejut. Ni kat mana nih. Dia tanya "How do we get here papa?". Aku cakap " We took a ride on a magic carpet and jump with a parachute onto a black ass rhino that carry us here.". Husna, "Okay!"

Pastu Muhamamd terjerit2 kat aku " Papa, I found an animal that look just like you". Aku ingatkan ni konfem mesti lion sebab hensem cam aku. Sekali ..... "Indian Porcupine". Ciss kek!

I named this species, Spectacularis Testicularis!


Pastu kita orang lepak lama kat "Biodiversity" section. Ni section baru renovate nih. Last taim aku gi takde lagi.

Banyak bende2 fun untuk budak2 explore....tapi pehhh ....kalau bakar ikan tu pastu cicah budu best tuh.

Nerd heaven. Dan Muhammad adalah nerd. Anak sapa ntah!

Ade banyak "laci2" yang kau boleh tarik keluar untuk tengok specimen2 macam2. Kalaulah kau boleh simpan awek2 gini kan best. Bila nak usha, bawak keluar. Bila dia memekak nak gi shopping, simpan balik dlm laci.

Fluorescence scorpion under UV light. Tak pe Muhammad. Lama2 biceps jadi besar mcam Papa!

The extinct Tasmanian Tiger. Tiger hotak kau! Nampak cam anjing jer.

"Why its not moving? Why? Why Papa!!"

Husna jerit..." Papa! I cannot reach it! Its blocked by the glass!" Haii...gadis dan batu2 permata. Deadly combo.

Okay Abis. Jom balik! Papa nak usha gambar aweks2 beraya tadi kat fesbuk nih!


On the way balik, Muhammad plak yang pengsan!

Aku, " Do you have fun? How much do you love Papa?". Husna, "This much!". Pehh...cair aku.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Saturday, September 24, 2011

Aman Palestin vs Aqsa Syarif.......


Salam,
...aku hanyalah seorang fasik yang tidak mempedulikan masyarakat dan yang tak tahu apa2

1. Di dalam dunia Islam, tiada isu yang lebih menyatukan kita selain daripada isu Palestin. Semua orang sokong Palestin kot. Takde sape, tak kira parti politik mana, tak kira kaki masjid ataupun kaki karaoke, akan sepakat menyokong Palestine dan membenci Israel.

2. Malangnya atas faktor inilah, isu Palestine ini seringkali menjadi kuda tunggangan banyak pihak semata2 untuk mendapat sokongan "secara tidak langsung" kepada pertubuhan2 ataupun pergerakan2 mereka. Daripada golongan liberal "non-practising" Muslim hinggalah kepada golongan fundamentalist Islamist, semuanya akan mengunakan isu Palestin. Its a "sure" winning card.

3. Di Malaysia, isu Palestine ini menjadi rebutan di antara Aman Palestin dan Aqsa Syarif . Masing2 berlumba2 untuk menonjolkan diri mereka lagi "prihatin" dan lagi efektif di dalam menyampaikan derma kepada rakyat Palestin. Macam2 taktik, gimik dan publisiti mereka lakukan to outdo each other. Senang citer, diaorang ni suka giler mencapab.

4. The more the merrier? Or perpecahan menbawa kelemahan?
__________
Punca Perpecahan
Dia wajib pakai pakai serban hitam putih hari2 sehingga ia menjadi sinonim dengan perjuangan Palestin. Personally, I hate him. Long story. Haha!

1. Sebelum tertubuhnya pertubuhan2 ini dulu, semua orang mcam blur tak tau camner nak derma kepada Palestin. Dan sekiranya mereka derma pula, adakah duit itu sampai kepada Palestin. Dan kalau sampai, pihak manakah yang menerimanya, Fatah(nationalist) ataupun Hamas (Islamist)?

2. Jadi as a stroke of genius, sekelompok pihak di Malaysia telah menubuhkan Aman Palestin untuk menyatukan derma2 untuk Palestin dan memastikan isu Palestine maintain relevant di minda rakyat Malaysia. Tahun berapa entah, aku tak dapat locate the year.

3. Pendokong penubuhan ini adalah mat2 usrah daripada pergerakan2 pro-Ikhwanul Muslimin yang dahulunya bernaung "informally" di bawah JIM (Jemaah Islah Malaysia) (wiki, official website). Majoriti daripada mat2 usrah ini adalh daripada ISMA yang pada ketika itu stand for "Ikatan Siswazah Malaysia"

4. Aman Palestin proved to be successful gila babi. Their ceramah/roadshow was a hit. Donation to the roof. In addition people becomes curious and eventually joined JIM or pertubuhan2 yang bernaung di bawah JIM tadi.

5. Then all hell break lose in 2005 apabila ISMA break-out from JIM untuk menjadi a separate dakwah entity dan menukar nama menjadi "Ikatan Muslimin Malaysia" with the same acronym, ISMA.(source) (IsmaWeb) As a coup, they also dragged Aman Palestin with them.

6. Maka tinggalah JIM terkontang kanting bogel sorang2. They were delivered a double blow. Firstly mereka kehilangan ISMA yang merupakan their main recruiting machinery untuk siswazah2 di Malaysia dan oversea. Jadi mereka menghadapi krisis ketiadaan barisan pelapis! Dan keduanya, mereka kehilangan their only "tangible" success story, iaitu Aman Palestin.

7. Maka mengamuklah pakcik2 usrah di JIM di ketika itu. Selama 5 tahun mereka pening2 lalat sedangkan ISMA semakin hari semakin kukuh their stand di dalam pergerakan dakwah di Malaysia dan oversea.

8. Akhirnya pada Julai last year, 2010, pertubuhan2 di bawah JIM telah re-group dan re-brand themselves as Pertubuhan IKRAM Malaysia, (IKRAM) (web). Tidak lama selepas itu, mereka melancarkan their own dana Palestin yang di kenali sebagai Aqsa Syarif.

9. Maka sekarang ini ada dua dana Palestin yang compete with each other for your donation! Pening...pening!
_________________
Punca Perpecahan ISMA daripada JIM/IKRAM


1. It is sad to see apabila dua pertubuhan yang 99.9% sama, tetapi tidak boleh bersatu.

2. Jadi apabila baru-baru ni President ISMA, Ustad Abdullah Zaik Abd Rahman kutuk PAS sebab tanak gabung ngan UMNO, aku rasa mcam nak sidekick je medulla oblongata dia.(Kan dah terlepas cakap! Source korang carik sendiri kat ISMAweb. Malas aku nak carik).

3. From my understanding, countless meeting was held to mengabungkan ISMA dan IKRAM and with that Aman Palestin dan Aqsa Syarif. But Allah have his own plan. They were needless to say, unsuccessful.

4. I know bits and pieces punca2 perpecahan mereka. Akan tetapi apalah gunanya aku menbongkar kembali sejarah2 silam. Let us move forward. History will judge which one of them is on the correct path.

5. Me? I love them both! Dua2 buat "kerja" ada harap2nya one day, they will be united. AMIN.
_______________
Chill Bro

1. Aku tahulah sedang aku dok melepak, diaorang ni berusaha keras untuk kumpul duit untuk Palestin. Akan tetapi kekadang tu publisiti2 yang mereka gunakan to over sangat.

2. Ayat2 yang diaorang gunakan di dalm website/facebook mereka tu kekadang tu menyebabkan aku konpius. Ni orang2 usrah yang tulis ke wartawan Utusan Malaysia. Propaganda habes!

" Tahniah kepada pejuang2 Palestin yang berjaya di dalm misi flotilla GAZA ...."
"Kepulangan wira negara daripada perjuangan mereka di Gaza...."
" Semoga Allah merahmati mujahidin2 ......."

3. Pehh! Masuk bakul dan angkat sendiri. Kalau kau baca, kau ingat Israel dah kalah dah kot. Mcam diaorang gi sana dan bunuh habes Yahudi2 tu semua.

4. Pandai2lah sikit bila menulis tuh. Chill sudah. Kami tidak bodoh. Kami nampak usaha anda. Terima kasih.
______________
Aku Cakap Banyak Tapi Apakah Sumbangan Aku?

1. Aku nampak macam tak buat apa2 kan?

2. Maka sudah tentu aku tak buat apa2.
__________________________
Jadi Kami Nak Derma Kepada Mana Satu Ni? Aman Palestin ke Aqsa Syarif

1. Bro dan Sista.

2. Kau pilih lah mana satu idaman kalbu. Korang derma sudah. Lantak ISMA or IKRAM lah di dlam percaturan politik mereka. They do their part. You do your part.

3. Janganlah perpecahan ini menjadi halangan kpd anda untuk menyumbang kepada Palestin. Orang Palestin tidak bersalah pon. Jangan menghukum mereka.

Wallahualam. Allah knows best kalau ada tersalah silap di dalam post ni.
Kepada orang yang gedik nak mengomen. Kutuk aku sudah. Jangan kutuk orang lain.

Sekian. Mekasey, Wassalam.

Teraba-Raba Mencari Cinta


Salam,
...di tulis drpd perspektif seorang lelaki yang hensem.

1. Apabila aku melihat saban hari, student2 di sini teraba-raba mencari-cari cinta, aku bersyukur. Aku dah get over that stage a long time ago. Pejam celik pejam celik, last taim aku berstatus single adalah 17 years ago. Berapa umur engkorang sekarang? 20? 23? Pehhhhh....

2. Alhamdullilah cinta-cinta (yes plural) datang bergolek2 ke kaki aku tanpa di pinta di waktu aku mempunyai self-doubt, adakah aku ni attractive enough utk dijadikan teman kpd mana2 wanita kerana at the age of 20, aku belum ada awek pon. (Tipu je. Aku mmg tau aku ni hensem. Aweks will come eventually. Haha)

3. I can still remember, as if it was yesterday, the kecelaruan fikiran dan jiwa yang kacau at that age. Nak bercintan lagi, nak fokus study lagi, nak enjoy life lagi, dan nak jaga agama di oversea lagi.

4. Cinta was a big thing at this stage of life, sebab lets faced the reality.
"Sesiapa sahaja yang kau end up bercouple pada age 24, confirm akan jadi laki/bini engkau eventually!"

Tak kiralah kau dah kapel 6 tahun ke ataupun kau baru kapel 6 jam, sape yang bertahta di hati wanita at this age, dialah akan bertahta di vagina mereka nanti insyaAllah.

5. Aku bagik specific age, iaitu 24 kerana at this agelah korang baru grad dan keje setahun dua. Korang dah boleh start nampak jalan yang akan kau ambik for the future. Life yang selama ini kau rasa macam terhuyung-hayang macam lalang, kini nampak jelas. Dan bila itu dah setel, kau akan move to the next stage, iaitu berfamili.

6. Kau mungkin end up kahwin at 28 gitu (average age of marriage for Malaysian men) dengan awek yg kau kapel at 24, but the plan begins now! At this age.

7. Tiada awek yang kau boleh tahu mendalam hati budi pekerti mereka selain daripada awek yang kau study bersama. Kau boleh nampak dia hari2. Perwatakan mereka. Agama mereka. Ketika mereka most guarded dan ketika mereka let all their guard down. Kau bersama mereka ketika mereka happy. Ketika mereka selamba. Dan paling penting, ketika mereka tertekan and by Allah tiada yang lebih stressed drp assignment dan exam at this stage of your life.

8. Dan pada age awal-awal 20han inilah awek at their most "seri". After this, its all downhill for them. Sorry sayang-sayang ku! Its reality. Please take your time and tengok gambar2 facebook engkorang masa mula2 sampai dulu. So by 24, aku tak kira macamana gojes awek itu, the reality will dawn on them. Satu demi satu lelaki-lelaki yang memuja mereka akan pergi. In the end, they will cling for their dear life to their man at that age of 24.

9. Sekiranya kau terjumpa cinta at this stage, alhamdullilah. This is cinta at its purest. Cinta yang tidak di batangi lembayung meterialistic dan social status. Realistically, kalau dia cintakan kau ketika kau sengkek ni, apatah lagi ketika kau dah keje nanti kan?

9. Unfortunately, cinta2 yang kau alami selepas kau dah berkerja nanti, akan always "di cemari" oleh title engkau, kerje engkau, kereta engkau, rumah engkau, i-phone/i-pad/i-mac engkau or jumlah duit dlm bank account engkau. Itu sudah fitrah manusia. Tak mungkin untuk di nafikan.

10. And with that reality, comes another sad fact.
"Pure love is not for everybody my friend"
.
Everybody search for it, but very few find it. Life is not Hollywood. Not Shakespeare.

11. Only a few people will find love based just on their good looks and personality. Most people will only end up in "that will do" relationship. Maksudnya pakai cekau je sesapa yang decent enough untuk buat laki/bini. Its not their first choice, but sebab dah takde choice.

12. With this I give the last reality check for this post.
" Fortunately, Love is over-rated my friend"

13. Perasan tak movie2 cintan always end dengan the couple walked into the sunset or in loving embracing kiss or shit like that. This is because everybody knows, that that is love at their peak. After that its always a struggle to maintain it. Terlalu bosan. Tiada nilai komersial. Takde sapa nak tengok.

14. The "pure love" yang aku dok kecoh2 tadi pon, mungkin di gugat oleh2 awek2 muda yang datang later in your life bila kau dah succesful dan bini kau dah kerepot. Kamonla. Kalau ade awek muda yang baik dan hot yg cuba memberikan cinta "tercemar" mereka kepada engkau vs "pure love" drp bini tua, sapa kau agak2 akan menang? Fitrah manusia sukakan kecantikan. Kita bukannya superman.

15. And for those yang in "that will do" relationship., Sesungguhnya Allah itu penuh denagan rahmatNya. Apabila dua pasangan berkahwin atas nama Allah, untuk menghasilkan zuriat dan mengelakan maksiat, maka insyaAllah , Allah akan kurniakan di hati-hati mereka " kasih sayang".

16. "Cinta" itu ibarat mercun. Pum pam berdentum bingit, hangat dan menyeronokkan. Akan tetapi sepantas itu juga dia pergi dan meninggalkan kita di dalam keheningan. Akan tetapi "Kasih Sayang" itu pula umpama bara. Tidaklah panas menyala2. Tidaklah spectacular. Akan tetapi apinya last forever.

Which one do you choose? Good luck my friends.

Sekian., mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails