Tuesday, April 24, 2012

Lelaki-Lelaki Kesukaan Dara

Salam,

1. Alhamdullilah last week Ustad Hussain Yee telah datang Adelaide dan menyampaikan beberapa ceramah tentang dakwah.

2. Of kors aku pergi sebab aku dengar2 Ustad Hussain Yee ni ada banyak cerita2 "best" yang "kontroversi".

3. Akan tetapi bila aku gi, aku rasa dia sempoi giler. Macam sifu kungfu. He is very calm, very collective and very wise. And he tried the best that he could to avoid making any controversial statements. Dia tak layan orang2 yang tanya soalan nak kutuk Syiah or tentang persoalan2 yang telah memecah belahkan ummah.


wachaaa...

4. Of course as expected dia bantai kaw-kaw perangai2 buruk Melayu yang bajet Islam ni milik Melayu sorang jer. Padan muka Melayu. Nasib baik aku berbangsa Australian.

5. The same thing happened bila Ustad Fathul Bari datang last year. Aku yang sumpah tak pernah dengar nama dia seblum ni, terus dengar macam2 citer pasal dia.


6. Tapi bila aku jumpa dia dan berborak2, dengar cerita budak2 yg dok sekali ngan dia dan pergi ceramah2 dia, aku rasa dia memang sempoi giler. He is wise beyond his years.

7. Dia ni pelik sikit. Walaupun benar dia adalah UMNO, tapi masa dia datang aritu takde sepatah perkataan pon yang aku dengar keluar dari mulut dia yang kempen orang masuk UMNO. Of kors orang2 PAS memang bengang tahap dewa kat Ustad Fathul Bari ni dan akan tunjuk kat kau video2 dia hentam Bersih dan Demo.

8. Tapi kalau kau ada otak dan bukak sikit video youtube dia yang lain dan dengar ceramah2 dia, kau silap2 aribulan akan ingat dia ni Ustad PAS. Hampir 90% drpd pandangan dia adalh sebijik2 macam PAS tapi takde org nak kisah pon. Pandangan dia yang lain skit ngan PAS tu lah yang org dok repeat2.

9. Both of them, Ustad Hussain Yee dan Ustad Fathul Bari are salafi. So geng2 oldskol dan mat2 pondok memang konfom akan bengang dan label diaorang ni "wahabi". Long story.

10. Aku juga pernah jumpa Ustad Hadi Awang, two times. Dia pon sempoi gila. Gila fishing. Very2 approachable. First time dia datang Adelaide during 90s, dia di jemput atas konteks Islamic summer camp. So dalam ceramah dia langsung tak sesentuh hal politik. Masalahnya bila budak2 tanya soklan politik. So nak tanak dia kene jawap la.

11. After ceramah malam, dia akan lepak kat kantin di kelilingi oleh student2 yang tanya segala soklan2 gile kat dia dan dia layan semua soklan2 tu sampai lewat malam. Termasuklah soalan panas pasal "Amanat Haji Hadi", mengkafirkan Umno etc. Bantai jer. Dan dia kan jawap dgn cool.

12. Aku belum lagi jumpa Datuk Sri Najib. Tapi aku rasa dia juga di adalh seorang yang sempoi giler juga. Geram aku nak geletek perut dia dan jerit kuat2 "IKAN PATIN!!!!"


13. Aku juga belum pernah jumpa Rosmah, walaupun aku ni jahat dan selalu kutuk sakan dia. Tapi, aku yakin, kalau aku jumpa Rosmah, otomatik aku kan jatuh cintanya dan stret jadi toyboy dianya no hal. Konfem Rosmah sempoi kot. Konfem kalau aku ajak karok kat K-Box, mesti onn stret.

14. Aku pon belum pernah jumpa Hitler. Tapi dah sah dia kool gile kot. Tengok dressing dia camner. Pehh. Aku nak tanya dia sekali ia pakai gillet, berapa hari boleh tahan? Macam high maintainance jer misai tuh.

15. Oleh itu, kita ni sebenarnya janganlah terlalu cepat utk mengjudge seseorang. Jangan dengar cakap2 org. Jangan baca apa yang orang lain tulis dan membuat penilaian based on that guy punya penulisan.

16. Utk mengenali seseorang itu, kau kenalah pergi jumpa dia, on personal level. Baru kau "kenal" siapa dia.

17. Jangalah pulak pergi serang dia taim dia bizi or tension. Macam dia tengah ada urusan etc. Itu sapa tak marah kan?

18. In Adelaide context, samalah kesnya macam Sayuti, Aliph, Zaki, Rizman, Dr Kamarul dan aku. Dont judge kitaorang based on apa yg org kata, orang tulis or apa yang kami sendiri tulis. Nak kenal kitaorang, kau kenalah jumpa kitaorang sendiri.

19. Tak kenal maka tak cinta. Dan kami sebenarnya adalah orang2 yang sangat mudah untuk di cintai oleh anda semua terutamanya sekiranya anda merupakan anak2 dara yang cun.

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, April 18, 2012

Ada Orang Ciplak Blog Aku .....

Salam,

1. Blog aku kene ciplak. Bangga siot! Cekidaut..click--> "Amoi News".
Giler Slamberjohn!!

2. Semua pemblogger tegar akan tahu ini adalah perkara biasa untuk blog2 yang gempak2. Jadi apabila blog aku ni telah di cetak rompak, itu bermaksud, finally, blog aku ini sudah boleh di kategorikan sebagai blog gempak! Yes! Aku dok tunggu je call dari Harian Metro nak interbiu dan tangkap gambar aku dengan Nelofa kat atas peha aku. Pehh. Call me anytaim bro. I'm free.

3. Jadi aku tak marah pon. Buat apa aku nak meletup dan kecoh2 macam blogger2 lain tu, sampai nak saman lah, nak carik sampai lubang cacing lah, disable "right-click" la, etc. Sebaliknya aku nak ucapkan tenkiu.

4. Buat apa aku nak marah2 orang yang bodoh. Orang2 yang buat kerje gini konfom2 bangang sebab tak sedar diri yang diaorang ni tak reti memblogging tapi still nak jadi blogger so solution diaorang adalh copy paste hasil ilham orang lain. Sia2 je kalau aku nak marah2 dia.

5. Naturally, sebab aku hensem dan hebat, aku tahu sooner or later, this could happen to my blog. Boleh je kalau aku nak select options kat Blogger tools tu untuk menyusahkan org copy blog aku. Tapi aku chill jer. Instead, aku letak tools yang boleh detect mana2 ayat or picture blog aku yang orang copy paste.

6. So tools tu akan notify aku secara "specific", words mana or pics mana yang ada orang copy paste. Pastu aku gugel lah ayat tu dan tengok sape punya kerje ni. So, kalau anybody copy paste ayat aku dalam blog or public forum, kantoi lah ngan aku!
Blogpost paling recent kene copy paste. Ni sapa punya kerja niha? Haha

7. Tapi kalau dia copy paste dalam computer dia or private forum or dalam facebook, itu aku tak boleh detect. Eg kalau kau save pic hensem aku dalam hard drive engkorang, itu selamat. Teruskan buat kerja mulia ini.

8. So this mamat, yang copy blog aku, dia bukannya copy satu dua entry. Dia copy KESEMUA entry aku up till december last year. Gilos. I wonder if dia guna programming. Banyak kejadah masa dia nak copy paste sebijik2 setiap entry aku.

9. Dan dia ni macam dah biasa buat kerja. Tengok tu, sampai 3 blog dia copy paste.
hampeh..

Ni blog sape lah dia copy paste gak ni.

10. Yang kelakarnya, kalau kau tengok elok2, mamat ni adalah mamat/minah Indon. Semua format blog2 yang dia ciplak dia ditulis dalam bahasa Indon. Pastu dia ada selit entry post dia or iklan2 Indon dia satu dua. Tapi blog2 yang dia ciplak, SEMUANYA blog Malaysia. Apejadus Indon wey? Takde blog Indon gempaq ke kau boleh bikin ciplak dong?



11. I wonder kalau dia ni boleh faham ape yang aku tulis kat dalam blog ni. Sebab aku banyak kot guna istilah rempit.

12. Tapi takpela. Asalkan kau happy Mat Indon wey. Cuma satu je yang aku minta. Akhirat nanti, kau janganlah nak "copy paste" dosa2 yang orang dapat sebab baca "blog kau" tu kat aku pulak!

13. Memanglah aku yang tulis. Tapi kubur aku, kubur aku. Kubur ngkau, kubur engkau. So blog aku, dosa aku. Blog engkau, dosa engkau. Hahahaa. Tapi kalau dapt pahala, konfem aku claim la! So bro Indon. Nak copy blog aku? Permisi.

Sekian. Mekasey, Wassalam.

Monday, April 16, 2012

Ramalan Ku Benar Belaka.

Salam,

Aku dah cakap in last post .klik sini



1. Injury

Baru 5 minit start tornament, Cho dah pengsan kene langgar.

2. No Gewes = No Win

Sampai terpaksa salah sorang drpd pemain kami menumpang kasih dengan gadis melben. Tapi dia makan sorang2 jer...

3. Punca Isey TokSey Ikuk Gi Melben.

Kantoi kaw-kaw punya, baru sejam aku bertolak gi melben kot.

4. AK= Akmal Khairy

AK= Akan Kalah...
__________________________
Maka Resultnya Adalah...

....... eliminated kat group stage. Uwaa...
___________________________
Bad Luck Bras....

SBFC 2012. TQ boys kerana train dan bermain bermati-matian dan TQ manager Afiq (baju hitam tu) kerana berusaha paling keras ..... utk tahan nafas dan sedut perut di situ. Haha.

Better luck next tornament insyaAllah.

Sekian, mekasey, wassalam.

Thursday, April 12, 2012

Dah Nampak Dah Petanda-Petanda Nak Kalah Ni.....

Salam,

1. Lagi 1 hari lagi the time will come again. Waktu yang di tunggu2 oleh budak2 bola Adelaide. Tournament bola anjuran kelab Umno Melbourne, atau Jimmy ("Timbale Kekteng Pasukey"), panggil Melbong Kap. Yeaaaayy!.

2. Kitaorang memang suka gi Melbong Kap. Mana boleh challange the thrill buat road-trip, pastu gi main tempat orang, lawan team power2, pastu menang plak tu. Di samping ianya memupuk semangat assobiyah kenegerian Australia Selatan, Melbong Kap juga memberikan peluang kepada budak2 Adelaide untuk mengusha awek2 hot, yang amat2 jarang di temui di kampung Adelaide.

3. Alhamdulillah, team Adeled pernah menang dua kali Melbong Kap ni, 2009 and last year 2011. Jadi this year kitaorang akan pergi sebagai defending champion. Pehhh. Tapi bro, belum apa2 lagi, aku dah nampak macam-macam petanda2 nak kalah ni. Camner ni bro, camner?
________________________
Punca2 Kekalahan Team Adeled Tahun Ni.

1. Aku injured
- Aku sebenarnya sakit lutut kiri aku dah dekat dua bulan .......sebab aku tersepak dinding sorang2. Dah puas aku rest, makan neurofen, glucosamine dan fish oil, semuanya hampeh.
- Jadi aku nyer "swing" masa sepak dah lari alignment banyak. Sebab tu lah aku tak skor penalti masa final tornement futsal arituh. Bukan sebab aku dah tak hebat. Aku masih hebat. Tapi lutut aku tak hebat.
- Jadi aku psikologically agak terganggu. Sebab tu prestasi aku agak dowm dan seringkali posisi aku terhad di atas padang dan di atas ranjang.

2. Star player tak ikut
- Jadi apabila aku, selaku star ranking no dua dalam team ni injured, aku ingatkan boleh lah star2 ayam yang lain cover aku kan? Sekali back-up2 singer Adeled macam Miu, Bebeh, Im dan Naimullah, tanak pergi pulak! Kerek siol diaorang.
- Tak pasal2 midfield, defend dan keeper kita kureng. So mula2 aku chill jer sebab star ranking no satu Adelaide kata dia pergi. Dia sorang jer boleh cover kesemua posisi2 tu, termasuklah posisi striker, linesman dan pom-pom girls. Sekali tetiba semalam dia cakap dia pon .......tak pergi.......uwaaaaaa.
Star ranking No Satu

3. Dua kali kena halau beb!
- Dua kali beb. Dua kali! Mula2 tengah syok2 training kat Greenhill Rd tetiba datang mat salleh halau kitaorang. "You cannot play here! This is our pitch! We will sue you!". Rilek la bro. Jangan nangis plak.
- Pastu dua hari lepas kat St Clair. "We pay for this field. We paint the lines. Next time you must called council first. They will tell you, to contact us". Banyak la kau punya konek...ehh kontek. Naim dah talipon doblas kali kot. Diaorang cakap line clear.
- Jadi korang paham2 lah kan. Ni macam alamat2 tak baik lah nih. Tak pon ni kerje budak2 Melben ni aku rasa. Dioarng nampak kita post kat group fesbuk kita train kat mana, pastu dioarng suruh awek2 hot diaorang called mat salleh-mat salleh ni semua. Demm. Haha, Gurau je budak2 melben hokay. Jgn bunuh saya..

4. No Gewes, No Win.
- Tahun 2008 masa first taim aku main Melben Kap, tiada gewe2 Adelaide yang ikut. Result = Kalah.
- Tahun 2009, gewe follow satu kereta. Result = Menang.
- Tahun 2010, No gewes. Result = Kalah.
- Tahun 2011, gewe follow satu kereta. Result = MENANG!!
- Tahun 2012, NO gewes. Result= Konfom Kalah!

5. Isey tok ikuk!
- Semua budak2 bola tahu, mastermind kemenangan team kita last year adalah Isey selaku coach dan Afiq selaku manager. Malangnya tahun ni Isey tak ikut!
- Jadi tahun ni, tiada lagi seorang individu yang kurus macam tiang, putih melepak kalah neelofa dengan muka serius macam Aaron Aziz dlam KL Gangster (melampau sangat dah nih!), yang berada di line-out dok conduct movement and substituition team kita.
- Aku tahu semua orang agak down sebab Isey tak ikut kerana dia cakap dia test next monday ni. We need his expertise. Tapi aku yang kenal Isey selama dua tahun ni langsung tak down. Sebab aku tau taktik kotor dia ni.
- Aku tau Isey bajet bila kita 20 orang budak2 bola yang hensem2 berada di Melbong, dia boleh senang2 tapau semua awek2 Adelaide sorang2. Dem. Korang ingat tak masa NCG last year, selambe dia tinggalkan kita budak2 bola semata2 kerana dia nak main frisbee......dengan aweks2. Takpe Isey! Takpeeee...
Salah satu drp berpuluh2 bahan bukti kekantoian beliau mengodis....

6. Akmal Khairy
Siapa yang dia sokong, konfom.......alah kau tengok skor tu sudep.

_____________________
Life is not perfect


1. Bro. Tiada bende yang perfect di dalm dunia ini. The only perfect stuffs are in heaven. We are meant to live in this imperfect world with our imperfect self, so that we can be tested to separate the worthy from the not worthy, to enter heaven.

2. So kalau kita being tested, surrender should not be in the menu. Kita fight. Sampai mati kita fight. Menang kalah suku cerita. Kita bukan di judge dengan keputusan fight tu menang or kalah. Kita di judge dengan semangat kita untuk fight. The quality of our fight.

3. Korang jangan lupa. Orang2 yang mati syahid tu, mati bro. They don't even know dioarang menang ke kalah dalam pertempuran itu. Doesn't matter if dioarang ayam main pedang or pukul macam pondan. Diaorang masuk syurga sebab they died for their cause.

4. Aku tak mintak korang semuanya mati syahid hari Sabtu dan Ahad ni. Aku hanya nak korang main bermati-matian. Forget all the alasan2 remeh yang boleh kita jadikan alasan kita kalah.

5. Setiap kemenangan yang kita kecapi dulu di dalam Melbong Kap ni, datangnya dengan dugaan. In 2009, sampai pagi Sabtu so tak cukup tidur, main gaduh2, injury etc. Last year, 2011 pehhh...kalaulah korang tahu betapa gilernye "behind the scene" taim tu, or even "after the tournament" nyer politikus, pehhh. Mampos pecah pala aku. Tapi alhamdullilah everyone was very professional and put the team first. Tq people.

6. And sorry to Que and team kaki bangku from myself. Totally my fault.

7. So this year aku no longer jadi kapla. Aku happy je dok belakang2 diam2 dan follow instruction from kapten Naim, coach Isey dan manager Afiq. They have done a good job to manage the headache untuk select sapa main dan cover budak2 yang tak boleh pergi. We have a good team again this year, and hopefully we will go all the way insyaAllah. So boys. Gud lak!

" Melbourne Cup 2012 Champion. NCG 2012 Gold Medal. Nothing less"
Kite bakorr...

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails