Wednesday, April 18, 2012

Ada Orang Ciplak Blog Aku .....

Salam,

1. Blog aku kene ciplak. Bangga siot! Cekidaut..click--> "Amoi News".
Giler Slamberjohn!!

2. Semua pemblogger tegar akan tahu ini adalah perkara biasa untuk blog2 yang gempak2. Jadi apabila blog aku ni telah di cetak rompak, itu bermaksud, finally, blog aku ini sudah boleh di kategorikan sebagai blog gempak! Yes! Aku dok tunggu je call dari Harian Metro nak interbiu dan tangkap gambar aku dengan Nelofa kat atas peha aku. Pehh. Call me anytaim bro. I'm free.

3. Jadi aku tak marah pon. Buat apa aku nak meletup dan kecoh2 macam blogger2 lain tu, sampai nak saman lah, nak carik sampai lubang cacing lah, disable "right-click" la, etc. Sebaliknya aku nak ucapkan tenkiu.

4. Buat apa aku nak marah2 orang yang bodoh. Orang2 yang buat kerje gini konfom2 bangang sebab tak sedar diri yang diaorang ni tak reti memblogging tapi still nak jadi blogger so solution diaorang adalh copy paste hasil ilham orang lain. Sia2 je kalau aku nak marah2 dia.

5. Naturally, sebab aku hensem dan hebat, aku tahu sooner or later, this could happen to my blog. Boleh je kalau aku nak select options kat Blogger tools tu untuk menyusahkan org copy blog aku. Tapi aku chill jer. Instead, aku letak tools yang boleh detect mana2 ayat or picture blog aku yang orang copy paste.

6. So tools tu akan notify aku secara "specific", words mana or pics mana yang ada orang copy paste. Pastu aku gugel lah ayat tu dan tengok sape punya kerje ni. So, kalau anybody copy paste ayat aku dalam blog or public forum, kantoi lah ngan aku!
Blogpost paling recent kene copy paste. Ni sapa punya kerja niha? Haha

7. Tapi kalau dia copy paste dalam computer dia or private forum or dalam facebook, itu aku tak boleh detect. Eg kalau kau save pic hensem aku dalam hard drive engkorang, itu selamat. Teruskan buat kerja mulia ini.

8. So this mamat, yang copy blog aku, dia bukannya copy satu dua entry. Dia copy KESEMUA entry aku up till december last year. Gilos. I wonder if dia guna programming. Banyak kejadah masa dia nak copy paste sebijik2 setiap entry aku.

9. Dan dia ni macam dah biasa buat kerja. Tengok tu, sampai 3 blog dia copy paste.
hampeh..

Ni blog sape lah dia copy paste gak ni.

10. Yang kelakarnya, kalau kau tengok elok2, mamat ni adalah mamat/minah Indon. Semua format blog2 yang dia ciplak dia ditulis dalam bahasa Indon. Pastu dia ada selit entry post dia or iklan2 Indon dia satu dua. Tapi blog2 yang dia ciplak, SEMUANYA blog Malaysia. Apejadus Indon wey? Takde blog Indon gempaq ke kau boleh bikin ciplak dong?



11. I wonder kalau dia ni boleh faham ape yang aku tulis kat dalam blog ni. Sebab aku banyak kot guna istilah rempit.

12. Tapi takpela. Asalkan kau happy Mat Indon wey. Cuma satu je yang aku minta. Akhirat nanti, kau janganlah nak "copy paste" dosa2 yang orang dapat sebab baca "blog kau" tu kat aku pulak!

13. Memanglah aku yang tulis. Tapi kubur aku, kubur aku. Kubur ngkau, kubur engkau. So blog aku, dosa aku. Blog engkau, dosa engkau. Hahahaa. Tapi kalau dapt pahala, konfem aku claim la! So bro Indon. Nak copy blog aku? Permisi.

Sekian. Mekasey, Wassalam.

10 comments:

Jemz said...

fuhhhhhhhhhhh......

JAIRO said...

mun dia ni budak indo yang suka ckp kelantan kot hehehehehehe

Marissa said...

alaa..baru nak jadik plagiarist..ada software plak dah..

ye agak glamer seh..tapi sebagai seorang yg vain (like me)..i guess tis is normal ;)

mangkuk statik said...

Jemz: mmg fuhh.
Jairo: Gomo Indon Gomooo!

bofoyengfeng said...

power!

Zinedine Zaiddin said...

Suh ada script apa2 ni..gilo ke apo nak copy paste satu2 blogpost hang

mangkuk statik said...

Marisa: Booo..Jeles letew. Cuba kurang2kan BusinesJob dan perah otak skit! Konfem maju jaya blog cite blu ngkau tu!

bofo: aku mmg power zahir dan batin.

Zidan: mane tau dia rajin...hahha

ihsan_huhu said...

amoi news bahahahaha

Marissa said...

Takde jeles nye ler..blog tu tulis suka2 lepas sex je..takde org baca pon wa xkisah bro..i like wat i like..n i read wat i like :P

ajaq said...

dia tak reti ngeja bro sebab dia copy and paste......kalau ko dapat tangkap aku nak starlight dulu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails