Friday, April 6, 2012

Persamaan Di Antara Wanita, Ikan Piranha, Jaws dan Singa Betina

Salam,

1. Apakah persamaan di antara orang perempuan, ikan piranha, jaws dan singa betina?

2. Adakah korang perasan, semua aweks2, dari yang kecik sampailah ke yang tua bangka, akan mempunyai tendency untuk beramai-ramai jadi obsess giler terhadap seseorang lelaki yang diorang minat.

3. Menjadi obses hinggakan bila sebut je nama tu napas mereka akan tetiba macam tak cukup oksigen. Kalau terjumpa lelaki tersebut, mereka akan terlompat2, tolak menolak, pijak memijak dan seolah2 nak terkam balak tu dan gigit2 gluteus maximus dia! Spender yang diorang pakai pon sanggup di tanggalkan dan di campakkan kepada lelaki tersebut. Bra, toksah tanya lah. Lagilah best utk di lastik sebab lebih elastik kan. Dan mulut mereka akan tak berenti2 terjerit2 sekuat2 hati dioarang sampai nak pecah dada-dada mereka yang kini tidak ber-coli itu.
4. Nowadays diorang gila giler-gilernye kat Beiber, Bruno Mars, Khairul Fahmi Che Mat dan Aaron Aziz. Once upon a time diaorang giler kat Mawi, Anuar Zain dan Leonardo di Caprio. Dulu2, kat Tom Cruise dan Brad Pitt. Laaaaaagiiii dulu, Beatles dan Elvis. And so on sampailah ke zaman Nabi Adam kot.

5. Awek2 alim pon sama jer sekapal. Sapa yang terjerit2 masa konsert Maher Zain di UIA aritu? Sapa yang dok berangan nak kawin ngan Ustad Don? 90% drpd org yg like fanpages dia kat fesbuk tu awek2 usrah kot. Lagi 10% tu abang2 usrah yang gay.

Gewe sajer line depan...
Tulang jer pon. Tanpa celak dan serban, dia macam orang kampung jer. Hype korang je yg lebih2. Minatilah dia kerana ilmunya. Bukan kerana kekacakannya kerana aku lebih kacak kot. Baik minat aku jer gitu!

6. Wahai awek2? Lu aphal? Ada waras? Lu tengok kitaorang. Chill jer. Kalau Megan Fox lalu seblah pkai bikini, takdelah mulut kami terjerit2 macam siren amaran kebakaran, walaupun ada kebakaran berlaku pada salah satu organ penting kami. Kalau Neloofa dok tunduk ikat tali kasut, takdelah kami tetiba terkam dan gigit gluteus maximus dia. Kalaulah kami jumpa Ustazah Nor Bahyah kat pasar pon, takdelah kami tetiba tanggal spender dan baling kat muka dia.

7. Fenomena ini sebenarnya adalah salah satu daripada beribu2 kelemahan kaum wanita seperti reverse parking, membaca editorial column dalam paper, memahami apakah itu off-side dan menyembunyikan porn di dalam computer.

8. Ianya terjadi kerana walaupun secara genetically awek2 ini juga adalah homo sapiens macam kita dan mereka juga di goda oleh syaitan macam kita, akan tetapi mereka mempunyai satu lagi musuh yang tidak pernah di hadapi oleh kita kaum lelaki.

9. Hormon.

10. Tubuh wanita adalh terdiri daripada 50% air, 20% lemak di lokasi2 stategik, 20% berat tudung berbelit2 tu dan 10% hormone.

11. Kerana hormone lah, badan mereka terbentuk macam awek. Kerana hormonelah mereka subur, mengeluarkan telur dan datang haid. Kerana hormonelah juga banyak laki orang tak boleh makan 3 hari di dalam sebulan dan mereka tak boleh nak komplen pon di ketika itu sekiranya mereka sayangkan nyawa mereka.

12. Jadi, di dalam fenomena awek2 jadi psycho mobs bila minat kat mana2 lelaki, ianya bermula daripada minat biasa2 jer. So hormone mereka telah teruja skit. tetapi masih boleh di kawal. Akan tetapi, apabila ada awek lain pon cakap dia minat kat lelaki tersebut, secara automatik awek tu akan pikir, "hmmm, so bukan aku sorang cakap dia hensem. So mesti ada something ngan lelaki ini". So minat dia tetiba berganda.

13. Dengan setiap pertambahan jumlah awek yang minat kat balak tersebut, their perception terhadap lelaki tersebut akan evolve dramatically daripada, "Okaylah dia ni"-->;"Hensem la dia" -->"OMG gorjes nyer, tak boleh napas aku"-->;"Marry me please" -->;"I kill myself if u don't want me"--> Dewa.

14. Fenomena ini sebenarnya adalh sama je macam feeding frenzy oleh piranha dan ikan jaws. Bile sekor jer start makan, dia akan mengeluarkan pheremones yang akan signal kat ikan2 lain yang ada open table nih! So ikan2 lain akan join sekaki and they in turn mengeluarkan more pheremones hingga semuanya jadi giler dan berebut2 nak makan.

15. Most of the time diorang tak tahu pon, piranha or jaws yang asal tu makan ape sebenarnya. Siput babi ker, tapak sulaiman ker, cacing kerawit ker. Sebab bile kene pheromones tu tetiba je diaorang trasa lapar giler dan akan gigit jer aper2 yang boleh sampaikan member2 diorang pon dioarang akan gigit2 jugak asalkan dapat lepas gian. Tak boleh kontrol.

16. Samalah cam aweks. Bile sorang je start mula, diaorang dah mengeluarkan "aura" yang dapat di sense oleh awek2 lain. So awek2 lain akan mulalah interested dan join sekaki minat jugak. So tetiba mereka akan mula tolak menolak, cantas mencantas, bitchy membicthy sesama mereka untuk dapat their target.

17. Yang funny nyer lagi, kalau awek2 ni jalan2 tetiba nampak ada mob of aweks dok kerumun satu artis ni, diorang pon tetiba tinggalkan balak diorang dan join sekaki terjerit2, snap gambar dan berebut2 hulur2 tangan nak salam ngan artis tersebut walaupun diorang tak minat pon or tak kenal sape artis tu pon! "Ehh! Sapa tadi tu ekk?" Seolah2 baru lepas kene pukau.
Sapa nyah nih ekk?

18. Di dalam dunia singa, bila alpha singa di tewaskan oleh singa jantan yang baru, dia kene belah tinggalkan gundik2 singa betina dia. Then the new alpha males will kill or halau kesemua anak2 singa alpha yang lama tu. Tapi gundik2 tu boleh selambe je accept the new alpha, walaupun dia baru je lepas bunuh dan halau anak2 diaorang. Why? Same concept. Bila dah ramai2 tu, diorang macam kene pukau dan follow je jantan baru tu.
Dasar betina! Ciss!

19. This also explain the common perception among women, "All the good guys were taken". Basically awek2 lagi mudah untuk jatuh cinta kepda suami orang, macam aku, kerana bagi mereka suami orang sudah tentunya "okay" sebab tu lah ada wanita lain yang minat kat dia sampai kahwin, beranak, jaga makan etc. Why do you think awek2 giler2 minat kat Aaron Aziz dan aku? Kerana kami hensem dan kami telah berkahwin!

20. Sebenarnya the target tak semestinya a man. Or it could be anything. Kalau orang2 pompuan ini berada di situasi di mana ramai pompuan inginkan bende yang sama, diorang akan jadi ultra competitive dan akan snap at each other. Contohnya kau pernah tengok muka2 awek2 time sales tak? Muka bengis macam rimau kan!

21. Dan awek2 ni tak perlu berada dekat2 seblah-nyeblah pon. Kalau on the fon or online pon diorang boleh berjangkit minat kat lelaki/object yang sama. Bile tengok banyak "like" je kat fb, konfem nak like jugak. Kalau ada banyak komen, dia gatal nak komen jugak. Sebab tu senang awek2 buat bisnes online kat blog or fb jual macam2 daripada tudung kepada tuala haid berherba. Konfem ada aweks akan beli. Cuba budak2 lelaki try jual seluar jeans online. Hancus. Jual majalah playboy pon belum tentu ada org beli.
Sampai 52 komen semata2 kerana nak citer pasal kegedikan masing2 bila jumpa mamat afghanistan jual kapet mane ntah nama Ridzuan. Aku pasti, somewhere in secret group on fesbuk, ada aweks2 dok komen sampai 53 komen pasal kehenseman aku jugaaa.....

22. Jadi, moral of the story, bagaimanakah caranya untuk engkorang menjadi lelaki pujaan wanita2? Senang jer bro. Kau kene yakinkan hanya DUA orang awek untuk minat kat engkau. Pastu kau rilek sudep. Their hormone will do the job. Tetiba jer kau akan ada fan mobs dan facebook pages bro. Selamat mencuba.

23. Samalah macam poligami, the key untuk berkahwin empat adalh kau kene kahwin DUA jer dulu. After that berbini 3 dan 4 tu hanyalah sayur. Kerana selepas kau berkahwin dua dan nak tambah satu lagi, bini pertama akan senang2 je kasi lulus sebab nak sakitkan hati bini no dua. Dan bini no dua pulak tak boleh kata "tidak" sebab dia sendiri telah rampas suami orang. Bini no empat pulak akan datang tergolek2 offer diri sebab bila dia tahu kau kahwin 3, maka sudah tentunya kau "power" dan "mampu". Selamat mencuba.

Sekian mekasey wassalam.

5 comments:

Zinedine Zaiddin said...

THIS IS AWESOME!

ok hormon aku menggelegak sikit...sikit je la, xde sampai baling spender..

JAIRO said...

abg usrah gay.. hahaha aku ingat k pop jer ada gay

Anonymous said...

hahaha..gila genius..

jackal

M said...

baik baik mencuba..takut kena yang electric eel type :D

Jemz said...

kah kah kah...nais.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails