Sunday, April 1, 2012

Langkah Pertama Di Alam Perkerjaan: "Nasihat2 yang konfem mak ayah korang takkan bagik"


Salam,

1. Sekarang ni tengah taim graduation di Adeled. UniSA graduation dah lepas last week. Seminggu lagi Uni Adelaide pulak kalau tak silap.

2. Seperti biasa, bila taim grad ni, maka tetiba kedai aku macam di serang oleh orang2 yang berpakaian cun. Mereka datang, seperti biasa, adalah untuk mengusha aku yang hensem. Makan tu hanyalah secondary objektif. Bajet boleh ngorat aku letew dengan baju baru, ketat sana sini, tudung belit2, rambut tinggi cam Rosmah, mekap tebal sampai nak runtuh muka dan kasut bertumit 4 inchi.

3. Alhamdullilah iman aku masih kukuh. Kamonlah. Takan korang tak pernah dengar. "Beauty is only skin deep". So. Show me more skin bebeh......

4. Truthfully, I am soo happy for them. Aku bangga korang grad. Mission accomplished. Alhamdullilah.

5. Tetapi sewaktu korang bergembira bersama2 kawan2 satu batch, I cannot help but thinking how naive you are at that moment. Korang dok gelak sama2, ambik gambar sama2, diskas pasal nak kerje kat mane, bila nak buat re-union and stuff.

6. Tapi aku dok tilik. Lagi 10 tahun, mane satu diantara korang yang akan berjaya, mana satu yang akan menjadi kaya, mana satu yang akan masuk paper/TV, anak ramai, menten howt, Ketua Jabatan, Dekan, CEO, pakai Porche Cayman, jadi Datuk, bini 4, kahwin artis, etc.

7. Dan juga mana satu yang akan tikam member, gile pangkat, pembodek boss, pengangur kronik, pencuri tulang, pemecah amanah, pengambil rasuah, pembuli, peruntuh rumahtangga orang, andartu, peng-sexual harrasment, gila betina, MLM, jual tudung/kuih raya/slimming shits kat opis.....

8. Ya. Kawan2 yang kau dok peluk2 taim grad tu, one day will be kawan2 yang kau akan bunuh. Kau akan cantas. Kau akan segan nak ngaku member. Kau akan stalk je senyap2 dalam fesbuk dgn penuh envy.

9. Dunia perkerjaan AKAN mengubah engkau. Ini kau tak dapat nak elak. Its part of the proses di dalm kehidupan kita di dunia ini.
____________________________
Hutang...

10. Ia adalh langkah pertama korang ke alam dewasa. Alam di mana kau suddenly become financially independent. Biasiswa FAMA akan di potong partially (utk anak org kaya) or totally (utk org2 biasa2). Kau dah kene budjet sendiri. Berapa nak joli, berapa nak saving dan apekah bende yang menjadi priority financially bagi ngkau pada masa ini. Kereta vs Rumah vs Kahwin.

11. Yes my frens. Common misconception bagik korang adalah, "bila kerje konfem banyak duit" kan? Tapi korang tak sedar, bila kau start kerje jer, kau akan start berhutang. Hutang paling biasa yang pertama sekali orang buat adalah hutang beli kreta. Selepas 2-3 tahun kerja, ada orang berhutang untuk kahwin. Siap buat loan bank! Dan selepas berkahwin, kau akan berhutang beli rumah pulak.

12. How big or deep is your debt depend on betapa "mengada" kau lah kan. Ikut taste ngkau lah. Ade org yang taste tinggi, so diaorang hutang tinggi ler. Be sensible dan banyak kan saving. Pokoknya, berhutanglah mengikut kemampuan financial engkau. Jangan sampai kene potong tangan ngan along sudep.
___________________________
Politik...

13. Langkah pertama korang masuk opis juga adalh langkah pertama orang akan treat engkau sebagai "orang dewasa". Kau bukan lagi adik2, budak uni, intern etc. Kau sekarang ni adlah rakan sekerja/collegue mereka. Masing2 berkerja untuk kebaikan or untuk naik pangkat di company or jabatan depends samada kau kerja private or kerajaan.

14. Jadi welcome to ofis politik. Sapa yang kau kenal or kau musuhi akan menentukan berapa banyak gaji kau akan dapat setiap bulan. Semuanya pasal duit. Kerena duitlah berlaku tikam menikam, gossip/mengumpat/cakap belakang2, bodek boss etc. Semuanya adalh untuk mengjustifykan kau lah pekerje terbaik di Jabatan/company tu. Kaulah paling layak dapat gaji paling tinggi.

15. Don't worry. Mula2 kau akan terkejut. Tapi lama2 kau akan dapt baca. It is your choice to go with the flow and "may succeed" . Or be an idealist and your carrer "may become stagnant" . But if you work in a shit tank for a long time, eventualy you will not realize the smell of the shit anymnore. It will no be long, bila kau juga akan one of those yang bila jumpa member akan cakap,
"Ehh Kiah! Ya Allah, lama tak jumpa sejak dari Adeled lagi kan. OMG! Aku dengar kau kat HUKM. Kau berapa sekarang ni ekk? Aku dah 54!!".
54 tu bukan umur yer kanak2 semua. Itu adlah Gred tangga gaji utk kerje kerajaan.
___________________________
Kahwin...


16. Langkah pertama kau di tempat opis itu juga adalh langkah pertama ke arah perkahwinan. Memang bunyi dia macam cliche drama swasta melayu, tapi memang selepas dapat kerja, semua orang akan stret pikir pasal kawin.

17. Awal2 lagi, baru sejam kau dok di opis, masa first day orientation tu, budak2 lelaki yang "satu batch" baru start kerje ngan ngkau dah usha2 awek mana yang diorang nak tekel. Senyuman berbalas senyuman. Jelingan dgn jelingan. Kertas2 "salam perkenalan" akan di pass. Phone number akan bertukar. Dan malam tu masing2 akan "add as friend" berlonggok2 kat facebook.

18. To put simply, its like school all over again. Semua org berebut2 nak carik awex or balax. But this time its no longer cinta monyet. Ni cintan yang nak tanak, hingga ke mati. And the stake is high for female. Its do or die for them before they may slip deeper and deeper into andartu with each passing years. For boys, well, rileks je bro. Tahun depan ader. Tahun depan2 pon ader. Tahun depan X sejuta tahun lagi pon boleyh!!
_________________________
Usia...


19. Langkah pertama di tempat kerja juga adalh langkah kau merentasi batas usia. Sedarlah. Sekarang ini, tiada lagi orang yang lebih tua dari ngkau yang kau boleh panggil pakcik or makcik. No more. Semua orang2 tua kau kene panggil abang or kakak sahaja. Walaupun diorang mungkin sebaya or lagi tua dari mak bapak ngkau. Tak caya gi lah panggil otai2 kat opis tu pakcik makcik. Down stret!!
__________________________
Halal...


20. Dan akhir kata, untuk aweks-aweks, langkah pertama di alam perkerjaan ini juga adalh langkah pertama di mana kau adalh halal untuk di tekel oleh semua kaum lelaki tak kira usia. Yes, yang baya bapak kau dengan anak cucu berderet2 pon halal untuk membaham engkau.

21. Kerana kau bukan lagi taboo bagi mereka. Kau sudah melepasi alam sekolah dan alam universiti. Apabila lelaki berumur 33 tahun ngorat awek berumur 13 tahun, dia di panggil paedofile. Tapi bila lelaki berumur 53 mengorat awek berumur 23, itu di kira "Biasak le beb!". Tolong lah jangan post kat fesbuk or twitter," Apsal laki2 orang ni gatal nak ngorat aku" etc. Sedar diri lah sikit. Kau kini adalh umpama lauk yang terhidang di kenduri kahwin. Semua orang sila makan.
_______________________
Cuaks???


22. Dengan ini aku ingin mengucapkan selamat berkerja kepada pembaca2 sekelian. Betulkan niat masing2. Dan langkahlah ke tempat perkerjaan masing2 dengan penuh ceria dan konfiden kerana aku pasti korang akan berjaya dan there's nothing to be afraid off.......if you are males. If you are aweks, hmmmmm......matilah engkau.

Sekian, mekasey, wassalam.

9 comments:

Akim Iqbal said...

Pak cik mana button like facebook, boleh like ! Woha !

El-Janna said...

hehheh. habes la mereka^^

Anonymous said...

Best sial post nih... seswai untuk aku... hahaha...

mangkuk statik said...

Akim: TQ. Tak yah button like2. Post link je trus kat fb. Pemalas la hang ni! Ehh...awek kau datang kim salam kat aku aritu. Walaikumsalam.

El-Janna:Fuyoo...awek cun! Kau pon abes gakk nanti kene sembelih!

Anon: tq. Amal amalkan selalu..haha

ihsan_huhu said...

dem ah... aku start masuk kje sorg2

Dr. Ben said...

itik tu best... kena selalu pos itu itik!

Jemz said...

..selamat dtg..

Marissa said...

sorry tak paham la konsep itik tu..

anywayss..alam pekerjaan mmg lagi best dari alam skola or uni sebab dapat $$ sendiriii..yipiiee

mangkuk statik said...

huhu: minah salleh ramai. Pelaga. Interacial la.

Ben: Cuak tu character itik dalam citer spanish maner ntah. Aku rembat je masuk blog

Marisa: Aku sekolah2 dulu dapat biasiswa. Tak payah kerje pon! haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails