Tuesday, April 24, 2012

Lelaki-Lelaki Kesukaan Dara

Salam,

1. Alhamdullilah last week Ustad Hussain Yee telah datang Adelaide dan menyampaikan beberapa ceramah tentang dakwah.

2. Of kors aku pergi sebab aku dengar2 Ustad Hussain Yee ni ada banyak cerita2 "best" yang "kontroversi".

3. Akan tetapi bila aku gi, aku rasa dia sempoi giler. Macam sifu kungfu. He is very calm, very collective and very wise. And he tried the best that he could to avoid making any controversial statements. Dia tak layan orang2 yang tanya soalan nak kutuk Syiah or tentang persoalan2 yang telah memecah belahkan ummah.


wachaaa...

4. Of course as expected dia bantai kaw-kaw perangai2 buruk Melayu yang bajet Islam ni milik Melayu sorang jer. Padan muka Melayu. Nasib baik aku berbangsa Australian.

5. The same thing happened bila Ustad Fathul Bari datang last year. Aku yang sumpah tak pernah dengar nama dia seblum ni, terus dengar macam2 citer pasal dia.


6. Tapi bila aku jumpa dia dan berborak2, dengar cerita budak2 yg dok sekali ngan dia dan pergi ceramah2 dia, aku rasa dia memang sempoi giler. He is wise beyond his years.

7. Dia ni pelik sikit. Walaupun benar dia adalah UMNO, tapi masa dia datang aritu takde sepatah perkataan pon yang aku dengar keluar dari mulut dia yang kempen orang masuk UMNO. Of kors orang2 PAS memang bengang tahap dewa kat Ustad Fathul Bari ni dan akan tunjuk kat kau video2 dia hentam Bersih dan Demo.

8. Tapi kalau kau ada otak dan bukak sikit video youtube dia yang lain dan dengar ceramah2 dia, kau silap2 aribulan akan ingat dia ni Ustad PAS. Hampir 90% drpd pandangan dia adalh sebijik2 macam PAS tapi takde org nak kisah pon. Pandangan dia yang lain skit ngan PAS tu lah yang org dok repeat2.

9. Both of them, Ustad Hussain Yee dan Ustad Fathul Bari are salafi. So geng2 oldskol dan mat2 pondok memang konfom akan bengang dan label diaorang ni "wahabi". Long story.

10. Aku juga pernah jumpa Ustad Hadi Awang, two times. Dia pon sempoi gila. Gila fishing. Very2 approachable. First time dia datang Adelaide during 90s, dia di jemput atas konteks Islamic summer camp. So dalam ceramah dia langsung tak sesentuh hal politik. Masalahnya bila budak2 tanya soklan politik. So nak tanak dia kene jawap la.

11. After ceramah malam, dia akan lepak kat kantin di kelilingi oleh student2 yang tanya segala soklan2 gile kat dia dan dia layan semua soklan2 tu sampai lewat malam. Termasuklah soalan panas pasal "Amanat Haji Hadi", mengkafirkan Umno etc. Bantai jer. Dan dia kan jawap dgn cool.

12. Aku belum lagi jumpa Datuk Sri Najib. Tapi aku rasa dia juga di adalh seorang yang sempoi giler juga. Geram aku nak geletek perut dia dan jerit kuat2 "IKAN PATIN!!!!"


13. Aku juga belum pernah jumpa Rosmah, walaupun aku ni jahat dan selalu kutuk sakan dia. Tapi, aku yakin, kalau aku jumpa Rosmah, otomatik aku kan jatuh cintanya dan stret jadi toyboy dianya no hal. Konfem Rosmah sempoi kot. Konfem kalau aku ajak karok kat K-Box, mesti onn stret.

14. Aku pon belum pernah jumpa Hitler. Tapi dah sah dia kool gile kot. Tengok dressing dia camner. Pehh. Aku nak tanya dia sekali ia pakai gillet, berapa hari boleh tahan? Macam high maintainance jer misai tuh.

15. Oleh itu, kita ni sebenarnya janganlah terlalu cepat utk mengjudge seseorang. Jangan dengar cakap2 org. Jangan baca apa yang orang lain tulis dan membuat penilaian based on that guy punya penulisan.

16. Utk mengenali seseorang itu, kau kenalah pergi jumpa dia, on personal level. Baru kau "kenal" siapa dia.

17. Jangalah pulak pergi serang dia taim dia bizi or tension. Macam dia tengah ada urusan etc. Itu sapa tak marah kan?

18. In Adelaide context, samalah kesnya macam Sayuti, Aliph, Zaki, Rizman, Dr Kamarul dan aku. Dont judge kitaorang based on apa yg org kata, orang tulis or apa yang kami sendiri tulis. Nak kenal kitaorang, kau kenalah jumpa kitaorang sendiri.

19. Tak kenal maka tak cinta. Dan kami sebenarnya adalah orang2 yang sangat mudah untuk di cintai oleh anda semua terutamanya sekiranya anda merupakan anak2 dara yang cun.

Sekian, mekasey, wassalam.

8 comments:

FakirFikir said...

Nama aku hang tak masuk? Ces hang...

mangkuk statik said...

Sebab hang bukan lelaki. Hang "jantan" ...haha

mangkuk statik said...

Dan takde dara nak kat hang, jgn dok perasan. Level hang tu level idaman janda jer bro...

Dr. Bentara said...

ceh... ORANG NAK ENTRY POLITIK LA... PILIHANRAYA DAH DEKAT!!!

gym_midas said...

australian eekk....abih budu mu nk lagu mano....

mangkuk statik said...

Ben: Kau lah pulak tulis pasal politik kat krenmaut. Aku dah bosan berleter pasal politik! Cukuplah aku mengibarkan bendera PAS kat seblah tuh..haha

Gym: What is this "brudu"? I've never seen of this word in Oxford dictionary sir.

ihsan_huhu said...

biasenye diorg ok, pengikut die aje yg mcm haram

M said...

no.19 ayat promosi..baru je nak kenal no.18 but since i'm daraless w/pon cun..so tak jadik lah nak kenal maka nak cinta

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails