Friday, January 30, 2009

Kopi Kuat 2: Sape minum dier mengaku mati pucuk!!

Salam.
sambungan kopi kuat.
This post is rated OP. Ia hanya utk orang pandai atau org yg persan pandai sahaja.

1. Aku biler tengok org minum kopi-kuat , aku mesti geram nak bertanyer.:

- sejak biler encik ni mati pucuk sampai kene makan tongkat ali nih..eh kesiannyer. Nah amik buah limau ni.
- En zakaria demam ke ari nih?
- Muda2 pon barang dah kondem ker?
- woo bestnyer lu ...malam ni "on" ke?
- abang nak bersilat malam ni dah dapat permit polis ker?
- abang tak nak tapau kopi kacip fatimah skali ker...?
- Ehh bang..minum kopi "power" pagi2 ni nak "kais pagi makan pagi" ker? Tak kerje ke arini?

Jadi, tak malu ke korang dok minum kopi-kuat ni. Seolah2 korang declare kepada khalayak ramai yang kau ni mempuanyai masalah batin ATAU kau ni nak balik rumah buat project!

2. Peminum2 kopi-kuat tegar akan berkata, kopi ni bukan untuk tenaga batin jer. Malah ia baik untuk kesihatan. Cuber lu check forum kopi radix ni. Cuba bacer bahagian komen pembace tuh. Mangkuk sungguh. Sebok bertanyer al-nujum tetang masalah kesihatan drp masalah batin kepada masalah zahir.

3. Pak belalang nak jual obat. Memang dia cakap semuer boleh. AKu tension jadi aku pon post komen ni
  1. 1. Adakah kopi radix ni dapat menyembuhkan masalah gejala mat rempit di negara kita?
    2. Bolehkah kopi radix ni membantu rakyat palestin dalam perjuangan mereka menentang israel?

Ciss aku lupa nak bubuh satu lagi. Bolehkan org lain menjadi sehensem saye biler minum kopi radix ni?
(Note- kalau aku mati tetiba, itu bukan sebab aku di santau oleh HPA Industries Sdn Bhd pembuat kopi radix yg terer bab herba ni. Mati ku hanyalah suratan takdir. Plis don't avenge my deathhh !! And you can mengorat my wife..kesian dier menjanda nanti!!)
(Second note- kalau nak santau ker antar hantu/jin/setan ker..naper tak hantar ke israel ker, ke goerge bush ker. Ke adakah mungkin ia sebenarnya TAK JALAN!!)

4. Jadi persoalan aku, ADAKAH PERLU KITA MENGAMBIL KOPI-KUAT ATAU PRODUK2 TENAGA BATIN SEUMPAMANYA?

5. Bagi aku, kalau kau ader masalah batin yg di sahkan oleh doktor...why not. BUT kalau kau sehat wal-lepat-liat kenape kau nak ambik jugak? Contohnya: kau biasa makan panadol bila pening kepala. Tapi bila kau tak pening kepala, adakah kau makan panadol jugak?....sajer suka2 makan panadol, mane lah tau kan ..kot2 datang pulak pening kepala ni. Giloo ko!!

6. Product2 seks ni bukan main2 cam panadol. Impaknya MERBAHAYA! Sebabnya ramai org gunakan pruduk-seks ni sebagai amalan harian sebab termakan dengan label "menjaga kesihatan". Buatnyer product tu betul2 effective...tak ke ramai org lelaki yg berjalan denagn keris yg terhunus....sedang mencari sarungnya. Kalau sarung tu sarung yg halal tak pe. Tapi kalau sarung yg haram camner?

7. Biler asyik dok pikir seks jer dalam otak dan asyik mengujakan diri sendiri dengan makan ubat-kuat.....maker timbulah banyak masalah. Pembuat product2 herba seksual ni dah tak peduli effect camtuh. Depa dah berijtihad korang pakai product tuh utuk jln yg halal. Tetapi secara tidak langsung, mereka sebenarnyer menyumbang kepada gejala haruan makan anak/sumbang mahram, zina, khalwat, pemerkosaaan, bohsia pre-paid, vcd porno dsb.

8. Dalam website kopi radix yg lain ni, tengok responses pertama drpd farahin(yg obviously salah seorang jurujual radix) dan jawapannya di responses ke dua. Adekah patut seorang emak dan tok bomoh rekemen bagik kopi-kuat ni kepada remaja? Langsung tak bertanggung jawap! Ni "salah satu" punca kes yg aku baca masa aku balik malaysia aritu yg seorang budak perempuan berumur SATU TAHUN di perkosa oleh suami dan anak lelaki remaja penjaganyer (child care). Mak budak tu bukak nappies tengok penuh ngan darah. Ni namernyer Bangang tahap babi kuraplah kalau kau nak bagi anak kau makan kopi-kuat!! Budak2 muda mana perlukan ubat kuat. Awek tiup jer dah cukup!!

9. Kita kenalah pandai dalam menbuat pilihan. Jangan jadi terlalu taksub dengan ubat-ubatan melayu yg tidak di kaji secara scientific tentang effect dan side effect nya. Jgn termakan dengan ayat2 salesman yg memjual nama2 saintis jalanan maner, doktor murahan mane dan kajian2 universiti yg tidak pula diberikan tajuknya, tahun bila dipublish, journal mana etc. Kalau betul ia menyembuhkan kanser, naper ari2 masih ramai org kat malaysia mati kanser lagi? Engkorang ni bukannyer BODOH. Korang tengah dok study OBERSEA lagi. Jgn merendahkan minda anda ke level pakcik makcik tak sekolah tuh. Kritikal sikit!

10. Kalau ader org still kater ni ubat jaga kesihatan, silelah tulis komen, nanti aku bagik hujjah2 aku. Kalau ader org bagik AYAT STANDARD..."nanti bile dah tua baru tau ape kesanya". Aku nak mintak pakcik/makcik tu bagitau aku aper kesanya SEKARANG, aku nak buat list tulis satu2 dan kalau tak jadi nanti biler aku dah tua, aku nak report kat ALLAH. Biler dah tua tuh, enjine dah semput, sendi2 dah jam..tak kira lah kalau kau ambik ubat herba maser muda ke tidak. Sakit2 maser tua tu PASTI. Mati tu KONFIRM. Jgn nak jadikan alasan nak jual ubat.

11. Sebelum aku chow, kopi radix aku jadikan contoh bukan sebab aku tak suka kompeni tuh. Tapi sebab depa kempen sakan lam internet, tu yg senang search tu. Kopi2 lain pon 3 kali 4 gak. Kompeni HPA tu aku tengok lam website memang bagus. Satu kompeni muslim yg patut di contohi. Semoga Berjaya.

to be continued..

Sekian. Terima Kasih. Wassalam

Tuesday, January 27, 2009

Kopi Kuat part 1: Sticky Ali and friends di marahi Encik Zakaria.

Salam.
Warning: Bahasa keras.This post is for org jantan sajer. Org betina tok sah lah nyebok bacer yer.
This Post is rated 18SX for Malaysian audiences. Ia adalah straight forward tentang seks, mengenai seks dan pasal seks org lelaki. You have been warned!!
This post is rated PG for Australian audiences. Everbody can read it.

1. Aku dah dua tiga malam tak boleh tidur sebab dahaga la.... Hari ni panas aku dengar sampai cecah 45DD ..ehh C la. Sat aku minum air jap....Jadi aku telah mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah senior blogger abg ben dan fakir-fikir dgn cara "pasang satu lagi". Dier org ni dah lama dah "makan luar" di 5 -6 tempat dah . Tapi cukup lah aku melempiaskan dahaga aku kat tempat kedua aku ni je.

2.Aku tau konfirmnyer lah, usaha ke dua aku ni bak kater aliph al-turkistani "warm warm chicken shit" je. Tapi tak kesahlah sebab bagi aku "shit is better outside, than inside"...what??

3. Sebut-sebut pasal air di malam yg gersang ni, teringat aku maser balik ari tuh dok cari kopi nak jual kat mapler aku. Alamak..sikit punyer susah lah bro. Punyer lah banyak product2 kopi "kuat seks" ni.
Panjangnyer packet dier...
Setengah2 tu dok nyamar jadi macam kopi "kesihatan" 2000 dalam 1 dengan ginseng la, habatus saudak la (islamik konon), madu la, mengkudu hutan dan ape menatang lagi....tapi last2 tulis ali's stick gak...ehh ali's stick ke ali's cane hah. lomah BI den!
Punca kemenangan di KT!
Setengah2 tuh tak de sticky ali pon, tapi dalam khasiat yg panjang dalam dua padang bolasepak tu, mesti terselit last sekali tuh..."kesuburan lelaki" atau yg sewaktu dengannya.

Kalau dier hebat, naper masih janda? Mesti laki dier tak cerai kan dier kan? Atau kalau laki dier mati di gelek steamroll pon, mesti dah kene sambar ngan org lain kan? Jadi apa hebatnyer? Kedahagaan dier ker? Aper anak2 dara tak de rase dahage ke? Lain kali pakai la rozita che wan..baru aku tak banyak soal!!.
4. Aku bebenornyer dah lama dah tensyen ngan "kopi kuat" ni. Naper? Cube kite lucutkan kes ni sehelai demi sehelai...

5. Lain kali, cube lah bacer betul2 khasiat yg kopi2 kuat tu claim yer. Ada logik ke? Istilah pelik2 tuh, apa yg di maksudkan sebenarnyer?Maner dier orang dapat fakta tuh? Ke main tabur semberono jer! Sedikit contoh2 koman..common..ehh lain maksud tuh...blasah lah:

a. melancarkan darah (aper maksudnyer nih...darah haid keluar lancar ker) ,
b. melancarkan air kencing (dah minum sampai 50 000 gelas maner tak nyer ),
c. membersihkan saluran usus (mula2 hang berak keluar taik, pastu keluar buih2 sabun FAB, last skali keluar air bilasan yg jernih...sungguh bersih berseri2.)
d. mengeluarkan angin-angin dari badan (wooo...angin2 tu boleh stay lam badan aku...Aku tak kesah nyer. Kalau keluar diam2 leh tak boss? Tak pon semuer angin tu keluar kot mulut ker?..)
e. menambahkan imunisasi badan (amende? air sarsi aku tau la..)
f. membina sel darah merah ( Laa..buat amende. Cakaplah boleh mendapatkan anak dara yg masih merah...itu baru sales tip-top bro!!)
g. memudahkan penyerapan zat kedalam tubuh badan ( so jadi gemuk lah kan sebab semuer zat dah masuk badan kan..)
h. melangsingkan badan ( hold-on...rewind skett! Tadi kater genuk sekarang kater kurus... )
i. memecahkan lemak dalam badan ( Woiiii stopp! Jangann pecah kan lemak akuuuu!.Tu kan zat yang aku susah serap awal2 tadi)
j. merawat keputihan dan "sakit puan yang lain" (Ehh bagus lah putih, bukan semeur org nak jadi putih ker? Namer mat salleh lah, pakai whitening la, rambut blonde dan skipping gitu. Saya tak de "puan yg lain" encik..Sayer hanya ader satu puan jer..Encik nak saya carik "puan yg lain" ke? Itu kerja nya enteng mas!!)
k. mengelak keguguran rambut (keguguran bulu ketiak kira cover skali ker nih?)
l. mencegah barah (Yahoooo.!!Ya-bedal-budu!!...Aku nak start balik isap rokok malam ni...Rupa-rupanya kita dah jumpa pencegah canser..Awat tak habaq awai2!! Loklak lah hang nih! Nah pakcik mai amik Nobel prize ni!!
m. mengeratkan hubungan suami isteri. (bagik rantai emas besar tali kapal pon leh mengeratkan hubungan)
n. melegakan lenguh2 ( sebelum beraksi lah kot. Lepas beraksi tu kalau tak lenguh2 balik tu, itu maksudnyer bermain bola tanpa kesebelasan utama lah tuh...)
o. menambahkan tenaga lelaki ( lelaki tu maksudnyer zakar anda...kalau tak paham2 lah kan)
p. mengekalkan kesihatan lelaki. (refer f...tabik dier bukan tabik spring...Dier tabik lekat kat dahi...untuk waktu yg lama..tapi bukan selamanye.)
q. menambahkan kesuburan (ehh macam baja pulak yer...dalam kopi ni ader baja tahik aper pakcik..patut la kelat semcam)

6. Ni aku belum letak kopi yg pra-campuran sejuta dalam satu. Lagi sepuluh juta macam kasiat lagi bole di auta kan. Aku minum kopi ni hanya ader 2 khasiat jer yg aku nak. Satu menghilangkan dahaga di TENGKUK dan dua bagik steam biler isap rokok. Dua tu jer..yg lain tuh tak penting lah bro.

7. Rata2 khasiat ni overlapp antara kopi2 tersebut. Majoriti drpd khasiat tersebut adalah kelentong. Banyak yg bersifat subjektif ie tak leh nak ukur eg melancarkan darah dan memudahkan penyerapan zat. Kesan2 yang melibatkan psychology pon banyak eg menambahkan tenaga lelaki., mengurangkan stress dsb.

8. Jadi apa kah soalan cepu-mas sekarang nih?..Sudah semestinya MAGGI! Adakah kopi ni benar2 berkesan? Kesan yg aku maksudkan kat sini bukan mencegah barah, membersih usus dan ape kejadah lagi! Itu semuer tak penting. Yang penting adalah kesanya terhadap...kesihatan "lelaki".

9. Mai sini gua nak story pengalaman peribadi. Weii budak2 pompuan jgn bacer..Pi berambus jauh2 main batu seremban ke pekejadah! Wokey.

10. Sebut pasal dahaga di malamhari ni , aku teringat skali aku naik bas malam drpd b/worth ke KL singgah satu RnR kat perak. Aku pon minta la kopi nak layan ngan dunhil gua. Skali Tok Chik yg jage kedai kopi tu kata kopi biaser tak de lah adik hensem, semeur kopi-kopi kuat jer. Sudah!! Aku tak nak belah ke tempat lain sebab dier dah kate aku hensem!! Jadi aku kater tak kisah lah asalkan yg tak de tongkat ali sebab bukanyer aku nak berkuntau malam tuh. Aku nak naik bas jer. Jadi Tok Chik tu bagik kopi merah. Aku pon dengan pasrah nye blasah ler. Best gak.
Biler dah atas bas balik tuh gua dah asyik terpikir2, ehh tak de apeer2 pon. No effect pon. Setelah dok bermain2 lam otak ...kopi..Encik Zakaria...kopi ...Encik Zakaria..kopi..Encik Zakaria..selama 10 minit. Tetiba...negaraaa ku..negara ku ku. Siaran RTM telah tamat. Bermulalah siaran baru...

11. Skali biler aku check balik, kopi merah memang takde sticky ali dan depa tak claim ader effect kejantanan pon. Sile check sini. So aku merumuskan efect kat aku tu malam tuh hanyalah mainan fikiran semata2. Dari segi medik pon membuktikan psychology memainkan peranan penting dalam menceriakan guru besar saya Encik Zakaria yang tengah ambik sabatikal sekarang ni. Jgn segan2 search sendiri kat wikipedia ttg hal ni ye.

12. Itu aku kater. Aper org lain kater?.Satu 2007 FRIM study dan dua taiwan reject eksport kopi tongkat ali kiter sebab tak de scientific proof..ooppss kantoi. SAT..jgn konpius. "Tongkat ali" tu bagi aku berkesan TETAPI "KOPI tongkat ali" nyillek!! Kecuali lah kau minum sejuta gelas...(mintak abg ben tolong convert nano kpd miligram boleh?)

.tipah tertipuu bangg!!

13. Jadi balik kepada cerita aku beli kopi tadi, kopi ape yg aku beli maser balik ke malaysia ari tuh?. Alamak sorry broo, mintak sorri bebanyak. Gua beli Kopi biaser jer. No tongkat ali. Gua beli kopi chap TABIK (yg melekat kat dahi selamanyer...wow) dan kopi chap Dua BADAK ( bukan sekor...tapi dua ekor beb..). Khasiatnyer adalah boleh membesarkan gegendang telinga anda, mencegah keguguran bulu idung, memcuci engin kereta anda dan memperkayakan tokey SB. Yaa badul buduuu
.Pihak SB tidak bertanggung jawap atas segala kesan positif atau negatif drpd produk ini. Tapi kalau ader kesan positif tuh, ..habaq mai lah yer..

to be continued...

Sekian mekasey. Wassalam.

Friday, January 23, 2009

Alahai che det..!! !Hang ingat hang terrar

Salam.
This posting is rated G. It contains opinion bodoh tahap Gaban.

1. Pengumuman kedai. Kedai aku dah ader chopstick. Sekian. Trima kasih.

2. Aku hari tuh dengan berbangga hati-nyer cadang nak ajak che det dtg ke blog aku untuk bacer pendapat aku yg gempaq pasal gaza tu lah. Jadi aku pon slamberlah tulis komen kat blog dier kat the latest blog entry "united nation". Aku raser ngam-ngamlah releven-nyer dengan post aku ari tu kan.

3. Komen aku berbunyi lebih kurang gini:
"Salam tun,
Kalau tun ader kesempatan, diharap sudilah membacer pendapat saya tentang Israel-palestin ni di blog sayer di
http://swingingbowlsatay.blogspot.com/2009/01/israel-vs-palestin-skip-kentut-berak.html
Tapi tun jgn mati terkejut la pulak...nanti kesian kat saye ni.
Wassalam."
Tu jer

4. Skali aku check2 takde keluar pon komen aku. CIssTanbul!!

5. Komen ader sampai 166 ari ni takkan tak leh letak komen aku. 70% drpdnya ialah burung kakak tua kaki bodek/yes-man yg repeat balik cakap drM tapi tukar susunan ayat. Sekor2 macam amik exam BM bahagian mari membuat ayat ttg topik yg same. CUma 20% jer yg bagik original idea kot. LAgi 10% ntah aper2 komen; terkeluar tajuk giler.

6. Bertambah lah dengki aku biler org lain pon berlambak letak link blog sendiri. Kembang kempis lubang idung aku ni.

7. Tapi aku tau la yg drM tak becer pon komen sekor2 budak2 tu. Gilo ke nak bcaer komen yg kadang sampai beratus-ratus. Ader la tuh mamat maner ntah yg grad IT yg tuliskan blog tu (drpd draft/recording dr M kot) dan mamat tu lah yg menapis komen2 drpd org2 yg perasan pandai cam aku nih.

8. SAtu lagi aku suspek mesti ramai yg cuba nak sabotaj blog drM nih. Mesti SB ker, budak2 AMNO ker dah cuber spam chedet ni mcm giler. Pembangkang takan kacau daun nyer sebab blog ni dah cun-cun hentam pak lah.

9. Jadi untuk ngurangkan spam , certain word tu mesti kene black listnyer, contohnyer yg maki2 tu la. Jadi bler mamat IT tu bacer komen aku ader perkataan kentut la, berak la dan swinging bowl, gerenti kene reject-nyer la kan.

10. Satu lagi sesaper yg pernah post komen kat chedet mesti tau yg semuer org kene daftar dulu amik login/username dan pw. User namer aku adalah spender.

11. Sebenornyer che det pernah post komen aku seblum ni pasal apekejadah ntah aku dah luper, ni dengan username spender la ni!. Tapi aku kutuk pak lah lah kan. Mungkin tu silap aku kot. Patutnyer aku kutuk pak lah dulu kot!!.
"SAlam tun. Saya raser pak lah tak ensem cam tun.
Bulu dada pak lah, tak selebat bulu dada tun yg mempunyai dada yg bidang macam bendang di negeri kedah jelapang padi.
Walaupun pak lah mempunyai batang idung yg mancung, tetapi ia hanyah ibarat bukit bendera kepada idung tun yg macam gunung jerai tuh. Lebih-lebih lagi lubang idung mu tatap manjadi pojaan hati ku.Tentang isu boikot ni, saya raser bla bla blah...."


Sekian, Morekasih, Wassalam.

Monday, January 19, 2009

Israel vs Palestin: SKip kentut. BERAK terus.

Salam,
This POST is RATED MH +4(mangkuk Hayun). Only for mature and fellow MH audience.

1. Sedey gua tengok ape jadi kat gaza. Tiap kali jadi camni kat pelestin, ramailah mangkuk2 yg bagik cadangan yg hampeh untuk menyelesaikan isu palestin-israel ni eg:

a)mengecam israel- kau maki hamun la israel lam 192 language kat UN tuh, buat perabis air liur jer...keje bodoh. Tapi lagi bodoh sebab nak past resolusi ni pon tak leh sebab kene veto ngan US. Bodoh bin bahlul lagi biler kiter nak jugak UN kecam israel. Buat aper? APer?.. kalau kau nak maki mat rempit cilok line kau perlu resolusi dari JKKK kampung kau ker?. MAki jer lah!! Tak yah meeting2. Lantak aper negara lain kater

b)demonstrasi - Demo demo ni macam demo silat la, semuer belakon je. Tak de org yg sakit betul2 pon. KIter bakar bendera israel dan baling kasut kat bush, tapi kiter pikir buat camntuh somehow boleh bagi israel/US lemah, gentar, cuak dengan kekuatan islam? Gilo ko! Demo ni olok2. KIter nak yg real. Aper pekdah kumpul juta juta kat staduim pastuh jerit2 maki israel. Aper kater kiter kumpul juta2 kat palestine pastuh serang israel pakai penumbuk dan penyepak? TEngok...Sekor pon tak berani...termasuklah aku. muahhaha.

c)boikot - Aku sokong boikot tapi kene lah comprehensive, bukan selective.

Ni seblum turun pegi demonstrasi anti-palestine lu cukur bulu ketiak pakai gillete, kumur2 pakai listerine, bedak buntut lu ngan J&J, pkai spender calvin-klien, sarung jeans levi's, baju nike, pastuh minum Milo untuk mengalas perut.

PAstu lu pakai helmet motor Bell ader sticker Man United besar2 (owner Malcolm Glazer tu yahudi US), naik motor harley davidson, Skali awek lu tepon handset motorola hang ajak pegi starbuck. Tapi lu lapar jadi tukar gi KFC. Seblum gi melantak, lu singgah 7-11 beli stayfree untuk awek lu. Di KFC awek lu bagik lu movie tropic thunder dier download pakai computer compaq dier semalam sambil dier google blog Swinging Bowl (iklan kejap).

Lepas mentahkedarah, lu mintak satu brader pakai jersey chelsea nyer zippo untuk mengasap marlboro lu. Tengah pam oksigen, skali lalu satu awek cun badan cam botol coca-cola. Lalau lu usha pakai lu nyer oakley bajet awek tu tak perasan la konon. SKali lu kantoi. Awek tu trus gi kat hang dan biler dekat lu tetiba duduk melutut sambil buat2 ikat kasut reebok lu. manCISs..kusangkakan dara rupernyer khunsa!

Then lu merempit ke esso bagik minum kuda lu. Skali check pulus tarak, jadi lu hulur Visa kasi settle. Pastu lu on lu nyer ipod dengar lagu iron maiden, opps silap metallica seblum continue gi dataran merdeka nak demo. Tengah2 merempit tertibe gatal buntut nak kene garu. Tengah syok mengaruk tetibe satu chevrolet captiva makan lu nyer line, trus lu jadi superman 5 saat, cium jalan-man 5 saat dan sakit-man bersaat-saat.

Lu jumper doktor kat sepital dier kater lu nyer buntut gatal sebab lu ader cacing kerawit. Namer scientific nyer ancylosotomadoedenali necator americanus. BArua..sebab tu sial...cacing america rupernyer. PAdan muker lu..pakai barang america sampai cacing di lubang taik pon cacing branded USA. NAh amik ubat vermox ni kasi cacing tu lak gatal buntut, kater doktor tu yg skali pandang cam accapan, 2 kali pandang cam obama lak!. Lu pon balik umah tengok demo lam utube dah lah.

JAdi korang betul2 nak boikot ke nih? Ni acah tak acah macam dok terkentut2 jer lam tandas. Taiknyer tak keluar pon. Kiter umat islam dah lama terkentut-kentut kat tandas. Sekarang tibe lah maser nyer untuk BERAK...

2. (Ehh baru no 2 ker? muahahah) Jadi aper tindakan yg sepatutnyer kiter ambil wahai tuan kedai SB yg perasan bijaksana? Mula2, kiter kenalah educate ourself. Belajar la geography jadi tau sikit Israel kat maner, palestine kat maner. Bace sejarah penubuhan negara israel, jadi korang tau camner org org arab di untakan. Belajar sikit tentang aper tu yahudi, aper sifat mereka? ruper cam ner, cam king-kong ker? sembah rimau albino ker? main bola pakai baju chelsea ke?

3. Pass tu buat aper lak yg arif? Entah...aku pon tak tau. Tapi memandangkan cadangan2 sebelum ni agak mangkak-mangkak gak , maka ape salahnyer aku tambah semangkuk dua cadangan gilo babi untuk membela org pelestin.

a)Semuer org Islam boikot drpd gi SaudiArabia untuk buat haji atau umrah selagi Saudi tak keluarkan investment mereka di USA dan gunakan duit tu utk invest di negara islam lain yg tak sebodoh mereka. Jadi ia memperkasakan kekuatan ekonomi negara2 islam lain dan melemahkan US. Perkembangan ekonomi pula haruslah digunakan untuk menghasilkan RND mantap di bidang ketenteraan untuk membebaskan kita drpd dependent kpd West utk military equipments.
b) biler kite dah bebas drpd belenggu US/west, barulah kiter boleh buat pakatan tentera islam sebagaimana yg di cadangkan oleh sesetangah pihak. Jadi tak lah kite tengah2 perang tetibe kene mintak peluru drpd pihak musuh untuk tembak musuh tuh balik!!
c)melantik Khalifah. Enough said.

4. Amacam ada brani? Saper brani gi beritau tuk, nek, moyang yg dah nak mati di kampung yg tahun ni kiter tak leh gi aji sebab kiter boikot Saudi? Kambing ader beriani, ayam pon ader beriani. Koarang ader beriani dak?....Semuer hampehhh.

5. Kalau korang ni jenis kecut telur tak suka perang2 aku ader satu lagi cadangan. Org Israel ngan Palestin ni macam org pompuan bermadu sebenornyer. MAne leh letak satu rumah, rumah sebelah2 pon tak leh. Asyik dok bercakar jor. JAdi aku cadangkan kepada United Nation untuk mengalih negara israel ke kutub utara dan palestin ke kutub selatan. Negara israel dan palestin sekarang kita isytiharkan "world heritage fun fair". Semuer org leh masuk tapi kene bayar cam masuk movie world kat gold coast tuh. Tapi tak leh tinggal, hatta dok bermalam kat situ pon tak leh. Biler sekor kat artic dan sekor kat antartic, ia ibarat bini pertama aku di malaysia dan bini kedua aku pulak di australia. JAdi depa takkan bejumper satu samer lain. JAdi tak lah gadoh...Genius tak aku???

6. Pemgumuman kedai. Mulai esok Char kuey tiaw dan yg sewaktu denganyer akan naik harge kpd $7.50 untuk bukan student dan $6.80 for student. Ni Bukan sebab aku tamak cam yahudi lah. Ni sebab harge minyak naik la...harga indeks minyak senyonyong muar naik semalam.

7. On second thought, baik israel pindah kutub selatan dan palestin pindah kutub utara. Sebab kalau israel dok kat artic, silap2 dier carik kes ngan org eskimo lak nanti. Tak pasal2 beruang kutub jadi collateral damage!

Sekian. Mokasey. Wassalam.

Saturday, January 10, 2009

MERRDEKAAAAAAAAAAAAAA.......

Salam
Takziah diucapkan kpd fikrul dan roslinda yg kehilangan bayi 7 bulan dalam kandungan. InsyaAllah dia akan menanti saudara saudari di syurga kelak.

0. Atas suggestion bernas zaki, blog aku slepas ni akan di bagi content rating. WARNING. THIS POST IS RATED R18+ . IT CONTAINS BLOOD AND VIOLENCE PICTURES.

1.Alhamdullilah aku dah selamat kembali setelah anta anak bini balik negeri. Baru jejak bumi adelaide 5 minit dah ader org tanyer maner bini muda? Tak bawak datang sini ker? Terharu sungguh aku...Kata2 itu adalah doa. Terima kasih lah Astro. Semoga kau kawin 4!

2.Sempat gak aku jumpa asrul seblum dier pulang ke pangkal jalan. Tenkiu bery much tu the krew yg cover line maser aku off- lisa, seri, asrul, bear, safwan, nazerul, nina dan cheb. Amacam senang dak jaga kedai? Brapa kali terkincit dalam seluar masing2? Tak pe resit dobi leh bagi kat aku.
hek elleh...ulur kunci kedai buat aper..ulur lah rokok sebatang dua asrul

3. Malasnyer nak keja balik. But no work no money. No money, no bini satu lagi. No bini satu lagi, no happi.

4. Susahnyer nak tuning balik otak, tukar setting ostolia ni. Baru tadi aku nyaris nak cium keta org lain maser driving sebab terbawa2 aksi rempit mesia. Aku paking kat coles pon ikut malaysian freestlye, dah lah masuk senget, tayar makan space org seblah lah..hentam saja. Pegi coles nak terbayar pakai duit mesia. Lapr petang tadi nak cari goreng pisang. LAst2 makan maggi je lah.

5. Masuk je rumah tadi aku dok cari mesin penimbang. Nak tengok aku dah pregnant brape bulan. Tak jumpe lak, maner la bini aku letak ni.

6. Wajah baru kedai setelah di letak susuk dan di cocok botox sedas-dua.

muhammad tinggal bulatan putih besar2 kat tengah2 dinding tu yerk


wei muhammad, maner bulatan putih papa? memang lah kau ni umno!!

7. Aiseyman. Wokay..Saper kecut toksah tengok. Aku baru start first day dah ter-trim jari skali lagi la. Pisang berbuah 2 kali sunguh. Jari yg same, luka yg same dan pisau yg same telah di alami oleh mangkuk yg sama. Tu baru melepak 10 ari, kalu sebulan terpenggal lengan kok agaknyer.

yg atas tu september 08, yg bawah tuh ari senin lepas. Tak blaja blaja...

8. Sebagai seorang yg pro-PAS dan pro-aktif, aku pon apalaga..trus mengambil tindakan untuk memastikan pisang tak berbuah 3 kali. Adalah teramat penting untuk aku mainten mempunyai paling kurang 4 jari untuk aku sarungkan cincin kawin bini2 aku nanti. JAdi kebesokan arinyer aku trus angkut sarung tangan kalis peluru mikel jackson ni...jgn jeles.




9.InsyaAllah tak lut pisau. Tak payah lah aku menuntut ilmu kebal dari abg jak atau mintak susuk besi drpd ayah pin. Sarung tangan besi ni juga sesuai untuk digunakan sekiranyer anda berkerja sebagai pengorek lubang idung singa di adelaide zoo, pengosok gigi jaws di sea world atau untuk pengusaha restoran kedai makan di adelaide melempang pekerjer nyer yg mintak gaji atau berpeleseran.

10. Dan pisau yg telah makan tuan, mulanyer aku nak sedekah kan ke tong sampah. Kalu kat malaysia aku dah jual dah kat apek besi sekerap dah. Last2 aku offer kat bear. SApe bear ni? Tu bohjan yg paling kanan lam gambau ramai2 antar asrul tuh. Wei korang jgn bagitau bear pisau tu dah belah aku 2 kali ye..muahahhaaha. NAsib lah kau bear!!

Sekian, Mekasey, Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails