Saturday, January 16, 2010

Orang2 yg "TAHU bola" dan Orang2 yg "PAHAM Bola".....

Salam,

1. Semua org tahu apa itu bolasepak kat Msia. Semua org tenggok bola dan follow Premier League. Paling koman diaorang tau sapa team terrer skang nih sebab result premier league mmg masuk paper dan berita utama ari2. Yang aktif main bola pon bapak-nya ramai.

2. Tapi "tahu" tentang bola, dengan "paham bola" ialah 2 bende yg totally berlainan. Ginilah. Org yg "tahu bola" ialah ibarat org yg buta seni macam aku ni melihat sebuah lukisan yang gempak. Aku hanya boleh nampak apa yg di hadapan mata sahaja. Tapi seninya, maksud disebaliknya atau susah payah nak lukisnya, aku tak leh nampak or appreciate.
Contohnya Mona Lisa. Ape cerite beb? Awek hampeh. Lukisan pon macam kedekut kaler je. Kamon la DaVinci!!
Tapi bagi orang yang "paham arts", tu dia detail dia kupas pasal lukisan yg nampak cam bangang nih. Wiki cinnih.

3. Gitulah juga org yg "tahu bola", tak kiralah berapa juta kali dia tenggok bola, berapa juta kali dia pegi stadium, berapa juta jam dia main bola, segempak mana dia main PES atau FIFA game, setinggi2 mana level dia main bola dalm dunia, se-encyclopedic mana knowledge dia pasal technical dan tactical aspect of bola. Org yg hanya "tahu bola" takkan "paham bola".

4. Tengok brapa banyak player gempak, tapi hampeh jadi coach. Macam Maradona. Tapi tenggok plak camner player bodoh pon boleh jadi coach gempaq. Macam Alex Ferguson. Macam Gus Hiddink. Diaorang main level estate je kat Europ tuh. Ada coach, sepak bola pon fail!

5. Malangnya, kebanyakan org di Msia hanya "tahu" pasal bola. Org yg "paham"nya ciput sahaja. Lagi malang lagi, bila org yg hanya"tahu bola" ni lah yang play a vital role dalam bidang bolasepak di negara kita.

6. Contohnya macam Hasbullah Awang. Masa dia mula2 start mengulas sukan di RTM dulu, aku kecik lagi. Dari awal2 dulu, lelaki bersuara emas ni dah nampak petanda2 yg dia akan menjadi legend. Paling lekat kat memori aku ialah masa dia mengulas Piala Thomas 1992.

7. Dia ni "jack-of -all-trades" dalam bab mengulas. Suruh lah dia ulas pasal hape jadah, semua nampak macam best jer. Kalau kau suruh Bullah ulas pasal taik lembu yg dah kering betempek sebulan kat tepi jalan pon, kau boleh terpesona dengar sampai masa tambahan!!

8. Tapi malangnya, dia ni spesis tak "paham bola". Kau dengar lah elok2 ulasan dia masa game bola, dia hanya menceritekan apa yg "terjadi" di atas padang taim tuh. Tiada hint of insight into the game. Tapi mesti ada org bekap Bullah dan kata nak buat camner sebab dia bukan expert bola pon. Itu kerje "expert comentator". Betul tu. Aku setuju.Tapi sialnya dunia bolasepak tanahair ialah expert yg kene bekap Bullah pon hampeh gak.

9. Case for example. Piala Malaysia last year.

Gol pertama. Kau dengar elok2 apa yg Bullah dan expert komentator kata.


Kalau aku yg komen aku akan kata....."simple ball untuk di keluarkan oleh pemain bek kiri Kelantan . Tetapi dia cuba nak main cute, cuba nak stop the ball first masa hujan. Tapi under pressure timing lari. Bola bolos. Pemain N9 terus menyambar kesempatan dengan bagik first timer cun masuk gol. Excellent technique. Sharulain turned, shoot dan lompat dari kene "cah keting" oleh 2 org defender Kelantan sekaligus. Gol yg susah. Silap technique, bola lepas palang."

Tapi yg kau dengar dari Bullah ialah perkataan "cantik" dan dari expert tu plak cakap "menarik"

Gol kedua. Bullah kata "cantik" lagi dan expert kata "menarik" sekali lagi. Hmm......


Gua kata....." zakuan chipped a speculative tapi dangerous high through-ball right smack in the middle just behind the Kelantanese line of defence. Defenders kelantan defend terlalu straight flat 4, sweeper/CB tak kejar bola tuh. Diaorang hanya usha jer dan harap....hanya berharap bola tu gol keeper amik. Tak communicate ngan keeper pon. Tiada defender follow hairuddin's run. Left back paling bersalah sebab bodoh tak bagitau CB yg ader runner kat blakang dia. Lain kali kalau defend, hambat KESEMUA bola lah BODOH! Sebab a good striker never rest!! Dia akan ambat semua oppurtunity......Tapi honestly, that goal is near impossible to defend because the pass was perfect and the timing of Hairudin run catched everyone by surprise."

Gol ketiga NS. Xpert tu kata perkataan "menarik" lagi skali.....Hadoi la!


Gol Kelantan. Maka Bullah pon ulang lagi perkataan "cantik" dan dia guna gak perkataan "menarik". Kamon laaa!!! Suka sangat korang perkataan tuh. Tak boleh belah!


Cerite lah pasal teknik nyepak freekick ke contohnya. Malas aku nak elaborate cinnih.

10. Jadi apabila org yg tak "paham bola" di berikan responsibility untuk mengulas bolasepak di Msia, kita para penonton nih, takkan dapat belajar apa2 pon tentang bolasepak walaupun kau dah tenggok beribu2 game bola.

11. Ironically, berjuta2 rakyat Msia follow English Premier League every day. Mereka dengar ulasan mat salleh macam Martin Tyler, Gary Lineker atau sesape pon. Mat salleh2 nih semua species "paham bola" . Tapi masalahnya pulak, org malaysia plak yg tak paham English!! Jadi Hampeh lah jugak kesannya. Masuk angin, keluar kentut.

12. Anyway, jgn salah faham. Aku bukan nak suruh Bullah stop ulas bola. Dia ulas semangat. Tapi RTM ke TV3 ke mane2 channel yg tunjuk game bola kenalah carik expert yg betul2 "paham bola" untuk bekap pengulas utama macam Bullah tu. Expert tu plak kenalah org yg boleh mengulas ngan baik, bukan cakap melalut, suara slow cam pondan atau sumbang cam Siti Nurhaliza nyanyi lagu English.

13. Senang cerite, amik lah aku nih! Aku dah bohsan masak kat kedai tu dah!
Muahahhahhahahhahhahah......

------bersambung......mari ngutuk Shabery Menteri Sukan yg "Tolol Bola"....

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s: penghargaan di berikan kp "Balau", star-player budak Ausmate 8 ke 9 ntah, pada tahun 90 han dulu. Terima kasih brader kerana ajar aku ttg istilah "tahu bola" dan "paham bola" ni. Terima kasih gak sebab kalah ngan team aku masa Mini-Olympic Tournament, bukan setahun, tapi dua tahun bro. Muahahhahaah.....team Ausmate Lozerssss!! Medic rulez!!

2 comments:

ihsan_huhu said...

gary lineker mane tau nk jadik komentator hoki, aishoki, ragbi, snuker, scuba diving

cayalah bullah ko mmg pelawak malaysia

mangkuk statik said...

Kau mane tau!! Takde org bagik peluang kat linekar utk komen tornament gasing ke rebana ubi ke. Ntah2 lagi power dari Bullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails