Wednesday, January 27, 2010

Adakah buntut anda "tonggek" ataupun buntut anda "lebar"? Satu analisis terperinci dari Pakar Buntut terulung negara.

Salam,
...sambung balik kutuk birokrasi kerajaan...muahahha

1. Bini aku ilang wallet dia kat sini. So balik Msia arituh, burn seminggu dok buat balik segala mak nenek card dia yg ilang.

2. The actual process buat kad2 tuh sejam je kot. Tapi, macam biasa, nak tunggu giliran kita tu, mau berpuluh2 jam gak tuh.

3. Merana buntut gua dok nempek kat kusi berejam-jam. Masuk ari kedua, gua dah givap. Aku suruh bini aku gi sendiri atau kalau timbul rasa bersalah di hati aku, aku pegi hantar dia je dan bila dah setel, dia roger aku dan aku pegi retrieve!! What an efficient man I am!! Bangga siol!

4. Tapi, bila aku usha orang2 Msia, aku nampak diaorang mcm dah agak terbiasa kene tunggu sampai naik kematu buntut gitu. Ermm..sebab tu kot buntut awek2 Msia agak kecik dan ke-leperan skit kot. Sesape yg memang berbuntut besar plak, padding tu lebih banyak ketepi dari yg ke belakang. Sebab masa kecik2 kat sekolah kene duduk je kat bangku pagi sampai ptg bcoz kalau bangun cikgu jadi emo. Bila dah besar2 plak, kena duduk kat kerusi menunggu berejam2 di sepital dan jabatan2 kerajaan.

5. Cuba "scan" buntut2 minah salleh sebagai "comparison ilmiah" (..caber line skit!!). Buntut2 minah salleh, jelas lagi banyak padding ke belakang dari ketepi. In short, buntut mereka lagi tonggek! Jadi aku sebagai pakar buntut ingin mengemukakan satu hipothesis yg mantap, bahawasanya ...
"Ketonggekan buntut adalah berkadar songsang dengan waktu buntut dok terperap di atas kerusi di ruang-ruang menunggu".

6. Okay...berenti sat goreng kerepek. Kembali ke objektif asal!

7. So, nway. Satu ari tuh bini aku pegi JPN Kangaq, nak buat myKad baru. Kitaorang sampai baru 15 minit bukak ke gitu JPN aritu. Bila amik no, dia turn ke 15. Chanteek!......aku ingatkan! Sekali, tunggu2 dekat 2 jam, baru jalan 5 orang! Dari pukul 830 ke 1030!! WTF sungguh! Kaunter yg layan myKad sebijik jer dari 10 kalau tak silap aku.

8. Bini aku dah hangin! Biaselah org pompuan kan emo, psycho dan gilo. Aku tak kisah. Asalkan dia jgn hangin kat aku sudes! Bila aku usha jam dah 1030, aku bagitau bini aku.
"Lepas ni sejam no takkan gerak nyer. Sebab minah kaunter tu akan pegi makaannnnn!! So jom balik! Besok dtg balik."

9. Tapi bini aku dah nak melotup. Dia kata dia nak tunggu gak. Dia nak sembur minah kaunter tuh kang bila turn dia. Hmm!...Nasib baik aku ni sudah bersedia untuk kahwin 4, 3 atau 2. Jadi apabila dua wanita mau berperang, aku tau, kita dok diam2 sudeh. Mcam Amerika nak perang ngan Russia. Kita jadi UN je cukup. Kita takkan boleh halang kuasa2 besar nih.

10. So aku pon challo ronda2 cari calon bini muda kat Kangaq sementara tunggu bini aku roger aku. Masa aku menapak kelaur dari JPN tu aku tenggok muka sekor2 kat situ bermuram durja. Mesti buat myKad gak nih. Ada sorang pakcik ni tenggah peluk dan usap2 anak dia yg umur 5-6 tahun gitu kot. Dia kata kat anak dia
"..Takpe...takpe"...ehh tipu . Kata kat Kangaq. Ulang tayang.
"Tak Pa! Tak Pa! Kitaq takq makanq pon tak paq. Biaq kitaq matiq kat siniq ponq tak paq. Kitaq bukannyaq kenaq makanq!"......Gilos banyaq qiuq (Q).

11. Pakcik tu perli tu. Dia dan anak dia tu entah2 bangun pagi tak sempat breakfast trus pegi JPN. Inggat kan kejap. Sekali..... So anak dia tenggah kebulur lah tuh. Tapi nak belah pegi carik makanan sikit takut termiss no plak. Haru lah kalau kene amik no baru! Kesian kat dia.

12. So, lepas 2 jam pusing2 kangaq tapi tak jumpa pon awek2 cun, maka aku pon pegi la balik ke pangkuan bini aku. Ngam2 dia tenggah sembur minah kat kaunter tuh. Aku tak sampai ati nak dengar. So aku merewang2 kat area situh je. Masa tu pkul 1230. Selepas 4 jam waiting!

Bini aku tengah emo kat kaunter 5. Hanya kaunter tu je yg layan myKad arituh. Kaunter yg lain2 hanyalah untuk bertelur.

13. Masalahnya kat sini sebenarnya senang je. Put yourself kat minah kaunter tu nye shoes. Boss dia kata bukak satu kaunter. Dia kene layan satu perlis nyer applicants. So ape dia boleh buat? Layan semua orang cepat2? Mau mampos 2-3 hari pastuh. Sebab tiap ari berpuluh2 ataupun beratus2 applicants dia kene layan. Kau buat cepat cam gaban dalam masa 0.001 saat tiap org pon, takkan sudah kerje kau. Gaji bulan2 bayar sama je. So, dia buat muka tebal dan layan orang ikut pace lemah longlai cukupla.

14. So the MaderFakers kat sini ialah "Bos dia" dan Boss kpd "Bos dia" dan Bos kepada bos "Bos dia" dan Bos kepada bos bos "Bos dia" Sehinggalah kepada super bos dan akhirnya kepada ultra-boss Maderfakers iaitu Datin Seri Ajib ataupun PM pada masa tuh.

15. Merekalah sebenarnya yg bertanggungjawap. Mereka tak pernah kene tunggu que sebab depa VIP.
Tak caya cakap aku?
Plis usha buntut Ajib ataupun Rosmah! Lebar ke tepi macam org2 biasa ataupun tonggek ke blakang?....
Hipothesis gua gempaq wa cakap lu! Plis give me PhD!!

16. Kembali kpd kisah aku dok merewang2 kat JPN tu masa bini aku dok apload kemarahan dia kat kerani kaunter tuh.. Bila gua scanned satu tempat menunggu tuh, takde awek cun pon utk meng-usha, maka aku pon buat lah bende bermanafaat skit. Aku pegi baca pekejadah2 yg dok lekat kat dinding. Sekali gua terjumpa menatang nih!



17. Apalaga! Aku pon selaku seorang warganegara yg prihatin, isilah borang cadangan yg ada kat situ dengan tekunnya
Gua kasi klosap skit!

Untuk korang yg mata rabun, meh sini pakcik tolong bacakan.
Comments/Suggestions on how we can make our services better.
1. MAKAN PREE. CEKODOK KE APA YG PATUT
2. TAK PON BOH ASTRO-BOLA. BARU LAYAN !

3. PEKERJA YG MUDA DAN CUN. JADI TAK BORING TATAP COUNTER MASA MENUNGGU.

4. WOII!! KENAPE BAHAGIAN KOMEN NI KALER BIRU. BILA AKU TULIS TAK NAMPAK JELAS PON! INI ADALH KONSPIRASI.


18. Itu la pasal. Bahagian 1 sampai 5, space dia putih plak. Masuk no 6, kaler Barisan Nasional. Nampak sangat depa dah bajet nak buang tong sampah borang nih.

19. Satu lagi perasan dak borang ni dalam English!! Takde borang base Melayu pon kat situ. Jadi manelah pakcik makcik kampung tau apekejadah dia spiking tuh.

20. Hampeh!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

4 comments:

ihsan_huhu said...

okailah high heels agar bontot lebih menonggek

pecinta_Islam said...

hahahA..lawak pun ade..gile la..santai habis.hehe

hmm..tapi jpn tmpt sy ok kjp je..bkn nk bela jpn atau kerajaan.klu bnda betul ckp betul.klu dh jelas salah jngn ckp betul pulak kn.hehe..

hr tu g bwt ic br..g dlm kul 3ptng..dh lewat dh tu..tapi x smpi sejam pun..dh siap..maybe sistem kt situ dah dipersekolah kan oleh pengunjung2 sblm ni yg naek tension sprt istri saudara.hehe..namun jika di lihat di hospital2 kerajaan di tempat sy..hmm..masih mengecewakan.rmi yg merungut dan mengeluh..

apa yg sy nmpk adalah mereka x anggp pesakit luar adalah keutamaan.Bagi mereka kes kecemasan shja paling penting(tercabut kaki,tangan, dll).Jadi bila ada kelapangan barulah mereka akan ambil pesakit luar yg sedang menunggu.Cakap je pesakit luar,sakit biasa..tp siapa tau azab masing2..kadang2 ada anak yg deman teruk kne jgk tunggu berjam-jam..kadang2 boleh mencecah 3-4jam menunggu..klu sejam tu dh kira ok..

jalan terbaik adalah pergi daftar..then klu nmpk cam rmi sngt g la makan kt mana2 kedai dlu ke.bwt apa yg ptt pastu dtng balik..

bila semua ini nk berakhir ye..

n said...

hahahahahaha!!!bos, part konspirasi tu aku tabik ko bos!

mangkuk statik said...

huhu: bertobatlah.
syahbandar: "bila nak berakhir"? Bila kita dah mati....
n: dah lah bodek aku. Kau bukan keje ngan aku lagi. Tak yah lah bodek kalau tak ikhlas!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails