Sunday, June 13, 2010

Soalan2 Dari Bini Yg Menandakan Dia Jealous dan Kaedah Menjawapnya Secara Romantik dan TIDAK Romantik.

Salam,
....Bini aku baik. Mana main jeles2 ni. Ni aku citer pasal bini orang. Aku juga adalh orang, manusia or homo-sapien...
__________________________________

1. Bila Bini dok asyik tanya "Kau sayang kat aku dak skang ni?" setiap pagi dan malam.

Jawapan Romantik:

-Bila bini tanya waktu pagi kau jawap "Aku sayang kau hanya separuh hati ku sahaja"

-Bila bini tanya waktu malam, kau jawap "Aku sayang kau malam ni pon separuh hatiku sahaja. Tapi campur ngan kasih sayang aku yg separuh pagi tadi, itu bermaksud, hari ini aku sayang kau sepenuh hatiku. U complete me. Now excuse me. I need to muntah darah !"

-Amacam? Cair dak ;-)

Jawapan TAK Romantik
"Aku nak Jamak Takhir-kan jawapan aku ke hujung bulan ni boleh. Bosan aku pagi petang siang malam kau tanya soalan yg sama. Nanti tepat pkul 12 mlm 31 hrb tiap2 bulan aku bagik jawapan aku....iaitu YES"
_____________________________________

2. "Meh sini nak tengok phone. Nak check mana tau kot2 ada awek mane2 dok antar SMS skang ni?"

Jawapan Romantik:
"Buat apa nak check phone. Ambil lah pisau, belah lah dadaku!"

Jawapan TAK Romantik:
"Jap..Jap yer! ........." (selepas 20 minit)
"Nah! Check la puas2!"
____________________________________

3. "Ni kenape tetiba nak ajak orang pegi Harbour Town ni? Ni mesti bajet ada awek2 pegi sana gak nih?"

Jawapan Romantik:
"Sayang! Aku takkan pergi meng-Shopping Cinta kat Harbour Town! Aku telah Bankrupt Cinta. Kerana seluruh cintaku telah ku gunakan Untukmu"
(bapak aih. Aku nak trademark ayat nih!)

Jawapan TAK Romantik:
"Tak de lah. Takkanlah aku ni bodoh sanggat nak gi ngorat awek bawak ngkau!
Aku bajet nak tinggalkan kau dan anak2 shopping kat Harbour Town, pastu aku nak gi IKEA dekat2 situ sebab awek2 tu kata nak gi IKEA dlm febsuk tadi."
_____________________________________

4. "Ni apsal pakai baju ketat masa kerja nih? Nak tunjuk taff ker?"

Jawapan Romantik:
Kalau I taff camne pon diaorang hanya boleh tengok je tau. Malam2 U gak yg peluk body taff I ni kan!

Jawapan TAK Romantik:

Baju ketat ni mengurangkan rintangan udara. So lagi aerodynamic. Alah! Macam cyclist dan sprinter tu lah. So aku boleh berkerja lagi pantas. Lagi efficent aku kerja, lagi tinggi productivity, so lagi banyak income lah. So lagi cepat aku kawin empat.

Lagipon kalau aku nak tunjuk taff, aku dah pegi kerje bogel dah! Pakailah baju ketat cam condom sampai nipple cacak pon, 6 pek tetap tak nampak selagi aku pakai baju. Itu pasal aku nak keje topless, boleh?
______________________________________

5. "Ni apsal dok senyum manjang hari ni nih? Ni mesti dok teringat-ingat kat awek2 yg kata kau nampak muda ataupun nampak hensem hari ni nih!"

Jawapan Romantik
Walaupun di muka, aku tersenyum, dalam hati aku menangis tau. Sedih kerana manusia2 ini menilai aku atas kehenseman aku semata2. Bukan hati murni jernih bersih ku.... seperti apa yg kau lakukan sayangku."

Jawapan TAK Romantik
Memang aku dok teringgat-inggat kat awek2 tu pon. Aku harap2 sebab kuat sangat teringgat2 ni, akan membawa kepada mimpi. Kalau aku jumpa awek2 tu dlm mimpi malam ni, besok kejut aku awal sikit tau. Kena mandi lama skit, kang tak sempat plak nak pegi kerje!
______________________________________

...Yang ni terbalik skit. Aku bagik jawapan TAK romantik dulu pastu baru yg romantik.

6. "Apsal skang ni kau macam dah tak sayang sanggat dah kat aku bukan macam dulu-dulu waktu zaman bercinta?"

Jawapan TAK Romantik:

- Inggat tak dulu masa belum kawin aku dah cakap siang2. Jumlah cinta aku pada ngkau adalh berkadar terus dengan "kecantikan" dan berkadar songsang dgn "berat badan" dan "usia"

- Jadi mathematically,
Jumlah Cintaku Cun/(Berat x Usia)
therefore,
Jumlah Cintaku= k (Cun/(Berat x Usia)).
di mana k is a constant.

- Akan tetapi,"Cun" berkadar songsang dengan "Usia"
Cun 1/Usia

- Maka, semakin tua, semakin tak cun. So Usia Naik, Cun Turun.

- Berat Badan kau berjaya menten. Constant. Tahniah!

-Therefore,
Jumlah Cintaku Sekarang= k (Cun yg Berkurangan/("berat bdn constant" x Usia yg Bertambah))

Therefore, Jumlah Cintaku= Berkurangan.

-So lagi mau tanya naper aku kurang sayang kat kau skang! Its Mathematically Impossible to sayang kau sama cam dulu!

Jawapan Romantik

Baca betul2. Itu "Jumlah" cintaku. Bukan Quality cintaku.

Cinta aku pada ngkau tu, walupun sedikit, tapi High Quality!

Sekian. mekasey, Wassalam.

6 comments:

n said...

mmg nk kne terajang.

mangkuk statik said...

n: muahahhaaha.

rabbow said...

terbaek!

Anonymous said...

Baru nak bagi formula 2,3 baris jek,

bini terus bagi penyepak....

mangkuk statik said...

Anon: cakap kat Bini kau "tak elok bagi penerajang kat orang. Nanti pecah selaput dara..."

semut lelabah said...

muahahaha.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails