Thursday, June 10, 2010

Tenkiu Tuan Mufti Tan Sri Harussani Zakaria atas ceramah yg Kaw di Adelaide 9 June 2010. PART ONE

Salam,

1. Terima kasih Tuan Mufti. Walaupun sedikit uzur, tapi Tuan Mufti masih sudi berkongsi pendapat dan cerita dgn kami, penduduk Adelaide pada malam semalam.

2. Kalau Tuan Mufti Ustad Harussani bagi ceramah, memeng gerenti Kaw nyer insyaAllah kerana Tuan Mufti ni ada brek, tapi dia jarang2 pakai! So banyak citer2 unplugged, uncensored, unedited, behind the scene yg beliau selamba story kat kita.

3. Tapi jaga2. Bila Tuan Mufti bagi pendapat, beliau mmg tak tekan brek langsung. Bedebuk kene sebijik! Beliau berterus terang. Jadi kalau telinga tak tahan, toksah dok memandai gi tanya. Dan kita pulak, jgn lah ter-emo plak kan (maksudnya=marah2-utk pembaca2 yg tua....mcam aku).

4. Pendapat beliau timbul ikhlas dari ilmu dan pengalaman beliau yg luas. Kita dengar dan respek sudeh! Kalau nak terima pakai, sendiri pikir pakai otak ler.

5. So, aku nak tulis di sini, ialah apa yg aku sempat dengar semalam dari Tuan Mufti dan apakah pandangan aku terhadap opinion beliau. Ini bukannya bermaksud bahawa aku ni setaraf ngan TuanMufti. Jauh sekali. Ini juga tidak bermaksud aku rasa opinion aku lagi betul. Itu korang pikir sendiri pakai otak jugak ler!

6. Malangnya, aku datang lambat tadi. Sempat last 10 minutes of ceramah je. Tapi masa sessi soal jawap lepas tu, baru topik2 hangat keluar. Anyway, kalau ada sesapa nak tambah boleh. Kalau nak perbetulkan pon silakan.

_________________________________________
Isu Semasa.

1. Tuan Mufti cerita tentang hal2 Lesen Judi Bolasepak (baca sini, sini, ), Amanah Raya mempunyai saham 11 juta di syarikat Magnum Berhad (judi)(baca sini, sini, ) dan Kumpulan Dina (sini )

2. Berkenan lesen judi bolasepak, beliau telah sound keras menteri2 yg terlibat masa di peringkat cadangan lagi. Ia jelas haram bagi beliau, malah boleh membawa kpd fasik dan fasik itu pula boleh membawa kpd syirik. Berat tuh. Tapi sekali besoknya diorg luluskan juga. Bila beliau tepon balik geng2 tu, ramai lah yg ngelat lari.

3. Tentang Amanah Raya. Ia merupakan trustee kepada Public Mutual. Jadi bila Public Mutual beli saham Magnum, maka Amanah Raya terlibat secara tidak langsung. Beliau, selaku penasihat shariah Amanah Raya Berhad telah mengarahkan supaya diaorg berhenti jadi trustee kepada Mutual Trust. Setel.

_______________________________
Hentam Kerajaan.

1. TuanMufti mmg ada byk gak hentam Kerajaan tadi, atas isu lesen judi itu contohnya. Apabila menteri2 sebok dok pikir camner mau cilok skit duit berjuta2 dlm betting world cup, sampai lupa halal haram sumber tersebut.

2. Yg lain2 tu tak payah citer lah.

3. Ketika ini aku tersenyum.
_________________________________
Hentam Pembangkang

1. Ketika ini aku masam. Tapi ramai org2 lain happy semacam je.

2. Ketika sessi seoal jawap, seorang hadirin dgn penuh hikmahnya, telah mengemukan soalan yg "bermaksud" wajarkah kita jatuhkan kerajaan sekarang yg telah sekian lama mengabuse power setelah kita amanahkan pemerintahan kpd mereka? (Dah 53 tahun beb!)

3. Tuan Mufti telah menjawapnya dgn menceritakan apakah yg berlaku sewaktu "rampasan kuasa" BN di Perak last year.

4. BN ketika itu menang paling banyak kerusi DUN (28) tapi tak cukup majority utk bentuk government. Tapi DAP (18), PKR(7) dan PAS(6) kalau combine boleh bentuk Kerajaan Negeri Perak yg baru. So allegedly BN dlm desperation utk mengekalkan pemerintahan di tangan Melayu telah bercadang utk proposed kpd PAS untuk membentuk kerajaan campuran drngan jawatan Menteri Besar diofferkan kepada PAS.

5. Maka ketika itu, Tuan Mufti Harussani telah di amanahkan utk telah menjadi org tengah untuk menyampaikan message BN/UMNO tersebut personally kepada Tuan Guru Nik Aziz.

6. Tengah aku teruja maximus dengar citer ni, taim ni lah anak aku nangis. Kaco sungguh.

7. Tapi yg aku faham "gitu2" taim tu (sebab di kaco oleh anak aku), pihak PAS telah berdiskas (syura kot), dan telah membuat keputusan utk menolak offer tersebut.
"Lebih baik bergabung kuasa dgn org kafir drp UMNO" was the words.

8. Maka pihak PAS pon menubuhkan kerajaan Perak bersama2 dgn DAP dan PKR dengan Nizar(PAS) sebagai MB. So, obviously kerana kuasa sebenarnya berada di tangan Cina/DAP yg pegang the most kerusi, maka pihak kerajan negeri yg di Menteri Besarkan oleh PAS, telah meluluskan pemberian tanah2 kampung baru kepada Cina dan memberikan lease 999 tahun ( biasanya 99 tahun) kat kawasan mana ntah yg juga diduki Cina.

9. Inilah in my opinion aku puncanya Tuan Mufti Harussani cukup bengang ngan PAS sampai kini, kerana PAS telah menolak proposal UMNO utk bersatu sesama Melayu, tapi sanggup pula bersengkokol ngan DAP.

10. Beliau kemudiannya mengkritik kerajaan2 negeri yg berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
a) Bagaimana kerajaan DAP di Penang telah merobohkan semua gerai2 Melayu yg berada di tepi jalan2 besar atas alasan tiada permit dsb, walhal gerai yg sama yg di miliki oleh Cina di biarkan begitu sahaja.
b) Beliau berkata Kerajaan Selangor pon sama (tidak mempertahankan hak Melayu kot?)
c) Dan Kerajaan Kelantan pula yg mempunyai "kadar jenayah yg tertinggi di Malaysia" dan pengakuan Nik Aziz sendiri bahawa Kelantan merupakan "negeri yg terkotor".

11. Kesimpulannya dari jawapan Tuan Mufti, if I may, seolah2 Tuan Mufti "implied" that kalau kita sokong PAS/Pakatan rakyat, nasib Melayu akan semakin terabai dan kerjaaan di bawah pembangkang/PAS tidak akan menjamin masa depan yg cerah kpd umat Islam di Malaysia. Jadi, bagi saya, jawapan ini "maksudnya" macam Tuan Mufti suggestkan kita semua bersatu di bawah UMNO demi kepentingan masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
So, maintaining the status quo.

12. Tersenyum lebarlah penyokong2 UMNO.

13. Panas lah telinga2 sesapa yg terasa.
______________________________________
So apa pendapat engkorang?

....bersambung ke PART TWO

Sekian, mekasey, wassalam.

4 comments:

ihsan_huhu said...

bak kate abg aku " sejak bile plak ade ketuanan melayu berlandaskan islam"

sbb kl dlm islam xdek pon ketuanan arab, ketuanan yahudi, ketuanan parsian, mahupon ketuanan jawa

pro-azam said...

"pihak PAS telah berdiskas (syura kot), dan telah membuat keputusan utk menolak offer tersebut"

klu ak x clap,bukn dirg diskas,pstu trus rject.seingat ak ap yg tuan mufti tu ckp,taim tu ramai da stuju da.TGNA ngn TAHA pn dh stju dh nk gbung.tp lst2 dirg kte,dlm negeri,pesuruhjaya negeri yg plg brkuase nk pleh cmner.aku pn x brpe phm sgt bab pesuruhjaya ni,tp kirenye lst2 x dpt nk brstu sbb psruhjaya ni mcm x mo la kot.lbih kurg gtu la yg aku phm

Anonymous said...

semua benda yg tuan mufti cakap ni betul kecuali 1 je..

sejak bila kerajaan Perak diketuai org Melayu?Zambri tu Melayu ke?

-ranting kayu-

mangkuk statik said...

huhu: orang2 melayu mmg kerek. nasibbaik aku org Kelate!

pro-azam yg hensem dan kacak giler:Tenkiu! Masa Ustad dok citer pasal pesuruhjaya tu la anak aku nangis dan ustad plak cakap pelahan sanggat. Mike jauh dari mulut. Susah nak dengar.

ranting:Zambri tu mamak. "Atas berbulu bawah bersemak." Muahahha lawak pondan tasik taiping kat member aku,seorang mamak!
Kalau kau kata Zambri tu bukan Melayu, kau kenalh reject Dr Mahathir gak dari bangsa Melayu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails