Friday, October 29, 2010

Jom Pergi Stadium Malam Ni !


Salam,

Wei! Jom la tengok final Piala Malaysia ramai2 malam ni
Klate lawe Negheri Sembile.

_____________________________________
TIME: After Isyak. Game start 845 taim Malaysia kot. So dalm pkul 11pm gitu taim kita.
LOKASI: Rumah The Legends-Afiq, Ihse', Naim dan AK
201, Davenport Tce, Prospect, 5082....ehh buat apa bagik poskod! Bukannya kita nak antar surat!
_____________________________________

Tenkiu di ucapkan kpd "The Legends" kerana "berani" jadi tuan rumah.
Jazakallah di ucapkan kepada ISMA kerana sudi meminjamkan projector dan screen untuk kegunaan "program" kami di malam ini.

InshaAllah, Swinging Bowl akan mengsponsor air tin dan chips untuk kesemua 30, 000 org penonton di malam ini. Tak payah cakap tenkiu. Doakan semoga aku termasuk di dalam kalangan orang2 yg beriman dan kekal hensem selalu cukuplah. Amin. Err...... dan juga kawin empat. Jangan lupa.

Berehh!!
_____________________________________

Peraturan2 Yang Perlu di Patuhi malam Ini

1. NO awek/girlfriend/chikaro/gewe/kawan tapi mesra/mambang/gundik/kekasih gelap/tunang/bakal tunang/kakak ipar/kakak angkat/ kakak betul/bini/bini muda/emak/nenek/opah/moyang/makcik/mak mertua/uztazah/penolong ketua darjah/pramugari/senimawati/angakasawati/olahragawati/di ambang wati.......dibenarkan hadir.
No zakar, no entry.
....Kami nak tengok bola, bukan nak tengok awek! Ehh..awek blakang Fasha tu cun gak...

2. INGAT! Ini rumah orang. Bukan rumah bapak hengkau.
Oleh itu, segala kerosakan, pertumpahan air atas karpet, pengepauan ice-ream di dalm fridge, pengusha-an gambar adik or kakak (kalau aku...makcik) di laptop, peng-hacking-kan fesbuk, peluru2 yg tersasar dari mangkuk jamban, pertumpahan darah, gigi bersepai, kepala putus, kepatahan kerusi, objek2 melayang, pembakaran mercun, kebakaran tilam, penterbalikan kereta, pembakaran trak polis dan lain2 aktiviti2 yang membawa kepada kemusnahan, ..... semuanya kita boleh buat!
Bukan rumah aku pon.. ...Lantakla...Yeaaaaa...

3. Semangat kesukanan wajib di amalkan sentiasa.
Oleh itu, segala maki hamun, cacian, kutukan, pengejekan, tekel blakang, sepakan, sikuan, penyekehan, peng-lesingan, balingan objek dan tembakan mercun kepada penyokong2 Kelantan dan Negeri Sembilan adalah tidak di benarkan sama sekali.

4. Jagalah Kebersihan
Di harapkan semua individu memastikan segala sampah sarap di buang di tempat yang sepatutnya. Untuk mengetahui di manakan tempat pembuangan sampah, sila lihat ke sudut penyokong Negeri Sembilan. Di situlah sampah masyarakat terkumpul.

Di minta buang atau lebih afdal baling sederas-derasnya ke arah itu. Ada sebabnya aku sponsor "air tin" bukanya "air kotak" di malam ini ......

Sekiranya "tong sampah' itu sudah lebam .... ehh tersasul plak..."penuh", anda boleh kitar semula sampah2 anda ke arah penyokong2 Selangor.

Mesra alam, amalan kita!

5. Semangat setiakawan sesama kita.
Ajaklah kawan2 kita datang beramai2 di malam ini tak kira dari negeri mana.
Terutamanya kawan2 dari Negeri Sembilan sebab aku bilang2 tak cukup satu tangan pon. Amjar, Sirul Asrar, Bukhari Ramli, AK, itu jer.

Tak best lah kan kalau hanya ada EMPAT orang je untuk kita "berkongsi kegembiraan" kalau Negeri Sembilan menang ni.
Takkan empat orang ni je kita nak peluk, tepuk2 bahu, tepuk rusuk, tepuk tengkuk, tepuk biji mata kanan, tepuk patela, dan tepuk tulang belikat. Tepuk sebelah tangan takan berbunyi. Tepuk empat orang pon tak cukup puas.

Penyokong Kelantan memang ramai gila malam ni, toksah citer. Kami memang suka bergurau senda dan bertepuk tampar.
Jadi , jangan hampakan harapan kami.

Jadi di minta tolong ajak lah sesapa yang asal dari N9, ada darah2 N9, duduk di N9, sekolah di N9, awek orang N9 dan kalau susah2 sangat, sesapa yang pernah lalu di highway N9 pon jadi gak lah.

6. Jangan over-poyo.
Ni bola je pon. Bukan hidup mati. Jadi sokonglah team masing2 dengan berpada2. Jangan taksub kenegerian yang melampau! Kita semua rakyat Malaysia kan?
Kalau team Kelantan menang, kita happy!
Kalau team Negeri Sembilan kalah pon kita happy!

_________________________

Kita hanya merancang. Allah yg menentukan.
Di harapkan malam ni streaming berjalan lancar. Kalau gambar putus2, kita layan je lah radio KelantanFC.

Jom Jom Jom!!!!!

Sekian. mekasih , wassalam


Datuk sapa yang blasah lutut Tok Guru dulu ni? Cepat ngaku!

3 comments:

wanasikoo said...

naka2
tobak eh
haha

ihsan_huhu said...

kamon kelantan.

maer wan said...

make it five bro.. aku pun NS jua..
insya-Allah, kita tgk sama2 malam nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails