Saturday, December 18, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Salam,

1. I think I have made my point. Tak guna biarkan bende ni melarat2 sampai meletup.

2. Aku yakin kesemua pihak iaitu aku, mereka dan engkorang semuanya telah belajar daripada episode ini.

3. Inilah betul2 namanya, "Lawatan Sambil Belajar"

Welcome to Adelaide! Please come again!

Sekian, mekasey, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

x der pun.........

Anonymous said...

Bro... Unimap x menang la pertandingan joget Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia spt dlm berita Bernama kat bawah, hehe...

Raja Muda Perlis mahu seni rakyat dikomersial
Dis 20, 10 11:17am

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu seni dan budaya rakyat tempatan dikomersialkan ke peringkat global.

"Seni dan budaya bukan sekadar dari aspek tarian tetapi juga merangkumi aspek makanan yang mana jika dikomersilkan secara kreatif mampu berkembang di arena yang lebih besar," titah baginda semasa menutup Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Festkum) 2010, di Kangar malam tadi.

Sehubungan itu, baginda berharap badan profesional dapat mengkaji keupayaan seni dan budaya masyarakat Malaysia untuk di ketengahkan ke pasaran antarabangsa.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan festival tersebut dengan menerima wang tunai RM10,000, tempat kedua disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan hadiah RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menerima RM5,000.

Lapan acara dipertandingkan dalam festival lima hari berkenaan antaranya pertandingan band akuistik, boria, dikir barat, nyanyian lagu antarabangsa dan irama Malaysia serta tarian tradisional.

Festival dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara yang diambil bahagian oleh 20 institusi pengajian tinggi awam.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

--Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails