Tuesday, May 17, 2011

Thermodynamic Pengunaan Bini Di Musim Winter.

Salam,

1. Ada bini memang best. Kalau tak dah tentu orang tanak kawin kan?

2. Akan tetapi kalau tiap2 ari best, lama kelamaan kau boleh jadi terbiasa dan terlupa kebest-an berbini ni sampailah tiba ketika2 tertentu yg memperingatkan engkau.

3. Antara moment2 itu ialah apabila kau masuk selimut di malam2 winter yang sejuk gaban, kau dapati di bawah selimut tu dah panas sebab bini kau dah mengeram kat situ. Syok giler!!!

4. Kalau kau takde bini, pehhh ... nak kasi warmup dalam selimut tu mau kene tunggu lima minit sambil membuat aksi2 yoga, zumba atau poco2 di bawah selimut tu untuk mempercepatkan proses pemanasan tersebut.

5. Dan off course taim winter2 gini, lagi malam lagi sejuk kan? So di ketika suhu di bawah selimut itu tak cukup tinggi, maka kau boleh gunakan bini kau sebagai "heater". Kalau sejuk , kau peluk dia. Apabila suhu badan kau dah optimum, kau lepaskan pelukan dan baring sebelah dia je. Inilah namanya teknik "peluk-lepas-peluk".

6. Tapi kalau terover panas plak kau kesut je lah dok jauh2 sikit dari dia. Kalau still panas lagi, kau keluar je dari selimut tu. Ataupun kalau kau dah malas nak mengesut, kau tarik je selimut tu dan bolot sorang2.

7. Trust me. By the time bini kau tersedar dia tidur di luar selimut dan mengesot masuk balik, suhu di dalm selimut sudah jatuh dan kemasukan kembali bini anda ke dalm selimut akan menaikkan kembali suhu ke paras optima.

8. Di malam yg super sejuk pula, kau boleh gunakan bini engkau untuk melakukan "senaman2 malam" yg sudah tentunya boleh meningkatkan suhu badan anda ke level maksima.

9. Akan tetapi, berdasarkan konsep thermodynamic, pengunaan bini sebagai objek pemanas adalah satu kaedah yang kurang efficient sebenarnya. Kerana, bini hanyalah boleh memanaskan anda dari satu dimensi sahaja. From one-side. So anda akan still hilang suhu badan anda melalui dimensi yang lain, iaitu dari belakang dan atas anda. Satu pembaziran.

10. Maka, adalah jauh lebih efficient sekiranya anda boleh memanaskan semua sudut badan anda secara serentak. Pengunaan bini nombor dua di sebelah satu lagi dan bini no tiga di atas badan anda pula, adalah salah satu kaedah yang harus dipertimbangkan.

11. Senaman2 malam bersama-sama ketiga2 bini serentak pula sudah tentunya akan memanaskan bukan sahaja di bawah selimut, bahkan satu bilik tidur anda hingga ke pagi. Di samping itu, ia juga boleh merapatkan silaturahim sesama mereka. Itulah yang kita mauuuu....

Sekian, mekasey, wassalam.

1 comment:

ihsan_huhu said...

fuh, ayat2 membakar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails