Tuesday, September 20, 2011

Bukan Aku Sorang Yang Spectacular Testicular.....

Salam,

1. Ramai orang pelik bila tahu aku still main bola competitively pada umur 37. Ramai gak yang tak percaya dan ingat aku kelentong je. Ada yang seriously suruh aku pencen. Jaga lutut untuk masa tua katanya.

2. Sebab untuk lelaki Melayu yang umur cam aku, dioarang dah lama dah stop bersukan. Main futsal 2-3bulan sekali "maybe" kalau dok Malaysia. Kalau kat Adelaide ni, keje diaorang weekend2 je ialah pegi "tengok" anak2 dioarang main bola dalam juniors league. Satu2nya senaman yang diaorang consistently buat ialah senaman malam. Last diaorang "berlari" ialah berlari pagi tadi ke jamban kot.

3. Seriously, aku tak rasa aku ni pelik. Aku tak terasa aku awsome gila physically pon. Sebaliknya aku rasa rakan2 sebaya aku yang pelik. Kenapa diaorang give-up bersukan? Kenapa diaorang malas? Kenapa diaorang lembik?

4. Sebab ramai kot aku dah jumpa orang2 yang lagi spectacular testicular dari aku. Jauh lagi tua dari aku, tapi still kicking ass on the field.
_______________
South Australia Masters Soccer League

1. Aku mula2 di ajak main last year. Liga ni adalh liga veteran sebenarnya. Tapi nak kasi lebih mesra alam, diaorang panggil "Masters"!! Hahahaha. Definasi veteran di sini ialah "35 tahun ke atas". Shit! Aku dah veteran dowh!
Nama team aku "University" = University of Adelaide Soccer Club. Kira wakil uni lah ni. Division 1 tu beb! Aku mmg power. Tapi nyaris team aku nak kene relegate sebab aku sorang je yg power mana jalan! Hahaha

2. Last year aku di panggil bila takde orang je. But this year aku di ajak join the team formally. Tapi masalahnya, at the same time, tahun ni jugak, team budak2 Melayu kita (aku pon budak gak) Swinging Bowl FC join another league, Collegiate League. Ni liga orang muda2 plak

3. So this year, aku telah main dua liga. Setiap Sabtu tengahari, liga org muda = Collegiate. Dan setiap Ahad pagi, liga orang tua= Masters.

4. Pehh! Memang sakit gila. Tapi this is all part of my plan sebenarnya. Aku kan awesome. Orang awesome mesti la ade plan.

5. Aku awal2 dah bajet Melbourne Cup kan main dua hari. So this is a good preparation for me to conditioned myself to play soccer dua hari berturut2. This is the biggest physical challenge of Melbourne/UMNO Cup actually. To bangun keesokan pagi dan main semifinal dan final. Sakit, sengal, krem semua ada.(Turned out NCG 2011 pon gitu. Main dua hari berturut2. Cun!)

6. Satu lagi aku bajet, game orang2 veteran ni konfem kacang jer. Aku baru 37. Diaorang rata2 dah 40-50 years old. So takdehal lah.

7. Sekali. Mak datuk. Aku plak kene rogol free2 tiap2 minggu.

8. Puncanya, first of all, tiap2 Ahad tu badan aku dah sakit2 from game ari Sabtu. Berat gile terasa kaki aku . Camne nak main. Pakcik2 pon boleh sprint beat aku. What the hell. Mula2 aku bantai RedBull to overcame the fatigue. Tapi tak jalan dowh. So aku amik Neurofen or Voltaren tiap pagi Ahad tu baru okay. Nak buat camner. Nak hidup.

9. Secondly, Pakcik2 dalam liga ni semuanya hardcore footballer hokay! Main dah berpuluh2 tahun. Most of them bekas player kelab power2 zaman diaorang or dari negara2 asal diaorang (England, Greek, Austria, Croatia, Hungary, Yugoslavia etc). So technique masing2 mantap. Gameplay power. Senang2 je aku kene ayam. Babi btol. Belum kira body sekor2 besar cam haram lagi. Main dah konfem physical tekel melayang2.


Saya budak baik! Sumpah!

10. So I was humbled so many times and learned a lot from this league. Sekor2 pacik ni masing2 carrying injuries tok sah citer. Lutut, angkle, hamstring, spinal etc. Tapi nothing can stop diaorang from main. To see them playing in pain, buat malu je kalau aku taleh main semata2 sebab aku sengal2 jer. And, 50% drpd teammates aku main hari Sabtu gak. I am not the only one that played in two leagues!

11. Lagi satu aku bawak maruah Malaysia or more specific maruah Melayu. So kalau aku main cun, maka cunlah melayu di mata Ozzy. Kalau aku main sampah, maka sampahlah melayu di mata diaorang.

12. Walaupun dioarang agak slow skit sebab dah season, tapi still main ngan diaorang ni best sial. Senang kerja sebab semua orang tahu posisi/role masing2. Defensively, awal2 season teruk bocor sebab tukar2 org. By mid season baru kitaorang click. Kitaorang main 3 orang defender je tak dehal. Communicate simple cam askar, " runner", "Move one over", "man-on", "swap", "cover", "no bounce", "to half-way" etc, semua org paham.

13. So next year insyaAllah aku akan main balik. Dan tahun2 seterusnya selagi body aku mampu. Sebab aku tahu, this is where I belong. This is home. This is my gold standard. The league of spectacular testicular people. Where we play soccer until we die..........

Depan L toR: Chris, Dino, Peter, French
Blakang: Steve, Richard, Andrew, Hensem, Dino, Pete, Boon, Eno, Noobs, Rick, Tony

Sekian, mekasey, wassalam.

4 comments:

anginkuskus said...

tabek spring sama lu

Dr. Ben said...

bro, selagi tak haus lutut dan ankle tu, belasah je.

Tua punya time tu belakang cerita.

Anonymous said...

Gua bangga sama lu mangkok..
Lobethal 2008

mangkuk statik said...

Tq. Aku mmg hebat. Aku dah lama tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails