Quote of the day: ".....gembirakan lah kaum melayu ini Ya Allah dengan mensedihkan mereka."
Friday, September 23, 2011
Kenapa Aku Tak Suka Bawang Putih.
Salam,
1. Adehh. Pening kepala aku dengan bau rambut Husna ni selepas dia balik dari di jaga di rumah orang ni. Potong steam betul aku nak peluk dia. Taleh tahan. Trus aku lari. Nak tidur pon tak jadi.
2. Orang2 melayu kan suka tumis menumis. Beb! Kalau kat Malaysia rumah "open". Udara boleh kuar masuk. Tapi kat ozzy ni, rumah closed/insulated. So haba terperangkap kat dalam. Malangnya bau2 pon trapped jugak. So lama2 lekat bau kat karpet, baju, rambut etc. Tak syok ler.
3. Deria bau aku tajam gila hokay. Aku kan masak ari2 for the shop. So hidung aku walaupun dah immune kpd bau2 tumis, tapi bau2 yang "aneh" aku akan cepat giler pikap. Bau2 yang aku selalu dok look for ialah bau hangit, bau gas, bau lauk basi gitu.
4. Tapi bau yang paling aku tak tahan adalah bau garlic=bawang putih.
5. Aku tak tau kenapa, tapi aku benci giler dowh. Kalau aku terbau garlic, the memory yang tetiba terpancar di minda aku ialah, waktu salam dan cium tangan mak aku selepas solat jemaah bersama di rumah. Hahhahaha..
6. Mak aku kaki garlic okay. Aku rasa favourite ingredient dia adalah garlic. So obviously tangan kuat giler bau garlic kalau dia baru lepas masak sebelum solat tu. Memang aku benci bau tu, tapi sebab ni mak sendiri okay. Nak tak nak, kau kene cium tangan dia hokay. No excuse. So maybe keterpaksaan itu akhirnya menyebabkan aku jadi saiko bila bau garlic.
7. As a cook, aku memang tak pakai garlic. Surprise !! Cuba try carik garlic kat kedai aku. Ada dlm botol kecik satu jer, in case emergency nak pakai. Semata2 kerana aku tanak tangan aku bau garlic. Yes it is possible to cook wthout garlic. But aku tau aku missing the "extra kick" dlm masakan to. But, I hate it soo much that I don't care.
8. But, korang kene remember, ada banyak masakan2 yang perlu ade garlic, baru ada feel. Macam Char Kuey Tiaw or Sup gitu. Kalau takde, okeh je, tapi rasa dia agak peliklah.
9. Tapikan aku rasa-rasa, takkan semata2 kerana itu je, aku jadi tak tahan ngan garlic. Aku rasa mesti ada sesuatu pada diri aku yg menyebabkan garlic tu macam kryptonite kepada aku.
10. Jadi apabila di suatu hari aku dok belek2 muka aku cepan cermin ni (belek ari2 sebenarnya), terlintas di fikiran aku.
a. Aku kan nampak muda. Lambat aging.
b. Masih power walaupun dah tua.
c. Tak tidur malam, pukul 3-4 pagi baru lelap tak kira camner letih
d. Mencekik darah kastemer aku hari2.
e. Suka di kelilingi orang2 muda dan awek2 hot yg seksi.
11. Dan aku tak suka garlic!! Baru aku sedar. Aku sebenarya adalah ........................... Drakula!
Sekian, Mekasey, Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apsal xtunggu 100 taun baru release resipi?
huhu: resepi apa yg kau nak? Resepi mengadis?
Post a Comment