Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Kaedah2 Basic Dlm Meng-Stalking Haweks: INTROS

Salam,
....sebahagian drpd "my Valentine suck Ass" series......for MALE readers ONLY. 1 intro, 2 balak, 3 kurap , 4 bini, 5. cun, 6 hasben

Mula2 niat kena kasi betul:

1. Bukan tujuan aku nak ajar korang camner nak stalking.
2. Tujuan aku adalh untuk memberitahu kpd semua pihak, stalker dan yg "di stalk-ki", kaedah2 basic stalking yg di ketahui umum.
3. Bukan nya supaya para stalker menjadi lagi hebat. Tapi untuk yg di-stalk-ki mengetahui teknik, taktik dan kapasiti peng-stalk-kan stalker2 di alam maya karin.
4. Jadi di harapkan, mangsa stalk akan tahu camner utk melindungi diri mereka dari para stalker2 buas tersebut.......jahat sungguh diaorg kan? Kenapa lah tak baik cam aku?
--------------------------------------------------------------------

Hukum:

Sila sesapa betulkan aku kalau aku tesilap.
1. Basically bergantung pada niat.
2. Kalau niat saja2 nak "cuci mata, mengotorkan hati", baik toksah bro. Boleh membawa kpd zina mata ataupun bende2 haram yg lain.
3. Tapi kalau niat nak tgk "bakal isteri"...jeng...jeng ..jeng, hukumnya sunat. (source:Klik sini. Simple and kaw pasal kawin)

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

4. Pergh.....jadi sila betulkan niat masing2 utk carik isteri dan utk aku spesel kene niatkan mencari bakal "isteri-isteri-isteri".
5. Anggota yg di haruskan utk meng-usha pula hanyalah muka dan kedua tangan je. Jgn la overdose usha part2 yg tersembul plak.
6. Tapi mesti ada org2 bertanya, adakah org pompuan boleh mengusha org laki sebagai suami jugak? Entah! Atau jawapan yg lagi tepat, ...Aku peduli hapa! Aku tulis ni utk org laki jer. So aku research pasal laki je. Kalau org pompuan nak tau, pegila baca blog uztazah2 tu...
----------------------------------------------------------

Kategori2 Stalking

1. Physical Stalking
- Creepy, complex dan could be illegal.
- Jgn buat wahai saiko2 sekelian. Aku tak nak ajar.

2. Cyber Stalking.
- safer, easier
- inilah jenis stalking yg aku akan referkan/jelaskan selepas ini.
---------------------------------------------------

Siapakah manusia yg Kaki Stalker?


1. Everybody!! Everybody ada kapasiti utk menjadi stalker. Everybody yg ada account Fesbuk konfirm stalker! Tak kira laki or pompuan. Tak kira samada muda ataupun tua "tapi masih laku....eh silap..hensem".
2. Jadi yang Kaki Stalker itu ialah You, You, You, You, You You, You, You, You, You,You, You, You, You, You You, You, You, You, YouYou, You, You, You, You You, You, You, You, You, You, You, You, You, You You, You, You, You, You


......Yes...Definately You....
....and Yap...Definately You!!!!!!! (Gambar Hiasan. Kan dia tuding kat kita semua tu!!)
------------------------------------------------------

Skill-Skill yg Membezakan Stalker yg Mantap daripada Stalker yg Hampeh

1. Memang You all can be a stalker. Tapi, hanya setengah2 orang sahaja yg memang mempunyai natural talent utk menjadi pemburu yg berjaya macam aku.
2. Kami ada instinct untuk mengesan mangsa2 yg kaw. Kami juga ada skill untuk menghidu di manakah point2 kelemahan mangsa dan kami adalah brutal dalam meng-exploit kelemahan mangsa tersebut.
3. Mata yg tajam, telinga yg peka dan lateral thinking adalah wajib.
4. Adakah anda berpotensi untuk menjadi stalker yg gempaq macam aku?

5. Ianya boleh di uji. Sila usha video di bawah. Dan di akhir video itu, sila beritahu aku
a) adakah jantina pemandunya?
b) lagu apakah yg di pasang di dlam kereta tersebut?
Konsentrate pada kereta itu dan pasang sound kuat2 sebab bunyi dia faint dan 2 second je.
Selamat Menghadapi Ujian.................Mulakan dgn Bismillah dan Ayat Kursi..



sekian, mekasey, wassalam

Monday, February 1, 2010

Wai Mai Kar is "Small, Messy and Dirty" ???

Salam,
....prepare to be shocked!! Jgn jatuh kusi........
Bapak hensem keta aku. Toyota Corolla Seca tahun gajah. Kat Msia panggil lain kot. Debu tu datang standard. Kuar2 kat kilang di Tokyo jepon dah gitu!

Sekali imbas macam ludah opah hang masa makan sireh. Selambe burung melepas atas keta aku. Inggat keta aku jamban ke hah burung! Aku lastik jubur hang kang! Setahun hang sembelit!

Inside tour bermula! Start bahagian kaki kat depan kanan passenger seat seblah pilot. Sekali imbas macam sampah sarap...tapi jeng jeng jeng! Magic!...........

Bila susun2, terserlah lah 5 drpd 7 pasang kasut yg aku ada. 2 kasut bola, 1 kasut jog/tenis, 1 kasut futsal/muda-mudi/clubbing/usrah/gocoh/ngorat awek AirAsia, dan 3 crocs (1 kat sini, 1 aku tgh pkai, 1 spare kat kdai). Jadi kau cakap le aper2 occasions, I am always ready. Bapak efficent macam German aku nih!
Korang mungkin kutuk aku kata, "Hapa kasut langsung tak stailo!". Tapi kau lupa. Muka aku ensem. Awek tenggok dah cair. So, aku tak perlu kasut2 gempaq untuk cairkan awek pon!....Ermm.. tolong britau aku kalau ade sesape or mane2 awek yg jatuh cinta kat balak sebab dia pkai kasut "gempaq-bumi "!!


Same seat, minus the shoes. Giler 30 sen tu bai sebab seposen sebijik recyled centre amik. Beg biru Big W sentiasa bersedia klau aku kene gi shoppin'. Dan terima kasihlah Mus kerana sedekah stokin dia kat aku. Terima kasih jugak sebab kau pandai bagik seblah je kat aku, jadi aku bole kutuk kau lam blog!

Jom bergerak ke seat belakang kiri. Aku ada tiga store room kat kdai. Tapi tak cukup doh. So keta jadi store room ke 4. Oyster sos ni dah lepak lam keta dekat seminggu dah. ehh..ader lagi satu botol. Dah 40sen dah!

Seat blakang. Kalau dahaga, ada ayaq. Kalau lupe stokin, aku ada stokin pakai buang 4 dollah dapat 5, beli kat harber-taun. Kenape tak basuh je stokin? Sebab kau tak bagik alamat kau untuk aku hantar stokin tu utk kau basuhkan.
Sweater emergency
pon aku ada kalau sejuk malam2 ataupun biasanya untuk awek2 yg kesejukan masa berembun di Henley Bitch Jeti (bajet!!).
Kotak serbaguna pula ialah untuk di balingkan segala2 barang2 ni dan kasut2 tadik, bila ader "awek hawt" nak tumpang keta! Kalau "awek tak hawt", gua baling gak lam kotak.........sebab mane tau dia pegi repot kat awek hawt tadi!! Bahaya intenet kaum hawa ni!

Kleenex yang aku kerap gunakan setiap minit, setiap jam sebab aku ni pembersih orangnya..........Hmmmm! Walaupun macam tak pernah bukak pon, jgn terpedaya. Ilusi optik tu! CGI macam Avatar! Sila pkai spek 3-D anda!

Tempat kaki seat blakang pilot. Yeaaaaa..dah....80 sen dah. Pakcik kayo! Payung untuk ujan dan map untuk org2 miskin yg takde fulus nak beli GPS. Weii! Ade sesape nak jual GPS 80 sen dak? Gua bukan sengkek. Gua jimat duit nak kawin 4, 3 atau 2 lah bro! Niat murni tu!

Bawah seat pilot. Breakfast aku besok ni! Chip dan pekejadah ntah tuh? Aku rasa kacang. Besok aku britau korang pekebender lepas aku makan.

Cockpit. Mak datuk banyaknya debu. Ni kalau jual debu tu kat CSI buat fingerprint powder, boleh beli mansion kat Las Vegas bebeh!
Ijau tu chewing gum. Jadi nafas sentiasa harum, bersedia kalau ader awek2 minah salleh yg cun, blond dan hawt , terkam dan cemolot aku dalam keterpaksaan. (....izinkanlah daku bermimpi sejenak!....). Kotak merah tu ialah oil filter pree.
Seblah kanan chewing gum tu plak ialah kaset Rok Kapak yg ntah ape judul ntah sebab dah luntur abis tulisan slepas 20 tahun!!. Layann! Tangkap lentok.
Ehh..ape dia batang oren seblah handbrake tuh.........???


....ehhhh! Ni sape letak sini ?? Sape punye nih? Mengapakah aku di aniayai!!! Aku ingin menjadi seorang insan yg kamil !!!!

So, aku sedar keta aku "small, messy and dirty" kay! Tak yah pot-pet!

Tapi semuanya itu ada sebab musabab yang tak pernah terpikir oleh otak2 korang yg tak ensem cam aku nih!

Keta aku "small, messy and dirty" kerana.........

1- Ianya takdir ilahi....
2- Aku zuhud. Menolak duniawi. Except aweks..
3- Belum sampai seru untuk di cuci.
4- Debu2 tu macam "protect" cat asal kat bawah dia. Function dia lebih kurang macam "wax" gak la! Bila nak jual nanti, lepas aku cuci, Hulameek! Sebijik sebijon berseri2 macam Rozita Che Wan! Luv ya bebeh!! U komplet meh!
5- Debu tu jugak bagik senang polis nak nampak finger-print kalau sesape curik keta aku! Kantoi!
6- Tgk debu pon pencurik tak selera. Takyah susah2 aku boh alarm!
7- Kotor2 ginilah baru berbaloi kalau nak bayar orang ataupun cuci sendiri.
8- Tapi kalau cuci pon akan kotor balik. Baik aku biaq pi.
9- Lagipon aku ni pecinta alam selain drpd pecinta wanita. Jimat kanlah air wahai korang!
10- Takde masa nak cuci. Kang tak sempat nak apdet blog.
11- Boleh buat modal untuk entry blog. Gila babi hutan kepandaian aku ni!
12- Saja biar takde orang nak tumpang keta aku sebab takut suar kotor. Jimat petrol aku sebab kurang muatan. Aku Haji bakhil. Apa tumpang2??Aku lesing kang!
13- Ikut suka ati aku lah! Bukan keta bapak kau! Tolong jgn jaga tepi kain pelikat aku. Sebab aku tak pakai spender arini.
14- Inilah bukti KEUNGULLAN CINTA aku kepada bini aku. Keta kotor ni bermaksud aku tak de niat nak bawak awek jalan2 ke, ringan2 ke dlam keta aku. Wahai wanita2 seantaro dunia! Sila ambil perhatian. Sekiranya keta suami/balak anda kemas dan wangi macam bedroom aweks, itu ade sebab tuh!

Untuk pengetahuan korang budak2 Msia, mat salleh dah kaji abis psychology kereta nih. Saintis psychology mat salleh kata, (source)

"People that drive big cars are normally people that try to "overcompensate" for their small penises"

Tak caya, cuba usha sape yg bawak keta Mers, Evo, WRX, Skyline, Sylvia, Integra (opsss!) kat Mesia ataupun kat Adeled nih. Hampir 95% skinny asians.

So if you subscribe to that notion, if I drive a "small, messy and dirty" car, that will means that I have a "BIG, TIDY and CLEAN" penis!
I like that!!

So ladies! Whatcha waitin' 4? Come n checkidaut!..........(The car la! Not the "package")

Sekian. mekasih, wassalam.

p/s: kan aku dah cakap prepare to be shocked!

Friday, May 29, 2009

melben cup 2009 jilid ketiga: rombongan meminang melben cup.

Salam,
intro
jilid pertama
jilid kedua

1. Mari kite sambung criter melben cup balik. Muahhaha. Sebab bulan depan dah kene gi sydney untuk MASCA games/NCG. Jadi sebab bagi aku dah kire kompirm kami akan kalah kat sidney tuh (sial lah am dan mus), jadi meh kite manghabiskan sisa-sisa masa yg ader selaku undefeated champion ni, untuk mengecapi titisan kepoyo-an yg terakhir.

2. Pada tanggal 9 april 2009, sewaktu aku menanggalkan spender aku pada pukul 9 malam itu di rumah (fuss lega..kebebasan setelah perintah berkurung sejak pukul 7 pagi), rombongan meminang melben cup budak2 adeled sedang mandengar taklimat perjalanan di adeled mosk. Aku tak hadir sebab aku superstar, mane main taklimat2 ni.

3. Taklimat aritu telah di berikan oleh chief de mission Yen ke Yin (aku tak tau camner nak eja), dimana budak2 adeled di inggatkan tentang semangat setiakwan atau braderhud sesama kita yang boleh kita pegang sebagai semangat untuk bermain dengan penuh......ermm.....semangat la kot.


Untuk memupuk semangat braderhud ini, participants di galakkan untuk ber-ramas mesra antara satu sama lain. Biaselah tuh, budak2 Amnor dgn mazhab hadhari nyer. Pasrah jerlah!!

Astaga...depan masjid ni wei. Nak kene panah petir bebudak ni. Ni little gilbert street la bro, bukan lorong haji taib.(gambar telah di sensor untuk menyembunyikan identiti Im dan Apam)

4. Kami bajet, bertolak lam 10 mlm dan sampai besok pagi. Jadi semalaman di dlm kete tuh kire jauh lah gak. Budak2 melben mesti gelakkan kami, muahhahahhaa padan muke budk adeld. Bile sampai pagi besok, mesti budak 2 melben bajet kami mesti jalan bongkok2 sebab sakit2 belakang, lenguh2 badan, lapar, nak terberak tapi sembelit dan emo.

selepas 12 jam dalam keta.....Im masih inggat dier dok drive keta lagik. Sambil berjalan, aku tengok tangan dier dok shift gear. Ha ah, dier bawak keta cabuk manual die. kami bawak kete auto, tak main manual shifting nih....itu old school.

5. Oh tidak!! Kami telah sedar masalh tersebut dan kami telah membuat beberapa langkah untuk membenteras masalah tersebut.

a. untuk mengalakkan perjalanan darah di otot 2 kami, kami main bola di dalm kereta, diluar kereta, maser isi minyak, berseorangan atau "di mainkan" oleh rakan ramas mesra yg lain.

poyo tahap cipan

b. tido tak cukup? tak selese? Aku tenggok syok jer budak2 tido denagn gaya kuak lentang, kuak kupu2, lipat pari, headstand, gaya bebas dan dangdut, no problem jer.Tengok kepada kuantiti air liur yg berjaya di tabungkan malam tuh, rumusan bahawa tido lam keta tak best adalh rumusan yg tersongsang


c. sesampai kat melben jer, trus kami ke kay-ef-see.Umpama bertemu kekasih yg lamer terpisah, budak2 adeled melahap dengan penuh perasaan untuk melepaskan rindu dendam selama ni kat kolonel sanders.


d. dan seperti habis madu sepah di buang dan habis makan, kumbahan di sesarkan dari badan di celah2 semak seperti yg di demo kan oleh bandu.

wei..tanggal lah seleur tu dulu kot yer bro...Junior nih!!

6. Selepas melantak, kami terus ke padang untuk bertemu dengan...carlton blues, defending champ dan our nemesis, our nightmare in 2007. Are we ready this time?

7. Tu cut long stori short, kami main petang tuh, menang, besoknya 3 grp matches seri, menang, menang dan 2 hari lepas tuh menang di semi dan kemudian final. Sekian, tamat citer. In sumarry, kami menang da tournament. End Stori.

muahahaahahaahha.
Woi, kalau aku nak citer satu persatu ape yg terjadik, 10 tahun lagik belum tentuabis buat post pasal melben cup nih. Susah ler.

Sekian, makasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails