Wednesday, January 27, 2010

Adakah buntut anda "tonggek" ataupun buntut anda "lebar"? Satu analisis terperinci dari Pakar Buntut terulung negara.

Salam,
...sambung balik kutuk birokrasi kerajaan...muahahha

1. Bini aku ilang wallet dia kat sini. So balik Msia arituh, burn seminggu dok buat balik segala mak nenek card dia yg ilang.

2. The actual process buat kad2 tuh sejam je kot. Tapi, macam biasa, nak tunggu giliran kita tu, mau berpuluh2 jam gak tuh.

3. Merana buntut gua dok nempek kat kusi berejam-jam. Masuk ari kedua, gua dah givap. Aku suruh bini aku gi sendiri atau kalau timbul rasa bersalah di hati aku, aku pegi hantar dia je dan bila dah setel, dia roger aku dan aku pegi retrieve!! What an efficient man I am!! Bangga siol!

4. Tapi, bila aku usha orang2 Msia, aku nampak diaorang mcm dah agak terbiasa kene tunggu sampai naik kematu buntut gitu. Ermm..sebab tu kot buntut awek2 Msia agak kecik dan ke-leperan skit kot. Sesape yg memang berbuntut besar plak, padding tu lebih banyak ketepi dari yg ke belakang. Sebab masa kecik2 kat sekolah kene duduk je kat bangku pagi sampai ptg bcoz kalau bangun cikgu jadi emo. Bila dah besar2 plak, kena duduk kat kerusi menunggu berejam2 di sepital dan jabatan2 kerajaan.

5. Cuba "scan" buntut2 minah salleh sebagai "comparison ilmiah" (..caber line skit!!). Buntut2 minah salleh, jelas lagi banyak padding ke belakang dari ketepi. In short, buntut mereka lagi tonggek! Jadi aku sebagai pakar buntut ingin mengemukakan satu hipothesis yg mantap, bahawasanya ...
"Ketonggekan buntut adalah berkadar songsang dengan waktu buntut dok terperap di atas kerusi di ruang-ruang menunggu".

6. Okay...berenti sat goreng kerepek. Kembali ke objektif asal!

7. So, nway. Satu ari tuh bini aku pegi JPN Kangaq, nak buat myKad baru. Kitaorang sampai baru 15 minit bukak ke gitu JPN aritu. Bila amik no, dia turn ke 15. Chanteek!......aku ingatkan! Sekali, tunggu2 dekat 2 jam, baru jalan 5 orang! Dari pukul 830 ke 1030!! WTF sungguh! Kaunter yg layan myKad sebijik jer dari 10 kalau tak silap aku.

8. Bini aku dah hangin! Biaselah org pompuan kan emo, psycho dan gilo. Aku tak kisah. Asalkan dia jgn hangin kat aku sudes! Bila aku usha jam dah 1030, aku bagitau bini aku.
"Lepas ni sejam no takkan gerak nyer. Sebab minah kaunter tu akan pegi makaannnnn!! So jom balik! Besok dtg balik."

9. Tapi bini aku dah nak melotup. Dia kata dia nak tunggu gak. Dia nak sembur minah kaunter tuh kang bila turn dia. Hmm!...Nasib baik aku ni sudah bersedia untuk kahwin 4, 3 atau 2. Jadi apabila dua wanita mau berperang, aku tau, kita dok diam2 sudeh. Mcam Amerika nak perang ngan Russia. Kita jadi UN je cukup. Kita takkan boleh halang kuasa2 besar nih.

10. So aku pon challo ronda2 cari calon bini muda kat Kangaq sementara tunggu bini aku roger aku. Masa aku menapak kelaur dari JPN tu aku tenggok muka sekor2 kat situ bermuram durja. Mesti buat myKad gak nih. Ada sorang pakcik ni tenggah peluk dan usap2 anak dia yg umur 5-6 tahun gitu kot. Dia kata kat anak dia
"..Takpe...takpe"...ehh tipu . Kata kat Kangaq. Ulang tayang.
"Tak Pa! Tak Pa! Kitaq takq makanq pon tak paq. Biaq kitaq matiq kat siniq ponq tak paq. Kitaq bukannyaq kenaq makanq!"......Gilos banyaq qiuq (Q).

11. Pakcik tu perli tu. Dia dan anak dia tu entah2 bangun pagi tak sempat breakfast trus pegi JPN. Inggat kan kejap. Sekali..... So anak dia tenggah kebulur lah tuh. Tapi nak belah pegi carik makanan sikit takut termiss no plak. Haru lah kalau kene amik no baru! Kesian kat dia.

12. So, lepas 2 jam pusing2 kangaq tapi tak jumpa pon awek2 cun, maka aku pon pegi la balik ke pangkuan bini aku. Ngam2 dia tenggah sembur minah kat kaunter tuh. Aku tak sampai ati nak dengar. So aku merewang2 kat area situh je. Masa tu pkul 1230. Selepas 4 jam waiting!

Bini aku tengah emo kat kaunter 5. Hanya kaunter tu je yg layan myKad arituh. Kaunter yg lain2 hanyalah untuk bertelur.

13. Masalahnya kat sini sebenarnya senang je. Put yourself kat minah kaunter tu nye shoes. Boss dia kata bukak satu kaunter. Dia kene layan satu perlis nyer applicants. So ape dia boleh buat? Layan semua orang cepat2? Mau mampos 2-3 hari pastuh. Sebab tiap ari berpuluh2 ataupun beratus2 applicants dia kene layan. Kau buat cepat cam gaban dalam masa 0.001 saat tiap org pon, takkan sudah kerje kau. Gaji bulan2 bayar sama je. So, dia buat muka tebal dan layan orang ikut pace lemah longlai cukupla.

14. So the MaderFakers kat sini ialah "Bos dia" dan Boss kpd "Bos dia" dan Bos kepada bos "Bos dia" dan Bos kepada bos bos "Bos dia" Sehinggalah kepada super bos dan akhirnya kepada ultra-boss Maderfakers iaitu Datin Seri Ajib ataupun PM pada masa tuh.

15. Merekalah sebenarnya yg bertanggungjawap. Mereka tak pernah kene tunggu que sebab depa VIP.
Tak caya cakap aku?
Plis usha buntut Ajib ataupun Rosmah! Lebar ke tepi macam org2 biasa ataupun tonggek ke blakang?....
Hipothesis gua gempaq wa cakap lu! Plis give me PhD!!

16. Kembali kpd kisah aku dok merewang2 kat JPN tu masa bini aku dok apload kemarahan dia kat kerani kaunter tuh.. Bila gua scanned satu tempat menunggu tuh, takde awek cun pon utk meng-usha, maka aku pon buat lah bende bermanafaat skit. Aku pegi baca pekejadah2 yg dok lekat kat dinding. Sekali gua terjumpa menatang nih!



17. Apalaga! Aku pon selaku seorang warganegara yg prihatin, isilah borang cadangan yg ada kat situ dengan tekunnya
Gua kasi klosap skit!

Untuk korang yg mata rabun, meh sini pakcik tolong bacakan.
Comments/Suggestions on how we can make our services better.
1. MAKAN PREE. CEKODOK KE APA YG PATUT
2. TAK PON BOH ASTRO-BOLA. BARU LAYAN !

3. PEKERJA YG MUDA DAN CUN. JADI TAK BORING TATAP COUNTER MASA MENUNGGU.

4. WOII!! KENAPE BAHAGIAN KOMEN NI KALER BIRU. BILA AKU TULIS TAK NAMPAK JELAS PON! INI ADALH KONSPIRASI.


18. Itu la pasal. Bahagian 1 sampai 5, space dia putih plak. Masuk no 6, kaler Barisan Nasional. Nampak sangat depa dah bajet nak buang tong sampah borang nih.

19. Satu lagi perasan dak borang ni dalam English!! Takde borang base Melayu pon kat situ. Jadi manelah pakcik makcik kampung tau apekejadah dia spiking tuh.

20. Hampeh!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Sunday, January 24, 2010

Kalau kepak dia hapak, Gua akan menapak !!!

Salam,

1. Fenomena ketiak masam ni sungguh pelik. Kita tau memang dah masam, tapi dok cium gak. Perghh! Stim siot!

2. Prasan dak, kebanyakan org2 yg ketiak dia masam, tak perasan pon yg ketiak dia itu boleh menuba ikan paus di lautan atlantik dari garisan khatulistiwa ke antartica, boleh menipiskan lapisan ozone di bulan, boleh di jadikan pembunuh kuman di hospital Tg Rambutan dan boleh mengosongkan stadium Bukit Jalil di bahagian penyokong2 Kelantan dengan sekelip mata, tanpa sebarang rusuhan ataupun kebakaran.


3. Kenape diorang ni tak prasan padahal ketiak dia tuh hanya beberapa centimeter je dari idung dia? Sebab dah bau tiap2 ari lah dud. Biar kepam cam haram pon, takkan perasan nyer lah. Elleh! Mcam taik berak kita lah. Mula2 je busuk! Lepas seminit, boleh usha dan kuis2 lagi ngan berus jamban tuh mencari cacing kerawit. Tak termuntah pon!



4. Satu lagi, ketiak kepam ni adalah salah satu pembunuh selera bagik aku. Tak kiralah awek tu cun dan body berlekuk macam bidadari ke, peragawati ke, pramugari Air Asia ke,
....kalau kepak dia hapak, gua akan menapak !!!
(Pergh...ayat power giler siyall!. Eat Shit la Faizal Tehrani)

..nanti aku edit gamba nih..

5. Malaysia pula adalh sebuah negara yg cun. Ia juga mempunyai lekuk2 alam yg mempersonakan. Akan tetapi, ketiak dia .....FAIL!! Dan ramai yg samada tak perasan, tak peduli ataupun dah tak kesah. Pasrah je tahan idung hidup dengan ke-kepam-man tersebut.

6. Punca kepam pada Malaysia ni banyak. Tapi gua nak sentuh satu je lah kat sini cukup.
Birokrasi kerajaan yg mcam haram

a: Berbelit2 baru boleh dapat, tapi bila kene reject lurus bendul la plak.
- Nak dapt projek/bantuan kewangan etc, diaorang mintak bermacam2 borang, sijil, lesen dan apa carut ntah. Jadi berkejar2lah kita ke bermacam2 jabatan untuk penuhi syarat tersebut. Jabatan tu plak, akan mintak borang/sijil etc lain gak.
- Trasa sebijik mcam di rogol bergilir2 oleh sekumpulan lelaki yg tidak di kenali di sebuah pondok terpencil di kebun getah.
- Bila tak dapat projek/finance/etc tu plak, orang2 kerajaan ni akan bagik jawapan standard, "Mintak maaf Encik, saya hanya ikut procedure", atau hapa pesen jawapan yg tema-nya satu. Iaitu inflexibility. Lurus macam zakar stim. Tak boleh nak tolerate sedikit variasi walaupun variasi itu kadang kala adalah lagi baik dari procedure yg asal.
- Unless.....sila baca point bawah ni

b. Double standard
-Semua main kabel.
-Kalau kabel power, cepat je setel. Borang pon ntah2 tak payah isi. Kalau takde kabel, dok tunggu que lah kau sampai berjanggut.
-So VIP (very important Phaker) tidak tahu pon ataupun buat2 tak tahu je yg sistem yg ada di Malaysia sekarang ni adalh macam cibai sebab bagik diorang "semuanya okay!!"

c. Polisi berubah2 ikut menteri.
-Tiapkali tukar menteri, diaorang wajib akan tukar polisi. Tak kira kementerian mana.
-Sebab mangkuk2 ni bila di bagik chan jadi menteri, diaorang kene tunjuk yg diaorang ni buat kerje. Kalu dak kene gugurkan. Malu siot!
- So, walaupon polisi menteri yg sebelumnya cun-melecun camner pon,diaorang akan selambe-babinya tukar.
- Bila tukar PM, lagi lah celaka. Dari Hadhari dah jadi 1mesia. Kementerian pon boleh kene mansuhkan dan serapkan ke kementerian yg lain.
- Contohnya MeCD (kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) yg di bubarkan Datin Seri Ajip. Abis kacau bilau bisness Melayu semata2 kerana 1malaysia.
Adakah MeCD di bubarkan kerana nak jaga hati org bukan Melayu kerana kementerian tersebut specificaly bertanggungjawap menjaga dan mengalakkan perniagaan di kalangan org melayu? Jawap gendut...jgn tak jawap.

Cilok dari blog indon mane ntah. Perasan dak apa yg klaka kat sini? Low quality skit. Malam bsok wa edit letak yg HQ skit....Jawapannya ialah Fuck OFF la wahai mat indon...bukan Fuck OF.

7. Arituh kawan aku kene block dari meninggalkan Msia utk ke Adeled nih kerana tak bayar PTPTN. Drama nurkasih lah sikit kat airport aritu aku rasa! Kebetulan aku terjumpa artikel Metro pasal masalah ngan borokrasi PTPTN nih. Lalok gila babi wa cakap lu. Worth reading.
Baca sini

8. Bende ni bukan bende baru. Dah lama dah terkepam. Semua org tau. Dan aku tau, aku dok merepek kat sini takkan mengubah sikit pon.

9. Jadi persoalan terbesar di dalam hidup ini, yg wajar aku tanyakan kepada korang semua di sini ialah................
.....
....
....
.....
.......
........
.....................
.............................
..........................................
.................................................
......................................................
...........................................................
...............................................................
...................................................................
......................................................................
............................................................................
..................................................................................
....................................................................................
.......................................................................................
..........................................................................................

......Wei korang! Ketiak aku busuk tak? Sebab aku takut aku sendiri pon tak prasan!

Sekian, mekasey, wassalam

Wednesday, January 20, 2010

Mengapakah aku tak nak jadi Artis?

Salam,

1. Mungkin TIADA orang pernah bertanya kepada aku,

"Barder! Lu ni ensem lah. Naper lu tak nak jadi artis, ke, model ke, gigolo ke?"

2. Mungkin besok kot korang tanya aku soalan tu. Tapi lu org tak payah tanya pon, gua dah tau lu memang nak tanya soalan tu kan?

3. Jadi belum ape-apehal, meh sini aku jawap.

"Tak Nak Aku !!
"

4. Alasan aku senang je. Susah nak semayang la!

5. Artis, model dan sekutu dengannya mmg la nampak glamer. Tapi itu semua mekap tu bai! Memang jarang org yg ensem tanpa mekap mcam aku nih. Org2 kebanyakkan, semua boh mekap. Kalau artis/model tu ialah awek2 , jgn citer lah kan. Boleh abis stock bedak J&J kat Maiden kalau drama swasta ada shooting kat bandar kau!

6. Jadi bila dah mekap cun2 tuh kan, kau inggat senang2 diaorang boleh bagik kau amik wuduk bila taim solat? Nak tayammum pon aku rasa kantoi sebab tanah tak kene muka. Jadi camner nak solat gitu bai?

7. Lebih baik artis selekeh mat rock seluar rabak2. Sebab bila taim solat, hanya tukar pakai kain elikat je, sudah ON untuk solat. Rockers mane pkai mekap....kecuali ermm ..KISS, AMUK....erm banyak lagi kot? Kene tanya Ben.

8. Mungkin ada budak2 yg perasan pandai kata amiklah air semayang awal2 gituh. Pastu tukang mekap tuh pkaila Nyah. Jadi tak batal wuduk. Macam orait je pandangan tersebut. Tapi brapa lama la daya penahanan kentut aku selama berejam-rejam2 shooting tuh.
Nyah tu bro.....kalau dia nak mekap kau pakai spender je dan dok atas riba kau pon takkan batal wuduk engkau.

9. Aku bukannya Ultraman. Ultraman mana kentut, sebab kalau dia kentut, angin kus-kus tuh, tak kan kelaur dari baju plastik dia tuh. Aku tak nampal lubang pon kat bontot dia. Jadi angin kentut tuh akan berkisar di dalam baju dia tuh dan lambat laun akan kepam dan pastinya akan masuk kidung dia gak. Boleh ganggu konsentrasi dia nak berjudo ngan dino tu.

10. Hmmm...mungkin sebab tu lah kot lampu Ultraman berkelip2 selepas beberapa lama berkungfu. Mamat suara latar citer Ultraman kata itu sebab power dah nak out. Tapi secara logiknya, Ultraman bukannya pakai bateri. Dia kan gergasi? So mesti lampu tu berkelip sebab bende lain. Mesti bende2 yg tak macho, tapi cuber kaber line ngan kater power nak kene re-charge ke ape gaban. Ni mungkin sebab Iltraman dah nak terkentut. Tak pon lampu tu berkelip sebab bini dia pangil balik rumah angkat baju dha kering. Tak pon awek dia baru antar SMS kot.

11. Wei..giler aku merapu. Anyway, kalau kau tenggok citer Hollywoood, mekap dia lagi lah bapak gempaq. Lagi lah tak boleh semayang. Susah sungguh nak mencari rezeki halal dgn muka yg hensem ini rupanya.

12. Jadi kepada majalah Wanita, Dewa Remaja, URTV, Mangga, Bollywood Insider, Rolling Stone, National Geographic, Harakah dan lain2 yang MUNGKIN sedang menimbangkan untuk mengambil aku jadi front caber, lupakanlah sahaja niat anda.

Kecualilah kalau korang shooting kat Alaska taim 6 bulan siang dan partner shooting aku ialah Rozita Chek Wan. Kalau itu macam, gua On je anytaim......after 7 pm everyday, masa kedai tutup.

Sekian, mekasey, wassalam

Tuesday, January 19, 2010

Jam

Salam,

1. Aku tengah jam.

2. Ni aku maleh nak tulis banyak2 part. Masa idea banyak, taim takde. Masa taim ada, idea bercelaru la plak.

3. Sepatutnya aku tulis pasal part 2 "paham bola" vs "tahu bola". Tapi dah 2 kali draft, masih tak cun. Aku kene tulis ati2 skit, sebab aku nak kutuk menteri nih! Muahahhaha........tau kecut! Tak de hal lah. Menteri pon makan petai, kentut busuk dan kene tangkap khalwat gak. Fak em!

4. Satu lagi, post yg aku planning nak tulis tuh, agak abstract. So aku kene lah kontrol skit ke-abstrak-kan-nya sebab kalau ober nanti org tak dapat the messages plak. Sia2 je aku penat2 tulis nanti.

5. Dan post tuh pon, seperti biasa gak, agak lucah! So, aku kenelah berhati2 susun ayat. Macam nak ayat mak janda hot yg baru kene tinggalkan suami. Setiap perkataan kene lah di pertimbangkan sewajarnya. Kalau dak kene pelangkong ngan batu lesong. Tak pepasal abis benjol muka I menyebabkan turun mendadak indeks komposite BSKL nanti.

6. Satu lagi punca besar ke-jam-man aku skang nih ialah bila menulis dalam keterpaksaan. I hate the pressure of dateline. Sejak zaman uni dulu lagi. Malam before esaiment due, barulah idea dtg mencurah2 dari langit (Allah).

7. Mungkin ada org yg kata. Ape kisah? Apsal kau poyo sanggat bajet tulisan kau boleh mengubah dunia ke? Good point. Dah sah2 tak bley. But then Amerika pon gagal mengubah dunia walaupun diorang taiko terbesar di dunia nih.

8. So skang ni aku mata celik dok terconggok depan komputer nih denagn penuh kehampeh-san. Aku dah bajet siap2 tido terbongkang kat blakang kedai dekat 2 jam siang tadi sebab nak bagi kuat skit untuk nulis malam nih. Kesian munir keje sengsorang!!

9. Tapi takpe. Bak kata pepatah orang Eskimo Tenggara,
" when u jammed, u take jam ,u calit on roti and u eat it. When u shit it out tomorrow, jam over"
But I heard white bread can make u constipated. What if the shit dont wanna pass for days? Whats gonna happen then?
.....then u will be in deep shit!

Hokay enuff mengoreng kerepek....!!

Sekian, mekasey , wassalam.

Saturday, January 16, 2010

Orang2 yg "TAHU bola" dan Orang2 yg "PAHAM Bola".....

Salam,

1. Semua org tahu apa itu bolasepak kat Msia. Semua org tenggok bola dan follow Premier League. Paling koman diaorang tau sapa team terrer skang nih sebab result premier league mmg masuk paper dan berita utama ari2. Yang aktif main bola pon bapak-nya ramai.

2. Tapi "tahu" tentang bola, dengan "paham bola" ialah 2 bende yg totally berlainan. Ginilah. Org yg "tahu bola" ialah ibarat org yg buta seni macam aku ni melihat sebuah lukisan yang gempak. Aku hanya boleh nampak apa yg di hadapan mata sahaja. Tapi seninya, maksud disebaliknya atau susah payah nak lukisnya, aku tak leh nampak or appreciate.
Contohnya Mona Lisa. Ape cerite beb? Awek hampeh. Lukisan pon macam kedekut kaler je. Kamon la DaVinci!!
Tapi bagi orang yang "paham arts", tu dia detail dia kupas pasal lukisan yg nampak cam bangang nih. Wiki cinnih.

3. Gitulah juga org yg "tahu bola", tak kiralah berapa juta kali dia tenggok bola, berapa juta kali dia pegi stadium, berapa juta jam dia main bola, segempak mana dia main PES atau FIFA game, setinggi2 mana level dia main bola dalm dunia, se-encyclopedic mana knowledge dia pasal technical dan tactical aspect of bola. Org yg hanya "tahu bola" takkan "paham bola".

4. Tengok brapa banyak player gempak, tapi hampeh jadi coach. Macam Maradona. Tapi tenggok plak camner player bodoh pon boleh jadi coach gempaq. Macam Alex Ferguson. Macam Gus Hiddink. Diaorang main level estate je kat Europ tuh. Ada coach, sepak bola pon fail!

5. Malangnya, kebanyakan org di Msia hanya "tahu" pasal bola. Org yg "paham"nya ciput sahaja. Lagi malang lagi, bila org yg hanya"tahu bola" ni lah yang play a vital role dalam bidang bolasepak di negara kita.

6. Contohnya macam Hasbullah Awang. Masa dia mula2 start mengulas sukan di RTM dulu, aku kecik lagi. Dari awal2 dulu, lelaki bersuara emas ni dah nampak petanda2 yg dia akan menjadi legend. Paling lekat kat memori aku ialah masa dia mengulas Piala Thomas 1992.

7. Dia ni "jack-of -all-trades" dalam bab mengulas. Suruh lah dia ulas pasal hape jadah, semua nampak macam best jer. Kalau kau suruh Bullah ulas pasal taik lembu yg dah kering betempek sebulan kat tepi jalan pon, kau boleh terpesona dengar sampai masa tambahan!!

8. Tapi malangnya, dia ni spesis tak "paham bola". Kau dengar lah elok2 ulasan dia masa game bola, dia hanya menceritekan apa yg "terjadi" di atas padang taim tuh. Tiada hint of insight into the game. Tapi mesti ada org bekap Bullah dan kata nak buat camner sebab dia bukan expert bola pon. Itu kerje "expert comentator". Betul tu. Aku setuju.Tapi sialnya dunia bolasepak tanahair ialah expert yg kene bekap Bullah pon hampeh gak.

9. Case for example. Piala Malaysia last year.

Gol pertama. Kau dengar elok2 apa yg Bullah dan expert komentator kata.


Kalau aku yg komen aku akan kata....."simple ball untuk di keluarkan oleh pemain bek kiri Kelantan . Tetapi dia cuba nak main cute, cuba nak stop the ball first masa hujan. Tapi under pressure timing lari. Bola bolos. Pemain N9 terus menyambar kesempatan dengan bagik first timer cun masuk gol. Excellent technique. Sharulain turned, shoot dan lompat dari kene "cah keting" oleh 2 org defender Kelantan sekaligus. Gol yg susah. Silap technique, bola lepas palang."

Tapi yg kau dengar dari Bullah ialah perkataan "cantik" dan dari expert tu plak cakap "menarik"

Gol kedua. Bullah kata "cantik" lagi dan expert kata "menarik" sekali lagi. Hmm......


Gua kata....." zakuan chipped a speculative tapi dangerous high through-ball right smack in the middle just behind the Kelantanese line of defence. Defenders kelantan defend terlalu straight flat 4, sweeper/CB tak kejar bola tuh. Diaorang hanya usha jer dan harap....hanya berharap bola tu gol keeper amik. Tak communicate ngan keeper pon. Tiada defender follow hairuddin's run. Left back paling bersalah sebab bodoh tak bagitau CB yg ader runner kat blakang dia. Lain kali kalau defend, hambat KESEMUA bola lah BODOH! Sebab a good striker never rest!! Dia akan ambat semua oppurtunity......Tapi honestly, that goal is near impossible to defend because the pass was perfect and the timing of Hairudin run catched everyone by surprise."

Gol ketiga NS. Xpert tu kata perkataan "menarik" lagi skali.....Hadoi la!


Gol Kelantan. Maka Bullah pon ulang lagi perkataan "cantik" dan dia guna gak perkataan "menarik". Kamon laaa!!! Suka sangat korang perkataan tuh. Tak boleh belah!


Cerite lah pasal teknik nyepak freekick ke contohnya. Malas aku nak elaborate cinnih.

10. Jadi apabila org yg tak "paham bola" di berikan responsibility untuk mengulas bolasepak di Msia, kita para penonton nih, takkan dapat belajar apa2 pon tentang bolasepak walaupun kau dah tenggok beribu2 game bola.

11. Ironically, berjuta2 rakyat Msia follow English Premier League every day. Mereka dengar ulasan mat salleh macam Martin Tyler, Gary Lineker atau sesape pon. Mat salleh2 nih semua species "paham bola" . Tapi masalahnya pulak, org malaysia plak yg tak paham English!! Jadi Hampeh lah jugak kesannya. Masuk angin, keluar kentut.

12. Anyway, jgn salah faham. Aku bukan nak suruh Bullah stop ulas bola. Dia ulas semangat. Tapi RTM ke TV3 ke mane2 channel yg tunjuk game bola kenalah carik expert yg betul2 "paham bola" untuk bekap pengulas utama macam Bullah tu. Expert tu plak kenalah org yg boleh mengulas ngan baik, bukan cakap melalut, suara slow cam pondan atau sumbang cam Siti Nurhaliza nyanyi lagu English.

13. Senang cerite, amik lah aku nih! Aku dah bohsan masak kat kedai tu dah!
Muahahhahhahahhahhahah......

------bersambung......mari ngutuk Shabery Menteri Sukan yg "Tolol Bola"....

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s: penghargaan di berikan kp "Balau", star-player budak Ausmate 8 ke 9 ntah, pada tahun 90 han dulu. Terima kasih brader kerana ajar aku ttg istilah "tahu bola" dan "paham bola" ni. Terima kasih gak sebab kalah ngan team aku masa Mini-Olympic Tournament, bukan setahun, tapi dua tahun bro. Muahahhahaah.....team Ausmate Lozerssss!! Medic rulez!!

Friday, January 15, 2010

Besar Sangatkah Zakarku?

Salam,

Warning: Tok Guru maroh jika mu baco blog nih. Tidok nambahkan ilmu pong!

1. Aku balik Msia cuti krismas arituh, sesampai je kat Perlis, aku baru perasan seluar jin aku koyak bro. Kat bumper plak tuh. Siol je. Nasib baik dah slamat sampai.
dari depan orait je
kot blakang...fail!
2. Tapi bagik aku seluar jin koyak ni perkara biasa. Konon2nya lah kan, yg seluar jin ni tahan lasak. Tapi gua cakap sama lu, suar jins mmg serrender kat aku. Seluar jins aku, tak kira Levi's ke, Lee ke, cap ayam ke, cap golok ke, semuanya tak sampai 6 bulan gerenti akan koyak rabak aku blasah.

3. Aku mmg pakai lasak sejak azali (tgk la jin kat ateh tu!). Aku tak de sayang2 seluarnya. Itulah seluar jins aku gi lecture dan itulah selaur aku pakai gi keje cleaner ke, panjat bukit ke, semayang jumaat ke, mountain bike ke, mancing ke, main bola ke (vs Korea! mauhaha). Sampai one day tuh (1996), ada sorang senior ni dtg ghumah aku bwak jins dia dan bagik kat ousmate aku dan dia mintak kawan aku koyakkan selaur dia biar nampak mcam
" ....jeans Azam!"

4. Kawan aku amik cukur-blade dan tetas seluar dia kat kapla lutut. Bapak fake! Naper tak bagik je aku pakai jin kau je sebulan dua ngok! Sekarang ni bila aku pegi usha jins kat kedai, bila aku nampak diaorang jual jins yg dah siap2 belubang atau season.....aku senyum je.

5. However there is a price to pay for fashion. Pecah kapla aku pikir camner nak semayang sebab seluarr belubang nih. Taim tuh, aku siap bawak handkerchief buat ikat kat kapla lutut aku yg belubang tuh. Kadang2 2-3 lubang sampai aku pernah terpaksa ikat pakai plastik bag lagi bro! Gilos.

6. Jins aku cepat sanggat koyak, sampai dah jadi tak "cost effective" untuk aku pkai jins anymore. So, aku tukar pakai kargo (seluar yg banyak poket tuh) plak bila musim kargo melanda adeled 4-5 tahun lepas. Surprisingly kargo power sial! Ada kargo aku yg tahan 3 tahun, takde hal. Senang idup aku.

7. Tapi kargo tak seksi la bro. Untuk lelaki berbuntut mantap cam aku, pakai kargo ni macam awek bertetek besar tapi pakai tudung labuh. Kesopanan terjaga. Asset bar-bahaya di lindungi supaya tidak menyumbang kpd kerosakkan masyarakat.

8. Tapi sekarang ni aku dah ....ehems "dewasa". So aku bajet ke-poweran buntut aku dah merosot, so aku pkai balik jins. Sebab aku tau aweks takkan cairnye bila meng-usha my bumper. Adakah ini benar wahai aweks-aweks sekalian ?

9. So, bila jeans aku koyak kat buntut di Msia tu, aku bajet mesti sebab buntut aku dah mengembang, ataupun kentut aku menjadi acidic sebab banyak makan jeruk Malaysia. Tapi bila pikir2 balik seluar2 aku yg dah rabak selama nih, samada suar bapak jin, anak jin, sepupu jin ataupun suar yg tiada bau2 bacang ngan jin sama sekali pon, satu pattern yg misterius telah muncul.

EXHIBIT A : Suar Jin
Koyak depan. Aku blasah pkai je ari senin dan rabu rituh. Bole bawak semayang sebab spender kaber kulit zakar aku drpd terdedah.
Ni adalah standard kerosakkan kpd jin-jin aku for the last few years. Nanti dia akan jadi lagi besar dan tak boleh jahit ataupun di caber oleh spenda. Terpaksa buang gitu je!


EXHIBIT B: Suar Kargo

Ni kalau berak pon telus. Naper la bini aku dok simpan. Besok aku buang!

EXHIBIT C : Suar Kargo Aska
Aku sayang gile babi suar nih sebab camo mcm M'sia. Zip plak yg fail. Kene tuka zip.

EXHIBIT D: Suar Spenda (Yes! I am a legend! Sapa brani boh spende sendiri kat blog?)
Bukan 1 atau 2. Aku tunjuk 3 spende aku sekaligus senang citer. Spende biru koyak "bapak", spende itam koyak "anak" dan spende merah koyak "cucu". All spende is still in use. Sape lah tau aku pkai spende koyak ke tidak? Korang tau dak spende sama macam budu. Tak de expire date.

10. Semua suar2 ni koyak di kawasan zakar atau kawasan yg sewaktu dengannya. Jadi fenomena ini telah membuatkan daku tertanya-tanya.
Besar sanggatkah zakarku, hinggakan abis koyak seluar2 ku kat kawasan tuh?

11. Maka tiadalah org yg wajar di tanya melainkan bini aku.
"Yang! Suar aku ni semua rabak sebab aku nyer besar kan?"
Jawapan dia...
" Ni bukan sebab besar! Ni sebab tajam sanggat!"

12. Cissss!! Tak terpikir plak aku gitu. Lojik gak. Selama ni aku tak pernah tertikam diri sendiri, so aku tak sedar tajam ke tidak. Tapi aku dok tikam bini aku dah banyak kali, so dia mestilah lagi arif. Ermm....terlucah di situ!

Sesapa ada nampak org jual cawat besi dalam e-bay dak?

Sekian, mekasey, wassalam.

Thursday, January 14, 2010

Meng-Islam kan keta aku !!!

Salam,

1. Arituh isteri pertama aku mintak beli keta satu untuk dia. So tak payah lah berebut2 keta ngan aku kalau dia nak merewang sakan. So aku belilah Mers sebijik kat dia......dengan menggunakan duit dia. (Duit aku tak leh sentuh! Simpan buat belanja kawan empat, tiga atau paling koman dua nanti iA)
Limited edition Mers. Memang keluar-keluar kilang dah camni. Abuk tu standard pakej. Rim caber blakang di buang untuk kasi kurang weight. Senang aku nak drift!!

2. Last2, aku plak yg pkai Mers tu dan dia cilok keta Porch aku. Aku chill je. Sebab aku kene practice bertolak ansur dari sekarang dah sebab bila dah berbini 4 nanti, aku dah prepared mentally, physically and sexually.

3. Tapi keta aku ni ada satu masalah BESAR! Ni keta org kapir. Tu dia stiker salib bersepah2.

St Kilda my ass!!

4. Ni silap2 kalau ninggal eksiden, masuk keranda pakai kot nanti. Walaupun aku tau aku ni ensem ber-kot, tapi malaikat Mungkar Nakir mungkin kurang sporting dalam hal itu.

5. Lagipon, kalau kat Msia org Islam marah org lain pakai nama Allah, kat sini plak mungkin mat salleh marah org Islam boh salib kat keta! Silap aribulan keta aku plak yg kene bakar ke, baling cat merah ke ape jadah.

6. Ini tak boleh jadi. Sudah menjadi tanggung-jawap aku untuk meng-Islamik-kan keta Ozzy nih.

7. Mula2 kita kikis baek stiker2 puaka nih...
Susah giler nak cabut. Ni tampal pkai holy water ke jadah.

8. Bila dah tanggal stiker, Alamak! Ala-Mamak! Baru kantoi bawah stiker tu, tu dia, cat tanggal lah, calar balar lah.

9. Jadi terpaksalah aku boh stiker lain, untuk meng-kaber line kecacatan keta aku tu. Dengan hati yg penuh berat di dalm keterpaksaan, maka aku boh lah stiker yg "kebetulan" terbeli kat Msia arituh.

Jgn jeles! Stiker bulan aku nyer. Stiker palestine courtesy of tokan stiker, Ammar.

10. Mungkin sudah di takdirkan kot! Ehh! Ape kejadah aku cakap nih. Dah sah2 ni telah di takdirkan. Takkan bende ni berlaku tanpa takdir. Seperti wujudnya Pak Pandir dan Mahadir atau cecair berlendir.

11. Ehh ada stiker lebih plak! Boh kat cermin cun gak.
Cun plak seat caber kereta Muallaf aku nih!!

12. Tapi, Plis! Plis! Plis! Kamu jangan.......cuba melabel aku sebagai pengikut fanatik sebuah parti politik "yang cuba membawa wadah perjuangan Islan di bawah gandingan mantap ulama dan profesional" tersebut. Kerana pada masa ini, aku hampir boleh 100% gerenti, bahwa pada pilihanraya akan datang, aku TAKKAN BAGI UNDI AKU kepada parti yg cuba untuk "menghentikan kemungkaran kerajaan sekarang" tersebut. Tidak mungkin terjadi. Kerana .....aku belum daftar mengundi lagi. Kalau aku dah daftar nanti, itu lain stori lah kan!

12. Hmmmm! Sebuah misteri di sini. Naper tadak stiker AMNOR jual kat tepi2 jalan atau kat pasar2 malam yerk? Kata AMNOR ni "Juara Rakyat"! Tak de org nak ke?

TAKBIRRR!!!!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, January 13, 2010

Jenayah Yang Paling Kejam Pada Pandangan Aku

WARNING: Gambar brutal gila babi. Not kidding. Unfortunately gambar gore is neccesary to convey my message. Sorry. Jgn scroll ke bawah kalau kecut. No shame in that.

Salam,

Serious skit.

1. Bagik ku tiada jenayah yg paling kejam di alam dunia ni selain daripada jenayah simbahan acid. Mat salleh called it vitriolage. Tiap kali aku baca baca dalam brita pasal org kene simbah acid, hancur sungguh hati aku. Kerana aku tau impaknya sungguh dahshat kepada mangsanya.

2. Jenayah lain bagi aku, pale in comparison to simbahan acid.
Kalau kene bunuh, the pain is there no more when its ended because u r dead already (siksa kubur kira lain la kan).
Kalau kene torture mcm kene sebat, cucuh rokok, electric, sepak terajang etc, when the torture ends, the pain ends as well.
Kalau kene cabul, rogol atau liwat tak kira umur mangsa, dewasa atau kanak2,......after the ordeal, yes I agree u will carry the pain forever in your life. But the pain is internal. It is inside u and unknown to others.

3. Tapi jenayah simbahan acid, mangsanya akan merana akibatnya physically and mentally for the rest of their life. The effect of simbahan asid will be felt internally by the victim and can be seen externally by others. Thats why I said its the worst thing imaginable.

4. Imagine hati orang2 celaka dan bangsat yang commit this terrible act.
-Lihatlah motif2 mereka: kerana jealousy, domestic abuse, refusing sexual advance, reject marriage proposal.......Mostly the victims done nothing wrong except they were perceived as "menjatuhkan air muka" the criminals.
-Lihatlah their MO (modus operandi = macamana mereka biasanya commit the criminal acts). Mereka attack mostly wanita yg lemah. Mereka attack masa org tengah tidur, tak perasan atau sudden. Mereke aim almost always to the face. How cowardly of them.

5. Mereka tahu mereka bukannya nak membunuh mangsa mereka. Acid attack very rarely fatal. Target mereka from the beginning ialah untuk mencacatkan mangsa permanently dan kesan kecacatan itu mereka mahu di saksikan oleh seluruh isi dunia. Sekiranya mangsa tak berupaya di miliki oleh mereka, mereka juga tak mahu sesiapa di dunia ini daripada memiliki mangsa tersebut.

6. Layakkah mereka ini di gelar manusia.
Sedangkan mereka ialah "pembunuh" manusia yg paling kejam.
..........Yang membunuh tanpa pembunuhan.

7. Dan kita. Manusia2 yang menyaksikan kesan simbahan acid ni pada mangsanya pula, turut serta membunuh mangsa simbahan acid ini apabila kita celupar mulut mengatakan ini semua salah the victims.
"tu lah sapa suruh tolak lamaran org tuh"
" padan muka dia malukan mak pak dai, sekarang dia plak yg tanggung malu"

" Ni mesti dia buat jahat kat lain ni yg Allah seksa dia kat dunia nih"


Adakah anda2 antara pukimak-pukimak yang mengucapkan kata2 bodoh sedemikian.

8. Insaflah wahai pukimak.
Anda bukannya Allah. Jadi don't pass judgement atas takdir illahi kepada mangsa.
Apakah salah kanak2 yg turut menjadi mangsa acid?
Adakah kita ni juga tiada kesalahan di atas muka bumi ini? Mengapakah kita tidak kene acid plak?
Orang yahudi yg sah2 jahat tuh pon tak kene acid. So, adakah mereke berada di jalan yg benar di sisi Allah?
Pikirlah wahai pukimak. Pikirlah sedikit sebelum menghukum mangsa2 simbahan acid ataupun mana2 jenayah yg terlampau sebegitu.

8. DitakdirkanNya juga mata kita hanya di lindungi oleh selapis kulit yg nipis sahaja. Jadi di dalm kes serangan ke muka yg serius, biasanya, mangsa akan menjadi buta selama2nya kerana acid itu akan makan mata itu into the core.
Jadi mangsa bukan sahaja cacat rupa paras, mereka juga boleh cacat penglihatan.

At least they don't see their own faces everyday.
At least they cannot see our faces when we saw them.

At least without their eyes they cannot cry

So
the least we can do is crying for them.

Sekian, mekasih, wassalam.

Lelaki melayu. Mintak geran motor arwah bapak, tetiba mak dan adik lelaki dia simbah acid. Akan buta.(metro)



Monday, January 11, 2010

TV will rot your brain !!!!!!

Salam,

1. Sejak balik dari Malaya ni, aku maleh sungguh nak apdate blog. Idea ada selonggok, tapi motivasi = hampeh.

2. Aku hampir tiap2 malam, dok pecah kapla qadha tengok movie2 yg aku dok ripped dan dload selam ni. Dulu tak bley tgk sebab takde masa sebab kene layan anak bini. So sekrang gua balas dendam.

3. Weekend arituh aku tak tido lebih dari 24 jam dok layan movie. Trus biol jap aku.

4. Teringat aku kat kata2 bapak aku masa aku kecik2 dulu...
.." Jangan tengok TV lama-lama, nanti jadi bengong!"

5. Oleh sebab itu aku tak tengok movie kat TV aku langsung. Aku tengok kat komputer je.

6. Abis movie, aku baca berita malaysia, UK, US, Ozi, pastu movie balik, pastu game, pastu movie, pastu fesbuk. Tiap kali aku nak pengsan je, mesti dekat2 taim solat. Setan betul. So aku paksa diri berjaga tunggu masuk waktu dengan.......tengok MORE movie.

7. Mat Salleh pon percaya, tengok TV lama2, boleh jadi bengong. Ada Website (click cinnih), siap buat ringkasan lagi ttg keburukan TV. Bukan setakat jadi bengong, anak kau boleh jadi lagi gemuk, anak kau kuat komplen nak beli berang baru, anak kau bole dapat ADHD, anak kau tak interact ngan community, anak kau expose to murder and violance, anak kau akan jadi ganeh tua2 nanti, anak kau tengok sexual stuff dan boleh dapat long term effect nanti.

8. Jahat sungguh TV ni rupanya. Nasib baik semua kesan2 buruk tuh boleh berlaku kat anak aku je. Kat aku, seorang yg dewasa ni tak dapat ape2 pon. So aku pon truskan usaha murni aku untuk menonton TV tanpa rasa bersalah. Usaha tangga kejayaan.

9. Tapi ada org kata TV ni elok plak untuk budak2. " Does Television Rot Your Brain? New evidence from the Coleman study". Gentzkow, Shapiro 2006. Nama Yahudi sial. Ntah2 Speilberg punye sepupu sepapat. Apa dia raban aku maleh baca. Seperti student melayu yg sejati, aku hanya baca abstract dan conclusion dan buat2 paham je.
ermmmm.....journalll!!!!

10. So what do I think? Well, aku rasa TV ni macam kehenseman aku lah kan. Ada kebaikanya dan ada keburukanya. Budak2 kecik, kalau kita jaga cerite yg dia tengok, diaorang boleh cepat belajar. Sekejap je boleh pikap cakap berabuk mcam mat salleh, kenal ABC atau membaca. Tapi itu semua kalau tenggok Sesame street, Dora atau PlaySkool gitu.

11. Tapi kalau tenggok Hi-5 ke gitu, jgn terkejut kalau one day anak kau mintak belikan skirt pendek sejengkal setengah dari gua hikmat dan bapaknya pulak sibuk carik awek cun blonde yg pakai skirt pendek sejengkal setengah dari gua hikmat pulak!
i lav U tuuuu!!!!
Barisan depan konsert2 mereka di penuhi oleh bapak2 orang dan orang2 lelaki yg tiada anak pon. Sungguh misteri.....

12. Game dan internet pon same cerite. Pepandai korang lah gunakannya. Kalau korang abused the media, don't shoot the messenger......ermm..don't shoot the TV, Comp or game console lah kan. Bagik je kat aku. Akan ku terima dengan hati yg berat...........seberat helium!

13. Pepehal pon, aku still setuju ngan bapak aku. Kalau kau dok elok2 tenggok cerite yg baik2 je kat TV, hanya usha ceramah Dr Asri je kat u-tube, hanya usha fesbuk sahabat seusrah je, hanya dengar Raihan je kat ipod, hanya main game RTS je sebab kau bajet nak jadi panglima Islam one day sewaktu membebaskan Palestine drp rejim Zionist, ......kau try buat semua tuh 24/7. Meh sini aku nak tenggok.
Cukup seminggu, kompirm kau jalan pon dah mereng!

14. Oleh itu, jom kita main BOLAAAAA!!!...Woi bola woi...Dok terperap kat rumah buek apo tu jang!!

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Thursday, January 7, 2010

Ehh!! Mana pergi Halia ?

Salam,

Berita tergempar..

1. Aku ingat kerajaan Msia je yg bodo sampai gula pon boleh abis bekalan di pasaran. Rupa2nya kerajaan South Australia pon bodo. Adelaide sekarang ni kehabisan Haliaaaa!!!

2. AlaMAK! aLa MaMAK! Camner aku nak masak!!

3. Dah 2 hari aku pegi kehulu kehilir di bandar adeled, hunting for the elusive ginger. Kat woolies dan coles pon habuk tarak! Aku gi kat Main Noth Rd dan yg kat Arndale. Hampeh. Brikcworks..ade young ginger sejemput. Pon Hampeh. Terpaksa aku pakai ginger lam botol yg berbau hancing vinegar tuh!

4. So sesape yg tau kat maner ada tokan2 halia underground, black market, habak mai!

5. Masalah ginger ni lagi serius dari masalh kekuarang gula di malaysia. Masalah gula di malaysia aku boleh setelkan dalam masa satu ari je.

6. Gula kat Malaysia belambak. Tapi sebab masalah monopoli dan pemborong yg dgn pukimaknya sorok gula lah yg menyebabkan kita merana.

7. So untuk setelkan senang je. Mula2 tembak Robert Kuok "Raja Gula " malaysia kat kepala bagik mampos. So tiada lagi monopoli dan duit subsidi gula Malaysia sebanyak RM1 bilion lebih tu tak selambae rock nya pegi Hong Kong.

8. Kalau ada peluru lebih, tembak gak kepala babi mana ntah yg bagik lesen besar kat Robert Kwok ni kontrol gula satu Malaya. Bodohnya manusia! Otak di jubur. Nasib baik kau tak bagik lesen monopoli air ke ataupun Oksigen ke kat sesapa.

9. Kemudian carik SORANG sahaja pemborong yg sorok gula. Kau kerat telur dia dan paksa dia makan telur dia. Kau rekod video dia dan masukkan lam TV dan post lam utube. Aku gerenti tetiba je gula bersepah2 ada lam supermarket tuh sampai semut pon boleh kene kencing manis.

10. Tapi masalh halia di Adeled ni tak boleh di setelkan dengan menembak seseorang di kapla ataupun memaksa seseorang makan telur.

11. Bila aku selidik punya selidik, rupa2-nya halia kita ni datang dari DUA ladang di melben. Satu ladang tu kene banjir, abis ranap. Yg satu lagi tu, depa baru cabut abis pokok2 yg lama dan depa baru nak tanam baru.

11. So....aku tak tau bile lah ginger bole ada plak in the market. Mungkin SA kene import dari WA ataupun Qland kot. Takpon, kalau ikut aku, kita seludup je gula ke Malaysia dan tukar bawak masuk halia plak ke sini. Memang aku sungguh bijak. Alhamdulillah!

Sekian, mekacey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails