Salam,
1. Tak pe la kekadang tu aku tak ensem. Takkan la aku nak ensem 24 jam kan. Bukannya aku dok carik awek pon skang nih. So lantak la. Jadi sekarang, aku nak pelihara misai dan janggut!
2. Baru nampak tua sikit. Ni asyik2 org konpius ingatkan aku aku ni 35 tahun. Padahal aku dah 36. Malulah aku, bila org kata aku muda setahun drp usia sebenar. Tersipu-sipu I tau. Mungkin kerana kehenseman ku masih terserlah, ubanku masih tersorok, perutku masih 8 pek, maka manusia2 ini semuanya terpedaya.
3. Aku pernah beberapa kali simpan misai dan janggut, tapi tak lama. Ader je yg terjadi, menyebabkan aku kene tebang. Ader interview lah, nak balik Malaysia so nak ngorat pramugari lah, dan lain2 sebab yg penting2 belaka.
4. Lagipon misai dan jangggut aku tumbuh tak cun. Dia tumbuh jarang2. Ade plak tuh space yg ronggak sebab aku eksiden dulu. Dulu sebelum eksiden, misai aku tumbuh congruent dan symmetric. Ensem. Sebijik cam Rajnikand...eh silap....Arshad.
5. Eksiden tersebut berlaku in 1994, baru sampai kat sini sebulan. Aku tgh syok2 kayuh beskal kat ANZAC highway, tetiba aku nampak penuh satu padang cikaros Ozzy dok pkai skirt pendek main netball. Tgh syok2 usha, sekali bila aku padang ke depan, lampu merah der. Aku pon tekan brek sekuat ati, trus aku terlambung dan jatuh atas jln tar kepala dulu, pastuh muka aku plak, terseret dekat semeter dua. Baeeekk! Itu lah pasal. Orang baik2 kalau buat dosa, Allah biasanya balas terus.
1994. Baru balik sepital. Besok baru lebam. Banyak beza dak ngan skang? Scary dak? Aku sebenarnya vampire. Aku lah yg gigit Edward Cullen.
6. Adelah berbelas2 jahit aku kene. Tapi kesannya, kat kulit parut tuh, dah tak berbulu dah. Alah. Mcam kat parut sunat la kan. Mana tumbuh bulu kan kan kan?
7. So biler misai dan janggut aku tumbuh compang camping, aku tak simpan panjang2 dah. Paling lama, seminggu aku dah tebang. Itu pasal, aku notis, bila aku simpan misai/janggt skang nih, bulu2 aku jadi konpius. Dier tak tau nak tumbuh ke maner. Ader yg ke atas, ader yg ke bawah. Jadi comot. Serabai.
8. Tapi aku berharap, supaya aku boleh istiqamah dlm usaha aku menyimpan misai dan janggut kali ni, sebab aku nak tenggok aper dah jadi klau dia panjang sikit. Teori aku, biler misai/janggut aku dah panjang, it will be heavier. So the bebulu will be pull down by the gravity. Therefore, eventually, it will grow in downward direction.
9. However, if u notice, my hair is pacak tu bai!! Rambut ni aku pcak pagi2 pukul 8 am. Gambar ni di ambil pukul 9 pm. After 13 hours. Aku dah kerje sakan, dah berpeluh2, dah tidur sejam atas lantai kat kedai, dah aku letak tisu berlapis2 atas dia masa aku berak siang tadi sebab sunnah utk tutup kapla masa berak, dan dah redah hujan lebat sejauh 15 metres utk sampai ke pintu rumah.
Lihatlah!
Saksikanlah!
Selepas 13 hours...
Kepacakannya tetap UNGGUL!
10. So, if the bulu of my janggut dan misai got the same characteristic as my hair, most likely, it will pacak to. Hence, my projection in 2 weeks time, I will look like this.
11. Ai yoo!! Kang tak pepasal landak plak ajak aku mengawan sebab inggatkan aku ni spesis dia. Landak pon landak la. Asalkan landak cikaroz. Gua dah tua. Tak leh lah memilih sangat!
Sekain. Mekasey,Wassalam.
4 comments:
Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. (HR. al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi).
Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. Hadith sahih. (HR. Ahmad dan at Tabrani).
Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut. (HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah).
aku boleh simpan janggut blk time cuti nih wohoo
Ben: aku tau dah kau akan bawak kuar hadith. Bab janggut ni dah berjanggut kau citer lam blog ngkau. Tenkiu.
huhu: bila nak fly balik sini, janggut pon terbang sebab nak ayat pramugari!
Post a Comment