Wednesday, September 29, 2010

Hadiah Untuk Pemain Terbaik Tournament Futsal ISMA 2010

Salam

2 hari lepas aku dapat PM kat fesbuk..............
___________________________________

futsal

Between You and Helmi Miu
Helmi Miu September 28 at 10:39am Report
salam Encik Azam yg hensem...
saya ingin bertanya bagi pihak futsal ISMA..

adakah anda berminat untuk menaja voucher makan...

kepada pemain terbaik tournament yg menjelang tiba..

dan mana tahu...

anda akan memberikan voucher berkenaan kepada diri anda sendiri...haha...

so kalu ko bermurah hati..inform aku k...

thanks...
____________________________________
Macam haram!

- Ada nada2 perli di situ.

- Mengapakah masih ada manusia yg menyangsikan kepoweran aku berbolasepakan? Ahad ni, taim tornement jaga kau! Harap2 kau ada insuran kaki!

- Sudah tentunya aku sudi meng-sponsor. Bukan setakat pemain terbaik. "Pemain Terhensem" pon aku boleh sponsor gak sebenarnya. Akan tetapi di sebabkan anugerah tersebut dah sah-sah konfirm dapek kat aku, tak payah lah aku sponsor kay! Kang orang kata aku ni poyo lah pulak kan!

- Susah betul! Celebrity cam aku ni ramai sungguh yg jeles.
_____________________________________
HADIAHNYA

Maka dengan ini aku yang tersangat hensem dan tersangat pemurah hati, ingin mengumumkan. Pemenang "Pemain Terbaik Futsal ISMA 2010" akan mendapat hadiah yg di sponsor penuh oleh Swinging Bowl Co, iaitu.....

1. Vaucher makanan bernilai $30.

2. FREE air teh tarik SEPANJANG TAHUN! Errrr.... tahun ni lah kan. Ada lagi 3 bulan kau boleh belasah teh tarik aku! Minumlah sampai cirit.

3. LUNCH PERCUMA di kedai dari 1 August 2011 hinggalah 31 August 2011 ( bole check kalender kat sini)

4. PERCUMA seumur hidup, untuk kegunaan "diri anda sahaja", Libra Ultra Thin Wings Regular 14.5. Harga maintainance servis kereta Lamborghini Gallardo Spyder milik anda, untuk SEUMUR HIDUP.

6. SEGALA KOS pembedahan dan ubat-ubatan untuk pertukaran jantina/gender re-assignment di Thailand.(sini)

7. Kos pegi haji ANDA yang ke duapuluhsatu. Sebagai BONUS. Aku tanggung sekali kelaurga, sanak saudara dan SELURUH PENDUDUK NEGERI ANDA untuk teman anda buat haji!

8. Tiket parking Bot anda di Glenelg marina dari besok pagi sampailah kiamat!

9. Gaji anda akan aku lipat kaligandakan sebanyak SEPULUH KALI, sekiranya anda berjaya main untuk state/negeri anda.

10. Gaji anda akan aku lipat kaligandakan sebanyak SEPULUH TRILLION KALI, sekiranya anda berjaya bermain untuk Barca, Real, Man U, Chelsea....alahh...kira mana2 jelah kelab kat Europe tu lah.

11. SEGALA KOS PERKAHWINAN anda untuk bini yang ke-empat.

12. SEGALA KOS PENGKEBUMIAN anda selepas anda di pukul mati oleh sanak saudara bini no satu, dua dan tiga selepas akad nikah anda dengan bini yg ke-empat.

13. Anda juga akan di SPONSOR PENUH oleh Swinging Bowl Music Ltd, untuk membuat album solo anda yang ke sembilan.

14. Anda dan seluruh penduduk kampung/perumahan anda, akan di tanggung SEGALA PERBELANJAAN untuk ke World Cup! Including harga tiket semua perlawanan first class, penginapan di hotel 5 bintang, backstage VVIP pass dll. Apabila FIFA World Cup di adakan di Malaysia nanti insyaAllah!

15. Akhir sekali, aku mengofferkan DIRI SENDIRI, sebagai teman hidup, teman seks a.k.a SUAMI kepada CUCU anda, pemain terbaik Futsal Tournament ISMA. Tak kiralah samada cucu anda howt ke, muka pecah ke, lumpuh ke, montel ke. Aku ni bukan memilih orangnya.
________________________________________

Semoga dengan pergorbanan aku ini, jalinan ikatan ukuwah antara ana dan anta akan menjadi semakin erat dan dilampahi rahmat selama-lamanya.

Berusahalah sedaya upaya anda untuk menang. Selepas itu barulah anda berdoa dan bertawakal kepada Alllah.

Kerana, aku merasakan anda perlu bertawakal senuhnya kalau jumpa team aku nanti. InsyaAllah. Kami belasah team anda manja-manja sahaja.

Akhir kata, tolonglah jangan jeles bila team aku menang nanti insyaAllah. Kerana itu irihati itu adalah penyakit hati. Ujub dan riak itu pula, aku tak ingat pulak masuk sekali kategori penyakit hati ke tidak. Sila rujuk naqib masing2.

Kepada yg tidak bernaqib. Salam sejahtera.

Selamat berfutsal kpd semua.

Sekian. mekasih, wassalam.

1 comment:

ihsan_huhu said...

ko xigt ke taun lepas sape yg dapat? get ready r.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails